Support Us
Support Us
Cari
3260 results found with an empty search
- Kepuasan
Hari ini, kita masuk ke dalam prinsip yang terakhir, iaitu yang ke-7, iaitu Prinsip Kepuasan. (Principle of Contentment) Bahagian yang terakhir ini adalah yang paling penting di dalam kita mengendalikan wang yang dipercayakan Tuhan untuk kita. (Money will make our life easier but will never satisfy us.) Wang akan membuat hidup kita senang tetapi tidak dapat memuaskan kita. Di dalam kita mengendalikan wang, kita harus belajar rahsia kepuasan. (secret of contentment). Di dalam Bahasa Inggris, Paulus mengatakan, “I have learned the secret of being content.”, maksudnya, “Dia telah mempelajari rahsia berasa cukup, iaitu kepuasan” Kebanyakan orang tidak tahu untuk berasa cukup dan puas. Sifat semulajadi kita sebagai seorang manusia, adalah tidak sentiasa berpuas hati. Kita selalu mahu sesuatu yang baru, Kita selalu mahu menukarkan sesuatu, Kita selalu tidak puas hati. Menjadi seorang yang berpuas-hati, bukanlah satu yang natural untuk kita, kan saudara-saudari? Jadi, prinsip yang ke-7 ini, mengatakan kita harus belajar rahsia kepuasan, termasuk saya sendiri, secara peribadi. Persoalannya, bagaimana kita melakukannya, kerana kepuasan bukanlah sesuatu yang otomatik. Saya kongsikan 4 kunci, walaupun tidak menyeluruh, tetapi ini, saya rasa cukup untuk kita belajar mempraktikan di dalam kehidupan kita seharian. Dan 4 kunci ini adalah yang bertentangan dengan nilai-nilai yang dipromosikan dunia kepada kita. Jadi, kita kena belajar menukar polar pemikiran kita. #1: Kita berhenti membandingkan diri kita dengan orang lain Tuhan menciptakan kita unik dan identiti kita adalah di dalam Yesus Kristus. 2 Kor 10:12 Kami tidak berani menggolongkan atau membandingkan diri kami dengan mereka yang memuji diri sendiri. Apabila mereka menilai diri sendiri dan membandingkan diri sama sendiri, mereka tidaklah bertindak dengan bijaksana. Bukanlah satu yang bijaksana untuk kita membandingkan diri kita dengan orang lain .. menurut firman Tuhan. Kita tidak seharusnya mengingini sesuatu yang miliknya adalah orang lain dengan ghariah sekali … dengan tanpa kawalan contohnya. Keluaran 20:17 Jangan mendambakan rumah jiranmu. Jangan ingini isteri jiranmu, hambanya baik yang lelaki mahupun yang perempuan, lembunya, keldainya, atau apa-apa pun yang dimiliki oleh sesamamu. Kedambakan adalah keinginan untuk memiliki sesuatu yang tanpa kawalan. Keinginan tidak salah, saudara-saudari, tetapi, keinginan yang tanpa kawalan-lah yang berbahaya, Kedambakan atau coveteousness, adalah dosa yang sama tarafnya dengan dosa sepuluh perintah Allah yang lain seperti, membunuh, menyembah berhala dsb. Rahsia hidup kepuasan (contented life) ialah untuk kita jangan membandingkan diri kita dengan orang lain. #2: Kita menikmati apa yang kita ada. Rahsia kepuasan yang ke-2, ialah bergembira dengan apa yang kita ada. Banyak orang tidak menikmati apa yang mereka ada kerana mereka sibuk dengan mencari yang lebih Kehidupan adalah untuk kita nikmati, bukan hanya bertahan atau berkerja terlalu keras sehingga kita tidak mampu “enjoy” apa yang kita ada. Pengkhutbah 5:19 Setiap orang yang dirahmati Allah kekayaan, harta benda dan kuasa untuk menikmatinya, untuk menerima bahagiannya, dan untuk