top of page

Cari

3214 results found with an empty search

  • Hanya Mengandalkan Tuhan

    Yeremia 17:7 di berkatilah orang yang mengandalkan Tuhan ,yang menaruh harapannya pada Tuhan. Kita harus mengandalkan Tuhan kita dan mengatasi kesulitan dengan Iman. Setiap kali kita merasa hidup itu sulit ingatlah baca firman Tuhan dan rasakan bahawa Tuhan sentiasa menyertai kita. Renungkan: 1.Bagaimana mengandalkan Tuhan dalam kesulitan hidup? 2.Apakah anda bersedia mengandalkan Tuhan dalam kesulitan dan membiarkan Tuhan yang memimpin kita melewati setiap kesulitan? 3. 1korintus 2:5 supaya iman kamu jangan bergantung pada hikmat manusia,tetapi pada kekuatan Allah. Belajar mengandalkan Tuhan, sumber hikmat kerana orang yang mengandalkan Tuhan akan mengalami pertolongan tepat pada waktunya. Perkara Doa 1). Berdoa untuk setiap kita terus mengandalkan Tuhan bukan bersandar pada kekuatan sendiri. 2). Berdoa supaya Tuhan memberi khidmat dan kebijaksanaan kepada hambanya yang ketika ini menghadapi kesulitan. 3).Doakan untuk orang sakit yang tengah bergumul dengan kesakitan nya supaya terus berharap dan mengandalkan Tuhan kerana Tuhan satu-satunya sumber pertolongan kita. Pipin

  • Kita Semua Memerlukan Teologi Yang Lebih Mendalam, Bukan Hanya Positif

    Kita semua memerlukan teologi yang lebih mendalam, bukan hanya menjadi seorang yang positif; ✨Luahkan, lukiskan kepositifan dari alam semesta dan ia akan diberikan kepada anda. ✨Apabila kehidupan memberi anda kesusahan, ubahlah menjadi sesuatu yang positif atau bermanfaat ✨Jangan berputus asa, fokus pada bahagian yang lebih cerah. Kita semua memerlukan asas yang kukuh dan teologi yang kukuh. Teologi bukan hanya untuk pastor atau mereka yang berada di seminari, tetapi untuk semua orang yang ingin mencari dan berkembang yang lebih dalam. Allah adalah pemberi hikmat, sesiapa yang mencarinya akan mendapatnya. Anda dan saya memerlukan Yesus, Injil—Berita Baik. Pernahkah anda terfikir mengapa mereka yang pergi ke gereja tidak pergi ke gereja lagi? Kerana kita tidak memberitakan bahawa hidup bukan sahaja tentang menjadi seorang yang positif, tetapi tentang menjadi kudus dan menjadi seperti Kristus. Api penyucian akan memangkas anda. Jadi jika anda sedang menderita dan sakit sekarang, itu tidak bermakna Tuhan tidak hadir. Yesus menderita untuk mati di kayu Salib kerana dosa dan aib kita, kita tidak dipanggil untuk menjalani kehidupan yang selesa dan tanpa kesakitan, ingat bahawa dunia ini hanyalah rumah sementara. “Sesiapa yang mendengar dan menurut kata-kata-Ku ini ibarat orang bijak yang membina rumah di atas batu. Hujan mencurah, banjir melimpah dan angin kencang melanda, tetapi rumah itu tidak runtuh kerana berasaskan batu. Sesiapa yang mendengar tetapi tidak menurut kata-kata-Ku ini ibarat orang bodoh yang membina rumah di atas pasir. Hujan mencurah, banjir melimpah dan angin kencang melanda, lalu runtuhlah rumah itu, punah ranap!” Matius 7:24-27. Jemimah Ramos

  • Menjadi Duta Kristus

    Oleh Sandra Munga Tagal

  • (8a) Dianiaya Demi Kebenaran (Beatitudes)

