top of page

Cari

3263 results found with an empty search

  • Bagaimana Kita Belajar Merasa Cukup?

    “Aku tidak bercakap disebabkan kekurangan, kerana dalam keadaan apa pun aku telah belajar berasa cukup.” ‭‭Filipi‬ ‭4‬:‭11‬ ‭AVB‬‬ Jikalau kita serius untuk mengurangkan kesibukan kita, jangan bermula dengan jadual, tetapi bermula dengan hati. Paulus mengatakan di dalam Filipi 4:11, “… dalam keadaan apa pun, alu telah belajar merasa cukup”. Lihat bahawa Paulus mengatakan dia telah “belajar” merasa cukup. (Contentmen). Kita secara semulajadi, bukanlah manusia yang merasa cukup. Adalah keadaan kita sebagai manusia, sebagai seorang yang tidak puas hati. Kita mahu menjadi yang berbeza. Kita mahu menjadi lebih baik. Kita mahu mendapat pendapatan tang lebih dsb. Tetapi jikalau kita mahu “slow down” (perlahankan) hidup kita, kita harus belajar kepuasan hati. Dan ini hanya dapat dilakukan dengan memakan masa. Paulus ada mengatakan apakah itu merasa cukup. “Kesalihan yang disertai dengan rasa puas membawa keuntungan besar. Kita tidak membawa apa-apa ke dalam dunia ini, dan pasti sekali kita tidak dapat membawa apa-apa apabila kita meninggalkannya. Oleh itu, jika kita ada pakaian dan makanan, kita harus berasa puas. Orang yang mahu kaya tergoda dan terperangkap oleh pelbagai keinginan yang sia-sia dan berbahaya, yang menjerumuskannya ke dalam kerosakan dan kemusnahan.” (‭‭1 Timotius‬ ‭6‬:‭6‬-‭9‬ ‭AVB‬‬) Paulus memberikan penekanan bahawa kehidupan bukanlah berpusat kepada kebendaan. “Kita tidak ada apa-apa apabila dilahirkan ke dunia, dan kita tidak akan membawa apa-apa apabila kita mati. Ya, kita memerlukan sesuatu untuk hidup, tetapi kehidupan bukanlah kerana semua itu. Oleh itu, kita harus belajar merasa puas”. Perspektif yang satu lagi juga penting. Kita renungkan apakah yang “BUKAN” berkenaan dengan merasa puas. (What contentment is NOT). Merasa puas bukanlah meninggalkan cita-cita kita. Kita haruslah mempunyai cita-cita dan tujuan hidup. Kita lakukan dengan apa yang Tuhan berikan kepada kita. Merasa puas tidak bermakna kita tidak mempunyai tujuan, matlamat, wawasan, cita-cita atau pelan untuk hidup kita. Malahan, Tuhan mahu kita untuk untuk mempunyai cita-cita di dalam Tuhan (godly ambition). Merasa cukup bermakna ini : “kita tidak memerlukan lebih untuk bersuka-cita; kita bersuka-cita dengan apa yang telah diberikan kepada kita” Sukacita ialah satu pilihan. Di dalam perkataan lain, kita memilih untuk bersuka cita. Kita tidak menyalahkan sukacita kita kepada keadaan. Jikalau kita tidak bersukacita dengan keadaan kita sekarang, kita tidak akan gembira dengan keadaan kita yang lain. Kita hidup di dalam dunia yang tidak sempurna, dan oleh itu, tentu akan ada yang tidak sempurna di dalam hidup kita. Tuhan mahu kita bersuka-cita walaupun kita di dalam kesusahan, dengan beriman bahawa Tuhan akan memerikan apa yang kita perlu di masa yang tepat. Tuhan tidak akan terlambat. Belajar untuk merasa cukup adalah satu proses. Mari kita mulakan hari ini. Mari kita fikirkan Bagaimana merasa puas akan memperlahankan kesibukan kita. Apakah maknanya untuk mempunyai cita-cita di dalam Tuhan (godly ambition). Mempraktikkan kesyukuran adalah salah satu langkah dan proses untuk kita mempelajari merasa cukup. Apakah yang boleh kita lakukan?

  • Bolehkah Kita Melakukan Seks Sebelum Berkahwin?

