top of page

Tuhan ialah Gembala




“..TUHAN ialah gembalaku; aku tidak kekurangan apa-apa..”.....” Maz 23:1


Pemazmur menggambarkan hubungan dirinya dengan Allah bagaikan seorang gembala dengan domba-dombanya, pemazmur berkata demikian kerana dia pernah menjadi gembala yang menjaga domba-dombanya.


Oleh kerana pengalaman pemazmur secara peribadi sebagai seorang gembala yang menjaga domba-domba diladang maka pemazmur mulai memahami peranan Allah terhadap hidupnya. Bagaimana seorang gembala yang menjaga kawanan domba.


Peranaan gembala adalah memberi perlindungan kepada domba-dombanya daripada serangan bintang-binatang buas, selain itu gembala juga memimpin domba-domba ke tempat yang berumput yang hijau dan ke tempat air yang tenang.


Mengenal peranan Allah sebagai gembala terhadap kehidupan peribadi kita akan menyebabkan diri seseorang itu tidak merasa bebas daripada ketakutan dan ada keraguan, hati merasa. Dengan itu kenalilah Tuhan adalah gembala hidup kita.


pengalamannya sebagai seorang gembala. menggambarkan Allah bagaikan gembala bagi hidupnya kerana kehidupan pemazmur terlindung dan selamat, sebab Tuhan menjaga dirinya.


Demikian juga dengan diri kita pada hari ini sekiranya kita meletakkan Tuhan sebagai gembala peribadi hidup kita pasti kita aman dalam perjalanan iman kita.


Doa: Bapa yang di surga, terima kasih kerana menjadi gembala bagi kehidupan saya, oleh kerana Engkau adalah gembala hidup saya maka hati saya menjadi tenang dan aman, terima kasih Tuhan kerana menjadi gembala hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page