    Yang Diberkati (Beatitudes) Pelajaran 8a: Dianiaya Oleh Kebenaran Matius 5:10 Diberkatilah mereka yang dianiaya demi perbenaran, kerana kerajaan syurga untuk mereka. Matius 5:1-11 (AVB) 1 Ketika Yesus melihat orang ramai itu, Dia pun mendaki ke atas sebuah bukit lalu duduk. Kemudian datanglah murid-murid-Nya kepada-Nya. 2 Dia pun mula mengajar mereka: 3 "Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga. 4 Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur. 5 Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini. 6 Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran, kerana mereka akan dipuaskan. 7 Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka akan dikasihani juga. 8 Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah. 9 Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah. 10 Diberkatilah mereka yang dianiaya demi perbenaran, kerana kerajaan syurga untuk mereka. 11 Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu dengan segala yang jahat kerana-Ku. 12 Bersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya." Bahagian yang terakhir ini, adalah bahagian yang sangat penting di antara semua kunci berkat. Kerana itu, Ia akan bahagikan ke dalam 2 bahagian: Bahagian yang pertama, ialah tentang 3 peringatan kebenaran apabila kita menghadapi penganiayaan. Bahagian yang kedua, ialah tentang 5 langkah praktikal yang boleh kita ambil apabila kita berhadapan dengan penganiayaan. Matius 5:10-12 (AVB) 10 Diberkatilah mereka yang dianiaya demi perbenaran, kerana kerajaan syurga untuk mereka. 11 Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu dengan segala yang jahat kerana-Ku. 12 Bersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya. Kumpulan orang yang manakah yang paling di teraniaya di dunia? Orang Kristian. International society of human rights - Organisasi yang bukan kristian, membuat laporan “80% dari semua pelanggaran kebebasan beragama di dunia hari ini ditujukan kepada orang Kristian”. 2000 tahun yang lalu, orang-orang kristian adalah kumpulan yang dianiaya. Semasa empayar Roma, selama 300 tahun, Bahawa, mempercayai Yesus adalah satu kelakuan “illegal” atau “melanggar undang-undang”. Mereka dicampakkan ke gelanggang untuk dimakan singa. Nero, contohnya, membakar orang kristian, pada ketika itu dsb. Tahukah kita, bahawa penganiayaan kepada orang kristian yang paling teruk di dalam sejarah dunia, ialah yang berlaku sekarang ini. Sejak kebangkitan Yesus 2000 tahun yang lalu, lebih kurang 70 juta orang Kristian mati dianiaya kerana Yesus Kristus. Tetapi tahukah kita, bahawa, di dalam 100 tahun kebelakangan ini, 35 juta orang kristian telah mati dibunuh aniaya kerana iman mereka kepada Yesus Kristus. Iaitu, separuh daripada jumlah total orang yang mati kerana Yesus, sejak 2000 tahun lalu, berlaku di dalam 100 tahun kebelakangan ini. Tahukah kita, di dalam 10 minit, akan ada 2 orang kristian mati kerana penganiayaan di dunia ini. (2 deaths every 10 minutes) Sehabis kita membuat renungan hari ini, sudah ada 2 orang yang mati dianiaya. Jikalau kita fikirkan, Orang kristian: Adalah orang yang lemah Adalah orang yang pengecut Adalah orang yang penakut Kita sudah salah fikir. Malahan, orang kristian adalah orang yang: Berani menghadapi cabaran Berani menghadapi kritikan Berani menghadapi tentangan dan tekanan dari orang lain Berani menghadapi kesusahan dan harassment Siap untuk dipenjarakan Siap dianiaya, dikhianati, dan mati untuk Yesus Kristus… 2 Tim 3:12 Memang, semua orang yang ingin hidup warak dalam Kristus Yesus akan dianiaya. Semua orang yang mengikut Yesus “akan” dianiaya. Bukan mungkin, bukan jikalau, tetapi ini adalah penyataan “guarantee”. Kita yang hidup warak dalam kristus akan dianiaya. Jikalau kita berdiri atas sesuatu yang benar, orang akan menentang kita. Jikalau kita mengikut firman Tuhan, kita akan dianiaya. Kejahatan akan menentang kita. Dan jikalau kita mahu hidup diberkati Tuhan, kita akan ditentang, diintimidasi, dihina, difitnah dan dianiaya. Mungkin kita tidak akan mengalami penganiayaan yang mengakibatkan kita dibunuh atau diseksa, tetapi, sebagai seorang kristian kita akan menghadapi penentangan. Di tempat kerja kita Di sekolah dan kolej kita Di perkampungan kita Di tempat perumahan kita Di marketplace kita dsb. Persoalan kita hari ini, apa yang boleh kita ingat apabila kita menghadapi penganiayaan dan tentangan? Peringatan #1: Penganiayaan akan memberikan kita ganjaran yang berkekalan. Matius 5:10-12 (AVB) 10 Diberkatilah mereka yang dianiaya demi perbenaran, kerana kerajaan syurga untuk mereka. 11 Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu dengan segala yang jahat kerana-Ku. 12 Bersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya. Kita yang dianiaya, dihina dan difitnah, bukanlah tanpa sebab, tetapi kerana perbenaran. Dan kerajaan syurga adalah jaminan untuk kita. Oleh itu, ditempat pekerjaan, kita akan menghadapi tentangan kerana berdiri di atas kebenaran. Ada juga kita akan dialah fahamkan, difitnah dan diperbodohkan kerana berdiri di atas integriti. Tetapi Yesus mengatakan, ganjaran kita bukanlah di dunia tetapi di syurga. Kita mempunyai panggilan yang lebih tinggi. Peringatan #2: Penganiayaan akan menjadikan kita lebih seperti Yesus. Yohanes 15:18-20 (AVB) Jika dunia membencimu, ketahuilah, dunia telah membenci-Ku terlebih dahulu. Andainya kamu milik dunia, maka dunia akan mengasihimu seperti kepunyaannya sendiri. Tetapi Aku telah memilihmu dan kamu bukan lagi milik dunia. Maka itulah dunia membencimu. Ingatlah apa yang telah Kukatakan kepadamu, ‘Seorang hamba tidak lebih besar daripada tuannya.’ Jika mereka menganiaya-Ku, mereka akan menganiayamu juga. Jika mereka menurut kata-kata-Ku, mereka akan menurut kata-katamu juga. Di dalam pertumbuhan rohani kita menjadi seperti Yesus, kita akan melalui apa yang Yesus lalui. Apakah ada masanya Yesus: berseorangan, kecil hati, digodai, dikhianati, dikutuk, dikeji dan dianiaya? Semua jawabannya ialah ya, dan Yesus mengingatkan kita bahawa kita akan mengalami yang sama di dalam pertumbuhan rohani kita di dalam menjadi seperti Yesus. 1 Petrus 4:14 Sekiranya kamu dicela kerana menjadi pengikut dan mengambil nama Kristus, diberkatilah kamu kerana Roh yang mulia iaitu Roh Allah ada bersamamu. Apabila kita dianiaya, dicela, dikutuk dan ditekan kerana menjadi pengikut Yesus. Tahniah, kerana ini adalah confirmasi dan pujian kerana firman Tuhan mengatakan kita semua akan diberkati. Dan Roh Allah ada bersama dengan mu. Peringatan #3: Penganiayaan akan menguatkan iman kita. Inilah caranya, Tuhan mendalami iman kita. Sama seperti kita menguatkan muscle atau otot kita. Otot (muscle) kita menjadi kuat apabila ada “resistant” dan kita bersenam sampai otot kita menjadi sakit. Sama juga dengan iman, saudara, iman kita akan menjadi kuat, apabila kita menghadapi tentangan. Jikalau kita tidak ada tantangan di dalam hidup kita, kita tidak akan bertumbuh di dalam iman. Adalah menjadi satu kenyataan yang benar, tanpa keraguan, bahawa mereka yang mempunyai iman yang paling kukuh adalah mereka yang diuji, dianiaya dan dicela. 1 Petrus 1:7 Segalanya ini untuk menguji imanmu yang lebih berharga daripada emas, kerana emas tetap musnah walaupun telah diuji dengan api. Imanmu kelak ternyata tulen dan akan mendapat puji, penghormatan serta kemuliaan apabila Yesus Kristus datang kembali. Iman kita lebih berharga daripada emas. apabila diuji dengan api, emas akan musnah tetapi jikalau iman kita bertahan, akan ternyata tulen nya dan kita akan mendapat pujian, penghormatan dan kemuliaan. Iman kita akan menjadi lebih kuat, apabila ia melalui ujian api penghinaan, api penganiayaan dan api fitnah. Iman kita di Marketplace akan menjadi lebih Marilah kita bersama-sama mempersiapkan diri kita untuk menghadapi penganiayaan. Walaupun, bukanlah satu yang selesa tetapi kita harus tahu bahawa Tuhan akan menyertai kita. Di dalam sesi yang seterusnya, kita akan belajar, apakah yang boleh kita lakukan dengan praktikal. 5 langkah praktikal yang boleh kita lakukan di dalam kita menghadapi tentangan dan penganiayaan. DOA Tuhan, hari ini kami telah renungkan tentang kebenaran yang harus kita ingatkan apabila kita menghadapi penganiayaan. Kami minta campur tangan Tuhan di dalam kami mengharungi penganiayaan. Supaya kami menjadi lebih seperti Yesus Supaya kami dikuatkan iman Supaya kami akan memperolehi ganjaran yang berkekalan. Kami juga doakan untuk mereka yang sekarang ini di dalam penindasan dan penganiayaan kerana Yesus, supaya Engkau memberikan mereka kekuatan yang luar biasa. Di dalam Nama Yesus Kristus kami berdoa. Amen. Soalan Renungan: 1. Apakah bentuk penganiayaan yang anda lihat pada hari ini? 2. Apa yang anda fahami tentang 3 peringatan tentang penganiayaan yang telah anda pelajari? Elder Ann WK

