“…Maka aku akan pergi ke mazbah-Mu, ya Allah, kerana Engkaulah sumber kebahagiaanku;
aku akan menyanyi serta memainkan kecapi, untuk memuji Engkau, ya Allah, Allahku!…” Mazmur 43:4
Mazmur ini menceritakan tentang pengharapan pemazmur sewaktu menghadapi tekanan daripada musuh-musuhnya, namun pengharapan yang dia miliki didalam Tuhan telah melenyapkan rasa ingin untuk berputus asa.
Pemazmur berkata kepada kita “...Engkaulah Allah, satu-satunya tempat perlindunganku. Mengapa Engkau membuang aku? Mengapa aku harus berkabung di bawah tindakan musuh-musuhku?
Oleh itu pemazmur memohon kepada Tuhan untuk memberikan dia terang-Nya dan kebenaran-Nya bagi menuntun dirinya. Dengan membiarkan terang dan kebenaran Tuhan itu menuntun dirinya ke tempat kediaman Tuhan di atas gunung-Nya yang kudus.
Pemazmur mengadu kepada Tuhan tentang kejahatan-kejahatan yang telah diperbuatkan oleh musuh-musuhnya kepadanya. Dia berdoa kepada Allah agar mengembalikan kepadanya sukacita yang dahulu dirasakannya dengan bebas sewaktu dia mengikuti upacara-upacara ibadah bersama.
Pemazmur berkata bahawa “...dia mahu untuk datang ke mezbah Tuhan, sebab Tuhanlah yang menyebabkan dia sangat bersukacita dan gembira, sehingga dia bersyukur kepada Tuhan dengan bermain kecapi dan menyanyikan pujian bagi Tuhan.
Bagaimana dengan diri anda pada hari ini? apakah anda merasa mahu putus asa oleh kerana kesusahan dan tekanan yang anda hadapi. Ingat datanglah kepada Tuhan dengan membawa seluruh hati kita, sebab hanya Dia yang dapat membuat kita tetap gembira dan sukacita.
Dengan itu datanglah ke mazbah Tuhan dalam doa dan pujian kita setiap hari, sebab didalam Tuhan kita akan menemui kebahagiaan yang sejati.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, menyerah seluruh hati dan hidup saya kepadaMu, pakailah hidup saya dan perbaharuhilah hati saya sentiasa. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments