top of page

Hati Orang Bodoh


“…Orang bodoh berkata dalam hati, “Tidak ada Allah!” Mereka semua jahat dan perbuatan mereka keji; tidak seorang pun melakukan yang baik..…” Mazmur 53:2


Pemazmur berkata kepada kita bahawa orang bodoh berkata didalam hatinya “Tidak ada Tuhan!” Mengapa pemazmur berkata bahawa orang bodoh berkata didalam hatinya “Tidak ada Allah!”?


Sebab hanya orang yang bodoh sahaja yang beranggapan bahawa Allah itu tidak ada atau tidak ujud. Mereka secara lahiriah mempunyai kehidupan yang beribadah tetapi didalam hati mereka, mereka menolak dan menyangkal penuasaan Tuhan ke atas hidup mereka.


Mereka dikatakan “orang bodoh” kerana hati mereka yang busuk dan perbuatan mereka penuh dengan jahat. Hidup mereka rosak oleh karena dosa yang menguasai hidup mereka. Oleh kerana kejahatan yang berkuasa diatas hidup mereka maka mereka berkata “tidak ada Allah..…”


Namun Tuhan melihat dari surga apakah ada orang bijak, yang berbuat benar dan sungguh-sungguh mencari Allah atau mencari pertolongan dari pada-Nya. sebab Tuhan akan menolong mereka sebagaimana Dia menolong Daud di masa yang lalu.


Oleh itu janganlah menjadi orang bodoh yang berkata “tidak ada Tuhan”, tetapi jadilah sebagai orang yang bijak didalam hidup ini. sebab orang yang hidup sebagai orang bodoh akan berakhir dengan penyesalan dan kekecewaan..


Ingat untuk menjadi orang bodoh atau orang bijak adalah pilihan kita secara peribadi, bagi Tuhan tiada paksaan bagi setiap kita. Tuhan menenunjukkan kepada kita jalan yang harus kita lalui didalam hidup kita tetapi pilihan adalah didalam tangan kita.


Apakah pilihan anda pada hari ini?


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon bimbinganMu, pakailah hidup saya dengan menyatakan jalan yang harus saya lalui didalam hidup ini. didalamMu hidup saya terjamin, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

コメント


bottom of page