top of page

Bersama Tuhan, Kita Berjaya


Apabila kita mendengar atau membaca komen-komen kebanyakkan penulis pada hari ini mengenai keadaan Negara kita, seakan-akan segalanya tidak ada harapan. Isu-su semasa yang mereka timbulkan juga membuat hati kita semakin resah dan kuathir. Sebab kebanyakan komen mereka adalah sangat negetif.


Kita boleh menjadi kuathir dan ragu apabila kita terlalu mendengar dan melihat kepada apa yang mereka katakan. Namun sebagai seorang yang percaya kepada Tuhan Yesus, berita-berita ini tidak sepatutnya menggugatkan iman kita. Sebab kita memiliki Tuhan yang luarbiasa dan tidak pernah berubah dengan diri-Nya terhadap kita.


Oleh itu kita harus mendengar lebih banyak daripada Tuhan daripada mendengar terlalu banyak kepada dunia ini. Sebab mendengar banyak kepada dunia ini akan membuat hati kita bertambah kuathir, tetapi mendengar banyak kepada Tuhan akan membuat hati kita tenang. Denga itu ingat apa yang dikatakan oleh pemazmur didalam mazmur 108 kepada kita pada saat ini.


Pemazmur berkata kepada kita bahawa “…bersama dengan Tuhan, kita akan melakukan perbuatan-perbuatan yang gagah perkasa; sebab Dia yang akan bertindak bagi pihak kita menghadapi dan mengalahkan musuh kita.


Dengan itu marilah kita datang kepada Tuhan untuk pertolongan dalam segala yang kita lakukan dan hadapi sebab bersama-sama dengan Tuhan kita akan berjaya segala serangan musuh-musuh kita. Hiduplah akrab dengan Tuhan dan ikutlah bimbinganNya sebab didalam dia kita akan kuat dan berhasil.


“... Bersama dengan Allah, kita akan berjaya; Dialah yang akan mengalahkan musuh kita...” Mazmur 108:14


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, membawa pujian syukur saya kepadaMu, sebab memberikan jamin kepada saya bahawa didalam Mu saya aman dan damai. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Related Posts

See All

Dia Tuhan Yang Tidak Pernah Berubah

“...Tetapi Engkaulah Allah yang sudi mengampuni, yang pengasih dan penyayang, yang panjang sabar dan berlimpah kasih setia-Nya. Engkau tidak meninggalkan mereka....” Nehemia 9:17b Oleh kerana mereka t

Comments


bottom of page