top of page

Kasih Harus Bebas Daripada Kebencian



“Jika sesiapa berkata, “Aku mengasihi Allah,” tetapi dia benci akan saudaranya, dia seorang pendusta. Jika dia tidak mengasihi saudaranya yang dapat dilihatnya, betapa dia mengasihi Allah yang tidak dapat dilihatnya.” 1 Yohanes 4:20 AVB

 

Jika seseorang berkata bahawa dia mengasihi Allah tetapi masih membenci saudaranya, maka orang itu pendusta. Sebab seseorang yang benar-benar mengasihi Tuhan tidak lagi menaruh kebencian terhadap saudaranya. Sebaliknya, dia harus bebas daripada segala kebencian.

 

Apabila seseorang menyerahkan seluruh hidupnya kepada Tuhan Yesus, dia tidak lagi dipimpin oleh keinginan tabiinya tetapi oleh Roh Kudus. Oleh sebab dia dipimpin oleh Roh Kudus, maka dia akan menghasilkan buah Roh yang berikut: kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, lemah lembut, dan penguasaan diri (Galatia 5:22-23a).

 

Oleh itu, apabila kita berkata bahawa kita benar-benar mengasihi Tuhan Yesus, hidup kita haruslah bebas daripada segala kebencian, dendam hati, kemarahan, dan fitnah. Sebab hidup kita kini dikuasai oleh Roh Kudus, bukan oleh sifat tabii lagi.

 

Kasih kepada Tuhan Yesus terbukti melalui buah Roh dalam hidup seseorang sama ada perbuatan atau perkataan dan pemikirannya. Sememangnya satu pembohongan jika seorang yang kononnya mengasihi Tuhan, masih menyimpan kebencian terhadap saudaranya kerana sesiapa yang mengasihi Tuhan mesti mengasihi saudaranya juga.

 

Kasih harus bebas daripada kebencian.

 

Doa:

Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu dan menyerahkan seluruh hidupku kepada-Mu. Aku memohon agar Engkau memenuhi hatiku dengan kasih-Mu, supaya sesama manusia di sekelilingku dapat mengenal-Mu sebagai Tuhan dan Penyelamat dalam hidupku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comentários


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page