    Apabila bercakap mengenai hubungan seks pranikah, bersekedudukan, dan homoseksualiti, orang Kristian selalu dianggap sebagai ketinggalan zaman, strict, dan menghakimi. Masalah ini mungkin merupakan salah satu halangan utama bagi ramai individu untuk menjadi orang Kristian. Tapi menurut pengalaman saya, tidak kurang ramai orang yang meninggalkan gereja atau berpindah gereja apabila mereka tidak bersetuju dengan ketetapan atau peraturan yang dibuat oleh gereja tersebut mengenai topik ini. Yang jelas, Alkitab melarang dosa seksual, iaitu percabulan (percabulan seksual secara umum) dan perzinaan (seks yang yang dipersetujui antara orang yang sudah berkahwin dan orang lain selain suami atau isterinya) masing-masing disentuh dalam Amsal 6:32 dan 1 Korintus 6:18. Dalam Alkitab, istilah seks sebelum nikah atau seks sebelum berkahwin, tidak disebut secara khusus namun dalam 1 Korintus 7:1-2, Paulus menyatakan bahawa kerana bahaya percabulan bagi orang yang bujang, setiap lelaki baiklah berkahwin supaya dia bersetubuh dengan isterinya sendiri dan setiap wanita dengan suaminya sendiri. Ini bertujuan supaya mereka tidak jatuh dalam dosa percabulan. Walau bagaimanapun, Paulus tidak menggalakkan perkahwinan sebagai "rawatan" atau solusi untuk mengatasi tingkah laku seksual yang tidak bermoral. Saya pernah mendengar bahawa ada ibu bapa yang tidak mahu anak mereka terus menerus dalam dosa perzinahan, maka mereka menyuruh anak mereka berkahwin saja supaya orang tidak bergossip mengenai mereka. Saya tidak setuju dengan alasan ini kerana berkahwin belum tentu menjamin seseorang itu tidak akan melakukan zinah selepas berkahwin. Ini kerana berkahwin hanya mengubah status fizikal seseorang (bujang menjadi berkahwin) namun tidak menangani akar dari permasalahan tersebut, iaitu dosa percabulan. Hubungan seksual berasaskan perkahwinan adalah sesuai dengan firman Tuhan dan dipandang kudus dimata Tuhan. Jadi, apa-apa hubungan seks yang berlaku di luar perkahwinan bukan saja dilihat sebagai tidak bermoral namun ianya dosa! Ibrani 13:4 AVB berkata,”Hendaklah perkahwinan dianggap mulia oleh semua, dan tempat tidur dijaga supaya tidak tercemar kerana Allah akan menghukum penzina baik yang bujang mahupun yang sudah berkahwin dan mengkhianati pasangannya.” Ayat ini jelas menunjukkan bahawa hubungan seks sebelum berkahwin sebagai dosa. Bagaimana pula halnya jika ada yang berkata “kami tidak melakukan hubungan seks namun kami hanya berkongsi tinggal di dalam rumah yang sama dan bilik yang berasingan”? Ini jawapan saya; Paulus menasihati Timotius, mentee nya yang muda, dalam 2 Timotius 2:22 “Sebab itu jauhilah nafsu orang muda, kejarlah keadilan, kesetiaan, kasih dan damai bersama-sama dengan mereka yang berseru kepada Tuhan dengan hati yang murni.” Dari ayat ini, firman Tuhan jelas mengajar kita untuk menjauhi nafsu orang muda dan sebaliknya kita dinasihatkan untuk mengejar keadilan, kesetiaan, kasih dan damai. Pertanyaannya, bagaimanakah seseorang dapat melakukan 2 Timotius 2:22 apabila dia bersekedudukan dengan pasangan yang bukan menjadi suami atau isteri yang sah? Lagi pula, firman Tuhan dalam 1 Korintus 10:12 berkata “...siapa yang menyangka, bahwa ia teguh berdiri, hati-hatilah supaya ia jangan jatuh” . Jadi, tiada seorang pun, termasuk hamba Tuhan yang terhebat sekalipun, dapat menganggap dirinya teguh berdiri kerana iblis akan selalu mencari kesempatan untuk menjatuhkan orang-orang percaya. Yang jelas, apabila dua individu bujang melakukan hubungan seks, mereka mencemarkan anugerah seks yang indah dari Tuhan. Bukan itu saja, mereka mencemarkan gambaran hubungan Tuhan Yesus dengan gereja-Nya (Efesus 5:24-27). Hari-hari ini, ramai orang yang mengaku kristian hanya menganggap seks sebagai suatu ekspresi kasih (eros) dan tidak salah sekiranya mereka akan bertunang (atau sudah bertunang) atau akan berkahwin suatu hari nanti. Ini jelas salah kerana yang sebetulnya cinta yang dibangun dalam hubungan tersebut hanya berpusatkan nafsu kedagingan mereka dan bukan berpusatkan Kristus. Saya mahu akhiri dengan firman Tuhan di dalam 1 Korintus 6:18-20 ​​Jauhkanlah dirimu dari percabulan! Setiap dosa lain yang dilakukan manusia, terjadi di luar dirinya. Tetapi orang yang melakukan percabulan berdosa terhadap dirinya sendiri. Atau tidak tahukah kamu, bahwa tubuhmu adalah bait Roh Kudus yang diam di dalam kamu, Roh Kudus yang kamu peroleh dari Allah, --dan bahwa kamu bukan milik kamu sendiri? Sebab kamu telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar: Karena itu muliakanlah Allah dengan tubuhmu! Yesus sudah mati bagi kita semua. Kita sudah dibeli dengan harga yang sangat mahal dan kita harus memuliakan Tuhan dengan tubuh kita. Sama ada kita masih bujang, tidak ada pasangan ataupun kita sudah ada pasangan ataupun sudah berkahwin. Saya percaya bahawa jika anda sungguh-sungguh mengasihi Tuhan, anda akan selalu mahu menjalani hubungan yang memuliakan nama Tuhan. Oleh Pr Wagner Daniel

