Support Us
Support Us
Cari
3212 results found with an empty search
- Keresahan lawan Dalam Kawalan
'..Anak tidak dapat melakukan apa-apa menurut kehendak-Nya sendiri. Dia hanya melakukan apa yang dilihat-Nya dilakukan oleh Bapa-Nya... ' (Yohanes 5:16-30, ayat 19). Renungan: Cara terpantas untuk kecewa dalam kehidupan Kristian anda adalah dengan mempercayai bahawa Tuhan memerlukan anda untuk memperbaiki semua kesilapan yang anda hadapi. "Apabila kita cuba mengambil pendirian moral Perjanjian Baru ke dalam tangan kita sendiri," kata seorang penulis, "kita akan menemui kerapuhan mutlak kita." Saya tidak mencadangkan agar kita mengalihkan pandangan kita daripada kesilapan yang mencolok dan hanya mementingkan perkara-perkara yang termasuk dalam lingkungan aktiviti kita; Cuma saya ingatkan supaya jangan angkat beban yang lebih berat dari apa yang Allah nak pikul. Ramai orang Kristian jatuh di bawah beban keprihatinan besar yang Tuhan tidak akan membebankan mereka. Beberapa tahun lalu, seorang lelaki yang taksub dan tidak seimbang di Amerika Syarikat menembak dan membunuh seorang doktor yang telah melakukan ratusan pengguguran. Pembunuh itu, menurut laporan, bermasalah dengan isu pengguguran atas permintaan. Hati ramai di gerejanya berasa kasihan kepadanya, tetapi mereka terpaksa mengakui bahawa dia telah membiarkan perhatian menjadi terlalu cemas, yang akhirnya menyebabkan dia melakukan perbuatan membunuh. Seorang pengulas berkata tentang perbuatan ini, "Bermain Tuhan adalah permainan yang kita tidak cukup terlatih untuk bermain." Berdekad-dekad di dalam bilik kaunseling telah membawa saya kepada kesimpulan bahawa adalah mungkin bagi orang Kristian untuk "mengambil berat" bahawa mereka menjadi neurotik. Saya telah melihat orang Kristian cuba mengambil berat terhadap orang lain sehinggakan mereka akhirnya memerlukan penjagaan sendiri. Dan kita harus berhati-hati agar perhatian kita tidak membawa kita ke tahap di mana kita mahu mengawal orang lain, kerana apabila itu berlaku, kita sendiri akan tewas dan kecewa. Renungan Lanjutan: Kejadian 2:15-3:7; Markus 10:17-23 Doa: Bapa, dalam dunia di mana falsafah bermusuhan mendominasi, mudah untuk terperangkap dalam usaha membetulkan semua perkara yang salah. Selamatkan aku daripada ini, ya Tuhan. Biarkan perhatian dan keprihatinan saya sentiasa dalam kawalan-Mu. Dalam nama Yesus. Amin. Rev Gerawat Maran
- Meninggalkan Dosa
Pembacan Firman: Matius 3:8, Yesaya 13:15, Lukas 5:31-32, Roma 12:2, 2 Korintus 7:9-10 Firman Renungan: Lukas 5:31-32 31Yesus menjawab, “Orang sihat tidak memerlukan doktor, hanya orang sakit. 32Aku datang bukan untuk memanggil orang yang menganggap diri mereka baik, tetapi orang yang berdosa supaya mereka bertaubat daripada dosa.” Kini, cara hidup dunia dan pemahaman dunia mendominasi Iman generasi muda. Semakin parah lagi apabila tubuh Kristus membenarkan cara pandang dunia dalam iman untuk kekal relevan dan kompromi dengan prinsip Tuhan. Kesannya, anak-anak Yahweh semakin tenat dan memerlukan kebenaran yang menyembuhkan. Ketika kita hidup di luar kristus, masih dalam keadaan manusia duniawi, banyak hal didunia yang mengikat kita untuk tidak percaya kepada Tuhan. Realitinya, Kehidupan dunia tampil menyenangkan tetapi kita tetap menuju kebinasaan kerana masalah dosa. Setiap perbuatan kita akan mempunyai kesan, seperti itulah dosa bekerja. Firman Tuhan menunjukkan bahawa hukuman dosa adalah maut dan dalam Firman banyak mengambarkan kematian kerana dosa adalah sangat mengerikan (Yesaya 13:9-16). Siapakah yang dapat menyelamatkan kita daripada hukuman ini? Didunia ini hanya Tuhan Yesus Kristus sahaja yang punya kuasa mengampuni dosa dan Dialah yang mampu menyelamatkan kita. Janganlah takut untuk keluar daripada hidup yang lama atau meninggalkan dosa kita kerana Tuhan berjanji, apabila kita mengasingkan diri daripada dunia ini maka dia akan menerima kita. Walaupun meninggalkan manusia lama menyakitkan tetapi ingatlah ganti dukacita adalah sukacita yang berkelimpahan dan kehidupan yang berkekalan. Soalan refleksi 1. Apakah kesan pertaubatan terhadap hidup saudara? 2. Kita dapat bertumbuh dalam kebenaran setelah bertaubat dan berbalik dari jalan kita yang lama. Nyatakan pertumbuhan-pertumbuhan rohani yang anda ingin capai dalam menjadi murid Kristus. Bahan Doa: 1. Berjalan dalam pertobatan. Berdoa supaya Tuhan mengampuni dosa-dosa anda seperti dalam Firman-Nya, “Aku datang bukan memanggil orang yang benar, tetapi orang berdosa supaya mereka bertaubat” 2. Berdoa supaya Firman Tuhan menjadi pelita hidup kepada generasi penerus. Doakan agar foundasi Firman teguh melalui pengajaran yang tegas dirumah Tuhan dan tubuh Kristus memainkan peranan dalam melihat sekeliling jiwa-jiwa yang dalam kesakitan yang nemerlukan Yesus Kristus. 3. Kecukupan dalam Tuhan. Berdoa supaya tubuh Kristus tidak lemah ketika berhadapan dengan tawaran dunia yang tidak benar dan yang hanya sementara sahaja. Doa supaya diberikan Hikmat membezakan mana kehendak Yahweh, apa yang benar & berkenan kepada-Nya. Enedy
