top of page

Yesuslah Tuhan Atas Hari Sabat



Ungkapan "Yesuslah Tuhan atas Hari Sabat" menunjukkan kewibawaan-Nya atas hari Sabat. Konsep ini mustahak dalam amalan agama Yahudi.


Hari Sabat dalam Tradisi Yahudi:


Hari Sabat (Shabbat) ialah hari ketujuh dalam seminggu (dari waktu maghrib hari Jumaat hingga waktu maghrib hari Sabtu) dan sangat penting dalam tradisi Yahudi. Hari tersebut memperingati istirahat Allah setelah selesainya segala kerja penciptaan-Nya (Kejadian 2:2-3). Amalan memelihara hari Sabat melibatkan istirahat daripada pekerjaan, menghadiri ibadat di saumaah, dan melakukan renungan/refleksi rohani.


Keterlibatan Yesus dengan Hari Sabat:


Dalam kesemua kitab Injil, kelihatan Yesus menghadapi pelbagai situasi yang berkaitan dengan hari Sabat. Tindakan dan ajaran-Nya mencabar tafsiran  biasa. Orang Farisi dan pemimpin agama memantau Yesus dengan cermat, lalu menuduh-Nya melanggar hukum hari Sabat.


Peristiwa yang Menonjolkan kewibawaan Yesus atas Hari Sabat:


Penyembuhan pada Hari Sabat:


Yesus menyembuhkan orang pada hari Sabat, yang sering kali menimbulkan kontroversi atau perselisihan pendapat.


Sebagai contoh:


Dalam Markus 3:1-6, Yesus menyembuhkan seorang lelaki yang lumpuh sebelah tangannya pada hari Sabat. Orang Farisi mengecam-Nya/mengkritik-Nya, tetapi Yesus mempertahankan tindakannya dengan menekankan belas kasihan dan berbuat baik. Yesus menegaskan bahawa berbuat baik pada hari Sabat tidak melanggar hukum (Matius 12:12)


Tuhan atas Hari Sabat: 


Dalam Matius 12:8, Yesus berkata, "Kerana Anak Manusia ialah Tuhan atas hari Sabat." Pernyataan ini memperlihatkan ajaran yang di luar kotak.

Dengan mengaku kedaulatan atas hari Sabat, Yesus menegaskan kewibawaan ilahi-Nya. Dia bukan sekadar pemelihara hari Sabat; Dialah tujuan dan penunaian yang muktamad bagi hari Sabat.


Yesus menekankan bahawa hari Sabat diwujudkan demi manfaat manusia, bukanlah sebagai beban (Markus 2:27). Kewibawaan-Nya merentasi peraturan-peraturan legalistik kepada pokok pemeliharaan hari Sabat: istirahat, ibadat , dan pemulihan.


Makna Mendalam:


Kedaulatan Yesus atas hari Sabat mengatasi ketetapan-ketetapan legalistik. Ini menunjukkan identiti-Nya sebagai Mesias, iaitu tertunainya janji-janji Allah. Dialah ketenangan sejati bagi jiwa kita (Matius 11:28-30).


Yesus mengajak kita untuk mendapatkan ketenangan dalam-Nya kerana Dialah Sabat yang muktamad—sumber pembaharuan rohani dan ketenangan kekal.


Secara ringkas, "Yesuslah Tuhan atas hari Sabat" memperlihatkan kewibawaan dan belas kasihan-Nya, serta makna rohani yang mendalam tentang ketenangan yang ditemukan dalam-Nya.


Hanya Allah yang boleh membuat pengakuan sedemikian.

bottom of page