  • Berdoa Untuk Media

    Ayat Firman Tuhan: Amsal 28:2 (AVB) Ketika sebuah negeri memberontak, akan ada ramai penguasanya, tetapi jika adanya seorang yang berpengertian dan berpengetahuan, maka negeri itu akan bertahan. Perkara Doa: 1. Sepakat berdoa untuk Media - penyampaian maklumat yang tepat 2. Sepakat berdoa untuk Media - kebebasan yang membangun Doa: Bapa kami di syurga, kami bersyukur kepada-Mu pada subuh yang baru. Pemeliharaan-Mu nyata bagi kami. Kami dapat tidur semalam dengan lena kerana Engkau menaungi kami dengan sayap kekuatan-Mu. Kami bangun pada subuh ini kerana Engkau yang menopang kami. Rahmat-Mu baru setiap pagi dan kebaikan-Mu tidak ada henti-hentinya. Engkau baik, sungguh amat baik bagi kami. Terpujilah nama-Mu. Haleluyah! Bapa, kerajaan-Mu datanglah, terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sepertimana di syurga. Engkau tahu ya Tuhan, betapa penting peranan media untuk manusia. Kami percaya Tuhanlah yang memberi hikmat kepada manusia untuk merekacipta media untuk penyampaian informasi yang memperluas pengetahuan. Kami yakin adalah kehendak-Mu agar media seharusnya menyampaikan maklumat yang bersifat membina dan membangun. Oleh itu ya Bapa, kami memohon kepada-Mu agar menolong kami untuk menggunakan media untuk kebaikan. Mengggunakan media untuk berkongsi informasi yang tepat, jelas dan benar. Bapa, biarlah Roh-Mu meningatkan kami supaya tidak menyalahgunakan media untuk menyebar berita palsu, memfitnah, memprovokasi dan mengapi-apikan sentimen agama dan perkauman. Tolonglah kami menjadi masyarakat yang mencintai perpaduan dan keamanan. Bimbing kami untuk selalu berpikir sebelum menyampaikan atau berkongsi maklumat menerusi media. Tolong kami agar tidak mudah percaya cerita atau khabar yang disampaikan melalui media. Pimpinlah kami supaya tujuan penyampian maklumat adalah merupakan perkongsian ilmu. Bapa, kami memohon agar Engkau membimbing para pengamal media. Kiranya Roh-Mu mengingatkan mereka betapa pentingnya peranan dan berpengaruh mereka sebagai pengamal media. Biarlah mereka menyedari tanggungjawab mereka untuk mendidik masyarakat agar hidup saling menghormati, bersatu padu, bergotong-royong dan bertoleransi di antara masyarakat yang majmuk ini. Kami mohon kepada-Mu agar pihak media tidak menyalahguna kebebasan bersuara untuk meraih rating atau mencari populariti. Melainkan bertujuan memberi dorongan dan membangkitkan semangat rakyat untuk terus maju dan tidak mengalah kepada kesan covid-19 serta membantu kerajaan menyemarakkan perpaduan rakyat Persekutuan Malaysia. Biarlah ada keseimbangan media antara kerajaan persekutuan dan lerajaan negeri. Bapa, tolong bimbing kami untuk menggunapakai media bagi kerajaan-Mu. Perintah-Mu jelas ya Bapa iaitu agar kami memberitakan Injil kerajaan-Mu kepada semua bangsa. Kami percaya, semua orang berpeluang diselamatkan dari kebinasaan kekal. Kami percaya Yesus Kristuslah adalah satu-satunya jalan dan kebenaran dan hidup. Oleh itu kami wajib memberitakan Injil Yesus Kristus. Kiranya Engkau memberi hikmat dan kebijaksanaan menggunakan media untuk keselamatan jiwa-jiwa dan kemuliaan bagi-Mu. Untuk kami, ya Tuhan, tolonglah kami pada hari ini dalam menggunapakai media sosial untuk saling membangun dan mendorong dalam iman. Terpujilah nama-Mu, dalam nama Yesus Kristus. Amin. Pr Hamjah @ Hamzah Sabin

