Support Us
Support Us
Cari
3261 results found with an empty search
- Ba Kelalan Revival - Sinar di sebalik gunung
Sebaliknya, biarlah keadilan bergulung-gulung seperti air dan perbenaran seperti sungai yang selalu mengalir. Amos 5:24 Bagaimana Ba Kelalan Revival bermula? Sebelum ini, kita telah mendengar tentang Bario Revival kan? Sekarang saya membawa kita pergi ke Ba Kelalan pula.. Ba Kelalan juga terletak di dataran tanah tinggi di jantung Borneo. Tempat ini di huni oleh orang suku Lun Bawang dan bersempadan dengan Kalimantan Indonesia. Pada waktu itu, suku Lun Bawang yang di Ba Kelalan memang sudah menjadi Kristian setelah di lawat oleh 3 orang mubaligh di dalam kisah "Mabuk Sebelum Fajar Menyingsing" Namun, kehidupan rohani mereka juga seperti rutin mingguan dan tradisional. Sehingga... Satu lawatan dari kumpulan orang dari Bario melawat satu gereja di Long Langai, Ba Kelalan yang telah meredah hutan selama 2 hari 1 malam. Ketika kebaktian berlangsung di Ba Kelalan, orang orang di Ba Kelalan mula mengalami lawatan Roh Kudus. Sehingga orang mula berjatuhan. Mereka menangis dan bermaaf maafan antara satu dengan yang lain. Mereka mula bertobat dari dosa dosa mereka dan ada yang mula melihat penglihatan. Seperti seorang ibu, dia melihat roh dia dibawa ke Surga dan melihat neraka. Ada juga ibu yang waktu itu, Tuhan menunjukkan dosa dosa dia dalam penglihatan dia. Suasana pada waktu itu, semua orang sangat harmoni dan saling bertobat. Seorang ibu menyatakan, selepas dia sedar dari penglihatan dia, dan dalam perjalanan kembali ke rumah dia, dia melihat semua ciptaan Tuhan seperti pokok pokok menjadi sangat indah. Apa yang sangat menarik juga, selepas mengalami semua itu, kehidupan mereka mula berubah dan dari sana mereka mula menjadi orang orang yang selalu berdoa. Roh Kudus mula menyuruh mereka berdoa untuk bangsa bangsa bahkan negara yang mereka tidak pernah dengar sebelum ini seperti Nepal, Vietnam dan sebagainya. Sungguh menarik bukan? Tidak cukup di sini, ada lagi yang lebih menarik iaitu bagaimana orang Ba Kelalan di ajak untuk mendaki Gunung Murud iaitu Gunung tertinggi di Sarawak untuk menyiapkannya menjadi satu tempat untuk semua orang pergi berdoa. Mau dengar dengan lebih lanjut? Saksikan segmen yang seterusnya..
- Gunung Murud - Rumah Doa Untuk Segala Bangsa
Lalu umat-Ku, yang dipanggil atas nama-Ku, merendahkan diri, berdoa, mencari wajah-Ku, dan berpaling daripada jalan mereka yang jahat, maka Aku akan mendengar dari syurga, mengampunkan dosa mereka serta memulihkan negeri mereka. Sekarang mata-Ku terbuka dan telinga-Ku siap mendengar doa yang dipanjatkan di tempat ini. 2 Tawarikh 7:14- 15 Ha! Sebelum ini kita telah mendengar bagaimana orang Ba Kelalan mengalami lawatan rohani kan. Nah! Lanjutan dari itu, beberapa tahun berikutnya, mereka mengalami lagi hal yang baru… Pada waktu itu, ada seorang peribadi yang sangat sederhana - nama dia Pak Agung Bangau. Tuhan menyuruh dia memimpin kelompok doa untuk pergi berdoa di beberapa bukit di Ba Kelalan. Waktu itu banyak mujizat yang berlaku… Dan seterusnya, Tuhan menyuruh dia membuat sesuatu yang agak mustahil di mata manusia. Iaitu berdoa di Gunung Murud. Tahukah anda bahawa Gunung Murud merupakan puncak yang tertinggi di Sarawak dan terletak di dataran tanah tinggi Borneo antara Bario dan Ba Kelalan. Pada waktu itu, gunung ini merupakan kawasan hutan tebal dan keras. Tidak ada orang berani tinggal di sana.. Namun, Pak Agung taat dan menurut apa yang Roh Kudus suruh dia buat dan dia membawa kelompok gereja dari Ba Kelalan pergi ke gunung itu untuk berdoa di sana. Selepas itu mereka mula membina gereja di sana.. Boleh percaya tak? Gedung gereja yang besar di atas gunung yang tertinggi di Sarawak.. Wow! Nah! Di sana juga mereka melihat tanda tanda api yang berlaku di langit dan banyak mujizat lain yang berlaku di sana. Banyak orang mengalami pengalaman supernatural dan peribadi di sana.. Apa yang sangat menyentuh hati adalah, bila Roh Kudus menyatakan tempat itu menjadi tempat berdoa untuk segala bangsa… Tuhan sangat baik kan? Kalau mahu tahu lebih lanjut mengenai apa yang berlaku di sana, boleh lah melayari laman web komuniti Digital.. Saya harap suatu hari kita semua dapat pergi berdoa di Gunung Murud..
