top of page

Cari

2084 items found for ""

  • Pertahankan Kebebasan Didalam Kristus

    "…Kita sekarang bebas, kerana Kristus telah membebaskan kita! Oleh itu pertahankanlah kebebasan kamu dan jangan biarkan diri kamu diperhamba lagi....” Galatia 5:1 Paulus memperingatkan jemaah yang ada Galatia supaya kembali setia kepada ajaran Injil yang benar dengan menolak injil palsu yang mahu memperhambakan diri mereka kembali pada Taurat. Sebab bagi mereka yang kembali kepada hukum Taurat, hal ini bererti bahawa mereka sedang menolak pekerjaan keselamatan Tuhan Yesus Kristus di atas kayu salib, sebab mereka memikirkan bahawa Kristus tidak dapat menyelamatkan diri mereka. Dengan itu jemaah Galatia perlu sedar bahawa mereka sudah memiliki anugerah keselamatan didalam Kristus Yesus yang menyebabkan mereka dimerdekkan, Dengan itu mereka harus tidak lagi membiarkan diri mereka disesatkan oleh pengajar-pengajar palsu. Namun mereka harus berjuang terus melawan penyesat-penyesat yang sedang menggugat kebebasan mereka didalam Kristus, dengan ajaran-ajaran yang salah. Dengan itu kita harus memperingatkan diri kita bahawa kita sudah dibebaskan oleh Kristus daripada perhambaan dosa. Dengan itu kita harus perlu terus mempertahankan kebebasan yang kita memiliki pada hari ini dengan berpegang pada Injil yang benar, dan tidak lagi berbalik kepada hidup yang terus terikat kepada Hukum Taurat. Tetapi berdiri teguh pada Injil yang benar dengan tidak menjadi hamba kepada hukum Taurat. Pertahankanlah kebebasan dengan berpegang pada injil kebenaran Firman Tuhan. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap syukur kepada pembebasan yang Engkau telah lakukan bagi hidup saya, ajar saya untuk terus berpegang pada Injil kebenaranMu selama hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin. Pr Patrick Taie

  • Pengorbanan-Mu Sempurna

    Oleh ROG Worship

  • Tetap Membangun Dan Mendorong Satu Yang Lain

    "…Tetapi sekarang kamu mengenal Allah, atau, lebih tepat lagi, Allah mengenal kamu. Mengapa kamu mahu kembali kepada roh-roh yang menguasai dunia ini? Roh-roh itu lemah dan tidak berguna. Mengapa kamu mahu diperhamba oleh roh-roh itu lagi?.....” Galatia 4:9 Oleh kerana jemaah Galatia sudah mengenal Allah melalui pekerjaan Tuhan Yesus Kristus, sehingga mereka sudah dimerdekakan daripada perhambaan dosa dan tuhan-tuhan yang lain. Namun, persoalanya sekarang ini adalah apakah mereka sungguh-sungguh sudah dimerdekkan atau kembali lagi memperhambakan diri mereka kepada roh-roh dunia ini lagi lalu mengikut ajaran yang menyesatkan itu. Oleh kerana itu maka Paulus sekali berusaha untuk meyakinkan mereka akan kebenaran Injil melalui pengalaman iman mereka didalam Tuhan pada masa yang lalu dan juga melalui ajaran-ajaran Alkitabiah daripada Perjanjian Lama. Sebab pada masa yang lalu mereka telah menerimanya dengan hati yang terbuka dan penuh sukacita, atas dasar hubungan mereka yang sangat akrab. Oleh itu Paulus menginginkan mereka supaya tetap berpegang pada kebenaran Injil yang mereka telah terima melaluinya, tanpa mengubah pendirian iman mereka kepada Tuhan. Dengan itu sebagai orang yang percaya kita harus tidak merasa jemu untuk terus meyakinkan iman saudara-saudara yang seiman, yang semakin lemah. Jadilah pembimbing, Pembina dan pendorong yang baik. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, dan menyerahkan seluruh kehidupan saya kepadaMu, jadikanlah hidup saya sebagai pembimbing, Pembina dan pendorong yang baik selama hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin. Pr Patrick Taie