  • Kepada Bakal Suamiku

    Kepada bakal suamiku, Inilah doa saya saat ini, biarlah cinta saya kepada Yesus lebih besar daripada cinta saya kepadamu. Ini kerana, kita hanya boleh memahami definisi tentang apa itu CINTA SEJATI apabila kita memahami apa yang Kristus lakukan untuk kita. Sedikit cerita, ketika gambar ini diambil, kami nampak baik-baik sahaja, namun sebenarnya, waktu ini kami tidak ok. Tetapi berkat dari sebuah konflik ialah, kita dapat bertumbuh dan belajar lebih banyak tentang pasangan kita. • Cinta bukan tentang perasaan, ia adalah pilihan untuk setia dan terus memilih pasanganmu. Satu perkara yang saya pelajari bagaimana saya menangani kesombongan dan sisi toksik saya sendiri, dan ketika saya memerhati dan mendengar dari beberapa wanita; ketika kita mengatakan kepada pasangan kita, "Mari kita putus." atau "Saya tidak suka kamu." Kata-kata kita boleh menghancurkan atau membangun seseorang. Apabila kita menyakiti orang lain dan membuat mereka rasa apa yang kita rasakan, seolah-olah kita boleh hidup tanpa mereka, itu bukan seperti Kristus. Kita memilih keegoan dan emosi kita yang mengaburkan pertimbangan kita. • Cinta memiliki keinginan untuk menyelesaikan konflik dengan cara yang sihat dan matang. Hubungan bersama pasangan adalah sebuah proses penyucian. "Kamu ada di mana waktu saya memerlukan sokongan emosi? Kamu tiada." "Saya fikir kamu akan membantu saya dengan emosi saya tetapi nampaknya kamu masih mengendahkan semua emosi yang saya rasakan dan memaksakan saya untuk harus merasa semuanya baik sahaja antara kita." Ini adalah antara perbualan kita ketika kita sedang berbalah dengan pasangan kita. Waktu ini kita akan melihat betapa pentingkan dirinya kita, bagaimana kita hanya memikirkan kepentingan diri kita sendiri sahaja. Sebaik sahaja kita menjalinkan hubungan, kita menyedari bahawa ianya bukan untuk kita menjadi benar, bukan juga dengan menuding jari kepada pasangan kita dan memberitahu bahawa mereka salah. Kita tidak seharusnya bergaduh bersama pasangan, kita seharusnya berjuang untuk pasangan kita. • Kasih yang tidak bersyarat, sama seperti apa yang Yesus lakukan untuk kita, Dia mati untuk kita semasa kita masih berdosa. Jika kita mencintai seseorang hanya ketika dia berubah atau sebaik sahaja dia melakukan atau membeli sesuatu untuk kita, itu adalah "cinta bersyarat". Saya bersyukur kepada Tuhan kerana kita mempunyai Tuhan yang menjadi contoh teladan kepada kita. Walaupun kita menjadi diri kita sendiri, Dia tahu bahawa kita akan gagal, Dia tahu bahawa kita akan mengkhianati Dia, Dia tahu bahawa kita mementingkan diri sendiri. Namun, Dia tidak berputus asa dengan kita. Jadi kepada yang sedang mendoakan jodoh dan yang sudah ada, jangan mudah putus asa. Jemimah Ramos

  • Tuhan Adalah Gembalaku (Anak Muda Si Pencari Nafkah)

    "TUHAN ialah gembalaku, aku tidak akan kekurangan apa-apa pun" Mazmur 23 Bukan mudah untuk menjadi pencari nafkah, kerana saya sendiri juga melalui hal perkara ini. Selepas tamat pengajian di kolej pada usia 18 tahun, saya mula bekerja pada usia 19 tahun dan sehingga kini, sebagai anak sulung dalam keluarga, saya bekerja seolah-olah sudah mempunyai keluarga sendiri. Saya mengurus bil, merancang belanjawan, dan membeli barangan dapur jika saya masih mempunyai masa yang lebih. Saya sendiri yang mahu mengambil bahagian dalam hal-hal seperti ini. Akan ada hari saya akan menghadapi musim kelelahan, memikirkan bilakah saya akan dapat keluar dari sangkar ini. Tetapi saya percaya sepenuhnya kesetiaan Tuhan dan ketentuanNya hari demi hari. Tidak semua orang dapat menikmati "kelebihan" ini, untuk dapat menyediakan keperluan orang tua. Itulah sebabnya kebanyakan pencari nafkah yang kita kenali lebih cepat matang. Dalam musim yang sukar bagi setiap pencari nafkah muda, jangkaan masyarakat, tekanan dan stress yang saya hadapi secara peribadi adalah sangat sukar, hanya dengan kasih karunia Tuhan saya dapat melawan pertempuran itu di dalam doa. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana Dia mempercayakan saya dengan peranan ini. Penat, ya. Tetapi sangat berbaloi dapat membantu keluarga dan melihat mereka gembira. Sekiranya, kamu memerlukan galakan ini juga. Sayangku, kamu tidak perlu risau tentang masa depanmu. Hari ini cukup untuk dirinya sendiri. Jika Tuhan memelihara burung-burung di udara, tidakkah lebih-lebih lagi Dia mengambil berat tentang kamu? Jemimah Ramos

