top of page

Pujilah Tuhan Sentiasa


Oleh kerana kebesaran kerajaan Tuhan, dimana semua raja dan kerajaan didalam dunia ini berada di bawah pengendalian dan kekuasaan-Nya. Maka kita diajak untuk memuji dan memuliakan nama-Nya, untuk menunjukkan kebesaran kerajaan-Nya.

 

Kemegahan dan kemuliaan kerajaan-Nya melebihi segala yang ada didunia ini, takhta-Nya di sorga lebih tinggi daripada segalanya, dikelilingi oleh kawanan malaikat yang tidak terhitung jumlahnya. Dengan itu adalah layak bagi semua ciptaan-Nya memuji dan memuliakan nama-Nya.

 

Dengan itu pemazmur mengajak supaya semua makhluk ciptaan-Nya memuji nama-Nya yang suci sampai selama-lamanya. Dengan berkata “...aku akan sentiasa memuji TUHAN; hendaklah semua makhluk ciptaan-Nya memuji nama-Nya yang suci sampai selama-lamanya......” Mazmur 145:12

 

Oleh itu binalah sikap yang sentiasa memuji Tuhan, sebab hal ini membuktikan bahawa kita menempatkan diri kita sepenuhnya di bawah perlindungan Penguasa yang berkuasa ke atas seluruh yang ada didunia ini

 

Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon agar Tuhan memberikan saya hati yang sentiasa memuji dan memuliakan namaMu,. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page