  • Kita Adalah Anak-Anak Allah

    "… Dengan demikian kamu bukan lagi abdi, tetapi anak. Kerana kamu anak-Nya, Allah akan mengurniai kamu segala yang telah disediakan untuk anak-anak-Nya......” Galatia 4:7 Menurut hokum masyarakat orang Romawi, seorang anak angkat dijaminkan untuk memperolehi semua hak hokum atas harta benda miliki ayahnya. Walaupun pada awalnya dia adalah seorang hamba. Oleh itu dia tidak boleh diletakkan pada anak tingkat yang ke-dua. Namun dia akan menjadi sama dengan anak-anak yang lain, baik dia anak secara boligis atau anak angkat, kedua-duanya dianggap sama. Oleh itu sebagai anak angkat Allah, kita mendapat juga hak yang sama bagi mewarisi kekayaan Allah yang disurga melalui Tuahn Yesus. Oleh kerana kita sudah menjadi anak-anak Allah maka kita layak untuk menerima segala apa yang disediakan oleh Allah bagi kita, iaitu pengenalan peribadi yang sepenuhnya sebagai anak-anak Allah. Oleh kerana kita adalah anak-anak Tuhan maka kita boleh menghadap-Nya dengan penuh keberanian tanpa takut sebab kita anak-anak-Nya. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji namaMu kerana menjadikan saya sebagai anak-anakMu dan layak untuk menerima segala sumber kekayaanMu yang disurga. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin. Pr Patrick Taie

  • Membangun Kehidupan yang Bermakna 

    Shalom Aleichem anak muda! Pernahkah anda berfikir tentang kehidupan kita di bumi ini? Pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri apakah erti kehidupan saya? Jika pertanyaan-pertanyaan ini pernah terlintas di fikiran kita, ini bermakna kita sedar bahawa hidup kita itu bukan sekadar hidup tetapi ada hal yang perlu kita lakukan sehingga kita mengecapi hidup yang bermakna itu. Untuk membangun kehidupan yang bermakna itu, kita harus meletakkan peribadi ini terlebih dahulu di dalam kehidupan kita. Peribadi itu adalah Yesus Kristus. Hal ini kerana, jika kita sudah meletakkan Dia di hati dan hidup kita barulah kita akan dapat mengecapi kehidupan yang bermakna itu. Kehidupan bermakna adalah kehidupan yang sudah dibaharui oleh Kristus yang merupakan pusat hidup kita dimana kita membangunkan prinsip-prinsip yang benar di hidup kita sebagai anak muda. Disini ada beberapa prinsip hidup yang bermakna yang harus kita bangunkan di dalam kehidupan kita. Prinsip 1: Hidup ini misteri, harus berintegrasi dengan Kristus. Hidup yang berserah penuh kepada Kristus. Di dalam Galatia 2: 19-20 menyatakan bahawa hidup ini bukan kita lagi melainkan Kristus yang hidup di dalam kita. Selama kita masih diberi kesempatan untuk hidup, mari kita terus berintegrasi dengan Kristus dan menghasilkan buah. Prinsip 2: Hidup ini sebuah perlumbaan, haruslah fokus Filipi 3:13 meneguhkan kita supaya kita melupakan apa yang dibelakang dan mengarahkan diri kepada apa yang di depan. Kita harus belajar untuk mengarahkan fokus kita ke hadapan. Untuk memenangai perlumbaan itu, pandangan kita harus fokus supaya kita mempunyai visi yang tajam dan kuat di hidup kita. Jangan terintimidasi dengan masa lalu kita tetapi fokuslah kepada pusat hidup kita, iaitu Yesus Kristus. Prinsip 3: Hidup ini sebuah kesempatan, jangan sia-siakan Jika kita masih diberi kesempatan untuk hidup di dunia ini, bererti tugasan kita belum lagi selesai. Sekecil atau sebesar manapun assignment yang Tuhan berikan, ambillah itu sebagai satu kesempatan.  Rebutlah setiap kesempatan-kesempatan yang Tuhan berikan di hidup kita dan lakukan dengan setia. Prinsip 4: Hidup ini sebuah perjuangan yang harus dimenangkan Roma 12:11-12 harus menjadi kekuatan kepada kita sebagai anak muda. Semangat kita janganlah menjadi kendor tetapi tetaplah melayani dengan roh yang menyala-nyala. Setiap kita ada musim-musimnya sendiri. Ada musim kekeringan, sukacita, ujian dan banyak lagi musim-musim yang Tuhan izinkan tetapi tetaplah perjuangkan hidup kita dengan terus memiliki api yang terus menyala di hati kita untuk Tuhan. Jangan pernah membiarkan api itu malap. Anak muda, marilah kita belajar untuk membangunkan kehidupan yang bermakna bersama Tuhan!! Tuhan Yesus memberkati. Oleh Teresamay, 2024

