
“…Berbahagialah orang yang menyembah Engkau dengan nyanyian, orang yang hidup dalam cahaya hadirat-Mu, TUHAN.....” Mazmur 89:16
Pemazmur berkata kepada kita bahawa orang yang sangat berbahagia didalam hidup ini adalah orang “...yang menyembah Tuhan dengan nyanyian, ... yang beribadat dengan gembira, yang setia dan hidup berjalan dalam terang hadirat-Nya....”
Kata “..berbahagia..” ini apabila digunakan didalam perjanjian Lama ia memberi erti pujian bila memuji Tuhan manakala apabila ianya digunakan tentang manusia maka ia merujuk kepada keadaan kesukaan.
Dengan itu pemazmur berkata bahawa mereka dikatakan berbahagia kerana mereka bersukacita dalam nama Tuhan sepanjang hari, kerana mereka mengenal sukacita didalam menyembah Tuhan dengan nyanyian dan kerana mereka hidup berjalan dalam terang hadirat Tuhan.
Hal ini terjadi didalam kehidupan mereka oleh kerana mereka memiliki kehidupan yang diperkenanan oleh Tuhan, dimana mereka dalam kebenaran Tuhan mereka ditinggikan, sebab kemuliaan dan kekuatan Tuhan menyertai kehidupan mereka.
Dengan itu apakah anda mahu menjadi seorang yang sangat berbahagia pada hari? Untuk menjadi seorang yang berbahagia dalam hidup ini merupakan “..pilihan..”. Oleh itu buatlah pilihan yang tepat dalam hidup ini dengan memilih untuk menyembah Tuhan dengan nyanyian sepanjang hari, dengan beribadat dengan gembira, dengan setia dan hidup berjalan dalam terang hadirat-Nya.
Apakah anda seorang yang berbahagia hari ini? Periksakan diri kita dihadapan Tuhan…
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji dan mengagungkan namaMu kerana kehadiran Mu yang nyata dalam hidup saya telah mengubah kehidupan saya menjadi seorang yang berbahagia. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie