top of page

Orang Baik Bergirang Kerana Perbuatan TUHAN


“…Semua orang baik akan bergirang kerana perbuatan TUHAN; mereka akan mendapat perlindungan daripada-Nya; semua orang yang tulus akan memuji Dia.....” Mazmur 64:11


Pemazmur berkata kepada kita bahawa orang baik (orang benar) akan sentiasa bergembira di dalam TUHAN. Kegembiraan hati mereka adalah melayani TUHAN. Mereka bergantung sepenuhnya kepada Tuhan. Mereka mahu melakukan yang benar dihadapan Tuhan dengan memuji-Nya.


Orang benar sentiasa memperhatikan pekerjaan Allah dan pekerjaan Tuhan itu akan menambah lagi sukacita mereka. Sebab pekerjaan Tuhan itu menyentuh hati mereka dan membuat mereka rasa senang dan aman.


Orang yang benar hanya bergembira oleh kerana perbuatan TUHAN dan bukan bersukacita atas kesengsaraan dan kehancuran orang yang lain, tetapi mereka hanya bersukacita karena Tuhan dimuliakan, firman-Nya digenapi, dan kepentingan orang tidak bersalah yang terluka dibela dengan berhasil.


Oleh itu jadilah orang yang benar yang sentiasa bersukacita hatinya kerana perbuatan TUHAN dan bersorak-sorak oleh kerana pekerjaan Tuhan. Mereka terus berlindung sepenuhnya kepada Tuhan.


Apakah yang membuat hati anda pada hari ini sentiasa bergembira? Marilah kita bergembira oleh kerana perbuatan Tuhan yang luar biasa dalam hidup kita.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, membawa pujian dan syukur saya kepadaMu pada saat ini, saya bersyukur kerana perbuatanMu yang larbiasa diadalam hidup saya setiap hari, didalam mana Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page