top of page

Tuhan Hanya Harapan Kita



“…Apakah yang boleh aku harapkan, ya Tuhan? Aku berharap kepada-Mu.…” Mazmur 39:8


Setelah pemazmur memahami bahawa hidup ini sangat singkat bagaikan “..hembusan nafas dan bayangan maka pemazmur bertanya kepada Tuhan dengan berkata “…Apakah yang boleh aku harapkan dalam hidup ini..”


Mengetahui betapa pendeknya hidup ini bagaikan asap yang cepat hilang dan tidak ada seorang pun akan hidup untuk selama-lamanya, menyebabkan pemazmur sedar Tuhanlah tempat dia meletakkan pengharapannya.


Pemazmur mengerti bahawa segala kenikmatan dunia ini hanyalah kesia-siaan sebab segala perbuatan orang didunia ini hanya sia-sia; sebab mereka mengumpulkan harta, tetapi mereka tidak tahu siapa akan mewarisinya.


Oleh kerana kesedaran ini maka pemazmur tahu bahawa hanya Tuhanlah menjadi tempat dia berharap selama di dunia ini. Dia tahu bahawa tidak ada sesuatu yang dapat membandingi diri Tuhan didalam hidup ini.


Dengan itu pemazmur mengalihkan seluruh tumpuan matanya dan hatinya hanya ke arah Tuhan untuk memperolehi kebahagian hidup ini, dia melepaskan segala pengharapannya akan kebahagiaan di dalam hal-hal dari dunia ini. Dia tidak mahu lagi berharap pada dunia ini.


Bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Apakah kita mahu mengalihkan harapan hati kita kepada Tuhan untuk kebahagian dan pertolongan hari ini? Lihat apa yang dikatakan oleh pemazmur kepada kita tentang hidup ini.


Hidup ini hanya sementara didunia ini, dengan itu kita harus menggunakannya dengan sebaik-baiknya untuk Tuhan…


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, menyerahkan hidup saya kepadaMu untuk kemuliaanMu. Sedarkan saya setiap hari bahawa betapa pendeknya hidup ini. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

コメント


bottom of page