- Apakah Kata Alkitab Tentang Bunuh Diri ?
Akitab mencatat enam orang yang bunuh diri: Abimelekh (Hakim-hakim 9:54), Saul (1 Samuel 31:4), Pembawa Senjata Saul (1 Samuel 31:4-6), Ahitofel (2 Samuel 17:23), Zimri (1 Raja-Raja 16:18), dan Yudas (Matius 27:5). Lima dari keenam orang tersebut dinyatakan jelas mengenai kejahatannya, kecuali pembawa senjata Saul – yang tidak diulas secara terperinci. Beberapa ahli menganggap kematian Samson sebagai tindakan bunuh diri, karena ia sudah mengetahui bahwa tindakannya akan mematikan dirinya (Hakim-Hakim 16:26-31). Tujuan Samson saat itu yang ingin membunuh para Filistin, bukan dirinya saja, maka pendapat ini masih boleh diperdebatkan. Alkitab memandang serius tentang bunuh diri sama teruknya dengan pembunuhan, karena itulah kenyataannya - pembunuhan diri. Allah hanyalah satu-satunya yang boleh memutuskan waktu dan dengan cara apa seseorang akan meninggal. Seperti diungkapkan dalam Mazmur 31:15, "Masa hidupku ada dalam tangan-Mu." Allah adalah pemberi kehidupan. Ia memberi, dan Ia mengambilnya kembali (Ayub 1:21). Bunuh diri, bentuk pembunuhan kepada diri sendiri, menjadi tindakan durhaka, kerana hal itu menjadi bentuk penolakan manusia atas kurnia kehidupan dari Allah. Tidak satu pun, lelaki ataupun wanita, diperbolehkan mengambil alih kuasa Allah dan mengakhiri kehidupan pribadi mereka. Ada beberapa individu di dalam Alkitab yang mengalami keputusasaan. Salomo, sambil mengejar segala kenikmatan hidup, mencapai suatu titik dimana ia "membenci hidup" (Pengkhotbah 2:17). Elia sangat takut hingga mengalami tekanan dan merindukan kematian (1 Raja-Raja 19:4). Yunus juga begitu marah dengan Allah sampai ia berharap mati (Yunus 4:8). Rasul Paulus dan para rekan misionarisnya sampai pernah berkata, "beban yang ditanggungkan atas kami adalah begitu besar dan begitu berat, sehingga kami telah putus asa juga akan hidup kami" (2 Korintus 1:8). Akan tetapi, dari semua individu itu, tidak ada yang bunuh diri. Salomo belajar "takutlah akan Allah dan berpeganglah pada perintah-perintah-Nya, karena ini adalah kewajiban setiap orang" (Pengkhotbah 12:13). Elia dihibur oleh malaikat, diperbolehkan berehat, dan diberi sebuah amanat baru. Yunus diperbetulkan dan diberi pelajaran dari Allah. Paulus belajar bahawa, walaupun beban yang ia hadapi melampaui kemampuan dirinya untuk menaggungnya, Allah dapat membantu menanggung segala hal: "Tetapi hal itu terjadi, supaya kami jangan menaruh kepercayaan pada diri kami sendiri, tetapi hanya kepada Allah yang membangkitkan orang-orang mati" (2 Korintus 1:9). Jadi, menurut Alkitab, bunuh diri adalah dosa. Bunuh diri tentunya berdampak buruk bagi mereka yang ditinggalkan. Bekas luka batin yang disebabkan seseorang yang bunuh diri biasa lama sekali pulihnya. Semoga Allah memberi karunia kepada setiap orang yang sedang menghadapi percobaan itu (Mazmur 67:1). Dan kiranya setiap kita berharap dalam janji, "Barangsiapa yang berseru kepada nama Tuhan, akan diselamatkan" (Roma 10:13).