  • (6) Suci Hati (Beatitudes)

    Yang Diberkati (Beatitudes) Pelajaran 6: Suci Hati Matius 5:8 Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah. Matius 5:1-11 (AVB) 1 Ketika Yesus melihat orang ramai itu, Dia pun mendaki ke atas sebuah bukit lalu duduk. Kemudian datanglah murid-murid-Nya kepada-Nya. 2 Dia pun mula mengajar mereka: 3 "Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga. 4 Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur. 5 Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini. 6 Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran, kerana mereka akan dipuaskan. 7 Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka akan dikasihani juga. 8 Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah. 9 Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah. 10 Diberkatilah mereka yang dianiaya demi perbenaran, kerana kerajaan syurga untuk mereka. 11 Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu dengan segala yang jahat kerana-Ku. 12 Bersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya." Matius 5:8 (AVB) Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah Kita semua tidak sempurna. Kita membuat banyak kesilapan. Kita membuat perkara yang tidak seharusnya kita lakukan Kita menyerah kalah kepada godaan Kita hilang sabar dsb. Jikalau kita tidak berhati-hati, senang untuk kita masuk ke dalam “self condemnation” Iaitu kita mengecam diri kita sendiri. Suara iblis akan mengatakan yang kita tidak akan berjaya dan Tuhan tidak akan memberkati kita. Kita fikir, untuk kita mendapat nikmat dan berkat Tuhan, kita memerlukan “perfect performance”, “persembahan yang sempurna” Tetapi, Alkitab mengatakan: 2 Tawarikh 16:9a Sesungguhnya, mata Tuhan menjelajah seluruh bumi untuk memberikan kekuatan kepada orang yang tulus hati terhadap-Nya. Tuhan tidak mencari orang yang perbuatannya sempurna tetapi Tuhan mencari orang yang yang tulus hatinya. Tuhan tidak memandang kepada kecantikan, kekacakan, kepandaian, Ijazah, harta benda kita dsb. Tetapi, lebih mementingkan kondisi hati kita Nabi Nuh, Abraham, Musa, Daud, Paulus dsb, semua mereka adalah orang yang tidak sempurna dengan standard Tuhan. Daud contohnya, adalah seorang yang berzina dan yang mengaturkan pembunuhan suami Betsheba. Tetapi, mereka semua disenaraikan di dalam “Hall of Fame” atau “dewan kemahsyuran” seperti yang tertulis di dalam buku Ibrani. Nabi Nuh adalah seorang yang benar - a righteous man, tetapi dia mabuk telanjang. Abraham adalah seorang yang penuh dengan iman, tetapi bohong tentang isterinya. Musa adalah seorang yang penuh dengan iman juga, yang digunakan Tuhan, untuk membebaskan umat Israel daripada penghambaan, tetapi kerana marah dia tidak dibernarkan masuk tanah perjanjian. Daud adalah seorang yang menyenangkan hati Tuhan (A man after God’s heart), tetapi melakukan pembunuhan dan zina. Paulus, pula adalah seorang “apostle” yang digunakan Tuhan untuk menyebarkan berita baik kepada “gentiles”, orang bukan Yahudi, pernah menganiayai umat kristian. Tuhan lebih mementingkan “keadaan hati kita” lebih daripada “dosa kehidupan kita”. Dia melihat mengapa kita melakukan sesuatu, dan bukan apa yang kita lakukan. Jadi hari ini, Tuhan mahu mengingatkan kita tentang kondisi hati kita, terutama sekali di marketplace. Hati yang suci akan diberkati Tuhan. Bukan performance atau pencapaian kita. Persoalannya, apakah berkat Tuhan apabila kita suci hati? Berkat #1: Kita hidup dengan penuh keyakinan (Confident). Apabila kita mempunyai kemurnian hati, kita menjadi seorang yang disukai ramai orang. Kerana kita tidak perlu hidup dengan berpura-pura. Kita tahu siapakah kita di dalam Kristus. Kualiti ini bukan sahaja menarik orang lain tetapi juga memberikan kita keselesaan dan keyakinan diri. Amsal 10:9 Orang yang hidup dalam keikhlasan, aman jalannya, tetapi sesiapa memesongkan jalannya akan diketahui juga. Apabila kita hidup dengan keikhlasan, jalan kita aman dan kita berdiri di atas dasar yang kukuh. Di dalam marketplace, satu nilai yang penting di dalam perniagaan adalah integriti, keikhlasan hati. Lebih daripada kewangan atau kebolehan atau kemampuan. Kita diperingatkan, berkat yang pertama, hati yang suci, adalah keyakinan diri, kita tidak perlu berkata, satu perkara kepada seseorang dan perkara yang lain kepada orang lain. Integriti kita kuat dan tidak seperti lalang. Kita berdiri di atas dasar yang kukuh. berkekalan. Amsal 20:7 Orang benar yang hidup dalam keikhlasan, begitu berbahagia sekali keturunannya! Keturunan-keturunan kita akan diberkati apabila kita berhati suci dan ikhlas. Kita akan mewariskan sesuatu yang berkekalan. Apabila kita dipanggil Tuhan satu hari nanti: Harta benda kita akan dibahagikan kepada keluarga kita. Semuanya akan dibelanjakan habis. Kerja kita di pejabat akan diberikan kepada orang lain. Segala “trophy” atau “piala” kita kumpul, mungkin akan dibuangkan ke dalam tong sampah Tetapi karakter kita, akan diwariskan kepada kehidupan orang lain yang akan diwariskan kepada generasi yang lain. Amsal 20:7 (AVB) Orang benar yang hidup dalam keikhlasan, begitu berbahagia sekali keturunannya! Berkat #2: Kita akan mendapat ganjaran yang berkeabadian (eternity). Matius 25:21 Tuannya berkata kepadanya, ‘Syabas, wahai hamba yang baik dan setia. Kamu setia mengurus yang sedikit, maka aku akan memberimu kuasa mengendalikan yang banyak. Nikmatilah kebahagiaan kurnia tuanmu.’ Saudara, kita lihat perkataan yang sedikit. Kita selalu fikirkan ganjaran Tuhan adalah tentang perkara-perkara yang besar, tetapi, Tuhan mementing, kesetiaan dengan mengurus yang sedikit. Menguruskan dengan keikhlasan, ketulusan, kemurnian dan kesucian hati. Inilah berkat yang ke-3 kesucian hati, ganjaran yang berkeabadian. Berkat #3: Kita akan dekat dengan Tuhan. Mazmur 24:3-4 Siapa yang boleh naik ke bukit Tuhan ? Siapa yang boleh berdiri di tempat suci-Nya? Manusia yang bersih tangannya dan murni hatinya, yang tidak mempersembahkan jiwanya kepada berhala atau sumpah palsu. Kita yang bersih tangan dan murni hati adalah orang yang boleh naik ke bukit Tuhan. Di dalam Yakobus 4:8, Alkitab menyarankan kita untuk membuat yang sama iaitu mendampingi Allah, dan Allah akan mendampingi kita. Kita basuh bersih tangan dan kita sucikan hati kita. Dan ini boleh kita lakukan dengan pertolongan Roh Kudus. Dan apabila kita menerima Yesus sebagai Juru Selamat. Dengan kemurnian hati: Kita akan menikmati hadirat Tuhan. Kita akan melihat Tuhan. Kita dapat dekat dengan Tuhan Berkat #4: Kita akan mencapai “destiny” kita. 1 Samuel 16:7 Tetapi firman Tuhan kepada Samuel, “Janganlah pandang rupanya atau perawakannya yang tinggi, kerana Aku telah menolak dia. Allah tidak melihat sebagaimana manusia melihat. Manusia melihat penampilan lahiriah, tetapi Tuhan melihat hati.” Jikalau kita mahu mencapai destini kita, kepada potensi kita yang sepenuhnya untuk dipilih dan dipanggil Tuhan, kita harus menjaga kesucian hati kita. Seperti, Tuhan memilih Daud. Manusia melihat pandang rupa, perawakan dan penampilan lahiriah, tetapi Tuhan melihat hati. Jadi, untuk kita menuju ke arah rancangan dan destini kita, marilah kita sucikan hati kita dengan pertolongan Roh Kudus. Kita telah belajar tentang kunci yang ke 6, iaitu hati yang suci. Dan apabila kita hidup dengan kesucian hati, hidup kita akan diberkati: Kita akan hidup dengan penuh keyakinan (Confident) Kita akan mempunyai “legacy” (warisan) yang berkekalan. Kita akan mendapat ganjaran yang berkeabadian (eternity) Kita akan dekat dengan Tuhan Kita akan memenuhi destini kita. Satu perkara yang boleh kita lakukan untuk mendapat hati yang suci ialah dengan dengan menyerahkan diri kita kepada Yesus Kristus, dan kita minta Tuhan melakukan penyucian hati kita, seperti doa di dalam Mazmur 51:10 Ciptakan hati yang bersih dalam diriku, ya Allah, dan pulihkan semangat waja dalam jiwaku. DOA Tuhan, terima kasih, atas Firman mu. Hari ini, kami minta pertolongan Tuhan untuk memberikan kami hati yang murni. Supaya setiap pemikiran kami datang daripada kemurnian hati Supaya setiap perbuatan kami datang daripada kesucian hati Supaya setiap kehendak kami datang daripada ketulusan hati Supaya setiap kelakuan kami datang daripada keikhlasan hati. Kami tidak mampu melakukan semua ini tanpa pertolongan Roh Kudus. Dan inilah doa kami, supaya Tuhan memampukan kami. Terima Kasih Tuhan, inilah doa kami. Di dalam nama Yesus Kristus, Amen. Soalan Renungan: 1. Bagaimanakah kita menyucikan hati kita? 2. Apakah berkat berkat yang disediakan untuk orang yang suci hati? Elder Ann WK