bersukacita dalam jerih payahnya – itu juga kurnia Allah. Tuhan memberkati kita dengan kekayaan, harta benda dan kuasa untuk kita nikmati dan bersuka-cita. Tidak semestinya, kita harus mendapat yang banyak tetapi menikmati apa yang kita ada. Izinkan saya katakan, bahawa kebahagian adalah satu pilihan. Jikalau kita mengatakan bahawa kehidupan kita tidak mencukupi, kita mempunyai 2 pilihan: Bekerja dengan lebih kuat Atau mengingini dengan lebih kurang. #3: Kita harus mengingati bahawa hidup bukanlah berkenaan dengan harta kekayaan. Kita harus mempunyai perspektif yang betul tentang harta-benda. Lukas 12:15 Yesus terus menambah, “Ingatlah baik-baik supaya menjaga diri daripada segala ketamakan kerana kehidupan manusia tidak bergantung pada harta kekayaan yang dimiliki.” Kehidupan bukanlah berkenaan dengan Wang atau Harta kekayaan Kejayaan atau success Pangkat atau posisi Tetapi kehidupan adalah berkenaan dengan perhubungan. #4: Kita fokus kepada yang berkekalan. Kita membina kehidupan kita dengan memberikan prioriti kepada yang berkekalan. Setiap yang kita ada tidak akan berkekalan untuk selama-lamanya. Hanya 2 perkara yang berkekalan - firman tuhan dan hidup di akhirat satu hari nanti. Alkitab mengatakan di dalam 1 Petrus 1:24-25, semua manusia umpama rumput, dan segala kemuliaannya umpama bunga di padang, rumput layu, bunga gugur, tetapi firman Tuhan kekal selama-lamanya. Kebenaran tidak bertukar, saudara-saudari. Sebab itu, kita harus membaca Alkitab. 2 Korintus 4:18 Kami tidak mementingkan hal-hal yang kelihatan, tetapi hal-hal yang tidak kelihatan; kerana yang kelihatan itu cuma sedetik, manakala yang tidak kelihatan itu kekal. Paulus memberikan fokus kepada yang berkekalan. iaitu kehidupan kita di syurga satu hari nanti …. Dan ini diperolehi dengan perhubungan kasih. Pertamanya, Perhubungan kasih kita dengan Tuhan Iaitu menerima Yesus sebagai Juru Selamat kehidupan kita. Inilah harinya untuk kita menyatakan, bahawa kita memerlukan Tuhan. Perhubungan kasih kita dengan Tuhan akan mengakibatkan kita memberikan prioriti kepada perhubungan dengan orang lain. Apabila kita mengasihi Tuhan, kita akan mengasihi orang lain, dan memperkenalkan mereka kepada Yesus Kristus, juru selamat kehidupan kita. Jadi hari ini, mulai hari ini, marilah kita sama-sama minta pertolongan Tuhan untuk mengajar kita mempraktikan rahsia kepuasan, “the secret of contentment.” di dalam kita mengendalikan wang yang diberikan Tuhan kepada kita. Elder Ann Wan Kuan
- Belanjawan
Hari ini, kita masuk ke dalam prinsip yang ke-6, iaitu Prinsip berkenaan dengan belanjawan. Saya telah cadangkan, prinsip 10-10, iaitu Kita memberikan 10% kepada Tuhan (Persepuluhan) Kita menyimpan 10% Dan yang bakinya, Kita hidup dengan 80% Inilah yang akan kita fokus untuk hari ini. Wang adalah alat yang boleh digunakan Tuhan. Jikalau kita mencintai wang, kita akan memperalatkan manusia, dan wang akan menjadi boss kita yang kejam. Tetapi, jikalau kita mencintai manusia, kita akan memperalatkan wang untuk memberkati orang lain, dan wang akan menjadi hamba yang berguna. Wang yang diberikan Tuhan untuk kita adalah sementara dan apa yang harus kita lakukan ialah untuk menguruskannya untuk kebaikan berkekalan. Lukas 16 menceritakan ibarat tentang pengurus yang