- Berdoa Untuk Perniagaan dan Kewangan
Ayat Firman Tuhan: Ulangan 8:17 (AVB) Jangan sampai kamu berkata dalam hatimu, ‘Kekuatan dan keperkasaan tangankulah yang membuat aku memiliki kekayaan ini.’ Amsal 11:28 (AVB) Sesiapa yang mengharapkan kekayaannya akan jatuh, tetapi orang benar akan tumbuh subur seperti daun rimbun. Perkara Doa: 1. Sepakat berdoa untuk perniagaan 2. Sepakat berdoa untuk kewangan Doa: Bapa kami di syurga, dikuduskanlah nama-Mu. Engkau Tuhan alam semesta. Pencipta langit, bumi dan laut serta segala isinya. Oleh dan melalui Firman, Engkau menciptakan seluruh alam semesta. Matahari, bulan, bintang-bintang dan semua planet di angkasa. Awan, angin, petir dan hujan Engkau ciptakan. Laut, sungai, tasik dan kolam adalah ciptaan-Mu. Gunung-ganang, bukit bukau, lembah, hutan rimba dan padang gurun Engkau ciptakan. Pokok, buah-buahan dan rumput serta segala tumbuhan Engkau ciptakan. Segala binatang yang ada di laut, di sungai, di darat dan di udara Engkau ciptakan. Semuanya untuk kemuliaan bagi-Mu. Segala sumber daya dan hasil bumi yang dijana untuk menghasiilkan kekayaan adalah untuk kemuliaan nama-Mu yang mahakuasa dan yang mahabesar. Haleluyah! Bapa, kami bersyukur kepada-Mu atas pemeliharaan-Mu kepada kami. Engkau baik dan sangat baik. Engkau tidak membiarkan kami yang percaya dan berharap kepada-Mu mengalami kelaparan. Tuhan selalu punya penyediaan bagi kami. Terima kasih Bapa. Bapa, Engkau telah memberikan kepada kepada kekuatan atau kemahiran untuk meniliki kewangan. Kekekuatan atau kebijaksanaan itu bukan hasil kemampuan kami melainkan Engkaulah yang memberi kami kekuatan dan kebijaksanaan itu. Terpujilah nama-Mu Tuhan kami Yesus Kristus. Bapa, kerajaan-Mu datanglah dan terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. Kami memohon kepada-Mu agar para peniaga di kalagan orang Percaya akan menyedari dan memahami bahawa berkat Tuhanlah yang membuat usaha perniagaan mereka maju, berjaya dan berkembang. Kiranya mereka tidak melupakan Engkau melainkan selalu ingat akan kebaikan Tuhan dalam hidup mereka. Biarlah mereka akan menghormati Engkau dengan kekayaaan mereka dengan mempersembahkan persembahan khas dan persepuluhan kepada-Mu sebagai tanda ucapa syukur mereka. Biarlah Tuhan yang membuka jalan bagi usaha perniagaan mereka agar lebih berkembang dan akan memberi peluang pekerjaan kepada ramai orang. Kiranya mereka menjadi garam dan terang bumi dalam dunia perniagaan agar nama-Mu dimuliakan di bumi. Bapa, kami berdoa agar orang Percaya tidak akan menjadi pencinta wang. Biarlah hati kami hanya melekat kepada-Mu, sang pencipta. Mengasih Engkau dengan seluruh hidup kami. Tolong kami agar kami tidak mencintai wang atau apapun bentuk material. Bapa adalah kehendak-Mu agar kami menjadi berkat dan saluran berkat di bumi ini. Oleh itu, biarlah Roh-Mu memenuhi dan membakar hati kami dengan api belas kasihan agar kami tergerak oleh belas kasihan kepada sesama kami manusia. Biarlah kami menjadi saluran berkat dan menjadi berkat kepada golongan yang lemah, para balu, bapa tunggal, yatim piatu dan orang miskin dengan kewangan kami. Engkau memberkati kami bukan untuk diri kami sahaja. Melainkan untuk pemeliharaan bagi keluarga kami dan dikongsi kepada mereka yang memerlukan serta untuk kerajaan-Mu. Bapa, kiranya Engkau memulihkan keadaan jemaah-Mu yang telah terjejas kewangan mereka akibat covid-19, kekangan PKP dan kelembapan ekonomi dunia. Ya Tuhan, bangkitlah menolong kami sehingga terjadi teroboson dalam kewangan orang Percaya. Tolong kami mengurusguna kewangan dengan bijak. Jangan biarkan kami menjadi tamak dan kedekut tetapi biarlah kami menjadi orang yang suka menyebar harta dan menuai dengan kelimpahan. Biarlah Engkau yang memberkati apa jua usaha perniagaan yang baik, yang tidak menyalahi undang-undang. Biarlah kewangan orang Percaya meningkat di tengah-tengah ketidapastian ekonomi global. Ya Bapa, berilah kami makanan untuk hari ini. Engkaulah El-Shaddai. Terima kasih Bapa. Terpujilah nama-Mu, dalam nama Yesus. Amin. Pr Hamjah @ Hamzah Sabin
- Bebas
Oleh EPCC
- Edisi Istimewa Paskah :Fajar Akan Menyingsing
Oleh Elder Ann Wan Kuan
- Yesus Kristus
Tukang kayu, bentuk lah ku Jadikan ku saluran-Mu Biar diubah kehendak-ku Menjadi kehendak-Mu Pengembara, bawa lah ku Jadikan ku bicara-Mu Biar diubah sebutan-ku Menjadi sebutan-Mu Ku ingin menjadi s'perti Mu Kerana Kau yang selamatkan ku Yesus Kristus, mulia nama-Mu Engkau penebus hidup-ku Ku bersyukur, bersyukur Yesus Kristus, Kau selamatkan ku Beri kehidupan baru Ku milik-Mu, milik-Mu selamanya Dicela kerana ku Didera kerana ku Kasih-Mu mengatasi segalanya Diseksa kerana ku Disalib kerana ku Korban-Mu demi menyelamatkan ku Yesus Kristus, mulia nama-Mu Engkau penebus hidup-ku Ku bersyukur, bersyukur Yesus Kristus, Kau selamatkan ku Beri kehidupan baru Ku milik-Mu, milik-Mu selamanya
