top of page

Pertanyaan Yang Memakan Diri

ree

“…Mereka mula membincangkan soalan itu, ‘Apakah yang akan kita katakan? Jika kita menjawab, “Dengan hak Allah,” Dia akan berkata, “Mengapa kamu tidak percaya kepada Yohanes?”’...” Lukas 20:5


Sewaktu Yesus sedang mengajar dan menyampaikan Berita Baik kepada orang ramai di dalam Rumah Tuhan, para ketua imam, guru Taurat dan pemimpin masyarakat Yahudi datang untuk bertanya kepada Yesus, “…siapa yang memberikan-Nya hak atau kuasa untuk mengajar dan mengubah kebiasaan mereka, dan atas nama siapa Dia melakukan semuanya itu…”


Mereka mempersoalkan Yesus kerana Dia telah mengusir semua orang yang berjual beli di halaman Rumah Tuhan, menunggangbalikkan meja para penukar wang dan bangku para penjual burung merpati. Oleh itu mereka menuntut supaya Yesus menjelaskan kuasa atau hak yang Dia gunakan untuk melakukan hal tersebut.


Namun Yesus tidak menjawab soalan mereka secara langsung. Sebaliknya, Dia mengajukan satu pertanyaan kepada mereka tentang hak Yohanes dalam membaptis orang—adakah ia dilakukan dengan kuasa Allah atau manusia?


Para ketua imam, guru Taurat, dan pemimpin masyarakat Yahudi mula berunding sesama mereka. Mereka sedar mereka sedang terperangkap oleh pertanyaan Yesus. Jika mereka berkata, “Dari surga,” Yesus akan bertanya, “Mengapa kamu tidak percaya kepada Yohanes?” Tetapi jika mereka berkata, “Dari manusia,” mereka takut orang ramai akan melempari mereka dengan batu kerana seluruh orang ramai percaya bahawa Yohanes adalah seorang nabi.


Akhirnya mereka berkata kepada Yesus bahawa mereka tidak tahu dari mana asalnya kuasa Yohanes. Pertanyaan mereka sendiri akhirnya memakan diri mereka.


Demikian juga dengan diri kita. Kita perlu berhati-hati dalam bertanya atau menuduh orang lain, supaya kata-kata kita tidak memperangkap diri kita sendiri.


Doa: Tuhan, aku datang kepada-Mu memohon bimbingan-Mu, agar aku sentiasa berhati-hati dalam setiap pertanyaan yang aku ajukan kepada orang lain, supaya setiap tindakan aku memuliakan Tuhan. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page