cerdik. Dia memuji pengurus yang tidak jujur dengan perbuatnanya yang cerdik. Di bukan dinyatakan di sini, bahawa kita harus menjadi seorang yang tidak jujur. Amsal 12:22 Bibir dusta adalah kekejian bagi Tuhan , tetapi orang yang melakukan apa yang benar adalah kesukaan-Nya. Tetapi, apa yang Yesus katakan di sini ialah untuk melihat kebijaksanaan orang yang tidak jujur ini. Pengurus ini tahu, bahawa, dia akan di pecat, kerana telah memboroskan wang tuannya. Pengurus itu berfikir, dan dengan cepat memanggil semua orang yang berhutang kepada tuannya dan merendahkan hutang-hutang mereka. Apakah yang dipuji oleh tuannya, tentang pengurus ini? (1) Pengurus itu berfikir Kebanyakan orang tidak berfikir dan melihat ke hadapan apabila berkenaan dengan kewangan. Kita tidak menyimpan duit dsb. Amsal 14:8 Hikmah orang bijaksana adalah memahami jalan hidupnya, tetapi kebodohan orang tolol adalah tipu daya. Maksudnya, hikmah orang bijaksana adalah mereka yang memahami jalan yang di hadapan. Pengurus ini, walaupun di dalam keadaan yang sedang dipecat, melihat ke hadapan dan berfikir. Kita sebagai anak Tuhan, seharusnya lebih daripada si pengurus orang dunia ini, kerana kita adalah anak Tuhan dan sebagai anak Tuhan, kita mempunyai hikmah yang datang dari Tuhan ! (2) Pengurus membuat pelan Apakah saudara-saudari, mempunyai pelan kewangan? Atau, apakah saudara-saudari mempunyai belanjawan? Ataupun budget? Belanjawan, dengan ringkas, adalah pelan pembelanjaan. Belanjawan akan menyatakan ke manakah kita mahu wang kita dibelanjakan daripada kita bertanya-tanya, ke manakah wang yang telah kita belanjakan. Dan di dalam perancangan belanjawan kita, kita minta kebijaksanaan dan hikmah Tuhan. Amsal 16:9 Hati manusia merancang jalannya, tetapi Tuhan sajalah yang menentukan langkahnya. (3) Pengurus membuat dengan serta-merta Dia tidak menunda-nunda. He did not procrastinate. Jangan kita tunggu-tunggu lagi, saudara-saudari, Jangan kita katakan, “satu hari nanti, saya akan membuat belanjawan” Jangan kita katakan, “satu hari nanti, saya akan menyimpan duit” Jangan kita katakan, “satu hari nanti, saya akan membuat persepuluhan. Persoalannya, bagaimanakah kita membuat belanjawan? Ataupun budget? Ini adalah mudah sekali saudara-saudari. Bukan sahaja, kita membuat pelan belanjawan, tetapi kita melakukannya dengan disiplin. “We stick to our budget”. Matius 25:21 Tuannya berkata kepadanya, ‘Syabas, wahai hamba yang baik dan setia. Kamu setia mengurus yang sedikit, maka aku akan memberimu kuasa mengendalikan yang banyak. Nikmatilah kebahagiaan kurnia tuanmu.’ Alkitab mengatakan, mengurus yang sedikit. Apa yang penting dalam kehidupan kita bukanlah betapa banyak wang yang kita ada, tetapi bagaimana kita menguruskan wang yang diberikan Tuhan. Inilah yang kita katakan “stewardship” – “pengurusan”. Salah satu langkah yang paling penting di dalam kita mengambil langkah kepada “financial freedom” atau “kebebasan kewangan” ialah dengan menyenaraikan segala keluar masuk pembelanjaan wang kita. Saya cadangkan kita membuat belanjawan, kepada 4 categori Kita senaraikan, harta milik kita. Kita senaraikan, pendapatan kita Kita senaraikan, hutang kita. Kita senaraikan, pembelanjaan kita. (Pembelanjaan termasuk, persepuluhan, penyimpanan, pelaburan dan