top of page

Harga Natal

"Apabila kita benar-benar memahami erti Natal, kita akan menyedari betapa mahalnya harga sebuah penebusan; kerana dosa tidak dipadamkan dengan sekadar kemaafan, tetapi dengan penyerahan nyawa Anak Tunggal Bapa."


Mahal kerana dosa tidak boleh ditebus dengan penyesalan semata-mata. Tidak cukup dengan niat untuk berubah. Tidak selesai dengan pelayanan, doa, atau air mata.


Jika dosa itu murah, Yesus tidak perlu lahir ke dunia. Jika dosa itu remeh, palungan dan salib tidak pernah diperlukan.


Tetapi Natal membuktikan satu kebenaran yang berat: dosa manusia menuntut harga yang sangat mahal.


“Maria akan melahirkan seorang anak lelaki. Namakanlah anak itu Yesus. Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka.””

‭‭Matius‬ ‭1‬:‭21‬ ‭AVB‬‬


Harga itu bukan emas. Bukan perak. Tetapi nyawa Anak Allah sendiri.


Bila saya mengerti Natal, saya sedar bahawa setiap dosa yang saya anggap kecil sebenarnya telah membawa Yesus turun dari syurga, lahir dalam kesederhanaan, dan akhirnya mati di kayu salib.


Namun di sinilah keindahan Natal. Walaupun dosa itu mahal, kasih Tuhan lebih besar daripada harga itu.


Yesus tidak datang kerana saya layak, tetapi kerana saya tidak mampu membayar.


Maka respon yang sepatutnya terhadap Natal bukan sekadar perayaan, tetapi pertaubatan yang tulus

dan kehidupan yang semakin menghargai harga penebusan itu.


Mari berdoa:

Tuhan, ajar saya melihat dosa seperti Engkau melihatnya, dan ajar saya menghargai kasih-Mu yang telah membayar harga yang terlalu mahal untuk hidup saya. Amin.


Oleh Pr Apriathy Asong

Comments


bottom of page