  • Rasa Bersalah kerana Bergaul dengan Orang yang Bersalah

    "Orang Farisi dan ahli-ahli Taurat bersungut-sungut, "Orang ini menyambut orang berdosa dan makan bersama mereka." (Lukas 15:1-10, ayat 2). Renungan: Hari ini kita melihat contoh khusus bagaimana Yesus dikritik secara diskriminasi dan tidak adil. Firman kita hari ini mengatakan bahawa apabila pemungut cukai dan orang berdosa datang untuk mendengar Yesus bercakap, orang Farisi dan ahli Taurat mengeluh bahawa Dia menerima orang berdosa dan makan bersama mereka. Kritikan mereka membayangkan bahawa kerana Dia bergaul dengan orang berdosa dan pemungut cukai, Dia sama seperti mereka - bersalah kerana bergaul dengan orang yang bersalah. Bagaimanakah Yesus bertindak balas terhadap perkara ini? Dia pasti berasa sakit, tetapi cara Dia bertindak balas terhadap kesakitan adalah dengan menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Dalam terjemahan NKJV, ayat 3 bermula dengan 'Begitu' - perhatikan 'begitu' - 'Dia berkata kepada mereka perumpamaan ini', dan kemudian memberikan perumpamaan tentang domba yang hilang, duit syiling yang hilang, dan anak yang hilang, yang semuanya adalah wahyu tentang Tuhan yang mencari dan menebus. Sungguh reaksi yang luar biasa terhadap tuduhan itu - Dia mengubahnya menjadi wahyu tentang Tuhan. Contoh lain ialah apabila orang Farisi memerhatikannya untuk melihat sama ada dia akan menyembuhkan seorang lelaki dengan tangan kiri yang lumpuh pada hari Sabat, supaya mereka boleh mengkritik dan menghukumnya. Kitab Suci berkata, 'Dia ... melihat mereka marah, berdukacita kerana hati mereka yang tamak' (Markus 3:5, NKJV). Dalam perbuatan ini, Yesus mentakrifkan sifat kemarahan sebenar - kesedihan atas apa yang berlaku kepada orang lain dan bukannya kebencian terhadap apa yang berlaku kepada diri sendiri. Reaksi itu juga merupakan pendedahan tentang sifat sebenar marah. Apabila anda berada dalam situasi di mana anda menjadi subjek kritikan yang kejam dan tidak adil dan luka menembusi jiwa anda, bertenanglah dengan fakta bahawa Kristus bukan sahaja mengetahui perasaan anda, tetapi Dia juga boleh membantu anda menjadikan reaksi anda sebagai wahyu. Renungan Lanjutan: Matius 5:1-12; 6:12; 18:21-22 Doa: Bapa yang dihormati, adakah ini benar-benar mungkin? Bolehkah saya juga menangani kesakitan saya supaya reaksi saya menjadi pendedahan? Firman-Mu berkata, 'Segala sesuatu mungkin bagi mereka yang percaya'. Saya percaya - bantu iman saya yang lemah. Amin. Rev Gerawat Maran

  • Batasan Kelihatan Seperti ini..

    Dari dulu, saya sentiasa bergelut dengan "sempadan/batasan". Kalau anda macam saya, saya rasa macam orang jahat bila saya kata "tidak" pada orang lain. Kadang-kadang, orang boleh menjadi manipulatif, jika anda tidak belajar untuk berdiri teguh, sambil mengasihi orang lain, saya harap anda tidak akan kehilangan diri anda dalam proses itu. Saya rasa jika saya berkata "Ya" sepanjang masa kepada orang lain, itu bermakna saya sayang mereka. Maksudnya keluar dengan orang walaupun saya tahu badan saya penat secara fizikal. Ini bermakna menerima panggilan atau jemputan walaupun saya tidak bersedia secara emosi atau mental. Ini bermakna rasa bersalah setiap kali saya mempunyai masa bersendirian dan menjalani hari saya dengan perlahan kerana saya sudah biasa melakukan lebih banyak perkara dan menjadi seorang yang lebih. Kemudian ada yang bertanya kepada saya, "Adakah anda betul-betul sayangkan diri anda? Saya nampak anda suka jaga orang lain, tapi adakah anda jaga diri anda sendiri?" Saya menyedari bahawa saya telah menyalahgunakan badan saya - tubuh yang diberikan oleh Tuhan kepada saya. Walaupun ia bukan proses semalaman, saya masih belajar untuk menetapkan sempadan yang sihat dengan diri sendiri dan dengan orang lain. Berikut adalah beberapa perkara yang saya pelajari setakat ini. 1. Luangkan masa bersendirian untuk mengecas semula tenaga. Beri masa untuk menjalani hari yang perlahan, walaupun rasa seperti seorang yang berdosa kerana memilih diri anda sendiri buat seketika, dengar apa yang badan anda perlukan. Seperti Yesus, Dia mempunyai masa sendiri di atas gunung sebelum melayani orang lain. 2. Jangan respon segera, kerana anda belum bersedia dari segi emosi dan mental. Jika orang cuba memaksa anda untuk memberi lebih daripada yang anda mampu, ingat bahawa anda ingin berkhidmat kepada orang dengan hati yang benar, anda ingin menjadi jujur ​​kepada diri sendiri. 3. Katakan "tidak" apabila orang cuba memujuk keputusan anda. Anda bukan orang yang jahat jika anda berkata "tidak" pada pelawaan orang. Anda tidak bertanggungjawab ke atas cara mereka memproses emosi mereka sendiri. Sekali lagi, siapa yang anda puaskan? Adakah manusia atau ada Tuhan? 1 Timotius 4:12 Jangan biarkan sesiapa menghinamu kerana usiamu yang muda. Jadikan dirimu teladan kepada semua orang beriman dari segi kata-kata, kelakuan, kasih, iman dan kesucian. Jemimah Ramos

  • (7) Pendamai Manusia (Beatitudes)