- Jalan yang Menuju Kehidupan
“...Jalan yang menuju kehidupan Engkau tunjukkan kepadaku; hadirat-Mu menggembirakan aku, dan sentiasa membahagiakan aku…. Maz 16:11 Pemazmur berkata bahawa “...Tuhan menunjukkan kepadanya jalan yang menuju kepada kehidupan dan mengajar kepadanya cara hidup yang benar. Manakala didalam hadirat-Nya dia mengalami kepenuhan sukacita dan kegembiraan. “....Memilih Tuhan bererti memilih jalan kepada kehidupan, demikian juga halnya dengan memilih jalan dunia ini bererti memilih jalan kebinasaan...” Demikian juga halnya dengan kepenuhan sukacita dan kegembiraan bagi hidup kita pada hari ini, yang hanya kita dapat nikmati di hadirat Tuhan. Oleh itu untuk menikmati sukacita dan kegembiraan ini kita perlu sentiasa berada di hadirat-Nya. Walaupun Tuhan menunjukkan kepada kita jalan yang menuju kepada kehidupan tetapi terserah kepada diri kita untuk membuat pilihan. Sebab Tuhan tidak memaksa diri kita untuk memilih jalanNya. Tuhan tahu bahawa jalan yang ditawar dunia ini akan memimpin kita kepada kebinasaan dan kehancuran tetapi Tuhan tidak memaksa kita untuk memilih jalanNya. Sebab pilihan terletak pada diri kita sendiri. Doa: Bapa yang di surga, terima kasih kerana menunjukkan kepada saya jalan yang menuju kepada kehidupan dan tempat saya dapat menikmati sukacita dan kegembiraan yang kekal, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr. Patrick Taie
- Hatiku Bersyukur dan gembira
“....Demikianlah hatiku bersyukur dan gembira, dan aku selamat, kerana Engkau tidak akan membiarkan aku mati; orang yang Engkau kasihi tidak Kaubiarkan binasa...,.... Maz 16:9-10 Pemazmur berkata bahawa hatinya sentiasa bersyukur dan bergembira dan tubuhnya sentiasa beristirahat dengan tentram, oleh kerana dia tahu bahawa Tuhan tidak akan meninggalkan dia ditempat atau tidak akan membiarkan dirinya akan binasa. oleh kerana pemazmur tahu bahawa Tuhan tidak akan membiarkan dirinya bersendiran dan binasa maka hatinya dipenuhi dengan kesyukuran dan kegembiraan. Sebab dia yakin Tuhan akan menjaga dia daripada segala keadaan itulah sebabnya pemazmur memilih untuk menjalani kehidupan yang akrab dengan Allah sepanjang hidupnya, kerana dia tahu bahawa Tuhanlah sumber kehidupannya dan kesukaan bagi dirinya. Bagaimanakah dengan diri anda hari ini, apakah anda tahu siapa Tuhan itu bagi diri anda hari ini? bahawa Tuhan tidak akan membiarkan orang yang mengasihi diriNya bersendirian. dimana Dia akan sentiasa akan bersama dan melindungi Apakah anda mahu menikmati hidup ini? Mari jalanilah kehidupan yang akrab dengan Tuhan sepanjang hidup anda. Doa: Bapa yang di surga, berterima kasih kepadaMu kerana menjadi Tuhan yang menjaga hidup saya dan melindungi saya, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr Patrick Taie
- Kesaksian Shery
Nama saya Shery. Saya telah dilahirkan dan dibesarkan dengan cara kehidupan agama saya yang sepenuhnya. Apabila saya meningkat remaja, saya cuba mendalami agama saya dan menanamkan semangat iman di dalam diri saya. Saya cuba menerangkan agama saya kepada orang-orang beragama lain, khususnya Kristian dan cuba memancing perhatian mereka kepada agama saya. Bagi saya, agama saya adalah agama yang sempurna, lengkap dan universal. Saya mula mendalami agama saya dengan lebih mendalam agar saya dapat menyampaikan 'keindahan' agama saya kepada kawan-kawan Kristian saya. Namun sebaliknya timbul beberapa persoalan dan ketidakpuasan hati saya terhadap soalan dan juga jawapan-jawapan yang diberikan oleh mereka. Kelogikan jawapan yang diberikan oleh mereka menimbulkan keraguan