top of page

Kompas yang Retak



Amsal 3:5–6


Seorang pengembara di hutan tebal bergantung sepenuhnya pada kompas. Tetapi apabila kompas itu retak, jarumnya masih bergerak namun arahnya salah. Dia terus berjalan dengan yakin, tanpa sedar dia semakin jauh tersesat.


Begitu juga pelayan Tuhan dan orang percaya yang bergerak tanpa mendengar kehendak Tuhan melalui kebenaran firman-Nya.


Aktiviti masih ada, keyakinan masih kuat, tetapi arah sudah tidak tepat. Kesibukan boleh menipu kita untuk menyangka kita berada di jalan Tuhan. Hentikan langkah tergesa-gesa dan jangan buat keputusan ketika emosi dan tekanan menguasai.


Periksa “kompas rohani” anda dan tanya: adakah ini kehendak Tuhan atau kehendak saya?


Libatkan doa dan Firman sebelum membuat keputusan dan jangan bergerak hanya kerana peluang terbuka luas.


Tanyakan dalam diri anda adakah saya bergerak pantas tetapi tidak pasti Tuhan memimpin? Lebih baik lambat bersama Tuhan daripada cepat tanpa Dia.


Tuhan masih membetulkan arah bagi mereka yang mahu berhenti dan mendengar dan Dia setia menuntun langkah orang yang percaya sepenuhnya kepada-Nya.


“Kesibukan bukan bukti ketaatan; arah yang benar lebih penting daripada kelajuan.”


Percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu dan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri. Ingatlah Dia dalam segala jalanmu, maka Dia akan meluruskan jalanmu.


Amsal 3:5-6


Oleh Pr Jerry Ignacio

Sumber : Whatsapp Channel @ jerry ignacio

Comments


bottom of page