  • Hubungan yang Saleh Bukan Sekadar Pergi ke Gereja Bersama-sama

    Apakah ertinya mempunyai hubungan yang saleh? Kerana tidak cukup bahawa anda berdua pergi ke gereja untuk mengatakan kepada dunia bahawa anda mempunyai hubungan yang saleh. "Kami pergi ke gereja pada masa yang sama, jadi ia kelihatan seperti tidak apa-apa, mungkin tidak mengapa." Semasa berada di gereja adalah satu nilai tambah, tetapi ia bukan keseluruhan cerita. Ketika saya berada dalam musim penantian, saya memberitahu Tuhan, bahawa hubungan saya yang seterusnya akan menjadi kesaksian kepada generasi ini, bahawa masih mungkin untuk menunggu seorang lelaki yang berpusatkan Kristus dan masih mungkin untuk mengejar kesucian walaupun pada masa lalu, saya seorang yang berdosa. Saya serahkan kepada Tuhan kehidupan lama saya dan mulai menjadi seorang yang Dia inginkan. Hubungan yang berpusatkan Kristus terdiri daripada dua orang berdosa yang memiliki kerendahan hati untuk mengakui bahawa mereka berdua memerlukan Tuhan, dan bahawa kedua-duanya tidak dapat memuaskan/melengkapi satu sama lain, kerana hanya Pencipta kita yang benar-benar dapat memuaskan hati kita. Walaupun mungkin terdapat pertengkaran, keduanya percaya bahawa Tuhan menggunakan hubungan untuk penyucian mereka. 1. HUBUNGAN YANG BERPUSATKAN TUHAN AKAN MEMBANTU ANDA MENGASIHI YESUS LEBIH DARI PASANGAN ANDA. Teman lelaki saya dan saya faham bahawa kami akan mempunyai masa kesendirian (Me time) dengan Tuhan secara individu. Kami juga bersetuju bahawa akan ada hari Sabat untuk kami berdua di mana kami tidak akan berkomunikasi selama sehari dalam seminggu (melainkan ia mendesak). Ini akan membantu kita fokus dengan hubungan peribadi kita dengan Tuhan lebih daripada orang yang kita sayangi. Kadang-kadang pasangan atau perhubungan boleh menjadi idola hati kita apabila kita cuba mendapatkan kepuasan dan kebahagiaan disisi Allah. 2. HUBUNGAN YANG BERPUSATKAN TUHAN MENGHORMATI SEMPADAN PERHUBUNGAN ANDA. Kami berdua, datang dari masa lalu yang penuh dosa, kami tahu kecenderungan dan perjuangan kami, dan kami bercakap mengenainya bagaimana kami boleh membantu satu sama lain untuk mengejar integriti dan kesucian, terutamanya apabila kami berdua melayani di gereja. Di dunia ini, mereka akan mengatakan: "Perhubungan kamu membosankan kerana tidak bercinta" atau "Kamu dalam perjalanan untuk melakukan itu, mengapa kamu masih tidak melakukannya lagi?" Saya boleh buktikan, bahawa anda boleh benar-benar mencintai seseorang dengan memikirkan apa yang terbaik untuk mereka. Cinta memerlukan PENGORBANAN UNTUK KEBAIKAN INDIVIDU TERSEBUT. Tetapi jika anda sudah kehilangannya, masih belum terlambat untuk memulakan yang baru, walaupun ada akibatnya, tetapi Tuhan adalah Tuhan permulaan yang baru dan Dia boleh menebus kesilapan anda yang lalu. 3. HUBUNGAN YANG BERPUSATKAN TUHAN MENGINSPIRASI ORANG LAIN UNTUK LEBIH LANJUT MENGIKUTI YESUS. Saya mempunyai hubungan romantis dari masa lalu yang tidak saya banggakan, kerana saya yang memimpin dan menggalakkan dia untuk pergi kepada Yesus, walaupun tidak berdosa untuk membantu seseorang tetapi, waktu itu, saya cuba untuk mengubah dia menjadi seorang yang sesuai dengan piawaian Tuhan. Saya sembunyikan perhubungan kami daripada orang ramai kerana saya tahu bahawa dia tidak dapat membawa saya kepada hubungan yang saleh; tersadung, berdosa, mengakui dosa. Kitaran perhambaan terus berulang-ulang. Adakah ibu bapa dan pemimpin anda tahu mengenai hubungan anda? Anda perlu memberitahu keluarga, mentor dan rakan kongsi akauntabiliti anda kerana kita semua memerlukan bantuan. Jika ia adalah sesuatu yang anda sembunyikan daripada pihak berkuasa yang diberikan Tuhan ini, Tuhan tidak dihormati. Akhir sekali, jika Yesus bukan pusat kehidupan anda, maka jangan harapkan hubungan yang berpusatkan Kristus. Berserah diri. Biarkan Dia menjadi Pengarang dalam setiap aspek kehidupan anda. Carilah Dia lebih daripada keberkatan itu sendiri. Ikuti apa yang Tuhan minta anda lakukan dalam api misi-Nya. Mungkin jika saya tidak puas hati, saya mungkin masih berada dalam hubungan yang manipulatif, tidak benar, dikongkong, beremosi, dan tanpa label. Hubungan yang saya doakan ini adalah peringatan akan rahmat Allah untuk saya, Dia telah memberikan seseorang yang tidak layak saya dapatkan tetapi kerana kasih sayang-Nya yang melimpah, Dia tahu apa yang terbaik untuk saya. Jemimah Ramos

