top of page

Cari

3189 results found with an empty search

  • Janganlah Munafik

    Tuhan menjawab, “Kamu munafik! Bukankah kamu masing-masing melepaskan lembu atau keldaimu dari kandang untuk dibawa pergi minum pada hari Sabat?”  Lukas 13:15 AVB   Setelah Tuhan Yesus mendengar kata-kata ketua saumaah yang sangat marah menyaksikan perempuan yang sakit selama 18 tahun disembuhkan-Nya pada hari Sabat,   Dia pun menjawab, “Kamu munafik! Bukankah kamu masing-masing melepaskan lembu atau keldaimu dari kandang untuk dibawa pergi minum pada hari Sabat?   Walaupun ketua saumaah itu tidak memberitahu Yesus sebab sebenar dia sangat marah, namun Yesus mengetahui isi hatinya. Yesus tahu bahawa dia benar-benar memusuhi diri-Nya dan Injil-Nya. Dengan itu, ketua saumaah itu berpura-pura memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang  menjaga kesucian hari Sabat. Tidak dinafikan bahawa kata-katanya itu hanyalah bertujuan menopengi kebenciannya terhadap Yesus.   Sebenarnya ketua saumaah itu bukan mahu orang yang sakit disembuhkan pada hari yang lain, tetapi dia hanya tidak mahu melihat orang yang sakit disembuhkan oleh Yesus. Dia mempersoalkan hari Yesus menyembuhkan orang sakit pada hari Sabat itu hanya atas muslihatnya untuk mencari kesalahan Yesus.   Dengan itu, Yesus menyingkap masalah yang dihadapinya pada saat itu, bukan kerana hari Sabat Yesus menyembuhkan orang sakit tetapi niat jahatnya terhadap Yesus. Sebab sekiranya dia betul-betul ingin memelihara hari Sabat, mengapakah dia tidak melarang orang Yahudi, termasuk dia sendiri yang membawa haiwan ternakan mereka untuk pergi minum pada hari Sabat? Bukankah dia lebih-lebih lagi patut menunjukkan belas kasihan kepada seorang manusia yang menderita sebegitu lama?   Oleh itu, janganlah kita berpura-pura melakukan atau menyatakan sesuatu dengan tujuan untuk menutupi kekurangan atau kesalahan kita sendiri. Biarlah kita menyalurkan kasih sayang dan belas kasihan kepada orang yang ada keperluan tertentu dan bukannya mengikut hukum tertentu secara membuta tuli.   Doa: Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk berkata benar tanpa berselindung kepada sesiapa pun dan sentiasa merendahkan diri di hadapan-Mu. Bimbinglah aku untuk mengikut jalan-Mu yang benar agar hidupku memuliakan nama-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • Hari 21: Hormat Kepada Allah Yang Hidup

    Tarikh: 27 Ogos 2025 Ayat Fokus: Daniel 6:26, Mazmur 5:7, dan 1 Petrus 3:2 Adakah kamu masih ingat kisah Raja Darius yang diperdaya oleh orang-orangnya yang iri hati sehingga terpaksa memasukkan Daniel ke dalam gua singa kerana Daniel berdoa kepada Allah? Apa yang berlaku selepas itu? Raja Darius berasa sangat bimbang kerana dia mempercayai dan menghormati Daniel. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepadanya. Namun, kisah ini berakhir dengan baik kerana Allah yang hidup telah menutup mulut singa-singa itu rapat-rapat. Daniel tidak mengalami sebarang kecederaan. Selepas kejadian itu, raja mengeluarkan titah supaya semua orang di seluruh wilayah kekuasaan kerajaannya “harus hormat dan takut kepada Allah yang disembah Daniel, kerana Dialah Allah yang hidup”. Hormat adalah sebahagian daripada tindakan takut akan Tuhan. Hormat adalah rasa penghormatan yang mendalam dan kekaguman kepada Tuhan. Ini membuatkan kita bersujud dan menyembah Dia. Ini juga membuatkan kita ingin hidup dengan suci dan penuh hormat, supaya orang lain dapat melihat kelakuan kita dan datang kepada Kristus. Sama seperti dalam kisah Daniel, kadangkala kita tidak perlu menggunakan kata-kata kerana tindakan kita yang penuh hormat dan baik sudah cukup untuk menjadi kesaksian. Apabila Tuhan mengampuni dosa kita, kita akan melayani-Nya dengan penuh hormat. Dan apabila kita datang ke gereja, kita akan datang tepat masa, berpakaian sopan dan terbaik. Kita tidak akan datang dengan menjerit-jerit atau berlari-lari, tetapi dengan ketenangan dan rasa hormat kerana kita datang untuk bertemu dengan Juruselamat dan Tuhan kita, Yesus Kristus. Begitu juga dalam kehidupan seharian kita di sekolah dan di rumah, semua kelakuan kita harus menyenangkan hati Tuhan. Renungkan: Apabila kita benar-benar takut akan Tuhan, kita akan memberikan-Nya penghormatan yang sepatutnya. Doa Hari Ini: Bapa Syurgawi, Engkaulah satu-satunya Allah yang hidup, dan saya sujud di hadapan-Mu dengan penuh hormat dan kekaguman. Saya menyembah-Mu. Engkau adalah Allah yang benar, adil dan kudus. Takut akan Engkau adalah suci, kekal, dan lebih berharga daripada emas dan perak. Segala perintah-Mu adalah benar. Tolonglah saya agar sentiasa menghormati dan mengagumi Engkau. Dalam nama Yesus saya memuji-Mu. Amin. Gereja: Berdoalah agar kita mempercayai Tuhan dalam perkara penting dalam hidup kita seperti hubungan dengan orang lain, peperiksaan, dan pilihan pembelajaran. (Baca Mazmur 115:11) Bangsa: Berdoalah agar rakyat Sabah dan Sarawak menerima hak yang sama seperti rakyat di Semenanjung Malaysia, dengan lebih banyak peruntukan untuk membangunkan sistem jalan raya, perkhidmatan utiliti, kemudahan kesihatan dan pendidikan.

