top of page

Hidup Takut Akan Tuhan


“…betapa limpahnya kebaikanMu, yang Engkau sediakan untuk orang yang menghormati Engkau. Setiap orang melihat kebaikan yang Engkau lakukan bagi mereka yang berlindung kepadaMu..” Mazmur 31:20


Pemazmur berkata bahawa bagi mereka yang menjalani kehidupan yang takut akan Tuhan atau yang melakukan kehendakNya dan mencari perlindungan di dalam-Nya akan diberkati dengan rancangan kebaikanNya yang berkelimpahan


Pemazmur percaya bahawa kebaikan Allah yang berkelimpahan untuk semua umat-Nya yang menjalani kehidupan yang takut akan-Nya, mereka akan menikmati kebaikan-Nya yang luar biasa. Tuhan akan menyebabkan mereka sentiasa mengkagumi diriNya untuk selama-lamanya:


Tuhan itu baik kepada semua orang yang menjalani kehidupan yang takut akan Dia dan Dia memberkati mereka sehingga seluruh dunia akan melihat bahawa Dia adalah Tuhan yang menyediakan berkat yang berkelimpahan bagi orang yang percaya kepadaNya dan menghormatiNya.


Oleh itu jalanilah kehidupan yang takut dan dengan menghormati Dia setiap hari, sebab bagi mereka yang menjalani kehidupan yang menghormati Tuhan akan menikmati berkat Tuhan yang berkelimpahan.


Apakah anda telah menjalani kehidupan yang takut akan Tuhan selama ini? hidup takut akan Tuhan bererti “...membenci kejahatan; membenci kesombongan dan keangkuhan, tingkah laku jahat dan dusta... (Amsal 8:13)


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, ajarlah saya untuk menjalani kehidupan yang takut akan Tuhan sepanjang hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page