  • Dalam Tuhan Yesus Kita Sama

    "…Dalam hal ini tidak ada lagi perbezaan antara orang Yahudi dengan orang bukan Yahudi, antara abdi dengan orang bebas, antara lelaki dengan perempuan. Kamu semuanya menjadi satu kerana Kristus Yesus.....” Galatia 3:28 Melalui karya penyelamatan didalam Tuhan Yesus Kristus tidak ada lagi perbezaan diantara Yahudi dan bukan Yahudi. Tidak ada lagi perbezaan diantara hamba dan orang yang bebas. Tidak ada lagi perbezaan diantara lelaki dan perempuan. Semua kita adalah sama didalam Tuhan Yesus Kristus walaupun kita berbeza daripada bangsa, bahasa dan jentina namun semua kita sama dihadapan Tuhan. Oleh itu tidak ada seorang pun boleh membeza-bezakan kita menurut bangsa, bahasa dan jentina setelah kita memberikan hidup kita kepada Tuhan Yesus secara peribadi, sebab semua kita sudah menjadi satu karena bersatu dengan Tuhan Yesus Kristus. Sebab beberapa lelaki orang Yahudi sewaktu mereka menaikan doa pengucapan syukur mereka sering kali berkata “...Tuhan, saya bersyukur karena saya bukan orang kafir, budak, atau wanita." Mereka sangat bangga dengan jati diri mereka yang tidak dimiliki oleh orang lain. Oleh itu Paulus mengingatkan mereka, bahwa sebelum Kristus datang membebaskan mereka, jati diri mereka tidak lebih daripada hamba..” Ingat Dalam Yesus kita semua adalah sama dan saudara. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap syukur sebab dalam Engkau semua kami adalah sama,. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin. Pr Patrick Taie

  • Melalui Iman, Kita Menjadi Anak-Anak Tuhan

    "…Kerana kamu percaya kepada Kristus Yesus, maka kamu menjadi anak-anak Allah dan bersatu dengan Kristus Yesus.......” Galatia 3:26 Mengikut amalan masyarakat Romawi, seorang anak yang meningkat dewasa (akil balig) akan mengganti jubah anak-anaknya dengan jubah orang dewasa. Hal ini menandakan bahwa dia sekarang adalah seorang dewasa dan memiliki hak dan tanggung jawab sepenuhnya. Oleh itu Paulus menggunakan konsep pengertian budaya ini untuk menjelaskan kepada Jemaah gereja Galatia tentang konsep baptisan. Dengan itu seorang yang percaya setelah melalui bapatisan akan dinyatakan dewasa secara iman mereka, dan siap untuk mengambil hak dan tanggung jawab mereka yang sepenuhnya. Sebab mereka sudah menanggalkan jubah lama mereka iaitu hukum Taurat dan mengenakan jubah baru kebenaran di dalam Kristus. Oleh kerana kita sudah percaya kepada Kristus Yesus dengan sepenuh hati, dengan segenap jiwa dan dengan seluruh akal kita, maka kita sudah menjadi anak-anak Allah dan bersatu dengan Kristus Yesus. Sekarang anda dan saya adalah anak-anak Allah, melalui iman kita didalam Tuhan kita Yesus Kristus, sebab kita telah dibaptis dalam Kristus dan disatukan dengan Kristus. Dengan itu, sekarang kita sudah menerima sifat-sifat Kristus sendiri. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, dan berterima kasih kepadaMu kerana menerima saya menjadikan anak-anakMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin. Pr Patrick Taie

