Luka yang Tidak Dibersihkan
- Komuniti Digital

- 1 day ago
- 1 min read

Mazmur 147:3
Dia menyembuhkan mereka yang patah hati dan membalut luka mereka.
Seorang petani terluka kecil di tangannya. Dia terus bekerja tanpa membersihkan luka itu. Beberapa hari kemudian, luka kecil itu menjadi jangkitan besar yang menghalang dia bekerja. Bukan kerana lukanya besar, tetapi kerana ia diabaikan.
Sekiranya kita membawa luka lama, dikhianati, tidak dihargai, difitnah, disalahfahami. Luka itu tidak dibawa kepada Tuhan, lalu ia berubah menjadi kepahitan, sinis, dan keletihan rohani.
Kenal pasti luka anda jangan menafikan kesakitan yang pernah dialami. Bawalah itu kepada Tuhan, bukan disimpan, luka yang diserahkan akan disembuhkan. Izinkan proses pemulihan. Penyembuhan memerlukan masa dan kejujuran.
Adakah anda melayani sambil menyembunyikan luka yang belum sembuh? Berhentilah berpura-pura kuat dan mula jujur di hadapan Tuhan. Dia akan menyembuhkan kita terlebih dahulu.
Yesus adalah Tabib Agung yang tidak pernah gagal menyembuhkan.
“Luka yang disembunyikan melemahkan pelayanan; luka yang diserahkan menguatkan kesaksian.”
Oleh Pr Jerry Ignacio
Sumber : Whatsapp Channel @ jerry ignacio




Comments