- (3) Lemah Lembut (Beatitudes)
Yang Diberkati (Beatitudes) Pelajaran 3: Lemah Lembut Matius 5:5 Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini. Matius 5:1-11 (AVB) 1 Ketika Yesus melihat orang ramai itu, Dia pun mendaki ke atas sebuah bukit lalu duduk. Kemudian datanglah murid-murid-Nya kepada-Nya. 2 Dia pun mula mengajar mereka: 3 "Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga. 4 Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur. 5 Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini. 6 Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran, kerana mereka akan dipuaskan. 7 Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka akan dikasihani juga. 8 Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah. 9 Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah. 10 Diberkatilah mereka yang dianiaya demi perbenaran, kerana kerajaan syurga untuk mereka. 11 Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu dengan segala yang jahat kerana-Ku. 12 Bersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya." Ini adalah kenyataan yang sangat “extravagant” (murah hati) yang diberikan Tuhan kepada kita. Kita yang lemah lembut akan mewarisi bumi. Ini adalah pernyataan yang mencabar pemikiran kita juga. Apakah kita benar-benar mempercayainya? Yesus menyatakan “Akulah kebenaran” Bukan sahaja, dia mengajar yang benar, atau mengatakan yang benar, tetapi Yesus adalah kebenaran ! Jikalau Yesus mengatakan bahawa orang yang lemah lembut akan mewarisi dunia, itulah yang benar kerana dia adalah kebenaran. Tiada yang palsu datang daripada nya. Di dalam markeplace yang mencabar ini, kita fikirkan bahawa lemah lembut adalah satu kelemahan. Sebaliknya saudara, orang yang lemah lembut adalah orang yang paling kuat di marketplace. Orang yang lemah adalah : Orang yang sombong Orang yang bangga Orang yang memaksa Orang yang kasar dsb. Dan kita dapat lihat, sikap yang di atas adalah satu kebiasaan di marketplace. Mereka ingat, orang yang kuat adalah orang yang menekan orang lain. Tetapi, menurut Alkitab, kelemahlembutan, bukanlah kelemahan, tetapi adalah satu kekuatan di dalam kawalan. (Meekness is not weakness, but strength under control). Dalam metafora, orang yang lemah lembut adalah seolah-olah seperti seekor kuda liar yang telah dijinakkan. Seekor kuda yang liar, adalah seekor kuda yang penuh dengan kekuatan. Ia akan menendang sesiapa yang duduk di atasnya. Tetapi jikalau kuda yang liar ini dilatih dan dijinakkan, kuda ini dapat digunakan oleh tuan-empunya kuda tersebut Maksudnya, tuan-empunya kuda dapat menunggang dan menggunakan kuda ini untuk tugasan yang disediakan oleh pemiliknya. Sama juga dengan kita, kita semua yang dahulunya liar, jikalau kekuatan kita di kawali seperti kuda liar yang dijinakkan.Sekarang boleh digunakan oleh master (Boss) kita, iaitu Allah kita. Apabila kita merendahkan diri dan mempunyai sikap lemah lembut. Iaitu, dengan mempunyai kekuatan di dalam kawalan. Tuhan dapat menggunakan kita untuk kemuliaan-Nya, sesuai dengan rancangannya. Lebih daripada itu, janji Tuhan kepada kita, adalah “kita akan mewarisi bumi”! Kita sudah lihat, bahawa, kekuatan yang di dalam kawalan ini boleh digunakan oleh Tuhan untuk kemuliaan-Nya. Inilah kunci berkat yang ke-3 yang Tuhan berikan kepada kita. Sikap lemah lembut datangnya daripada Tuhan dan bukan kekuatan diri kita sendiri. Ia adalah hasil buah Roh yang diperolehi melalui perhubungan kita dengan Tuhan. Galatia 5:22-23 (AVB) 22 Sebaliknya, buah Roh ialah kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, 23 lemah lembut dan penguasaan diri. Tiada hukum yang menentang segala ini. Persoalannya, apakah berkat yang Tuhan berikan kepada orang yang lemah-lembut? #1: Kita akan diberkati Tuhan. Kita tahu beatitudes yang ke-3 ini berkenaan dengan orang yang lemah lembut, akan mewarisi dunia! Mazmur 37:11 Orang yang rendah hati akan mewarisi bumi dan akan bersukacita dengan kesejahteraan yang melimpah-limpah. Ini adalah bertentangan dengan nilai-nilai yang dipromosikan dunia. Dunia selalu mengatakan bahawa orang yang agresif, tamak, bangga, kasar, menekan dan sebagainya akan menang. Tetapi Alkitab mengatakan orang yang lemah lembut akan menarik berkat Tuhan. Jadi mari kita tukar paradigma kita hari ini, selaras dengan Firman Tuhan. Jadi, jikalau kita mahu menjadi orang yang diberkati di Marketplace, jadilah orang yang lemah lembut. #2: Kita akan menenangkan kemarahan dan memadamkan konflik. Sikap lemah lembut akan memadamkan konflik. Kelemahlembutan adalah seperti air yang dicurahkan kepada api kemarahan. Ia adalah seperti penawar kepada konflik. Pernahkah anda berada di dalam situasi konflik dan perselisihan-faham yang