  • Iman Dalam Tuhan Jalan Untuk Mengalami Dan Menerima

    "…Tetapi di dalam Alkitab tertulis bahawa semua umat manusia dikuasai oleh dosa. Oleh itu pemberian yang dijanjikan berdasarkan kepercayaan kepada Yesus Kristus, diberikan kepada mereka yang percaya......” Galatia 3:22 Alkitab berkata kepada kita bahwa dosa sudah menguasai kehidupan manusia, oleh itu hanya satu-satunya jalan untuk keluar daripada belenggu dosa dan memperbolehkan kita diselamatkan hanyalah melalui percaya sepenuhnya kepada Tuhan Yesus Kristus. Jalan keselamatan ini terbuka untuk semua orang yang mahu percaya kepada-Nya. Dosa memisahkan kita daripada Tuhan namun Tuhan Yesus datang dan menyerahkan diriNya bagi memulihkan kembali hubungan yang terputus. Oleh itu jika kita percaya kepada-Nya sebagai Tuhan dan penyelamat hidup kita secara peribadi maka kita menerima berkat yang sudah Allah janjikan kepada Abraham. Ingat, pemberian yang dijanjikan oleh Tuhan kepada kita itu berdasar pada percaya sepenuhnya kepada Tuhan Yesus Kristus. Oleh itu jalan untuk mengalami janji Tuhan didalam kehidupan ini hanyalah “..percaya sepenuhnya kepada Tuhan Yesus…” dengan sepenuh hati, dengan segenap jiwa dan dengan seluruh akal kita, maka pemberian yang dijanjikan oleh Tuhan kepada kita akan diberikan kepada kita. Mahukah anda mengalami dan menerimanya dalam hidup anda? percaya sepenuhnya kepada Tuhan Yesus. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohoh kepadaMu pengampunan dan pemulihan sekiranya saya tidak percaya kepadaMu, sucikan dan kuduskanlah hati saya Tuhan, saya mahu percaya hanya kepadaMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin. Pr Patrick Taie

  • Tetap Percaya Kepada Tuhan

    "…Abraham percaya lalu dia diberkati. Demikianlah Allah memberkati semua orang yang percaya kepada-Nya, seperti Dia memberkati Abraham.....” Galatia 3:9 Perjanjian Lama mengajarkan kita tentang Abraham diberkati oleh karena imannya kepada Tuhan. Demikian juga bagi setiap orang yang percaya pada hari ini, dengan iman seperti Abraham, kita juga akan diberkati oleh Tuhan. Sebab Tuhan yang disembah oleh Abraham pada masa yang lalu adalah Tuhan yang sama, yang kita sembah pada hari ini. Oleh itu memang tidak dinafikan bahawa iman kita kepada Tuhan pada hari ini, juga pasti akan mengundang berkat didalam hidup kita. Mengapa? Sebab Dia adalah Tuhan yang sama dahulu, sekarang dan selama-lamanya, oleh itu jika Dia telah memberkati Abraham, oleh kerana Abraham percaya kepada-Nya, maka pada hari ini juga Tuhan yang sama pasti akan memberkati kita sekiranya kita percaya kepada-Nya. Ingat "…orang yang benar akan hidup atas dasar iman kepada Tuhan Yesus…." Oleh itu tetaplah percaya kepada Tuhan. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon bimbinganMU, ajar saya untuk terus bersandar sepenuhnya kepadaMu dalam segala perkara yang saya lalukan. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin. Pr Patrick Taie

