Melakukan Hukum Tuhan Kerana Kasih, Bukan Sekadar Peraturan
- Komuniti Digital 05

- 3 days ago
- 2 min read

“Orang itu berkata, “Semua ini telah kutaati dari usia muda lagi.’”
— Lukas 18:21 (AVB)
Setelah Yesus bertanya kepada pemimpin Yahudi tentang sebab dia memanggil-Nya “Guru yang baik,” Yesus kemudian berkata kepadanya bahawa dia tentu mengenal hukum Allah:
“Jangan berzina, jangan membunuh, jangan mencuri, jangan memberikan kesaksian palsu, dan hormatilah ibu bapamu.”
Apabila mendengar hal itu, pemimpin tersebut segera menjawab, “Sejak muda aku sudah menuruti semua hukum itu.” Dia berasa dirinya sudah sempurna dan tidak berdosa kerana telah menuruti semua perintah Tuhan sejak masa mudanya.
Namun Yesus mengetahui bahawa masih ada sesuatu yang belum selesai dalam hidupnya — sesuatu yang menahan dia daripada benar-benar mengikut Tuhan sepenuhnya. Lalu Yesus berkata kepadanya,
“Masih ada satu kekuranganmu. Jual segala hartamu dan berdermalah kepada orang miskin. Engkau akan mendapat harta di syurga. Kemudian, datanglah dan ikut Aku.””
Mendengar hal itu, hatinya menjadi sedih kerana dia memiliki banyak harta. Cintanya terhadap kekayaan lebih besar daripada kerinduannya untuk taat sepenuhnya kepada Tuhan.
Kisah ini mengingatkan kita bahawa menurut segala perintah Tuhan sahaja tidak mencukupi jika kita melakukannya semata-mata kerana kewajiban atau peraturan. Ketaatan yang sejati lahir daripada kasih kepada Tuhan, bukan sekadar rasa tanggungjawab.
Apabila kasih menjadi pendorong utama, ketaatan kita bukan lagi beban tetapi satu sukacita. Kita akan rela melepaskan apa pun yang menghalang kita daripada mengasihi Tuhan sepenuhnya.
Oleh itu, marilah kita melakukan hukum Tuhan bukan kerana peraturan, tetapi kerana kasih yang tulus kepada-Nya. Kasih kepada Tuhanlah yang memberi makna kepada setiap tindakan kita.
Doa
Tuhan, ajarlah aku untuk melakukan hukum-Mu bukan kerana kewajiban, tetapi kerana kasihku kepada-Mu. Biarlah kasih kepada-Mu menjadi pendorong utama dalam setiap perbuatanku, dan ajarlah aku untuk menyerahkan seluruh hidupku kepada-Mu tanpa ragu. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.
Pr Patrick Taie




Comments