top of page

Janganlah Membiarkan Hinaan Menguasai Hati Kita




“…Aku sangat sedih kerana hinaan mereka. Mereka terus bertanya, “Di manakah Allahmu?…” Mazmur 42:11


Pemazmur meluahkan perasaan sedih hatinya yang sangat mendalam kepada kita tentang penghinaan yang dilontarkan oleh musuh-musuhnya kepadanya, dimana mereka terus bertanya kepadanya “...Di manakah Allahmu?


Oleh kerana penhinaan dan celaan yang dilontarkan oleh musuh-musuh pemazmur maka hatinya diselimbungi oleh perasaan yang sangat sedih dan gelisah. Kesedihan itu bagaikan tikaman maut ke dalam tulangnya.


Tekanan yang dialami pemazmur mendorong pemazmur bertanya kepada Tuhan, Batu karangnya, “Mengapa Engkau melupakan aku?” Mengapa aku harus menderita kesedihan yang sedemikian karena kekejaman musuhku?


Namun didalam kesediahan yang sangat berat pemazmur mulai bertanya dengan dirinya sendiri “..Mengapakah dia begitu sedih? Mengapa dia begitu gelisah? Lalu dia berkata kepada dirinya sendiri, “Tunggu pertolongan Allah. Engkau akan dapat kembali memuji-Nya, Allahmu, satu-satunya yang akan menyelamatkanmu.”


Sebagai seorang yang percaya kepada Tuhan, kita tidak dapat mengelakkan diri kita daripada cemuhan, ejekkan dan hinaan orang yang disekeliling kita. Namun kita harus tahu bahawa cemuhan atau hinaan itu tidak sekali-kali akan membunuh kita. Demikian juga menjauhkan Tuhan daripada kita.


Sebab cemuhan dan hinaan hanya digunakan oleh musuh-musuh kita untuk memadam semangat dan iman kita kepada Tuhan. Oleh itu janganlah memusatkan fikiran dan hati kita kepada cemuhan tetapi pusatkan tumpuan hati kita kepada Tuhan yang setia dan tetap mengasihi kita.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap terima kasih kepadaMu atas perlindungan dan janjiMu kepada saya. Saya berterima kasih kepadaMu kerana Engkau tidak pernah menginggalkan saya bersendirian. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin

Comments


bottom of page