top of page

Menantikan Tuhan, Pengharapannya


“…Dengan tenang aku menantikan Allah; Dia sahaja yang memberi aku harapan..…” Mazmur 62:6


Sekali lagi pemazmur berkata kepada kita bahawa dia merasa tenang menantikan Tuhan didalam hidupnya, kerana Tuhan sahaja yang dapat memberikan harapan kepada dirinya. Dengan kata Tuhan adalah sumber harapan hidupnya.


Oleh kerana Tuhan adalah sumber harapan bagi diri pemazmur maka hatinya telah diliputi oleh rasa aman dan tenang, hal ini terhasil dalam hidup pemazmur kerana, dia memiliki kehidupan yang akrab dengan Tuhan.


Oleh karena kehidupan pemazmur yang sangat dekat dengan Tuhan maka Tuhan menjadi sumber pengharapan bagi kehidupannya, didalam segala keadaan yang sedang dia lalui didalam kehidupannya setiap hari.


Ingat, ketenangan yang terbentuk didalam hati pemazmur terhasil oleh kerana harapan yang dia miliki didalam Tuhan. Oleh itu bagaimana dengan diri anda pada saat ini? Apakah anda memiliki ketenangan didalam hati anda pada saat ini?


Ingat untuk memiliki ketenangan dalam hati kita, pertama-tama kita harus memiliki keakarban dengan Tuhan sebagai sumber pengharapan kita. Dengan itu kita boleh mengalami ketenagan didalam hati didalam menantikan Tuhan.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, menyembahMu sebagai Tuhan dan penyelamat hidup saya, didalamMu hati saya tenang dan damai sebab Engkaulah sumber pengharapan saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Related Posts

See All

Dia Tuhan Yang Tidak Pernah Berubah

“...Tetapi Engkaulah Allah yang sudi mengampuni, yang pengasih dan penyayang, yang panjang sabar dan berlimpah kasih setia-Nya. Engkau tidak meninggalkan mereka....” Nehemia 9:17b Oleh kerana mereka t

Comments


bottom of page