    Yang Diberkati (Beatitudes) Pelajaran 7: Pendamai Manusia Matius 5:9 Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah. Matius 5:1-11 (AVB) 1 Ketika Yesus melihat orang ramai itu, Dia pun mendaki ke atas sebuah bukit lalu duduk. Kemudian datanglah murid-murid-Nya kepada-Nya. 2 Dia pun mula mengajar mereka: 3 "Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga. 4 Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur. 5 Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini. 6 Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran, kerana mereka akan dipuaskan. 7 Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka akan dikasihani juga. 8 Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah. 9 Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah. 10 Diberkatilah mereka yang dianiaya demi perbenaran, kerana kerajaan syurga untuk mereka. 11 Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu dengan segala yang jahat kerana-Ku. 12 Bersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya." Matius 5:9 (AVB) Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah. Salah satu skill set kehidupan yang penting yang harus kita pelajari di marketplace ialah: Bagaimana untuk kita menyelesaikan konflik (ataupun conflict resolution)? Bagaimana mendamaikan perhubungan yang tegang (ataupun relationship restoration)? Jikalau kita tidak belajar skillset ini, kita tidak akan aman di marketplace, dan juga hidup kita. Pekerjaan kita akan sengsara. Kerana manusia di dalam dunia ini adalah orang yang tidak sempurna. Dan konflik akan tentu berlaku, setiap hari di dalam hidup kita. Oleh itu, kita harus tahu bagaimana untuk mengendalikan konflik. Masalahnya, walaupun skillset ini paling penting untuk kehidupan kita di dunia ini, tidak ada orang yang mengajar kita untuk menyelesaikan konflik di marketplace ataupun syarikat kita. Tidak ada kelas/subjek yang mengajar bagaimana untuk menyelesaikan konflik di sekolah. Tidak ada ibu-bapa, yang mengajar anak-anak tentang bagaimana mengendalikan konflik di rumah. 5 langkah praktikal yang boleh kita lakukan apabila kita berhadapan dengan konflik: #1: Kita memulakan langkah yang pertama. Kita tidak menunggu orang lain untuk datang kepada kita di dalam konflik. Kita yang memulakan langkah pertama. (The first step) Semasa kita berhadapan dengan konflik, kita boleh membelikan seseorang itu, secawan kopi atau teh tarik atau lunch/dinner dan makan bersama. Yesus, sendiri, mengambil langkah pertama menunjukan belas kasihan kepada kita. Roma 5:8,10b (AVB) 8 Tetapi Allah telah menunjukkan kasih-Nya sendiri terhadap kita dengan demikian: Ketika kita masih berdosa, Kristus telah mati untuk kita. 10b kita telah didamaikan dengan-Nya melalui kematian Anak-Nya, lebih-lebih lagilah, setelah didamaikan, kita akan diselamatkan melalui kehidupan-Nya! Yesus memulakan langkah yang pertama. Kita boleh memulakan pengakuan kita terlebih dahulu, walaupun sakit dan kebanyakan salahnya adalah di pihak lain. Kita tidak berfokus kepada mengapa kita terluka hati? Tetapi Kita fokus kepada penyembuhan perhubungan. Kita percaya jikalau kita melakukan ini, situasi yang tegang akan menjadi tenang. Pembawa damai adalah orang yang memulakan langkah pertama, seperti Yesus. #2: Kita berdoa untuk kebijaksanaan Tuhan. Yakobus 1:5a Sekiranya seseorang di antaramu kurang bijaksana, dia haruslah berdoa kepada Allah supaya mengurniakan kebijaksanaan kepadanya, kerana Allah memberi dengan murah hati kepada semua orang tanpa memandang kesalahan mereka. Tuhan bersedia memberikan kita hikmat yang datang daripada syurga. Tuhan akan memberikan kita kebijaksanaan untuk menentukan tempat yang sesuai, masa yang sesuai perkataan yang sesuai dan cara yang sesuai. Amsal 25:11 Seperti buah epal emas bertata perak, demikianlah kata-kata yang diucapkan tepat pada waktunya. Cara dan masa kita bertutur ada kuasanya. Oleh itu, adalah penting, untuk kita meminta kebijaksanaan Tuhan Untuk kita memberikan perkataan yang sesuai dan cara penyampaian yang sesuai dan dengan kasih sayang dan kesucian hati. Hikmat kita bergantung kepada Tuhan di dalam kita mendamaikan manusia. #3: Kita cuba memahami kesakitan dan perspektif orang lain. Setiap orang akan mempunyai kesakitan hati di dalam setiap konflik. Orang yang di dalam kesakitan hati akan menyakiti orang lain. (hurt people will hurt people) Sebab itu, kita sebagai seorang pembawa damai haruslah “rise above the situation”. Kita naik ke atas situasi konflik, dan cuba memahami kesakitan dan perspektif orang lain. Francis Assisi, pernah mengatakan “Seek to understand before you seek to be understood. Iaitu “kita harus cuba untuk memahami sebelum kita difahami.” Filipi 2:4-5 (AVB) 4 Tiap-tiap seorang daripada kamu janganlah menjaga kepentingan diri sahaja, jagalah juga kepentingan orang lain. 5 Hendaklah ada dalam dirimu pemikiran yang ada dalam Kristus Yesus: Kita harus mempunyai perspektif yang seimbang, bukan sahaja melihat dari perspektif diri kita sendiri, Tetapi juga melihat dari perspektif kesakitan hati orang lain. Ya, ini bertentangan dengan pola pemikiran dunia yang mementingkan diri sendiri sahaja. Semua perkataan dunia bermula dengan aku, aku dan aku. Mari kita, tukar cara penyelesaian kita. Kita seimbangkan perspektif kita di dalam konflik. Apabila kita melakukan ini, kita akan diberkati. #4: Kita bercakap dengan penuh kasih sayang. Efesus 4:15 Sebaliknya, kita sentiasa bercakap benar dalam kasih, dan bertumbuh dalam segala hal ke arah Dia yang menjadi Kepala, iaitu Kristus. Kebenaran sahaja, tidak cukup. Ia bukanlah sahaja mengenai apa yang kita katakan, tetapi bagaimana kita mengatakannya. Jikalau kita bercakap dengan cara yang menyinggung hati seseorang, walaupun benar, ia tidak akan diterima dengan baik. Mereka akan menjadi “defensive”, menolak segala cadangan kita. Oleh sebab itu, Alkitab menyarankan kita bercakap benar, dan di dalam penuh kasih sayang. #5: Kita memberikan fokus yang lebih kepada rekonsiliasi dan bukan sahaja resolusi. (Focus on reconciliation and not resolution) Di marketplace, jikalau kita terlalu fokus kepada resolusi sahaja, kita tidak akan berjaya. Kerana adalah mustahil untuk mencari resolusi di dalam setiap perselisihan atau disagreement. Sebab semua orang adalah berbeza. Tetapi, apabila kita mempunyai posisi hati yang fokusnya ialah kepada rekonsiliasi atau perdamaian, fokus perbincangan kita ialah untuk memperbaiki perhubungan. Apabila perhubungan diperbaiki, yang lain akan diselesaikan, sama seperti apa yang Allah lakukan, mendamaikan kita kepada Allah melalui Yesus Kristus, terlebih dahulu, dan dengan itu, proses penyucian akan menurut sama. Sebab itu, fokusnya ialah rekonsiliasi, lebih daripada resolusi. Di dalam dunia yang banyak konflik ini, peperangan, perpecahan, pergaduhan, prejudis, racism, perkauman atau perpuakan dsb. Perkara yang paling penting yang boleh kita lakukan di dalam dunia ini ialah untuk menjadi pembina jambatan dan bukan pembina dinding. Kita semua dipanggil untuk menjadi agen rekonsiliasi. Orang yang mendamaikan manusia. 2 Kor 5:18 Semuanya datang daripada Allah, yang telah mendamaikan kita dengan diri-Nya melalui Kristus, dan mengamanahkan kepada kami tugas mulia untuk mengusahakan pelayanan pendamaian itu. Kita yang di damaikan dahulu kepada Allah melalui Kristus, telah diberikan tugas amanah yang mulia, iaitu menjadi agen perdamaian. Inilah kunci berkat yang ke-7, kita menjadi orang yang mendamaikan manusia dan dengan itu, kita akan dipanggil anak-anak Allah. DOA Tuhan, kami minta pertolongan Tuhan untuk kami memiliki kebijaksanaan yang berasal dari syurga untuk menjadi orang yang mendamaikan manusia: Supaya kami bersifat murni dan mencintai kedamaian Supaya kami lemah lembut dan ramah-tamah. Supaya kami mempunyai buah perbenaran yang hasilnya datang daripada benih kedamaian yang disemaikan oleh orang yang mencintai kedamaian. Supaya kami setia melakukan amanah yang engkau berikan kepada kami, iaitu pelayanan perdamaian. Inilah doa kami. Di dalam nama Yesus kami berdoa. Amen. Soalan Renungan: 1. Bagaimana kita boleh menjadi pendamai manusia? 2. Pernahkah anda berada di dalam konflik yang sangat mencabar dan bagaimanakah respon anda? Kongsikan. Elder Ann WK