  • Abba Bapa

    Impak yang kita terima ketika kita melihat Tuhan sebagai Bapa kita adalah sangat berbeza, kerana kita tahu Dia adalah Tuhan, namun, Dia ingin dikenal dengan lebih dekat lagi - kerana Dia bukanlah Tuhan yang jauh. Apabila Tuhan menjadi Bapa kita, Dia akan mengangkat/menggendong kita. Kita tidak akan takut untuk menunjukkan parut dan luka, hidup berantakan dan kotor yang pernah kita lakukan/lalui. Apabila Tuhan adalah Bapa kita, kita diizinkan untuk merasa tidak berdaya bila kita berada di hadapanNya. Kita tidak perlu menghadapi proses kesakitan kita sendirian: Apabila Tuhan adalah Bapa kita, kita tahu bahawa kita dijagai olehNya. Kita tidak perlu mencari dan mengejar kasih kemudian berusaha memenuhinya dengan hal-hal dunia ini kerana Dia lebih dulu mengasihi kita melebihi kasih kita kepadaNya. Hai anak, mungkin selama ini kamu memproses kesaktianmu and menyembunyikannya daripada Tuhan dan orang lain. Namun tahulah bahawa lukamu tidak akan dapat disembuhkan jika engkau tidak mendedahkannya. Kata-Nya, “Abba, Bapa, segala-galanya dapat Kaulakukan. Edarkanlah cawan ini daripada-Ku. Namun demikian, bukanlah kehendak-Ku tetapi kehendak-Mu yang terlaksana.” Yesus mengetahui hal ini, menyembunyikan kesakitan dan perihmu, bukan la jawapannya, namun bawalah itu kepada Tuhan yang akan menyembuhkan kehancuranmu dan mengubahkanmu menjadi baru. Jemimah Ramos Sumber: Blooming While Waiting

  • Jadi Inikah Bagaimana Menjadi seorang Kristian Yang Matang?