  • DOA NECF Hari 21: Mendekati dalam Hormat

    Baca: Mazmur 89:8 Pada suatu hari, dua orang anak lelaki Harun, Nadab dan Abihu, mengambil pedupaan mereka, diisi dengan bara api dan kemenyan, dan mempersembahkan api “pelik” kepada Tuhan—sesuatu yang tidak diperintahkan untuk mereka lakukan. Dalam bahasa Ibrani, "pelik" bermaksud "asing atau tidak senonoh," menunjukkan bahawa mereka telah mendekati Tuhan dengan cara yang paling tidak menghormati dan menghina, tanpa rasa takut kepada Tuhan. Kerana itu, Tuhan menghakimi mereka, dan api menyala dan memakan mereka. Mereka mati di hadapan-Nya. Selepas mereka mati, Musa berkata kepada Harun, “Inilah yang difirmankan TUHAN: Kepada orang yang karib kepada-Ku Kunyatakan kekudusan-Ku, dan di muka seluruh bangsa itu akan Kuperlihatkan kemuliaan-Ku.’” (Imamat 10:3) Apabila mendengar ini, Harun diam kerana dia tahu anak-anaknya telah berdosa terhadap Tuhan. Tindakan takut akan Tuhan adalah dengan menghormati kekudusan-Nya dengan rasa hormat dan kagum. Mazmur 89:8 berkata, Tuhan sangat disegani di kalangan orang-orang kudus, dan dihormati oleh semua orang di sekeliling-Nya. Kerana Tuhan kudus, kita mendekati hadirat-Nya dengan rasa takut; kerana Dia adalah keagungan kita, kita melihat kemuliaan-Nya dengan rasa takut. Kelalaian Nadab dan Abihu serta penghinaan mereka terhadap hadirat Tuhan seharusnya menjadi peringatan kepada kita. Para penyembah moden harus mengambil kira apa yang berlaku kepada anak-anak lelaki Harun. Zaman sekarang terlalu menekankan kasih karunia dan belas kasihan lebih daripada penghormatan dan kekaguman membawa ramai orang ke arah sikap acuh tak acuh dalam hal duniawi dan dosa. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa mereka menawarkan penyembahan yang "pelik" kepada Tuhan. Jika ketidaktaatan ini berterusan, Tuhan akan bertindak kerana penghakiman bermula di rumah Tuhan (lihat 1 Petrus 4:17), kerana Tuhan kita adalah Api yang Menghanguskan (Ibrani 12:29). Doa Hari Ini: Bapa Syurgawi, saya bertaubat daripada sikap lalai dan tidak hormat saya terhadap kekudusan dan kemuliaan-Mu. Saya sedar bahawa Engkau melihat hati saya - bahawa saya tidak menghormati dan memuliakan kehadiran-Mu dengan postur yang betul. Ampunilah dosa saya semasa saya mempersembahkan kepada-Mu korban yang ditetapkan - jiwa yang hancur, hati yang patah dan remuk. Ini, ya Tuhan, tidak akan Engkau hinakan. Dalam Nama Yesus, Amin. Berdoa agar kita, sebagai orang yang percaya kepada Kristus, akan percaya pada Tuhan dan tidak takut akan kesukaran yang mungkin kita hadapi, contohnya, masalah kewangan, perhubungan atau isu berkaitan kesihatan. (Mazmur 115:11) Berdoa untuk usaha yang sungguh-sungguh oleh pihak kerajaan untuk memenuhi syarat Perjanjian Malaysia 1963, agar Sabah dan Sarawak akan diberikan hak dan sumber yang dijanjikan di bawah perjanjian itu. Rev John Lim