tegang? Amsal 15:1 (AVB) Jawapan yang lemah lembut meredakan murka, tetapi perkataan yang tajam membangkitkan amarah. Di dalam otak manusia, ada neuron yang kita katakan “mirror neurons” ataupun neuron cermin: Apabila kita marah, orang yang berhadapan dengan kita akan marah Apabila kita bertutur dengan suara yang lembut, orang yang berhadapan dengan kita, juga akan membuat yang sama. Di Marketplace, konflik adalah kebiasaan di antara pekerja, di antara supplier dan Customer, di antara manager dan pekerja dsb. Semua orang adalah di dalam keadaan tertekan dan stress dengan dateline dan budget. Jadi, sikap kelemah-lembutan kita akan memadamkan amarah dan menjadi penawar kepada konflik. Kita menukar suasana yang tegang menjadi tenang. #3: Kita mampu meyakinkan orang lain Amsal 25:15 (AVB) Dengan kesabaran seorang penguasa pun dapat diyakinkan, dan lidah yang lembut dapat mematahkan tulang. Ini adalah salah satu skill-set yang jarang di ajar di marketplace, tetapi, Alkitab mengatakan kelemah- lembutan akan meyakinkan orang lain. Juga, di dalam penginjilan kita, kita harus memberikan jawaban dengan lemah lembut. 1 Petrus 3:15 (AVB) Hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hatimu dan sentiasa bersedia memberikan jawapan yang meyakinkan apabila seseorang bertanyakan asas harapan dalam hatimu. Jawab dengan lembut dan hormat. Kita memberi jawaban iman kita dengan lemah-lembut. #4: Kita akan memperoleh kehormatan Amsal 29:23 (AVB) Keangkuhan seseorang akan merendahkannya, tetapi orang yang rendah diri akan memperoleh kehormatan. Mungkin anda pernah mendengar tentang mendiang Mother Theresa. Mother Theresa adalah seorang perempuan yang kecil, 5 kaki tingginya. Seorang Nun dari Romania. Apabila beliau berdiri di hadapan pemimpin-pemimpin dunia, semua pemimpin akan memberikannya hormat. Mengapa? Kerana dia adalah seorang yang lemah lembut dan rendah hati. Jikalau, kita mahu belajar, sikap rendah hati, mari kita libatkan diri di dalam membantu mereka-mereka yang tertindas dan memerlukan bantuan. Seperti Mother Teresa, lebih kita membantu mereka yang benar-benar memerlukan, kita akan belajar “humility” dan kelemah- lembutan. Kita boleh menjadi seorang leader yang lemah lembut. #5: Kita akan menjadi pemimpin yang baik seperti Yesus Harvard Business Schools ada pernah mengatakan bahawa “the best leaders are humble leaders.”. Iaitu pemimpin yang terbaik adalah pemimpin yang rendah hati. Jikalau kita mahu belajar menjadi pemimpin yang baik, kita harus mempunyai sikap lemah lembut. Pemimpin teragung, Yesus - adalah seorang yang lemah lembut dan rendah hati. Matius 11:29 (AVB) 29 Ambillah kuk daripada-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati, maka jiwamu akan tenang. Yesus mengatakan bahawa dia adalah lemah lembut dan rendah hati. Musa, seorang pemimpin yang digunakan Tuhan, adalah seorang yang lemah lembut dan rendah hati. Abraham Lincoln, bekas presiden Amerika Syarikat, adalah seorang yang lemah lembut dan rendah hati. Martin Luther King seorang pemimpin “civil rights movement” (Gerakan hak sivil) yang menentang penindasan warna kulit, adalah seorang yang lemah lembut dan rendah hati. Mahatma Gandhi , seorang peguam yang berjaya membebaskan India daripada penjajahan British, adalah seorang yang lemah lembut dan rendah hati. Inilah kunci yang ke-3 dari 8 berkat Tuhan di dalam hidup kita, iaitu kelemah-lembutan. Walaupun dunia mengajar kita untuk menjadi agresif, tamak dan menekan tetapi Yesus mengatakan kelemah-lembutan adalah karakter yang harus kita kejar, kerana dengan kunci ini, kita akan diberkati. Tuhan kita, pencipta kita, tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia adalah Tuhan yang baik. Doa: Tuhan, terima kasih atas firman mu. Hari ini, kami telah mempelajari “beautitudes” yang ketiga, iaitu kami diberkati apabila kami mempunyai sikap lemah-lembut . Kami berdoa campur tangan Tuhan mengajar kami sikap lemah-lembut: Supaya kami akan diberkati Tuhan Supaya kami mampu menenangkan kemarahan dan memadamkan konflik Supaya, kami mampu meyakinkan orang dan memberikan berita baik, iaitu, injil dengan efektif. Supaya, kami akan memperolehi kehormatan Supaya, kami akan menjadi pemimpin yang baik seperti Yesus. Terima kasih Tuhan, hari ini, kita minta campur tangan Tuhan di dalam kehidupan kami dan ajar kami kelemah-lembutan. Di dalam nama Yesus Kristus kami berdoa, Amen. Soalan Renungan: 1. Apakah yang anda dapat dari pembelajaran ini mengenai kelemah lembutan? Bagaimana anda mengaplikasikannya dalam hidup anda? 2. Berikan contoh orang di sekeliling anda yang anda rasa menunjukkan nilai kelemah lembutan. Elder Ann WK
- Edisi Istimewa Jumaat Agung : Menjadi Mahkota Kemuliaan Ditangan Tuhan
Oleh Pr Eddy Marson
- (1) Miskin Rohani (Beatitudes)
Yang Diberkati (Beatitudes) Pelajaran 1: Miskin Rohani Matius 5:3 Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga. Matius 5:1-11 (AVB) 1 Ketika Yesus melihat orang ramai itu, Dia pun mendaki ke atas sebuah bukit lalu duduk. Kemudian datanglah murid-murid-Nya kepada-Nya. 2 Dia pun mula mengajar mereka: 3 "Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga. 4 Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur. 5 Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini. 6 Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran, kerana mereka akan dipuaskan. 7 Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka akan dikasihani juga. 8 Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah. 9 Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah. 10 Diberkatilah mereka yang dianiaya demi perbenaran, kerana kerajaan syurga untuk mereka. 11 Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu dengan segala yang jahat kerana-Ku. 12 Bersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya." Untuk siri ini, kita akan menggunakan perkongsian Yesus di atas bukit dan mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian di Marketplace kita. Yesus memulakan perkongsian ini dengan menyatakan 8 cara untuk menerima berkat Tuhan ke dalam hidup kita. Yesus mempersiapkan 8 syarat untuk kita menerima berkat Tuhan. Oleh itu, mari kita sama-sama mengaplikasikan 8 prinsip ini di dalam kehidupan pekerjaan kita seharian..... Di dalam Matius 5, Yesus melihat ramai orang, pada satu ketika, lalu dia pun mendaki ke atas bukit lalu duduk. Kemudian datanglah murid-muridnya kepadaNya. Dan dia mula mengajar. Inilah yang akan kita hayati di dalam 8 sesi. Ajaran Yesus yang mengenai “Hidup Yang Diberkati Tuhan” Mereka semua datang untuk mendengar tentang kerajaan Allah. Dan Yesus berbicara kepada orang ramai dengan penuh otoriti. Sebelum kita bermula, 8 berkat ini bukanlah datang daripada kekuatan dan kemampuan kita sendiri, tetapi, adalah melalui Yesus Kristus. Inilah masanya kita sedar dan memberikan komitmen hidup kita kepada juruselamat kehidupan kita. Jikalau kita belum pernah menerima Yesus sebagai Juru Selamat kita, inilah masanya untuk kita berbuat demikian. Mari kita membaca: Matius 5:3 Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga. Perkataan “berkat” di dalam bahasa Yunani, ialah “happiness” atau “kegembiraan”. Tetapi ia bukanlah perkataan yang hanya menyatakan kepuasan dan keseronokan, tetapi satu perasaan sukacita yang mendalam dan tulen yang boleh kita alami. (It is the deepest and purest form of joy one can experience) Perkataan miskin pula, di dalam ayat 3 ini , bukanlah : tentang keadaan ekonomi dan nilai fizikal kita, ataupun tentang kerendahan nilai kita, tetapi adalah berkenaan dengan kemiskinan kita dengan “aset-aset rohani” (spiritual assets). Yesus ada memberikan satu perumpamaan ataupun ibarat di dalam Lukas 18:9-14, yang membandingkan doa seorang Farisi dengan seorang pemungut cukai. (pemungut cukai pada ketika itu, terkenal dengan penipuan dan mereka bekerja dengan kerajaan yang “corrupt”). Orang Farisi masuk ke bait suci lalu berdoa bahawa dia: Bukanlah orang yang tamak Bukanlah orang yang menipu Bukanlah orang yang berzina Bukanlah seperti pemungut cukai, Dia berpuasa 2x seminggu. Dan memberikan persepuluhan Orang Farisi memberikan senarai “aset-aset rohani” Nya kepada Tuhan. Seolah-olah dia menunjukkan kekayaan rohaninya, berbanding dengan pemungut cukai. Kita lihat, berbanding dengan pemungut cukai: Dia berdiri jauh sedikit di Bait Suci Dia tidak berani menengadah ke langit melainkan menebah dada. Dan berkata “Ya, Allah, kasihilah hamba, orang yang berdosa ini”. Dia mengaku bahawa dia adalah seorang yang “miskin rohani” Yesus berkata di dalam Lukas 18:14 “Aku berkata kepadamu bahawa pemungut cukai ini pulang ke rumahnya dengan diperkenankan Allah tetapi orang Farisi itu tidak. Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan, dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.” Tiada salahnya kita ditinggikan tetapi hanya siapa yang meninggikan kita: Jikalau kita meninggikan diri sendiri, kita akan direndahkan. Jikalau Tuhan yang meninggikan kita, kita berdiri di atas dasar yang kukuh. Jadi hari ini, jikalau kita mahu diberkati di marketplace, kita harus mempunyai sikap “kemiskinan rohani”. Ini adalah sikap yang bergantung kepada Tuhan. Apabila Yesus mengatakan, “Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga.” Ini berbicara tentang ketergantungan kita kepada Tuhan. Bukan diri kita sendiri, tetapi kita bergantung kepada Tuhan. Beberapa langkah bagaimana kita hidup bergantung kepada Tuhan : Kita bergantung kepada hikmat Tuhan, bukan diri kita. Bagaimana kita mencari hikmat Tuhan? Melalui Alkitab. (Amsal 14:12, 3:5-7). Kita bergantung kepada kekuatan Tuhan, bukan kekuatan kita (Yesaya 40:31, Mazmur 71:16a, Mazmur 73:26, 2 Korintus 12:8-10) Kita bergantung kepada masa yang ditentukan Tuhan, bukan masa kita. (God’s timing) (Pengkhutbah 3:11a, Yesaya 60:22b, Mikha 7:7) Kita bergantung kepada pembelaan Tuhan bukan kita. Kadang-kadang kita disalah-fahamkan. Biar Tuhan yang membela kita. (1 Petrus 2:23, Mazmur 2:12) Kita bergantung kepada kekayaan Tuhan dan bukan kita. (Filipi 4:19, Yohanes 10:10b) Maksudnya, segala kemampuan kita di marketplace adalah diberikan oleh Tuhan kepada kita. Kesedaran tentang kebergantungan kita kepada Tuhan adalah penting di dalam kita menjalankan tugas di tempat kerja kita. Inilah “The Beatitudes” iaitu “Yang Diberkati” yang pertama. Kesimpulan : Ia adalah dasar untuk 7 berkat yang seterusnya. Semua yang lain, tidak akan kita fahami jikalau kita tidak menyedari bahawa, kebergantungan kita adalah kepada Tuhan dan hanya Tuhan. Kita adalah manusia biasa yang miskin rohani. Sumber kekayaan rohani kita adalah Tuhan sendiri. Soalan Renungan 1. Apakah kemiskinan rohani yang anda rasa ada dalam hidup anda? 2. Jika ada, apakah tindakan yang anda akan lakukan dalam hidup kita? Elder Ann WK
- (2) Bersedih (Beatitudes)
Yang Diberkati (Beatitudes) Pelajaran 2: Bersedih Matius 5:4 Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur. Matius 5:1-11 (AVB) 1 Ketika Yesus melihat orang ramai itu, Dia pun mendaki ke atas sebuah bukit lalu duduk. Kemudian datanglah murid-murid-Nya kepada-Nya. 2 Dia pun mula mengajar mereka: 3 "Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga. 4 Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur. 5 Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini. 6 Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran, kerana mereka akan dipuaskan. 7 Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka akan dikasihani juga. 8 Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah. 9 Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah. 10 Diberkatilah mereka yang dianiaya demi perbenaran, kerana kerajaan syurga untuk mereka. 11 Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu dengan segala yang jahat kerana-Ku. 12 Bersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya." Hidup kita di tempat pekerjaan kita ini bukan senang, kerana kita hidup di dalam dunia yang “broken”, yang hancur. Sejak daripada kejatuhan Adam dan Hawa ke dalam dosa, dunia yang kita hidup sekarang ini bukanlah yang sempurna. Cuaca tidak sempurna. Tubuh kita tidak sempurna. Kita akan dijangkiti virus dan penyakit dsb. Ekonomi dunia tidak sempurna kerana ketamakan manusia. Perhubungan tidak sempurna. Perhubungan suami-isteri tidak sempurna Oleh itu, di marketplace, kita tentu akan menghadapi kekalahan dan kekecewaan. Tidak ada yang terkecuali. Persoalannya, bagaimana boleh bangkit mengatasi masalah tersebut? Rise up above our problems. Di tempat kerja kita, ada kalanya kita akan bersedih dengan kegagalan kita dsb. Matius 5:4 Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur. Apakah yang terlintas di dalam fikiran anda, apabila Yesus mengatakan bahawa kita yang bersedih akan diberkati? Berkat Tuhan di dalam kesedihan kita, ialah kita akan mendapat penghiburan. Sebelum kita bermula, kesedihan yang saya bicarakan di sini adalah menyentuh tentang 2 jenis kesedihan: Yang pertama - kesedihan kita tentang dosa. Kita patah hati dan menyesal tentang perbuatan dosa kita. Yang kedua - kesedihan kita tentang hidup yang kita alami, seperti kehilangan seseorang yang kita kasihi. Pengkhotbah 3:1,4 (AVB) 1 Bagi segala sesuatu ada musimnya, dan bagi sesuatu apa pun di bawah kolong langit ada waktunya. 4 ada waktu untuk menangis, ada waktu untuk ketawa; ada waktu untuk meratap; ada waktu untuk menari. Alkitab mengatakan ada masa kita untuk bersedih dan ada masa untuk kita bersuka-cita. Tuhan mengatakan bahawa hidup kita adalah tidak akan penuh dengan sukacita setiap waktu sahaja, tetapi ada masanya kita bersedih. Persoalannya, bagaimana Tuhan memberkati orang yang bersedih? #1: Allah akan membawa kita dekat kepadaNya. Di dalam kesedihan kita, Tuhan akan membawa kita dekat kepadaNya. Di tempat kerja, kita akan menghadapi banyak masalah - konflik, kegagalan, kekecewaan, tikam menikam dsb Mazmur 34:18 (AVB) Tuhan merapati orang yang patah hati dan menyelamatkan orang yang menyesal. Tuhan sentiasa rapat dengan orang yang patah hati. Inilah berkat Tuhan apabila kita di dalam kesedihan. Ibrani 13:5b …. “Aku tidak sekali-kali akan meninggalkanmu. Aku tidak sekali-kali akan membiarkanmu.” Tuhan tidak akan meninggalkan kita dan membiarkan kita. Di dalam kesedihan kita, kita harus sedar bahawa Tuhan ada bersama dengan kita. Rapat dan dekat dengan kita. Berkat Tuhan di dalam kesedihan, ialah untuk membawa kita kepadanya. #2: Allah akan bersedih dengan kita. Kita mempunyai kemampuan untuk bersedih kerana kita diciptakan di dalam imej Tuhan. Kita bukan binatang yang tidak mampu bersedih. Di dalam kesedihan kita, Tuhan akan bersedih dengan