keperluan seharian.) adi saudara-saudari, hari ini, kita diperingatkan untuk melakukan belanjawan secara serta merta. Jangan kita melengah-lengahkan lagi. Amsal 23:5 (AVB) Jika kau pandang sekilas, kekayaan itu lenyap, kerana pasti akan bersayap lalu terbang ke langit seperti rajawali. Jadi, jikalau saudara tidak membuat belanjawan, wang akan akan bersayap dan terbang seperti rajawali … Mahukah, saudara-saudari, hidup dengan penuh kemenangan di dalam kewangan kita, mari kita minta hikmah Tuhan untuk menjadi pengurus yang bijak dan cerdik. Di dalam kita menguruskan kewangan kita untuk dunia yang sekarang ini, kita juga harus ingat, hidup kita adalah sementara. Hidup kita yang berkekalan adalah bersama dengan Tuhan di syurga satu hari nanti, dan ini hanya diperolehi melalui iman kepada Yesus Kristus. Sementara kita di dunia, Tuhan juga mahu kita mengurus apa yang kita ada buat sementara ini, untuk yang berkekalan satu hari nanti. Kita uruskan dan melabur dengan baik untuk kerajaan Allah: Masa kita, pengaruh kita, kesihatan kita, Peluang kita, kekayaan kita, talenta kita, Kecergasan kita, kemampuan kita, kebolehan kita dsb. Contoh belanjawan yang boleh kita lakukan adalah seperti yang di bawah: Elder Ann Wan Kuan
- Hutang
Hari ini, kita masuk ke dalam prinsip yang ke-5, iaitu Prinsip berkenaan dengan Hutang. Alkitab memberikan kita amaran, berulang-ulang kali bahawa hutang adalah berbahaya. Malahan, alkitab mengatakan bahawa hutang adalah satu perangkap. Lebih daripada itu, jikalau kita membeli sesuatu dan kita tidak dapat menyelesaikan hutang kita, itu adalah dianggap sebagai satu kelakuan pencurian. Di sini, kita dapat melihat 4 bahaya hutang: Pertama, ialah hutang akan membebankan kita. Kita akan merasakan tekanan yang berat. (ayat 6b) Kedua, hutang akan berkekalan jikalau kita tidak menanganinya. Ia tidak akan lenyap begitu sahaja, malahan jikalau hutang tidak ditangani, ia akan bertambah dan bertimbun dengan faedahnya. (ayat 6c) Ketiga, hutang akan mengakibatkan kita tidak aman (ayat 7a) Kita akan selalu di dalam keadaan keresahan. Yang keempat, hutang akan memperangkapkan kita. (ayat 7b) Kita seolah-olah binatang yang terikat di dalam perangkap. Maksudnya, Kita yang berhutang adalah hamba kepada orang yang memberikan hutang. Apabila kita berhutang dengan bank, kita adalah hamba kepada bank. Apabila kita berhutang dengan kawan kita, kita menjadi hamba kepada kawan kita. Apabila kita berhutang dengan kad kredit, kita akan menjadi hamba kepada syarikat kad kredit. Kad kredit, adalah tuan yang paling kejam, kerana faedah tahunan adalah sangat-sangat tinggi, saudara-saudari. Persoalannya, apakah langkah yang harus kita ambil untuk membebaskan kita daripada perangkap hutang secara Alkitab? Langkah #1: Kita memberikan komitmen untuk menjadi bebas dari hutang Bankrupcy, adalah salah satu cara yang legal untuk melunaskan hutang, tetapi tidak bermoral, seperti yang telah kita baca. Kita akan menjadi orang zalim jikalau kita tidak membayar hutang. Maksudnya, Kita harus mencari jalan untuk menyelesaikan hutang kita. Langkah #2: Kita memberikan persepuluhan dan menyimpan duit Persepuluhan menyatakan bahawa Tuhan adalah yang pertama dan utama di dalam hidup kita. Penyimpanan pula adalah untuk kita menyimpan untuk