  • Doa Puji Harian

    Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia

  • Panduan Doa Mingguan: 24 - 30 Ogos 2025

    24-7 Prayer Asia Panduan Doa Mingguan Minggu 33: 24 - 30 Ogos 2025  (Isu 283) Tekan untuk membaca PDF

  • Ketua Saumaah Marah Kepada Yesus

    Tetapi ketua saumaah itu marah kerana Yesus telah menyembuhkan orang pada hari Sabat. Lalu dia berkata kepada orang ramai, “Dalam seminggu ada enam hari yang dibenarkan untuk bekerja. Jadi, datanglah untuk disembuhkan pada salah satu hari itu dan bukannya pada hari Sabat.”   Lukas 13:14 AVB   Tuhan Yesus telah menyembuhkan seorang perempuan yang sakit selama 18 tahun pada hari Sabat akibat dirasuk oleh roh jahat. Maka ketua rumah ibadat menjadi marah kepada Yesus. Sebab hari Sabat merupakan hari yang kudus mengikut hukum Taurat. Oleh itu, mereka harus menjaga kesucian hari Sabat.   Selama enam hari mereka melakukan segala pekerjaan tetapi pada hari ketujuh, iaitu hari Sabat mereka tidak dibenarkan melakukan pekerjaan apa-apa pun kerana enam hari lamanya TUHAN mencipta langit dan bumi lalu Dia beristirahat pada hari ketujuh. Itulah sebabnya TUHAN  memberkati hari Sabat dan menjadikannya suci. Tindakan Yesus yang meletakkan tangan-Nya pada perempuan itu untuk menyembuhkannya dianggap sebagai bekerja, justeru Dia dituduh melanggar kesucian hari Sabat. Pada pendapat ketua saumaah itu, Yesus telah melanggar hukum Taurat dan tidak menghormati hari Sabat.   Jadi, ketua saumaah itu bukannya gembira menyaksikan penyembuhan perempuan tersebut tetapi menjadi sangat marah pula. Lalu dia berkata kepada orang ramai, “Dalam seminggu ada enam hari yang dibenarkan untuk bekerja. Jadi, datanglah untuk disembuhkan pada salah satu hari itu dan bukannya pada hari Sabat.”    Pertanyaan untuk diri kita pada hari ini ialah apa yang menyebabkan diri kita sangat marah kepada seseorang? Mungkinkah kita salah faham atau buruk sangka? Marilah kita secara jujur menyelidiki fikiran dan hati kita. Janganlah mudah marah tanpa usul periksa kerana kemarahan tidak mendatangkan apa-apa keuntungan bagi diri kita.   Doa: Ya Bapa yang di syurga, ciptalah hati yang bersih dalam diriku dan pulihkan semangat waja dalam jiwaku. Berilah aku hati yang mengasihi-Mu dan melihat segala perkara menurut pandangan-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • Hari 20: Satu Sikap Seperti Yesus

    Tarikh: 26 Ogos 2025 Ayat Fokus: Filipi 2:5-11 Jika Yang Dipertuan Agong Malaysia menanggalkan jubah kerajaannya, berpakaian seperti orang biasa, dan berjalan di sekitar bandar semasa perayaan Hari Malaysia, saya tertanya-tanya berapa ramai orang yang akan mengenalinya. Dia akan berjalan dalam penyamaran. Raja segala raja kita, Yesus, benar-benar telah melakukan itu! Dia meninggalkan kekayaan yang luar biasa di Syurga dan datang ke bumi sebagai seorang manusia biasa. Dia kelihatan seperti orang lain. Dia menyatu dan merendahkan diri, seperti seorang hamba. Kehidupan hamba tidak mudah. Mereka dimarahi dan mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan. (Adakah kamu mempunyai ‘amah’? Layanilah dia dengan baik.) Orang yang rendah hati tidak sombong. Mereka sering membiarkan orang lain menerima ganjaran dan pujian untuk sesuatu yang baik yang telah mereka lakukan. Hamba sering merendahkan diri dan memberi penghormatan kepada tuan mereka. Yesus Raja kita datang untuk  menjadi hamba kita. Dia merendahkan diri untuk kita dengan mati di salib dan mengambil hukuman untuk dosa-dosa kita. Orang-orang yang Dia cintai dan mati untuk mereka telah melakukan ini kepada Nya kerana mereka tidak mengenali bahawa Dia sebenarnya adalah Tuhan yang datang dalam bentuk manusia. Puji Tuhan, Dia bangkit pada hari ketiga. Suatu hari nanti, setiap orang akan bertelut kepada-Nya dan mengaku bahawa Dia adalah Tuhan, Raja segala raja. Dia juga Pencipta merek, dan Juruselamat mereka jika mereka menerima-Nya. Sebagai seorang hamba, Yesus melakukan banyak kerja menyembuhkan orang sakit, membangkitkan orang mati, dan memberi makan ribuan orang yang lapar. Dia mahu kita menjadi hamba yang rendah hati seperti Dia. Jika kamu berjalan dalam takut akan Tuhan, kamu akan menjadi seperti itu. Renungkan: Takut akan Tuhan membantu kita menjadi hamba-Nya yang rendah hati. Doa Hari Ini: Bapa yang Maha Kuasa, terima kasih kerana mengutuskan Raja Hamba Yesus ke bumi. Terima kasih kerana teladan-Nya dalam sikap hamba yang rendah hati. Semoga saya menjadi lebih seperti Dia. Dalam nama Raja Hamba Yesus, saya berdoa. Amin. Gereja: Berdoalah agar kita rajin membaca Alkitab dan berdoa bersama keluarga setiap hari dengan bantuan pelan bacaan Alkitab seperti Journey of Redemption Story supaya kita dapat mengenal Tuhan dengan lebih mendalam. (Baca Kisah Para Rasul 17:11) Bangsa: Berdoalah agar rakyat Malaysia melabur dengan bijak dan tidak menjadi mangsa penipu yang cuba menipu wang mereka. Berdoalah juga agar kerajaan mengambil langkah untuk menghentikan semua kegiatan penipuan ini.

