top of page

Harapan Yang Salah Terhadap Yesus

ree

'Yesus menceritakan sebuah ibarat kepada mereka yang mendengar-Nya. Dia kini telah hampir tiba di Yerusalem dan mereka menyangka bahawa kerajaan Allah akan menjadi nyata tidak lama lagi. ' (Lukas 19:11) AVB


Oleh kerana Yesus semakin menghampiri kota Yerusalem, maka Dia menceritakan sebuah perumpamaan tentang mata wang emas untuk memperingatkan orang banyak tentang Kerajaan Allah yang akan datang, sekaligus menghilangkan sangkaan umum mereka terhadap-Nya.


Harapan pengikut-pengikut-Nya dan orang Farisi ketika itu adalah bahawa Allah akan segera memerintah sebagai Raja di dunia. Sangkaan mereka tentang Kerajaan Allah sangat berbeza daripada Kerajaan Allah yang dibawa oleh Tuhan Yesus ke dunia ini.


Bagi pengikut-pengikut Yesus, mereka menyangka bahawa kedatangan-Nya ke dunia ini adalah untuk memperkenalkan sebuah kerajaan yang penuh dengan kemegahan dan kuasa duniawi. Oleh itu mereka menyangka bahawa Yesus akan menggunakan kuasa-Nya—yang digunakan-Nya untuk melakukan mujizat—untuk menubuhkan kerajaan duniawi-Nya.


Sewaktu mereka menghampiri kota Yerusalem, mereka sudah membayangkan sebuah kerajaan seperti kerajaan dunia akan segera ditubuhkan, di mana Yesus akan duduk di atas takhta-Nya dan memerintah sebagai Raja seperti raja dunia.


Bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Apakah kita mempunyai harapan yang serupa dengan pengikut-pengikut Yesus dan orang Farisi? Adakah kita sering keliru tentang tujuan kita menyerahkan hidup untuk mengikut Yesus? Harapan kita terhadap Yesus sering kali hanya berkisar pada hal-hal duniawi. Kita menyangka bahawa menjadi pengikut Yesus bermakna kita akan menerima perkara-perkara jasmani.


Namun mengikut Tuhan Yesus bererti menyerahkan seluruh hidup kita kepada-Nya untuk melaksanakan kehendak-Nya.


Doa: Tuhan, sekiranya aku menaruh harapan yang salah terhadap penyerahan aku kepada-Mu, ampunilah aku. Tolonglah aku, Tuhan, agar aku memiliki harapan yang benar terhadap Engkau dalam hidup ini. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page