top of page

Tuhan Mengasihi, Tetapi Tidak Memanjakan

18 hours ago
1 min read

Sebagai orang yang percaya kepada Tuhan yang telah turun mencari dan menyelamatkan kita dalam Tuhan Yesus Kristus, kita perlu sedar bahawa Tuhan sangat mengasihi kita, tetapi kasih-Nya tidak bererti Dia akan memanjakan kita dengan kehidupan yang sentiasa mudah.


Yakub dipilih Tuhan, namun jalannya penuh pergumulan. Para rasul dikasihi Kristus, namun mereka juga mengenal penderitaan dan jalan memikul salib.


Sebab itu, ketika hidup menjadi sukar, jangan terlalu cepat menyimpulkan bahawa Tuhan sudah jauh. Mungkin justru di tengah proses itulah tangan-Nya sedang bekerja dalam mengikis kesombongan, meneguhkan iman, dan membentuk hati kita semakin menyerupai Kristus.


Kasih Tuhan bukan sekadar memberi keselesaan. Kasih-Nya membentuk kehidupan kita setiap hari.


Kita perlu ingat perkataan Kristus, “Jika seseorang mahu mengikut Aku, hendaklah dia menyangkal dirinya, memikul salibnya dan mengikut Aku.” - Matius 16:24


Oleh: Pr. Jubilie Apin

Sumber: Facebook@Jubilie Apin@Pena Rajawali.

Comments


bottom of page