top of page

Jangan Lupa Akan Kebaikannya


“…Pujilah TUHAN, hai jiwaku, dan jangan lupa akan kebaikan-Nya....” Mazmur 103:2


Pemazmur memperingatkan dirinya agar dia tetap memuji Tuhan dengan tidak lupa akan kebaikanNya terhadap dirinya. Sebab Tuhan telah mengampunkan segala dosanya, dan telah menyembuhkan segala penyakitnya; dan telah menyelamatkannya daripada kematian dan memberkatinya dengan kasih dan rahmat; dan memuaskan hidupnya dengan segala yang baik, sehingga dia tetap muda dan kuat seperti burung helang.


Pemazmur sedar bahawa dia telah mengalami banyak kebaikkan Tuhan didalam hidupnya, dia menyeranaikan semua perkara yang dia telah terima daripada Tuhan. Dengan itu dia memperingatkan dirinya agar dia sentiasa memuji Tuhan dan mengingatkan segala yang Tuhan telah lakukan didalam hidupnya.

Bagaimana dengan diri kita pada hari ini, apakah kita sedar bahawa segala yang kita nikmati hari ini adalah kerana kebaikan Tuhan dalam hidup kita. Seneraikan semua kebaikan Tuhan yang anda telah alam selama ini. Apakah Tuhan itu sangat baik bagi diri anda?


Ingat sekiranya kita sentiasa mengingatkan kebaikan Tuhan didalam kehidupan kita setiap hari, maka kehidupan kita pasti akan dipenuhi dengan segala pujian kepada Tuhan, sebab kita sedar bahawa segala yang kita alaim dan miliki didalam hidup ini adalah datang daripada Tuhan kerana Tuhan.


Oleh itu marilah kita memulaikan setiap hari dengan mengingatkan kebaikan Tuhan didalam hidup kita agar kita tidak jatuh dalam roh kesombongan dan keangkuhan. Kerana kita tahau bahawa segala yang kita miliki hari ini semuanya oleh kerana Tuhan didalam hidup kita.


Oleh itu kita tidak menganggap semuanya oleh kerana kebolehan dan kebijaksanan diri kita sendiri, tetapi kerana Tuhan yang ada didalam hidup kita. Dengan itu kita akan disedarkan sentiasa dengan hati yang berkata “..tanpa Tuhan, siapalah diri kita”.


Oleh itu Marilah kita terus memuji-muji Tuhan dengan kesempatan hidup ini..


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji namaMu kerana Engkau sangat baik dalam hidup saya sebab tanpa Engkau siapalah saya, oleh kerana Tuhan saya hidup pada hari dan menikmati hidup yang penuh berkat. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Related Posts

See All

Dia Tuhan Yang Tidak Pernah Berubah

“...Tetapi Engkaulah Allah yang sudi mengampuni, yang pengasih dan penyayang, yang panjang sabar dan berlimpah kasih setia-Nya. Engkau tidak meninggalkan mereka....” Nehemia 9:17b Oleh kerana mereka t

1 Comment


Amen…. Puji syukur semua bagi Dia🙏🏻🙏🏻🙏🏻

Like
bottom of page