masa hadapan dan mendapat faedah yang berkompaun. Maksudnya, walaupun kita di dalam hutang, kita harus melakukan persepuluhan dan penyimpanan duit. Ini yang telah kita belajar di dalam prinsip kewangan yang ke-2 dan ke-3. Kita lakukan ini, terlebih dahulu sebelum kita menyelesaikan hutang kita iaitu Prinsip 10-10, yang telah saya kongsikan. Langkah #3: Kita membuat rekod Kita senaraikan rekod tentang Apa yang kita miliki Apa yang kita hutang Apa yang kita dapat iaitu pendapatan kita. Amsal 24:3 Dengan hikmah rumah dibina, dan dengan pengertian dikukuhkan. Kita harus mengerti, di mana, dari mana dan ke mana wang kita digunakan. Ini adalah budgeting, yang akan kita pelajari di dalam sesi yang akan datang. Langkah #4: Kita menjual harta kita yang tidak perlukan Maksudnya, Kita tukarkan harta kita kepada tunai. Dan dengan tunai tersebut, kita dapat mengurangkan hutang kita. Kita harus berdoa, apa yang boleh kita singkirkan dari hidup kita supaya kita tidak perlu terbeban dengan "maintenance"-nya dan mendapatkan tunai untuk menyelesaikan hutang. Jadi, mari kita lihat senarai harta-benda kita yang mungkin kita tidak perlu dan yang membebankan kita .. Langkah #5: Kita membuat pelan pembayaran hutang If we don’t plan, we are planning to fail…. Kita harus dengan “intentional “ di dalam kita membuat perancangan untuk menyelesaikan hutang. Di dalam kita membuat pelan, Kita juga boleh mencari nasihat orang yang bijak dan takut akan Tuhan. Langkah #6: Kita membuat keputusan untuk menyelesaikannya di dalam tempuh yang separuh. Jikalau hutang kita adalah 20 tahun, kita harus merancangkan untuk menyelesaikannya di dalam 10 tahun. Mengapa? kerana faedah hutang akan dikurangkan dengan banyak jikalau kita mempercepatkan penyelesaian hutang. Langkah #7: Kita tidak tambahkan dengan hutang yang baru Kita harus berasa cukup iaitu “principal of contentment” atau “prinsip kepuasan hati” Jikalau kita berhutang bertimbun dengan kad kredit, perkara yang pertama yang harus saudara-saudari lakukan ialah mengguntingkan kad kredit tersebut dan membuangkannya ke tong sampah. Kita tidak seharusnya, menambahkan beban kita dengan hutang yang baru .. di dalam usaha kita untuk menjadi bebas dari hutang. Jadi saudara-saudari, hutang adalah satu perangkap yang kejam. Dan jikalau kita di dalam keadaan berhutang sekarang ini, kita harus memulakan langkah untuk menyelesaikan hutang-hutang kita dengan langkah yang telah saya cadangkan. Janganlah kita jemu berbuat baik, kerana pada musimnya nanti kita akan menuai jika kita tidak berputus asa. Kita juga harus tahu, untuk hidup kita yang berkekalan, bahawa hutang dosa kita telah diselesaikan dengan pengorbanan Yesus di atas salib. Dia telah menghapuskan hutang kita dengan memakukannya di kayu salib seperti yang tertulis di dalam Kolose 2:14. Kerana itu, kita bersyukur. Elder Ann Wan Kuan
- Pelaburan