    Semasa saya masih kecil, membesar dalam keluarga Kristian, saya sudah biasa menghadiri sekolah Minggu, mendengar khutbah dan perkongsian firman setiap hujung minggu. Jadi semasa saya kecil, saya fikir kematangan rohani kelihatan seperti ini; Dulu saya berfikir bahawa kita hanya boleh menjadi orang yang rohani jika kita boleh berkhutbah di hadapan jemaat. Saya pernah berfikir bahawa kita hanya boleh menjadi seorang Kristian yang matang jika kita mengangkat tangan sambil menyanyikan lagu pujian dan penyembahan—dan menangis atau berlutut, kerana semua orang melakukannya. Dulu saya menganggap kita seorang yang kuat imannya jika kita memiliki pengikut & murid yang ramai. Saya pernah berfikir bahawa jika kita mempunyai kehadiran yang sempurna dalam pelajaran Alkitab mingguan, maka kita adalah seorang Kristian yang matang. Saya pernah berfikir bahawa kita mempuyai pengetahuan alkitabiah yang baik jika kita menyiarkan banyak ayat alkitab dan petikan Kristian dalam timeline Facebook. Jadi saya berkata kepada diri sendiri, satu hari nanti, saya mahu menjadi orang Kristian seperti itu. Walaupun, semua itu boleh menjadi contoh yang baik, tetapi berkhidmat kepada Tuhan tanpa perhubungan adalah sama seperti menyelesaikan senarai tugasan. Semasa saya mengenali Tuhan secara peribadi, bukan dari segi sosial, bukan kerana apa yang ibu bapa saya katakan, bukan kerana apa yang dikatakan oleh pengkhotbah, bukan kerana petikan nukilan daripada influencer terkenal, dan bukan hanya kerana lirik dalam lagu-lagu rohani. Semasa saya mencari Dia, menjadi seorang Kristian yang matang secara rohani bukan kerana apa yang anda boleh berikan untuk Dia, ia tentang memahami apa yang Dia lakukan untuk anda—di kayu salib. Jatuh cinta dengan Yesus adalah mudah, ia boleh digembar-gemburkan oleh perasaan anda, rakan gereja, atau dalam sesi retreat. Tetapi untuk tetap mencintai Yesus, memerlukan PENGORBANAN HARIAN. Untuk menjadi seorang Kristian yang matang secara rohani, ia seperti pokok yang berakar dalam. Pokok yang berakar, walaupun menghadapi taufan, banjir dan hurikan, ia akan kekal di tanah. Seorang Kristian yang matang yang menghadapi ujian, godaan, kekecewaan, dan juga kegagalan, ia akan berdiri teguh di atas tanahnya. Kerana pokok itu berakar. Sesetengah orang Kristian boleh datang dan pergi. Sesetengah orang Kristian hanya bersedia mengikut apabila ianya mudah. Sesetengah orang Kristian boleh bertugas di hadapan mimbar, namun Yesus berkata kepada mereka, "Mengapakah kamu memanggil Aku, 'Tuhan, Tuhan,' tetapi tidak mematuhi perintah-Ku?.." (Lukas 6:46) Mengorbankan kehendak sendiri walaupun ia sukar. Patuh walaupun tidak masuk akal. Menyayangi dan memaafkan walaupun telah disakiti. Berlutut di dalam doa, menangis dan menyembah. Kerana itulah yang Yesus lakukan. Diberkatilah orang yang tidak berjalan menurut nasihat orang zalim atau berdiri di jalan orang berdosa atau duduk di kerusi orang yang mengejek. Tetapi dia bersukacita dengan hukum Tuhan, dan merenung hukum-Nya siang dan malam. Dia seperti pohon yang ditanam di tepi perairan, yang menghasilkan buahnya pada musimnya dan daunnya tidak layu. Apa sahaja yang dilakukannya berjaya. Mazmur 1:1-3 Jemimah Ramos