di hati saya. Bermula dari saat itulah saya mencari jawapan yang pasti tentang persoalan dalam diri saya sendiri. Siapakah sebenarnya Yesus Kristus yang akan menghakimi Kita nanti? Saya berusaha untuk mendapatkan jawapan yang tepat dengan bertanya kepada beberapa orang yang alim di dalam agama saya dan ajaran-ajaran Kristian. Saya tidak mendapat jawapan yang saya kehendaki, maka saya mencarinya sendiri dengan mengkaji dengan lebih lanjut tentang Injil. Setelah saya membuat penyelidikan and perbandingan dengan agama saya, saya mendapat beberapa jawapan mengenai siapa sebenarnya Yesus Kristus. Di dalam Injil, Yohanes 14:6-7 Yesus berfirman: Yohanes 14:6-7 (AVB) Yesus menjawab, "Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tiada seorang pun datang kepada Bapa kecuali melalui-Ku. Dengan mengenal-Ku, kamu mengenal Bapa-Ku juga. Mulai sekarang kamu mengenal-Nya, malah sudah pun melihat-Nya. Setiap kali waktu saya berdoa, saya membaca ayat ini untuk meminta petunjuk agar ditunjukkan jalan yang lurus. Namun Yoh 14:6 tadi telah menjelaskan bahawa Yesus adalah jalan yang lurus. Jadi tidak perlu saya mencari jalan yang lain untuk mengenali Tuhan secara dekat. Dari saat inilah fikiran saya mula bercelaru. Saya merasa sangsi dengan apa yang telah saya buat selama ini. Saya juga mula meragui kenyakinan saya. Alkitab menyatakan bahawa Yesus adalah Firman Allah. Sifat-sifat Allah adalah Dia berfirman! Siapakah Yesus Kristus kalau Dia adalah Firman Tuhan? Adakah Dia Allah? Sebab bagi saya Firman Allah tidak boleh dipisahkan daripada Allah. Yesus adalah orang yang terdekat dengan Allah kerana Dia sendiri merupakan Firman Allah. Saya juga menemui ayat yang menerangkan siapa sebenarnya Yeus di dalam Injil Yoh 1:1-3 Yohanes 1:1-3 (AVB) Pada permulaan sudah wujud Firman, dan Firman itu bersama Allah dan Firman itu ialah Allah. Dia bersama Allah pada permulaan. Segala-galanya diciptakan melalui Dia. Daripada segala yang wujud, tiada suatu pun yang dicipta tanpa-Nya. Yohanes 1:14 Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita. Kita telah melihat kemuliaan-Nya sebagai Anak Tunggal yang datang daripada Bapa, penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran. Selanjutnya siapakah Yesus yang berkuasa ke atas maut? Di dalam Injil, Yoh 5:24 berbunyi : Yohanes 5:24 (AVB) Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang mendengar kata-kata-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus-Ku akan mendapat hidup yang kekal dan tidak akan dihukum. Dia telah terlepas daripada kematian dan mendapat hidup sebenar. Ayat-ayat di atas telah membantu menyakinkan diri saya dan dengan penuh keberanian akhirnya saya mengambil keputusan untuk memilih jalan yang lurus ini dan di dalam hati, saya yakin bahawa Yesus adalah jalan yang benar untuk ke Syurga dan kepada Allah. Di dalam 1 Korintus 8:6 (AVB) namun bagi kita Allah ialah esa, Bapa yang mencipta segala-galanya, dan untuk Dialah kita hidup. Tuhan kita juga esa, iaitu Yesus Kristus. Segala-galanya dicipta melalui-Nya, dan kerana Dialah kita hidup. Selepas saya mempercayai Yesus Kristus, saya dapat merasai ketenangan jiwa. Kalau sebelum ini jiwa saya bercelaru, penuh dengan persoalan, kini saya bebas dari perasaan itu. Saya sudah mendapat jawapan yang sebenarnya. Ayat-ayat di atas benar-benar telah menyakinkan saya bahawa Yesus Kristus adalah Penyelamat saya dan saya tetap seorang penyembah kepada Allah yang Maha Esa. Doa saya untuk kita yang belum percaya kepada Yesus Kristus, beranikanlah hatimu untuk mengenal pasti siapa Yesus