Hari ini, kita masuk ke dalam prinsip yang ke-4, iaitu Prinsip Pelaburan. Minggu lepas kita diperingatkan tentang 2 cara bagaimana untuk kita mengerjakan wang. Pertama, ialah menyimpan wang, yang telah kita pelajari di dalam sesi yang lepas. Kedua ialah melabur wang kita. Inilah yang kita akan pelajari di dalam sesi ini. Telah dicadangkan, prinsip 10-10, iaitu Kita memberikan 10% kepada Tuhan (Persepuluhan) Kita menyimpan 10% Dan yang bakinya, Kita hidup dengan 80%. Kita menggunakan sebahagian daripada 80% ini untuk membuat pelaburan. Di dalam Matius 25:16, yang telah kita hayati di dalam sesi yang lepas, hamba yang pertama, yang dipuji tuannya, memperniagakan wang tuannya dan mendapat keuntungan 100%. Beberapa cara untuk kita melabur wang kita. (1) Kita melaburkan wang kita ialah dengan memulakan business Di dalam situasi yang sekarang ini, mungkin Tuhan akan mengajar kita memulakan business yang kecil. Dan dari business yang kecil ini, jika kita lakukan dengan setia, ia akan bertambah dan bertambah. Apa yang dinyatakan di sini ialah sebahagian daripada pendapatan kita haruslah dilaburkan untuk mendapat lebih pendapatan. Maksudnya, kita mengerjakan wang yang kita ada. Lebih baik daripada membeli TV, perabut, handphone, kereta baru dsb .. walaupun semua itu tidak salah. (2) Kita melaburkan di dalam property market (pasaran harta tanah) Ini adalah berkenaan dengan seorang wanita yang berkarakter nobel Amsal 31. Yang mempertimbangkan sewajar-wajarnya dan selepas itu membeli sebuah ladang dan mengerjakan ladang tersebut. (Dia menambah nilai kepada tanah ladang tersebut). Dengan usahanya, dia mendapat keuntungan. (3) Kita melaburkan ke dalam saham dan financial instrument. Cadangan yang ke-tiga ialah untuk kita melaburkan ke dalam saham dan financial instrument. Tetapi izinkan saya memberikan nasihat berhati-hati. Pelaburan bukanlah perjudian dan spekulasi. Setiap pelaburan haruslah ke dalam perniagaan yang memberikan pekerjaan kepada orang dan yang menjual “product dan services” yang memberikan nilai kepada masyarakat. Dengan pelaburan saham dan financial instrument, kita harus menyediakan “boundry” (sempadan) di dalam kita membuat pilihan pelaburan saham dan financial instrument. Pertama, kita harus membuat analisa dengan teliti bukan dengan membuat spekulasi dan perasaan. Kedua, kita harus melaburkan di dalam pelbagai portfolio. (Put our eggs in more than one basket) Ketiga, melihat dengan perspektif jangkamasa panjang dan bukan untuk mendapat keuntungan jangkamasa pendek. Keempat, ialah untuk mengelakkan kesilapan, kita harus mencari nasihat daripada mereka yang bijak dan takut akan Tuhan. (4) Kita melabur ke dalam kerajaan Allah yang berkekalan Wang adalah alat yang digunakan Tuhan. Yesus, menyatakan di dalam Matius 6:20-21, supaya kita mengumpulkan harta di syurga. Ini bukan bermaksud untuk kita membeli kawan-kawan kita. Apa yang Yesus maksudkan di sini, ialah untuk menggunakan wang kita untuk membawa orang kepada Kristus. Kehidupan kekal adalah melalui iman kepada Yesus Kristus. Dan dengan mereka beriman dengan Yesus, barulah kawan-kawan kita akan menyambut kita di tempat kediaman yang kekal, iaitu di syurga satu hari nanti. Inilah pelaburan kewangan yang terbaik yang boleh kita lakukan, di antara ke-empat-empat cadangan saya. Iaitu untuk kita melaburkan ke dalam pekerjaan misi. Kita telah mempelajari prinsip yang ke#4, iaitu, prinsip pelaburan. Di dalam kita membuat pelaburan, ada 3 peringatan yang boleh saya kongsikan, walaupun tidak exhaustive. Elder Ann Wan Kuan
- Penyimpanan
