top of page

Kasih Tuhan Lebih Berharga Daripada Hidup


“…Kasih-Mu lebih berharga daripada hidup, oleh itu aku memuji Engkau......…” Mazmur 63:4


Oleh kerana pengalaman pemazmur akan Tuhan, maka dia bertekad untuk hidup dengan bersyukur kepada Tuhan dan bergantung kepada-Nya selama hidupnya. Dengan itu dia membuat ketetapan bagi dirinya untuk terus memuji Tuhan selama hidupnya.


Sehingga pemazmur berkata kepada kita bahawa “..kasih Tuhan lebih berharga daripada hidup..” hal ini telah mendorong dirinya untuk terus memuji Tuhan seumur hidupnya. Sebab kasih Tuhan bagi dirinya lebih berharga daripada hidup.


Ingat jika pemazmur berkata kepada kita bahawa “..kasih Tuhan lebih berharga daripada hidup..” bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Apakah kasih Tuhan itu lebih berharga daripada hidup kita pada hari ini?


Oleh kerana kasih Tuhan, maka pemazmur didorong untuk terus memuji Tuhan, hal inilah yang menjadi pendorong bagi pemazmur untuk terus memuji Tuhan seumur hidupnya. Oleh itu bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Apakah kasih Tuhan lebih berharga daripada hidup kita?


Dengan itu, marilah kita menghabiskan segala waktu kita, untuk memuji Tuhan selama hidup kita, sebab didalam Tuhan jiwa kita dipuaskan.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji namaMu kerana kasihMu yang sangat besar didalam hidup saya. Kerana kasihMulah saya hidup pada hari ini, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page