  • Bukan Usaha Kita, Kita Berbaik Semula Dengan Tuhan

    "…Dalam usaha kami untuk berbaik semula dengan Allah melalui hidup bersatu dengan Kristus, ternyata kami masih orang berdosa juga seperti orang bukan Yahudi. Adakah hal ini bererti bahawa Kristus yang menyebabkan kami berdosa? Tentu tidak!......” Galatia 2:17 Paulub berkata tentang orang Yahudi yang sudah percaya penuh kepada Tuhan Yesus Kristus tetapi masih belum mengerti cara mereka dibenarkan di hadapan Allah, iaitu hanya oleh karena bersatu dengan Kristus. Mereka berpandangan bahwa tidak cukup bagi seseorang itu hanya percaya kepada Tuhan Yesus dan mereka harus juga bergantung pada melakukan hukum Taurat agar mereka dibenarkan. Namun pandapat mereka ini tidak benar, sebab seseorang yang sudah menjadi pengikut Tuhan Yesus Kristus sudah dibenarkan. Tetapi jika kita sendiri yang mencari jalan untuk dibenarkan di dalam Kristus, maka hal ini nyata bahawa kita menjadi orang berdosa. Sebab orang menjadi ‘orang berdosa’ bukan kerana bersatu dengan Kristus, namun dirinya sendiri. Dengan itu “..bukan usaha kita sendiri yang menyebabkan kita berbaik semula dengan Tuhan tetapi kerana hidup bersatu dengan Kristus Yesus Tuhan. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, berterima kasih kepadaMu kerana menjadikan saya layak dihadapanMu, saya diterima oleh Engkau kerana anugarah kasihMu, saya serahkan hidup saya hanya kepadaMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin. Pr Patrick Taie

  • Suara

    Oleh Hezron ft Phoebe Tsen

  • Kerana Iman Kita Berbaik Semula Dengan Tuhan

    "…Meskipun demikian kami tahu bahawa orang berbaik semula dengan Allah kerana percaya kepada Yesus Kristus, dan bukan kerana mengikut Taurat. Kami pun percaya kepada Yesus Kristus, supaya kami berbaik semula dengan Allah melalui iman kami, bukan kerana kami mengikut Taurat. Dengan mengikut Taurat, tiada seorang pun dapat berbaik semula dengan Allah......” Galatia 2:16 Paulus dengan tegas menegur Petrus yang tidak memiliki pendirian yang jelas terhadap manusia berbaik semula dengan Tuhan atau keselamatan orang yang percaya. Oleh itu Paulus dengan tegas berkata kepada semua orang yang percaya baik orang Yahudi ataupun bukan Yahudi, mereka adalah sama-sama orang yang berdosa. Dengan itu mereka sama sekali tidak dapat untuk menyelamatkan diri mereka sendiri dengan menaati atau melakukan hukum Taurat. Tetapi hanya melalui iman didalam Yesus Kristus mereka berbaik semula dengan Tuhan atau diselamatkan atau dibenarkan. Dengan itu Paulus memperingatkan Jemaah yang ada di Galatia bahawa “…orang berbaik semula dengan Allah kerana percaya kepada Yesus Kristus, dan bukan kerana mengikut Taurat..”, orang berbaik semula dengan Tuhan atau dibenarkan di hadapan Tuhan bukan kerana taat kepada hukum Taurat tetapi kerana percaya kepada Kristus Yesus. Oleh itu kita berbaik semula dengan Tuhan hanya melalui iman kita secara peribadi didalam Yesus Kristus dan bukan melalui menaati Hukum Taurat. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon pengampunan daripadaMu kiranya saya tidak meletakkan kepercayaan saya sepenuhnya kepadaMu, sebab saya tahu hanya melalui iman saya kepadaMu saya dibenarkan atau diselamatkan. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin. Pr Patrick Taie

bottom of page