  • Dibalut dengan Niat Baik

    "... datanglah kepada-Ku untuk minum... dalam hatinya akan terpancar mata air yang memberi hidup.’ ” (Yohanes 7:25-44, ayat 37-38). Semalam kita bincang sikap salah. Mungkin kita melakukan perkara yang baik, tetapi dengan sikap yang buruk. Apabila kita melakukannya, tugas kita menjadi tercemar. Saya mendengar tentang sekumpulan orang dewasa muda - semua orang Kristian - yang mengambil masa sepanjang tempoh Krismas untuk memberi makan kepada gelandangan di tebing Sungai Thames di London. Salah seorang yang mereka layani berkomentar, 'Orang lain memberi kami makanan yang lebih baik dan banyak makanan, tetapi kamu orang Kristian seolah-olah menyelesaikannya dengan niat yang baik.' Adalah salah untuk mengatakan bahawa organisasi bukan Kristian yang melakukan kerja yang serupa tidak didorong oleh niat yang baik, tetapi mereka yang diberi makan oleh orang Kristian merasakan ada semangat untuk memberi mereka yang tidak seperti yang lain. Ia adalah roh Kristus. Rasanya berlarutan lama selepas makanan dicerna. Jadi apa sahaja yang anda lakukan untuk orang lain, pastikan anda melakukannya dengan cara Kristian - dalam semangat Yesus Kristus. Satu lagi perkara yang harus kita jauhkan daripada kerja kita ialah noda kekosongan. Dalam bab yang kita baca dari 1 Timotius 6, kita melihat bahawa Paulus mengarahkan Timotius untuk menjaga kewajipannya bersih daripada noda 'di hadapan Tuhan yang adalah Sumber Kehidupan bagi semua' (1 Timotius 6:13, Moffatt). Implikasinya di sini ialah kerana Tuhan mempunyai sumber yang tidak terhingga, adalah bodoh untuk tidak memanfaatkan sumber tersebut. Seorang pelawat di Texas mengulas kepada penduduk tempatan, "Nampaknya hujan akan turun." Orang Texas itu mendongak ke langit yang bergegas di atas dan berkata, 'Ah, itu hanya kabus kosong yang terapung di sekelilingnya.' Dengan nama Allah, saya memohon anda semua untuk memastikan bahawa perkara yang sama tidak boleh dikatakan tentang kita dari segi moral dan rohani - bahawa kita hanya mengambang kekosongan. Renungan Lanjutan: 1 Samuel 30:11-24; 2 Petrus 2:12-19 Doa: Tuhan, ampunilah saya jika, apabila orang-orang tidak percaya di sekeliling saya memerlukan hujan Roh yang menyegarkan, saya hanya menjadi pelampung kosong. Engkau telah memberikan janji sumber yang tidak terbatas; tolong bantu saya memanfaatkannya. Dalam nama Kristus. Amin. Rev Gerawat Maran

  • Tanggungjawab Seorang Imam

    Ayub 1:1-5 Bagi orang tua, memenuhi keperluan hidup keluarga adalah sebuah tanggung jawab. Namun, berapa banyak di antara orang tua hari ini yang bersedia mengorbankan waktunya tiap-tiap hari, di tengah kesibukan yang ada, untuk berdoa secara khusus bagi anak-anak yang Tuhan percayakan? Bagian pertama dari kitab ini menjelaskan tentang siapa Ayub. Ia bukan hanya seorang yang memiliki kekayaan berlimpah, banyak anak, dan keluarga yang baik, namun juga dikenal sebagai seorang yang saleh dan jujur (1). Hal ini lebih jauh dijelaskan dengan perilaku yang nyata, yaitu bagaimana ia memerhatikan kehidupan anak-anaknya, berdoa bagi mereka, dan mempersembahkan korban untuk memohon pengampunan kepada Tuhan(5). Kepedulian Ayub terhadap kerohanian anak-anaknya adalah sesuatu yang patut kita jadikan teladan. Banyak orang tua yang memerhatikan kesejahteraan serta keperluan anak-anaknya, bahkan mengorbankan waktu dan tenaga secara luar biasa untuk mengumpulkan wang. Tentu, ini merupakan hal yang baik. Namun, sebagai orang tua, kita perlu ingat bahwa yang diperlukan anak-anak bukan hanya melalui materi, melainkan juga perhatian dan kehadiran orang tua dalam perkara rohani. Mari kita dengan tekun dan tidak jemu-jemu berdoa bagi anak-anak kita. Jika kita melihat ada hal yang tidak berkenan kepada Tuhan, mari kita mohon ampun bagi anak-anak kita dan mengajak mereka untuk meminta pengampunan kepada-Nya. Mari kita juga doakan pertumbuhan rohani mereka, agar Tuhan menolong mereka dalam menghadapi dunia yang makin mencabar ini. Kiranya kehidupan Ayub yang tekun berdoa bagi anak-anaknya juga menjadi gaya hidup bagi kita hari ini. Bahan doa Berdoa untuk bapa-bapa supaya memiliki sikap seperti Ayub. 1,Bapa yang memberi masa untuk mengajar tentang firman Tuhan dan mendoakan anak-anaknya. 2,Bapa yang takut akan Tuhan dan sentiasa menjaga kekudusan. 3, Bapa yang memiliki hati mengasihi dan mengampuni. 4.Bapa yang sentiasa bersandar pada Tuhan dan mohon kekuatan iman untuk melalui segala ujian badai dan godaan duniawi. Denis