Kristus. Saya yakin anda akan menemui kebenaran, jawapan dan hidup yang kekal. Roma 1:16-17 Aku tidak teragak-agak menyebarkan Injil, kerana Injil adalah kuasa daripada Allah untuk menyelamatkan setiap orang yang beriman, mula-mula kepada orang Yahudi kemudian kepada orang Yunani. Kerana di dalamnya perbenaran Allah dinyatakan dari iman ke iman, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci: "Orang benar akan hidup dengan iman. Marilah kawan-kawanku, jangan lepaskan kesempatan untuk menemui kebenaran dan penyelamatan. Bacalah Injil dan percayalah kepada Yesus Kristus.
- Memuji Tuhan kerana BimbinganNya
“...Aku memuji TUHAN kerana Engkau membimbing aku, pada waktu malam suara hatiku mengajar aku.., Maz 16:7 Pemazmur berkata bahawa dia sentiasa memuji-muji TUHAN sebab melalui firman dan Roh-Nya, Tuhan telah memberikan nasihat kepadanya, iaitu nasihat yang menjadikan Tuhan sebagai warisan dan sukacita hidupnya. Allah memberikannya nasihat dan bimbingan sepanjang malam, itulah sebabnya dia terus mengucap syukur kepada Allah. dengan bimbingan Allah maka dia mampu untuk mengambil pilihan yang bijak dan penuh dengan sukacita. Bagaimanakah dengan diri kita pada hari ini, apakah yang mendorong anda untuk terus mengucap syukur kepada Tuhan? apakah anda mengucap syukur kerana bimbing Allah yang anda terima sepanjang hidup anda. Ingat bagi orang yang memiliki Allah sebagai bahagian hidup peribadinya akan diberikan kebijaksanaan untuk membolehkan dirinya melakukan apa yang harus dia lakukan bagi hidupnya menurut kehendak Tuhan. Dengan itu marilah kita terus memuji TUHAN atas nasihat dan bimbingan yang dia telah berikan kepada kita. Sebab jika Tuhan bahagian hidup kita maka kita akan merasa tenang dan aman sentiasa. Sebab dia yang membimbing kita. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu dan menyerah seluruh hidup saya kepadaMu. Bimbinglah saya dalam semua jalan saya, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr Patrick Taie
- Aku Sentiasa Sedar akan Hadirat Tuhan
Aku sentiasa sedar akan hadirat TUHAN; Engkau ada di sampingku, tiada suatu pun dapat menggoncang aku. Maz 16:8 Pemazmur berkata bahawa dia sentiasa sedar akan hadirat TUHAN bersama dengannya, hal itu bermakna bahawa pemazmur sentiasa ingat akan TUHAN bersamanya, atau dia sentiasa memandang kepada TUHAN atau dia sentiasa menempatkan TUHAN di hadapannya atau dia sentiasa memikirkanNya Oleh kerana dia sentiasa hidup dekat dengan Tuhan maka tidak ada apa-apa pun yang dapat mengalahkannya. Sehingga hati dan rohnya sentiasa bersukacita, bahkan tubuhnya akan hidup dengan selamat dan aman. Demikian juga dengan diri kita pada hari ini, apabila kita sentiasa ingat akan Tuhan bersama dengan kita maka hati kita akan bersukacita dan jiwa kita akan bersorak-sorak, bahkan tubuh kita akan beristirahat dengan dengan tenteram. Apakah yang menyebabkan diri kita pada hari ini tidak sedar akan hadirat Tuhan sentiasa bersama dengan kita? Apak yang menyebabkan kita tidak ingat akan Tuhan sentiasa bersama dengan kita. Apabila kita menempatkan Tuhan sentiasa dihadapan kita maka hati kita akanmenjadi tenang dan aman. Doa: Bapa yang di surga, saya beterima kasih kepadaMu sebab Engkau sentiasa bersama-sama dengan saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin
- Kasih Karunia dan Kemaafan dalam Keibubapaan
