top of page

Tuhan Tahu Keadaan Diri Kita


“….Aku akan bergembira dan bergirang, kerana Engkau tetap mengasihi aku. Engkau nampak penderitaanku; Engkau tahu kesusahanku.…” Mazmur 31:8


Pemazmur menyatakan hal yang menyebabkan hatinya sentias bergembira dan bergirang didalam hidupnya secara peribadi adalah “….Tuhan tetap mengasihi dirinya, dan Dia Tuhan yang sentiasa melihat penderitaannya dan mengetahui kesesakan jiwanya.


Kehidupan pemazmur yang diselumbungi dengan beberbagai penderitaan dan ancaman telah menyebabkan dirinya tahun-tahun dalam keluh kesah. Sehingga hal ini menyebabkan kekuatan dirinya juga menjadi berkurang.


Oleh kerana pemazmur mengetahui bahawa kasih dan kemurahan Tuhan terhadap dirinya tidak berubah maka hatinya menjadi bersukacita dan bergirang. Bukan hanya hal itu menyebabkan dia bersukacita dan bergirang tetapi lebih-lebih lagi dia tahu bahawa Tuhan mengetahui keadaan dirinya.


Dengan pengenalan dirinya terhadap siapa Tuhan terhadap dirinya maka hati pemazmur menjadi tenang dan aman walaupun dia sentiasa melalui waktu yang sangat sukar dan sulit di sepanjang perjalanan hidupnya.


Bagaimanakah dengan diri kita hari ini, apakah anda mengenal siapa Tuhan terhadap diri anda pada hari ini? mengenal siapa Tuhan dalam kehidupan kita secara peribadi akan menolong diri kita untuk tetap tenang dan bergembira dalam hidup ini. walaupun kita sering kali melalui keadaan yang sukar dalam hidup ini.


Kenalilah siapa Tuhan itu dalam hidup anda secara peribadi hari ini...


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji namaMu kerana Engkau Tuhan yang sentiasa menjaga dan mengasihi diri saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

コメント


bottom of page