  • Daripada Hidup Terbeban Kepada Yang Melimpah-limpah

    'Aku pokok anggur dan kamu ranting-rantingnya. Jika kamu tetap di dalam-Ku dan Aku di dalammu, kamu akan berbuah lebat. Tanpa-Ku, kamu tidak dapat menghasilkan apa-apa. ' (Yohanes 15:5 AVB) Apabila kita mula ragu-ragu dengan kebaiakan Tuhan dan membuat keputusan untuk bergantung kepada diri kita sendiri, kita akan menghadapi pelbagai jenis masalah. Kita akan merasa terlalu keras bekerja, terlalu cemas, dan terbeban. Tetapi Tuhan berjanji akan memberikan kita hidup yang berkelimpahan dan bukan hidup yang terbeban. 'Pencuri datang untuk mencuri, membunuh dan membinasakan. Tetapi Aku datang supaya manusia mempunyai hidup bahkan mempunyai hidup yang berlimpah-limpah. ' (Yohanes 10:10 AVB) Bagaimana kita mengalami kehidupan yang berlimpah-limpah. Ada satu tabiat yang jikalau kita lakukan setiap hari, akan menghasilkan sumber kebaikan yang tidak berhenti : Kita tetap di dalam Tuhan (We stay connected to Jesus). Yohanes 15:5 menyatakan, bahawa jikalau kita “connected” dengan Tuhan, kita akan berbuah lebat. Tanpa Tuhan kita tidak boleh menghasilkan apa-apa. Apa yang akan berlaku kepada anggur yang dicantas daripada pokok? Ia akan mati selepas beberapa ketika. Dan ini adalah sama untuk kita dengan Tuhan. Tanpa kita “connected” kepada Tuhan, kita akan mati. Tuhan adalah sumber tenaga dan kuasa. Jikalau kita melalui hidup dengan tenaga kita sendiri, kita akan terbeban atau mati. Apabila kita “connected” dengan Tuhan, kita mempunyai kuasa untuk memenuhi keperluan kita. Alkitab mengatakan bahawa, sukacita kita akan berlimpah-limpah. 'Aku berkata demikian kepadamu supaya kebahagiaan-Ku ada dalam dirimu dan sempurnalah kebahagiaanmu. ' (Yohanes 15:11 AVB) Salah satu cara untuk kita “connect” dengan Yesus ialah melalui renungan harian kita. Sebelum kita pergi ke tempat pekerjaan kita atau marketplace (di manapun Tuhan letakkan kita), kita haruslah “connect” dengan Yesus - masa kita bersama dengan Tuhan. Di dalam renungan harian kita, kita sediakan masa berseorangan bersama dengan Tuhan dan kita mengenalNya melalui pembacaan Alkitab dan berkomunikasi denganNya di dalam doa. 'Keesokannya, pada waktu subuh, Yesus bangun lalu pergi ke luar kota ke suatu tempat yang sunyi untuk berdoa. ' (Markus 1:35 AVB) Yesus sendiri tahu keperluanNya untuk “connect” dengan Tuhan. Jikalau Yesus adalah Putra Allah, apatah lagi, kita manusia biasa. Kita memerlukan tenaga dan kuasa melalui renungan harian kita bersama Tuhan. Ada kalanya, kita merasakan tidak mahu bersama dengan Tuhan melalui renungan harian. Tetapi, kita tetap lakukannya. Jadi, melakukan renungan harian adalah satu keputusan dan disiplin yang harus kita lakukan. Kita tidak bergantung kepada emosi dan perasaan kita. Apakah kita merasakan bahawa kita memerlukan lebih masa, tenaga, pengetahuan dan peluang? Izinkan kami mencabar kita semua untuk memupuk tabiat meluangkan masa bersama dengan Tuhan - renungan harian. Apabila kita “connected” dengan Tuhan, kita akan dapati, hidup kita berlimpah-limah. Renungan: Apakah situasi kehidupan kita yang terbeban sekarang, yang mahu kita tukarkan kepada hidup yang berlimpahan? Lebih kita mengeratkan perhubungan dengan seseorang, lebih kuat perhubungan kita. Sama seperti Tuhan, lebih kita melakukan renungan harian, lebih intim, erat dan kuat perhubungan kita dengan Tuhan. Apakah yang mengalih perhatian kita daripada membuat renungan harian. Apakah sempadan yang boleh kita lakukan supaya kita fokus kepada Tuhan semasa membuat renungan harian.

  • Segala Miliki Kita, Pemberian Tuhan

    “...Berkat-Mu kepadanya berlanjutan, dan hadirat-Mu membuat raja sangat girang...Maz 21:7 Pemzamur berkata kepada kita bahawa “…. Tuhan telah memberkati dirinya dengan kebahagiaan yang kekal didalam hidupnya. Dimana melalui kehadiran-Nya, Tuhan telah memberikan kepadanya sukacita yang sangat besar. Itulah sebabnya pemazmur menggambarkan segala yang dia miliki didalam hidupnya adalah pemberian yang datang daripada Tuhan untuk dirinya iaitu keberhasilan dan kemakmuran, mahkota daripada emas murni, umur yang panjng, kemegahan dan keagungan, berkat dan sukacita. Tuhan telah memberikan segalanya kepadanya, sebelum dia meminta semuanya daripada Tuhan. Hal ini telah menyebabkan pemazmur sedar dan melihat bahawa semua yang dia miliki adalah pemberian yang datang daripada Tuhan Dengan melihat segala yang dia miliki merupakan pemberian yang datang daripada Tuhan untuk dirinya maka dia tidak akan menjadi sombong terhadap berkat yang dia miliki, namun dia akan memuliakan Tuhan dengan semua yang dia miliki. Demikian juga dengan diri kita pada hari ini, kita harus melihat semua yang kita miliki pada hari ini iaitu jawatan, keluarga, kekayaan, bakat adalah semuanya pemberian Allah untuk diri kita. Oleh itu kita harus menggunakan semuanya untuk memuliakan Tuhan. Dengan memiliki pandangan yang demikian maka kita akan menggunakan semua yang kita miliki untuk memuliakan nama Tuhan. Dan tidak memegahkan diri. Sebab kita tahu bahawa semua berkat yang kita terima adalah berkat-berkat kebaikan Tuhan. Doa: Bapa yang di surga, saya berterima kasih atas segala yang saya miliki pada hari ini, saya tahu semuanya ini adalah berkat kebaikanMu kepada saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr Patrick Taie

  • Berdiri Teguh 2

    Oleh Pr Andy Anyi

bottom of page