Oleh Danny Huerta Kasih karunia dan kemaafan perlu untuk rumah tangga yang sihat. Ketahuilah bagaimana kasih karunia dan kemaafan adalah sebahagian tujuh ciri yang perlu dalam keibubapaan. Memberi kasih karunia memang sukar. Otak manusia seolah-olah magnet yang menarik sikap negatif. Kita selalu “tersangkut” menumpukan perhatian kepada fikiran negatif, balas dendam dan bukan pada kemaafan. Namun demikian, kasih karunia dan kemaafan penting untuk wujudnya kasih di sebuah keluarga. Ia bermula dengan sengaja mengutamakan hubungan kita dalam setiap situasi. Kita tidak harus memikirkan tentang salah laku semata-mata tetapi mesti sedar bahawa kita semua adakalanya perlu kasih karunia; jika kita mahu menerimanya, kita mesti memberi. Beberapa tahun dahulu, saya memberi kaunseling kepada seorang ayah yang bergelut dengan isu kemarahan. Semasa kami berbincang, dia mengaku menyimpan perasaan dendam dan marah terhadap ayahnya. Kami berbincang bagaimana ini membelenggu perkahwinannya dan peranannya sebagai ayah. Dia mengambil keputusan membuat senarai perkara untuk memaafkan ayahnya. Dia kemudian melaporkan bahawa tindakan memaafkan memberinya kebebasan yang tidak pernah dialaminya. Dia menjadi lebih berbelas kasihan, akrab dan sabar terhadap isteri dan anak-anak. Jika kasih karunia dan kemaafan adalah ubat penawar sikap negatif, bukankah kita sepatutnya lebih rela memberi penawar tersebut? Ya, memang sukar. Kasih karunia adalah menerima dan menghapuskan “hutang” dari orang yang telah melukai,mengecewakan atau tidak menghormati anda. Ia memerlukan kitamemaafkan orang yang kita percaya tidak layak dimaafkan untuk sesuatu luka yang tidak dapat dilupai. Ia bermakna pembebasan sebarang kemarahan yang telah bertapak di hati kita. Bila kanak-kanak belajar bagaimana menangani hidup, hubungan sesama manusia dan emosi, kesilapan dan kekusutan akan berlaku. Kadangkala kita tiada kesabaran untuk menangani kekusutan tetapi bila kita dapat memaafkan anak-anak, suasana kebebasan, keakraban dan kasih diwujudkan. Akhirnya, kanak-kanak mendapat manfaat kasih karunia dan kemaafan dengan cara-cara berikut: Belajar bagaimana memaafkanorang lain Bila hidup kamu adalah contoh kasih karunia, anak-anak belajar bagaimana membebaskan diri dari ketaksuban tentang kesilapan orang lain. Mereka tidak digelincirkan oleh sikap marah, sebaliknya pemberian kemaafan membolehkan mereka mara ke depan. Belajar bagaimana menanganipersengketaan dengan berkesandan membaiki keadaan Kanak-kanak yang dibesarkan untuk memahami kasih karunia dan kemaafan lebih mampu mengatasi persengketaan. Konflik menunjukkan bahawa mereka mengambil berat tentang isu-isu dan mempunyai pendapat sendiri; kasih karunia dan kemaafan menunjukkan bahawa mereka mengambil berat tentang hubungan dengan orang lain. Mengalami kebebasan dariperasaan malu dan ketaksubandengan kesempurnaan Kanak-kanak belajar mengutamakansikap amanah dan hubungan denganorang lain dan bukan manipulasi dankesempurnaan. Mereka menyedaribahawa tiada manusia yang sempurnatermasuk diri sendiri. Alami dan pelajari tentang kasihibu bapa Kanak-kanak belajar bagaimana dan apa yang perlu dibuat untuk membina semula kebolehpercayaan. Mereka juga belajar bagaimana kasih berfungsi. Jika kamu mengasihi seseorang, kamu akan mengetahui kasih karunia dan kemaafan. Dua tahun dahulu, anak perempuan saya berada dalam fasa “memecahkan” perkataan secara kreatif. Dia mengkaji perkataan forgive dan berkata, “Ayah, kemaafan memangadalah hadiah! Lihat, perkataan “for-give”. “For” maksudnya untuk orang lain dan “give” bermakna ia diberi dengan percuma. Kemaafan benar-benar suatu hadiahuntuk pemberi dan penerima. Sifat inimembenarkan kasih sayangberkembang maju dalam sebuahkeluarga. Diterjemah dari Bahasa Inggeris. Digunakan dengan kebenaran.