kita. Di dalam Yohanes 11:33, apabila Yesus melihat Maria menangis dan semua orang Yahudi yang bersamanya, turut mengalirkan air mata, Yesus sungguh hiba dan terharu. Di dalam terjemahan lain, apabila Maria menangis, hati Yesus tersentuh dan Yesus juga mula menangis kerana Dia mengasihi Lazarus. Kesedihan adalah bukti kasih. Yesus menangis, kerana dia mengasihi Lazarus. Hari ini, ketahuilah bahawa Tuhan mengasihi kita, sebab itu Tuhan akan bersama dengan kita. #3: Allah memberikan kita keluarga Tuhan Hidup kita bukanlah bersendirian. Kita memerlukan teman-teman seiman di dalam kesedihan kita. Gereja dan Cell Group adalah tempatnya. Roma 12:5,10,15 (AVB) 5 begitu jugalah kita yang ramai ini, semuanya anggota satu tubuh dalam Kristus, dan saling memiliki. 10 Hendaklah kamu bersikap baik dan mengasihi sesama sendiri dengan kasih persaudaraan, serta saling menghormati dan mengutamakan; 15 Bergembiralah dengan orang yang bergembira, dan menangislah dengan orang yang menangis. Kita saling mengasihi, menghormati, bergembira dan menangis. Kita memerlukan keluarga Tuhan. Tuhan akan sediakan. #4: Allah menggunakan kesedihan untuk pertumbuhan kita. CS Lewis pernah mengatakan, Tuhan berbisik di dalam kegembiraan kita, tetapi Tuhan berteriak di dalam kepahitan kita. Buah-buahan akan dihasilkan di lembah dan bukan di puncak gunung. Roma 8:28 (AVB) Dan kita tahu bahawa dalam semua hal Allah bekerja untuk kebaikan orang yang mengasihi-Nya, yang telah dipanggil menurut rancangan-Nya. Di sini kita lihat, di dalam semua hal, Tuhan bekerja untuk kebaikan kita, termasuk di dalam kesedihan kita. Kesedihan dan kesusahan yang kita alami adalah sedetik tetapi ia akan membawa kita ke kemuliaan yang tanpa bandingannya. Di tempat kerja kita, cara kita meresponi akan menentukan samada kita boleh bertumbuh di dalam kesedihan kita. #5: Allah menggunakan kesedihan untuk kita membantu orang lain. Jangan kita membazirkan pengalaman kesedihan dan kepahitan kita. Tuhan boleh menggunakan kesedihan dan kepahitan kita untuk memberkati orang lain.Tuhan mahu kita berpaling fokus kita daripada masalah kita kepada memberkati orang lain. Paulus mengatakan : 2 Korintus 1:4 (AVB) Dia menghibur kami dalam pelbagai kesusahan, supaya kami pula dapat menghibur orang yang mengalami kesusahan dengan penghiburan yang kami terima sendiri daripada Allah. Inilah Tuhan kita. Tuhan mahu menghiburkan kita di dalam kesedihan supaya kita mampu menghiburkan orang lain yang mengalami yang sama. Panggilan hidup kita adalah lebih besar daripada kehidupan diri kita sendiri. Jadi, jikalau kita sedang mengalami kesedihan di tempat kerja kita, Tuhan mengatakan diberkatilah kita, kita akan dihiburkan. Bukan dengan penghiburan manusia, tetapi sumber penghiburan datang daripada Tuhan sendiri. Kita telah sama-sama belajar, beberapa cara di mana Tuhan memberkati kita di dalam kesedihan. Inilah kunci berkat yang kedua, apabila kita sedih, Tuhan yang akan menghiburkan kita. Tuhan kita adalah Tuhan yang baik. DOA Tuhan, terima kasih atas firman mu. Hari ini, kami telah mempelajari “beautitudes” yang kedua, iaitu kami diberkati apabila kami bersedih dan kami akan dihiburkan. Kami minta campur- tangan Tuhan di dalam kesedihan kami supaya kami dihiburkan. Supaya kami dibawa dekat dengan Tuhan. Supaya kami mendapat belas kasihan Tuhan. Supaya Tuhan menyediakan keluarga Allah untuk kami.Supaya karakter kami bertumbuh. Supaya kami mempunyai kekuatan untuk memberkati orang lain yang memerlukan penghiburan, Di dalam nama Yesus Kristus kami berdoa. Amen. Soalan Renungan: 1. Ceritakan satu momen yang menyedihkan dalam hidup anda. Dari sana apa yang anda pelajari dan berkat yang anda alami dalam kesedihan anda? 2. Daripada 5 point “Bagaimana Tuhan memberkati orang yang bersedih”, yang manakah paling relevan dengan anda? Kenapa? Elder Ann WK
- Satu Perangkap untuk Dihindari
'Aku telah memuliakan-Mu di bumi ini dengan menyempurnakan kerja yang Kauamanahkan kepada-Ku.'(Yohanes 17:1-19, ayat 4). Renungan: Satu lagi pengajaran penting yang perlu kita pelajari jika kita ingin berjalan tegak dalam masa perubahan ini ialah: elakkan perangkap penglibatan yang berlebihan. Ia mungkin terdengar seperti percanggahan selepas komen saya pada hari lain tentang menjadi seorang Kristian yang berfikiran lautan. Saya kemudian menggesa anda untuk menjadi petualang dalam perkara-perkara Tuhan, untuk meluncur ke dalam. Walau bagaimanapun, tidak ada percanggahan; kita perlu mengembara kerana Allah, tetapi kita juga perlu memastikan bahawa penglibatan kita dalam aktiviti kerohanian tidak bertukar kepada penglibatan yang berlebihan. Teks untuk hari ini menyentuh inti perkara ini. Di sini Yesus memberitahu Bapa-Nya bahawa Dia telah memberikan Dia kemuliaan di bumi dengan melakukan pekerjaan yang telah Dia berikan kepada-Nya. 