“…Tetapi bagiku, sungguh baik berada di samping Allah. Aku mendapat perlindungan daripada TUHAN Raja, dan aku akan memberitakan segala perbuatan-Nya....” Mazmur 73:28
Pemazmur berkata kepada kita bahawa perasaan cemburu dan tidak puas terhadap orang sombong merupakan perasaan yang sangat menyakitkan dan tidak menguntungkan dirinya. Oleh itu pemazmur memeringatkan kita agar tidak membiarkan perasaan yang sedemikian terus berkembang didalam kehidupan kita.
Tetapi membiarkan diri kita untuk sentiasa berada dekat dengan Tuhan setiap waktu, sebab berada dekat dengan TUHAN ada perlindungan dan keselamatan bagi hidup kita. oleh itu jadilah Tuhan sebagai pendamping hidup kita setiap hari.
Perhatikan apa yang pemazmur katakana kepada kita “…tetapi bagiku, sungguh baik berada di samping Allah. Aku mendapat perlindungan daripada TUHAN Raja, dan aku akan memberitakan segala perbuatan-Nya....”
Bagaimana dengan diri kita pada saat ini? Siapakah pendamping hidup anda hari ini, adakah Tuhan menjadi pendamping hidup anda setiap hari? Marilah kita meneladani diri pemazmur yang menjadikan Tuhan sebagai pendamping hidupnya.
Pemazmur tahu bahawa hidup dekat dengan Tuhan, dia memperolehi ketenangan dan kedamain kerana Tuhan yang melindungi dan mempelihara hidupnya. Ingat hanya dekat Tuhan sahaja hati kita tenang dan aman
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji dan mengagungkan namaMu kerana kehadiran Mu saya dapat menikmati perkara-perkara yang besar dalam hidup ini. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Commentaires