- Engkau Membimbing Aku
“...Aku memuji TUHAN kerana Engkau membimbing aku, pada waktu malam suara hatiku mengajar aku.... Mazmur 16:7 Pemazmur tidak berhenti memuji-muji Tuhan sebab Dia adalah penasihat bagi hidupnya, dengan mengajar dia dengan baik. Manakala pada malam hari perintah-Nya akan dimasukkan-Nya ke dalam fikirannya. Oleh kerana kebijaksanaan yang Tuhan memberikan kepadanya maka dia akan tahu apa yang harus dia lakukannya. Sebab perintahnya yang memberitahukan kepadanya segala yang perlu dia lakukan. Apakah anda sentiasa mengucap syukur kepada Allah karena membimbing anda dalam segala yang anda harus lakukan? Dengan berkata kepada Tuhan “..aku memuji-Mu kerana memberi nasihat kepada saya, iaitu nasihat untuk menjadikan Engkau sebagai bahagian dan sukacita saya. Allah memberikan nasihat-Nya kepada kita melalui firmanNya dan Roh-Nya ke dalam hati kita untuk mengarahkan kita di malam hari. Sebab disaat kita berdiam diri dan bersendirian, di saat itulah Tuhan berbicara ke dalam hati nurani kita. Dengan menyatakan apa yang harus kita lakukan. Oleh itu marilah kita terus memuji-muji TUHAN, sebab sentiasa menasihati dan mengajar kita sepanjang malam dengan mengajar hati kita melalui FirmanNya. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, dengan berterima kasih kepadaMu atas bimbinganMu ke atas hidup saya setiap hari. Didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Dia Memperhatikan Semua Manusia
“...TUHAN berada di Rumah-Nya yang suci; Dia mempunyai takhta di syurga. Dia memperhatikan semua manusia dan mengetahui segala perbuatan mereka. Dia menguji orang baik dan orang jahat; Dia sangat membenci orang yang mencintai keganasan....” Mazmur 11:4-5 Pemazmur berkata bahawa Allah berada di takhta-Nya yang di syurga dan melihat dan memperhatikan semua orang yang ada didunia ini dan mengetahui segala perbuatan mereka tanpa ada yang tersembunyi di hadapan-Nya. Dia Allah yang bertindak dengan adil dan sangat membenci orang yang senang menyiksa orang lain dan orang yang melakukan atau mencintai keganasan dan kekerasan. Dia menguji orang yang baik dan jahat. Kata "menguji" ini digunakan untuk menunjukkan tentang proses memurnikan logam dengan api. Hal ini bererti bahawa Tuhan menguji orang baik dan jahat dengan tujuan memurnikan mereka daripada hal yang jahat dan tidak berguna. Sebab Dia Tuhan yang melihat sampai ke ke dalam hati setiap orang dan segalanya telanjang di hadapanNya. Oleh itu tidak ada seorang pun yang boleh menipu Tuhan dengan hidupnya. Dia tahu segala apa yang terjadi diatas bumi ini. Oleh itu kita harus menjalankan kehidupan kita didunia ini dengan penuh takut akan Tuhan dengan mengikut segala perintahNya. Agar setiap yang kita lakukan sentiasa memuliakan nama Tuhan. Doa: Bapa yang di surga, saya serahkan seluruh hidup saya kepadaMu, pakailah hidup saya untuk memuliakan namaMu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin Pr Patrick Taie
- Apa Ertinya Allah Itu Kasih ?
