top of page

Pelari yang Hampir Berhenti


Ibrani 12:1

Oleh itu kita juga, yang dikelilingi dengan sebegitu ramainya saksi, hendaklah menjauhi beban dan dosa yang amat mudah menjerat kita, dan berlari dengan gigih dalam perlumbaan yang ditentukan bagi kita.


Dalam maraton, ramai pelari berhenti bukan di kilometer pertama, tetapi hampir ke garisan penamat. Kaki masih mampu, tetapi fikiran sudah menyerah.


Begitu juga dalam pelayanan mahupun hidup orang percaya. Ramai berhenti bukan kerana tidak dipanggil, tetapi kerana terlalu lama menanggung beban sendirian. Tuhan tidak memanggil kita untuk berlari sendirian, tetapi bersama-Nya.


Kenalilah tanda keletihan rohani anda iaitu hilang sukacita, mudah marah, ingin berhenti. Lepaskan beban yang tidak sepatutnya anda pikul kerana bukan semua perlu anda pikul. Teruskan satu langkah demi satu langkah.


Tanyakan pada diri anda adakah saya hampir berhenti walaupun sudah berjalan jauh? Ingatlah kembali siapa yang memanggil anda pada awalnya.


Dia akan sentiasa memberi kekuatan untuk anda berjalan satu hari pada satu waktu. Anda yang senantiasa tetap bertahan dalam iman dan pelayanan akan melihat kemuliaan Tuhan.


“Setia untuk satu langkah hari ini lebih penting daripada kuat untuk seribu langkah esok.”

Comments


bottom of page