'Saya telah menyelesaikan tugas yang Engkau berikan kepada saya' (ayat 4, terjemahan Phillips). 'Apa yang Engkau berikan.' Tuhan kita tidak membiarkan diri-Nya terjerat dalam bidang-bidang aktiviti rohani yang boleh dipuji tetapi tidak sesuai untuk-Nya. Dia menyelesaikan pelayanannya di bumi hanya dengan melaksanakan tugas yang diberikan Bapanya kepadanya. Saya menyatakan perkara ini kerana ramai orang Kristian yang saya temui merasakan mereka tidak dapat menggembirakan Tuhan melainkan mereka berusaha untuk mengubah segala yang mereka lihat sebagai salah. Tetapi kita tidak dipanggil untuk membetulkan setiap kesilapan. Kita mesti melakukan apa yang kita boleh dan selebihnya serahkan kepada Tuhan dan orang lain. Calvin Miller menyatakannya begini: 'Saya sering melihat banyak neurosis di kalangan orang injil yang terpaksa bergelut dengan syaitan dan menjatuhkannya tiga kali sebelum mereka rasa bahawa mereka telah bersahabat dengan Tuhan.' Kekecewaan datang apabila kita cuba menyelamatkan dunia. Itu tugas Allah. Perhatikan bahawa anda tidak tergelincir di bawah beban keprihatinan rohani yang sangat besar yang Tuhan ingin anda pikul. Renungan lanjutan: Markus 6:30-32; Lukas 10:38-42 Doa: Bapa surgawi yang penuh kasih, saya melihat bahwa Engkau tidak menjadikan saya sebagai orang yang bertanggung jawab untuk memperbaiki segala sesuatu yang salah. Tunjukkanlah kepada saya apa yang seharusnya saya lakukan, dan berapa banyak kerisauan yang seharusnya saya pikul. Kemudian tolong bantu saya meninggalkan sisanya kepada-Mu dan kepada orang lain. Dalam nama Yesus. Amin. Rev Gerawat Maran
- Tetap Berdiri
Kisah Para Rasul 28:3-6 "Paulus memungut ranting dan apabila dia meletakkannya di atas api, seekor ular kapak keluar melarikan diri daripada kepanasan itu lalu memagut tangan Paulus. Apabila penduduk pulau itu melihat ular tersebut pada tangan Paulus, mereka berkata sama sendiri, “Tentu dia ini seorang pembunuh; sungguhpun dia selamat daripada bahaya laut, tetapi Dewi Keadilan tidak membiarkan dia hidup.” Paulus mengebaskan ular itu ke dalam api tanpa mengalami sebarang kecederaan. Semuanya menantikan kalau-kalau dia naik bengkak atau rebah mati; tetapi lama mereka menanti-nanti, tidak juga mereka melihat apa-apa bencana menimpanya. Sangkaan mereka pun berubah, lalu mengatakan Paulus itu seorang dewa." Ayat di atas menceritakan tentang halangan-halangan yang dihadapi oleh Rasul Paulus ketika dia berada dalam pelayanan pemberitaan Injil. Dia karam. Apabila tiba di pantai, Paulus dan rakan-rakannya disambut oleh penduduk tempatan dengan ramah, dan mereka menyalakan unggun api untuk Paulus dan rakan-rakannya supaya mereka dapat memanaskan diri. Ini kerana waktu itu sangat sejuk ditambah pula dengan hujan yang mula turun. Semasa Paulus sedang mengumpulkan kayu, tiba-tiba seekor ular berbisa keluar, mungkin kerana kepanasan api unggun. Ular itu menggigit tangan Paul, tetapi Paulus menepis ular itu. Apakah yang boleh kita pelajari daripada teks ini? Pertama, kita melihat bahawa Tuhan tidak menghalang ular daripada menggigit tangan Paulus. Demikian juga dalam kehidupan kita, masalah, badai serta kesusahan datang melanda tanpa kita duga, seperti kisah ular beludak yang tiba-tiba muncul dan menggigit tangan Paulus. Kita mungkin terkejut dan keliru. Begitu juga dalam diri kita, racun daripada masalah dan kesusahan ini tidak boleh menghalang rancangan Tuhan yang telah Dia tetapkan untuk kita. Kedua, gigitan ular itu pasti menyakitkan untuk dapat memaut tangan Paulus, tetapi Paulus menepis ular itu ke dalam api. Itulah yang patut kita lakukan dalam hidup kita. Walaupun kita sedang bergelut dalam keadaan yang sangat teruk dan mungkin membuat kita berasa putus asa, tetap kuat. Tolak perkara itu. Buang semua masalah itu dan jangan ambil perhatian sepanjang masa, kerana ia tidak berguna. Ketiga, Paulus dipatuk ular di hadapan ramai orang. Kita mungkin pernah mengalami perkara ini, di mana ada orang di sekeliling kita yang mungkin mengharapkan kita jatuh. Katakan tidak! Jangan simpan kata-kata buruk dan prasangka buruk orang sekeliling kita, kerana Allah yang menilai, bukan mereka. Jangan simpan dalam hati. Goncang, buang jauh-jauh, kerana masih ada Tuhan yang membela kita. Berdiri tegak, pandang ke hadapan, dan mulakan dengan langkah anda. Bahan Doa 1. Berdoa supaya Tuhan terus memberi kita kekuatan kecekalan hati dan ketekunan iman pada saat kita dalam situasi sukar dan kesusahan -kesusahan yang datang dan tidak kita duga. 2. Berdoa supaya Tuhan memberi pengertian ke dalam hati kita sehingga kita dapat melihat hentaman badai itu sebagai suatu alat ( sarana) yang berharga dan beerti dalam proses pembentukan Karaktor kita. 3. Minta Kasih karunia-Nya untuk kita dapat memiliki rasa damai di hati, kejernihan fikiran dan celik akal budi supaya kita terhindar dari rasa dendam dan diganti dengan Hati anugerah. Haleluya. Lisa












