top of page

Nyanyikanlah Nyanyian Bagi Tuhan



“….Nyanyikanlah lagu yang baru untuk TUHAN, mainkanlah kecapi dengan mahir, dan nyanyilah dengan suara yang kuat!.…” Mazmur 33:3


Mazmur ini merupakan mazmur pujian, didalam mazmur ini pemazmur mengajak supaya semua orang benar memuji Tuhan. Pemazmur menginginkan agar Tuhan dipuji oleh semua orang benar dan bukan hanya dirinya.


Oleh itu mereka harus bersyukur kepada TUHAN dengan kecapi, berseru kepada Tuhan dengan gambus sepuluh tali. Bernyanyi dengan nyanyian yang baru bagi Tuhan, dengan mainkan kecapi dengan indah dan kuat.


Sebab mereka menyanyikan puji-pujian syukur kepada Tuhan adalah kerana ianya merupakan nafas dan bahasa yang lahir daripada sukacita yang kudus dan hal ini merupakan tuntutan daripada Tuhan dari setiap orang-orang benar.


Mengapa pemazmur mengajak semua orang benar memuji Tuhan adalah kerana memuji Tuhan adalah sesuatu kewajiban yang harus dilakukan oleh orang benar iaitu orang-orang yang jujur. Sebab hanya orang jujur sahaja yang melihat memuji-muji Tuhan itu indah dan menyenangkan Tuhan.


Oleh itu sebagai orang yang percaya pada hari ini kita harus menyanyikan nyanyian-nyanyian rohani bagi Tuhan setiap waktu untuk meluahkan ucapan syukur kita kepada Tuhan. Sebab menyanyi pujian bagi Tuhan akan menyebabkan hati kita tenang, gembira dan aman.


Doa: Bapa yang di surga, berikanlah saya roh yang sentiasa memuji dan menyembahMu setiap hari, sebab Engkau menginginkan saya untuk terus menyembahMu setiap hari. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page