  • DOA NECF Hari 20: Berjalan dalam Kesalehan yang Radikal

    Kitab Suci: Matius 5:17-20 Berjalan dalam kesalehan yang radikal, seperti yang ditekankan dalam bacaan hari ini, menuntut komitmen untuk menjalani kehidupan beretika yang lebih daripada sekadar mengikuti hukum. Yesus menjelaskan bahawa Dia datang bukan untuk menghapus Hukum Taurat atau Para Nabi, tetapi untuk menggenapinya, mendesak kita untuk menghayati semangat hukum Taurat melalui hubungan yang sejati dengan Tuhan. Dalam Matius 5:20, Yesus memperingatkan bahawa kebenaran kita harus melebihi kebenaran orang Farisi untuk masuk ke dalam kerajaan syurga, menekankan bahawa mengikut keseragaman luaran saja tidak mencukupi. Kita dipanggil untuk memiliki kasih, belas kasihan, dan keadilan, yang mencerminkan karakter Tuhan. Yeremia 9:23-24 menggemakan hal ini, mengingatkan kita bahawa kita tidak boleh membanggakan kebijaksanaan, kekuasaan, dan kekayaan kita. Namun, sebaliknya, kita harus membanggakan pengenalan akan Tuhan yang mewujudkan kasih yang tidak pernah gagal dan membawa keadilan dan kebenaran. Dalam konteks hari ini, berjalan dalam kesalehan radikal mencabar norma masyarakat yang lebih mementingkan diri daripada pelayanan. Hal ini memberi inspirasi kepada golongan muda untuk menghadapi ketidakadilan dan menyokong golongan terpinggir, mencerminkan kasih Kristus di dunia yang berpecah belah. Komitmen ini dapat mengubah masyarakat dengan mendorong individu untuk menyatakan iman mereka secara autentik dan dengan sengaja. Dengan berusaha untuk kebenaran yang mendalam melalui pengenalan akan Tuhan, kita dapat mempengaruhi keluarga, gereja, dan masyarakat kita, untuk akhirnya mengubah negara kita. Doa Hari Ini: Bapa Surgawi, terima kasih kerana telah mengutus Anak-Mu untuk mengajar kami hidup, bukan melalui amalan keagamaan semata-mata, tetapi untuk benar-benar mengenal dan memahami-Mu—yang penuh kasih, adil, dan benar. Dalam Nama Yesus, Amin. Berdoalah agar setiap kita, sebagai orang percaya kepada Kristus, akan tekun membangun mazbah doa peribadi kita, dan bersedia meluangkan masa untuk membaca Firman Tuhan, dan menerima pelayanan Kebenaran-Nya. (Kisah Para Rasul 17:11) Sebanyak 43% responden Malaysia dalam Tinjauan Jenayah Ekonomi dan Penipuan Ekonomi Global PwC 2020 telah mengalami penipuan atau rasuah 24 bulan sebelum tahun 2020 (dibandingkan dengan 41% pada tahun 2018). Berdoalah agar pihak berkuasa yang berkaitan akan membanteras jenayah ekonomi ini, dan agar rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat mengelak diri sama ada memberi atau menerima rasuah. Rev Looi Kok Kim

  • Doa Puji Harian

    Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia

bottom of page