  • Mengapa Harus Berpuas Hati dengan Seorang Ismael Jika Anda dapat menunggu Ishak Anda?

    Mengapa harus berpuas dengan seorang Ismael jika Anda dapat menunggu Ishak Anda? Tidak. Tolong. Jangan. Mudah Berpuas Hati. Gadis muda, berdoalah untuk seorang lelaki yang akan membawamu lebih dekat dengan Tuhan, bukan menjauh dari-Nya. Lelaki yang tepat akan menjadi inspirasi bagi kamu, dan bukannya gangguan bagi pertumbuhanmu. Berdoalah untuk seorang lelaki yang akan terlebih dahulu mengejar keintiman dengan Penciptanya. Kerana dia tahu bahawa hubungan yang sedia ada pun tidak dapat melengkapinya tanpa Yesus dalam hidupnya. Anda tidak perlu menjadi pelengkapnya, kerana anda sudah pun utuh dan lengkap di dalam Tuhan. Berdoalah untuk seorang lelaki yang lebih memilih untuk mencintaimu dari jauh dan melindungi kemurnian dan kesaksian Anda dihadapan Tuhan, daripada terburu-buru menuruti hormon dan emosinya. Seorang lelaki yang mengenal Tuhan pasti akan tahu akan keterbatasannya dan kemurnian akan selalu menjadi keutamaannya. Hal ini bukan kerana itu adalah kewajiban atau peraturan yang harus dia ikuti, tetapi kerana cintanya kepada Tuhan, dia akan menghormati dan menghargai tubuh Anda sebelum menikah. Dia mengasihi Anda bukan kerana wajah cantik atau tubuh Anda, tetapi karena kecantikan batin Anda yang akan bertahan selamanya. Berdoalah untuk seorang lelaki yang cukup berani untuk memberi Anda kepastian sebelum keintiman, dia yakin dengan Anda karena dia juga yakin dengan dirinya sendiri. Anda tidak layak mendapatkan seseorang yang hanya mengirimi Anda teks pesanan yang pendek saat dia bosan, kesepian, atau merasa tidak yakin. Dia tidak akan meninggalkan Anda dengan mudah hanya karena dia "merasa" tidak mencintai Anda lagi. Dia tahu bahawa cinta itu lebih dari sekadar perasaan, cinta juga ialah komitmen terhadap orang yang tidak sempurna. Hal ini mungkin terdengar klise bagi sebahagian orang, tetapi akan lebih baik jika Anda mencari hubungan jangka panjang daripada jangka pendek. Tetapi sekali lagi, mengapa memiliki hubungan dengan seseorang yang tidak Anda rencanakan untuk berkahwin? Sayang, semakin kamu menyerahkan dirimu untuk berpindah dari satu hubungan ke hubungan yang lain, semakin kamu akan kehilangan harga dirimu. Berdoalah untuk seorang lelaki yang menghormati orang tuanya dan memngutamakan penyelamatan keluarganya kerana begitulah cara dia akan memperlakukan kamu di masa hadapan. Dia tidak akan membawa beban di masa lalu dari orangtuanya, jadi dia perlu mengampuni mereka juga. Seorang lelaki yang berpusat kepada keluarga tahu bagaimana untuk taat kepada autoriti yang dimilikinya, sehingga Anda akan melihat apakah dia juga akan taat kepada autoriti kita yang pertama, iaitu Tuhan. Berdoalah untuk orang yang akan menjadi rakan sekumpulan Anda dalam berkongsikan tentang kasih-Nya di dunia yang terhilang ini-seperti Yesus kepada mempelai-Nya, yaitu kita. Orang yang lapar untuk memuridkan generasi berikutnya karena itulah panggilan terbesar kita, untuk mengasihi orang lain seperti yang Yesus lakukan untuk kita, meskipun kita tidak layak. Bukan hanya orang yang pergi ke gereja setiap akhir pekan, tetapi orang yang memiliki keyakinan bahkan pada hari kerja. Sementara Anda menunggu, bersiaplah untuk menjadi yang terbaik yang telah Anda cari, dan itu akan menarik Anda. Saya tahu kedengarannya klise, tapi tidak ada jumlah menunggu seorang suami yang lebih buruk daripada puas dengan yang baik jika Anda dapat menunggu yang terbaik. Tidak, Anda tidak memerlukan lelaki yang sempurna, sebaliknya anda memerlukan lelaki yang telah hancur di hadapan Tuhan. Kehancuran akan membawa kita untuk bertaubat dan berkomitmen bahwa kita semua adalah orang berdosa yang memerlukan Juruselamat. Anda tidak perlu merasa menyesal atau kurang layak jika Anda memiliki jangkaan yang tinggi terhadap calon pasangan anda Anda. Wanita muda, jangan pernah puas. Kembalikanlah hatimu kepada Yesus, cinta pertamamu. Dan ketika waktunya tepat, tempatnya tepat, musimnya tepat, Dia akan dengan jelas memberitahumu untuk membuka hatimu kepada orang yang tepat. Jemimah Ramos

bottom of page