top of page

Dekatilah Tuhan Dalam Doamu


“…Aku berdoa kepada TUHAN dan Dia mengabulkan doaku, Dia membebaskan aku daripada segala ketakutan...…” Mazmur 34:5


Oleh kerana ketakutan maka pemazmur membuat dirinya berpura-pura tidak waras fikirannya di hadapan Raja Abimelekh. Oleh kerana tindakan pemazmur membuat dirinya berpura-pura gila telah menyebabkan dirinya berhasil terlepas daripada ancaman Raja Abimelekh.


Sebenaranya tindakan berpura-pura gila bukan arahan daripada Tuhan, tetapi tindakan kemanusiaan pemazmur oleh kerana ketakutan, dengan itu kita harus mengerti bahawa bukan kerana tidakan pemazmur berpura-pura gila yang melepaskannya daripada ancaman tetapi oleh kerana dia datang kepada Tuhan dan berseru memohon pertolongan daripada Tuhan.


Oleh kerana anugarah Tuhan ke atas hidupnya maka Tuhan membebaskan dirinya daripada segala ketakutannya. Hal ini nyata berdasar pengakuan pemazmur yang berkata “...Aku berdoa kepada TUHAN dan Dia mengabulkan doaku, Dia membebaskan aku daripada segala ketakutan...”


Walaupun tindakan pemazmur ini tidak baik, tetapi Tuhan masih menolong dirinya dengan membebaskannya daripada ketakutan. Sebab pelepasan daripada ketakutan bukan kerana pemazmur bertindak berpura-pura gila tetapi oleh kerana pemazmur datang kepada Tuhan, dan meletakkan hidupnya kepada Tuhan.


Bagaimana dengan diri kita pada hari ini terhadap persoalan yang ada didalam hati kita? apakah kita bertindak seperti pemazmur yang tetap melihat Tuhan sebagai tempat dia berharap dan memohon pertolongan sewaktu keadaan yang sukar tanpa menyalahkan Tuhan.


Marilah kita hindari segala tindakan kemanusian kita dan datang kepada Tuhan dengan menyerahkan diri kita kepadanya, dengan menanggalkan segala kemegahan hal lahiriah yang kita miliki selama ini.


Berserulah kepada Tuhan untuk pertolongan....


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap terima kasih kepadaMu kerana kasih setiaMu yang tidak terbatas ke atas hidup saya, Engkau Tuhan yang sentiasa mengdengar doa saya dan menolong saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page