Apa ertinya Allah itu adalah kasih? Pertama-tama kita perlu melihat bagaimana Firman Tuhan, Alkitab, menggambarkan ”kasih,” dan kemudian kita akan melihat definisi ini yang tentang Allah. “Kasih itu penyabar dan penyayang. Kasih tidak iri hati, tidak membanggakan diri, dan tidak angkuh. Kasih tidak berkelakuan biadab, tidak memburu kepentingan sendiri, tidak cepat meradang, tidak memperhitungkan kesalahan orang lain. Kasih tidak gembira dengan kejahatan, tetapi gembira meraikan kebenaran. Kasih tahan menderita segala-galanya, percaya akan segala-galanya, berharap akan segala-galanya, terus-menerus menanggung segala-galanya. Kasih tidak akan luput. Nubuat-nubuat akan berakhir, bahasa-bahasa akan berhenti, dan ilmu pengetahuan akan lenyap” 1 Korintus 13:4-8 (AVB) Ini adalah cara Allah menggambarkan kasih. Allah kekal seperti yang digambarkan itu, dan orang Kristen perlu menjadikan ini sebagai tujuan, walaupun selalu dalam proses menuju itu. Ekspresi paling utama tentang kasih Allah dibicarakan kepada manusia dalam Yohanes 3:16 dan Roma 5:8. “Allah begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal.” Yohanes 3:16 AVB “Tetapi Allah telah menunjukkan kasih-Nya sendiri terhadap kita dengan demikian: Ketika kita masih berdosa, Kristus telah mati untuk kita.” (Roma 5:8 AVB) Dari kedua ayat ini, kita bisa melihat bahwa Allah sangat menginginkan manusia bersama-sama denganNya dalam rumahNya yang kekal, iaitu syurga. Dia telah membuka jalan menuju syurga, dengan membayar harga dosa-dosa kita. Dia mengasihi kita karena Dia memilih untuk melalukan hal itu. “Bagaimana mungkin Aku membiarkan engkau, wahai Efraim, menyerahkan engkau, wahai Israel? Bagaimana mungkin Aku membiarkan engkau seperti Adma, menjadikan engkau seperti Zeboim? Hati-Ku begitu bergejolak, lantas terus tercetuslah belas kasihan-Ku.” ( Hosea 11:8 AVB) “Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan berlaku adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan menyucikan kita daripada segala kesalahan.” 1 Yohanes 1:9 AVB Kasih (Allah) itu tidak memaksakan dirinya pada orang lain. Orang-orang yang datang kepadaNya, datang kepadaNya sebagai respons terhadap kasihNya. Kasih (Allah) itu menyatakan kemurahan pada semua orang. Kasih (Yesus) itu berbuat baik kepada semua orang tanpa memandang bulu. Kasih (Yesus) itu tidak cemburu pada apa yang orang lain miliki, hidup sederhana tanpa mengeluh. Kasih (Yesus) itu tidak membesar-besarkan diri sekalipun Dia dapat mengalahkan semua orang lain. Kasih (Allah) itu tidak menuntut ketaatan. Allah tidak menuntut ketaatan dari sang Anak, namun sang Anak secara sukarela menaati BapaNya di surga. “Namun demikian, Aku menjalankan semua perintah Bapa, supaya dunia tahu bahawa Aku mengasihi Bapa. ” (Yohanes 14:31). Kasih (Yesus) selalu memperhatikan kepentingan orang lain. Gambaran singkat mengenai kasih ini mengungkapkan hidup yang tidak mementingkan diri sendiri, sesuatu yang bertentangan dengan hidup mementingkan sendiri dari dunia ini. Yang luar biasa, Allah telah memberikan kepada mereka yang menerima AnakNya, sebagai Juruselamat, kemampuan untuk mengasihi sebagaimana Dia mengasihi. Dia memberikan ini melalui kuasa Roh Kudus (lihat Yohanes 1:12; 1 Yohanes 3:1, 23, 24). Suatu jemputan dan hak istimewa yang luarbiasa!