Hari ini, kita masuk ke dalam prinsip yang ke-3, iaitu Prinsip Penyimpanan. Untuk sesi ini, kita diperingatkan untuk menyimpan duit dengan setia. Mudah tetapi sangat berkuasa. (Simple but powerful.) Tahukah saudara-saudari, bahawa Tuhan memerintah kita untuk menyimpan duit. Tuhan tidak mahu kita membelanjakan semua pendapatan kita, sampai habis setiap bulan. Sebelum kita merenungkan dengan lebih mendalam, izinkan saya katakan bahawa “wang bukanlah punca segala kejahatan”. Wang adalah neutral. Tetapi, Cinta kita kepada wang, (the love for money) adalah punca segala kejahatan seperti yang tertulis di dalam 1 Timotius 6:10 Ada 2 perkara yang boleh kita lakukan di dalam mengerjakan wang? Pertama ialah untuk kita menyimpan wang kita. Kedua ialah untuk kita melaburkan wang kita. Hari ini kita fokus kepada prinsip penyimpanan wang. Di dalam satu ibarat (perumpamaan) talenta, Yesus menceritakan di dalam matius 25: 16-18 Terjemahan Bahasa Indonesia, perkataan “memperniagakannya” di terjemahkan dengan perkataaan “mengerjakan” dan terjemahan Inggeris, menggunakan perkataan “put his money to work” .. iaitu, dia mengerjakan wangnya. Hamba yang pertama dan kedua, dipuji oleh tuannya, kerana mereka mengerjakan wang dan melipat-gandakan jumlah wang tuannya. Yang ke-3, dimurkai tuannya, kerana tidak mengerjakan wang. Hanya menyembunyikan wang tuannya di lubang tanah. Kita lihat di sini, ada yang diberikan 5 talenta, ada yang diberikan 2 talenta dan ada yang diberikan 1 talenta. Allah tidak melihat berapa talenta yang kita ada. Samada 1 juta, 1 ribu atau 100 ringgit. Apa yang Tuhan pentingkan ialah ialah Bagaimana kita menguruskannya ? dan bagaimana mengerjakan wang empunya Tuhan kita.? Salah satu cara yang paling “simple” untuk mengerjakan wang ialah dengan “menyimpan wang”. Kita simpankan wang kita di dalam “akaun simpanan tetap” (Fixed Deposit) Kepada kita yang bumiputra, kita boleh simpan wang kita di dalam bank akaun Amanah Saham Nasional, yang memberikan faedah yang tinggi. Yesus berbicara kepada hamba yang ke-3... Matius 25:27 Oleh itu, sepatutnya kamu simpan wang itu di dalam tabung, supaya ketika aku pulang, aku menerima wang itu dengan faedahnya.’ Sekurang-kurangnya, Tuhan menyuruh kita simpan wang di dalam tabung supaya kita menerima faedahnya ! Amsal 13:11 (AVB) Harta hasil penipuan akan susut dengan cepat, tetapi orang yang mengumpulkan sedikit demi sedikit akan melipatgandakannya. Lihat di sini saudara-saudari, mengumpulkan sedikit demi sedikit akan melipat-ganda wang yang kita ada !!!! Seperti pepatah mengatakan sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Wow. jumlah penyimpanan tidak penting tetapi ketekalan kita melakukannya, (iaitu consistency kita melakukannya) Jikalau kita membuat persepuluhan setiap minggu, kita simpan setiap minggu. Jika kita membuat persepuluhan setiap bulan, kita simpan setiap bulan. Apabila kita menyimpan wang kita secara konsisten, kita akan mendapat Faedah Berkompaun (compounding interest). Maksudnya faedah yang bertindih-tindih. Jadi – dengan simpanan – wang bekerja untuk kita Dengan Hutang pula– kita berkerja untuk wang. Wang kita akan melipat-ganda…dengan faedah yang berkompaun. Jikalau kita menyimpan RM100 setiap bulan untuk 20 tahun, dengan faedah 4%, kita akan mendapat, RM33,000. Jikalau kita menyimpan RM500 setiap bulan untuk 20 tahun, dengan faedah 4%, kita akan mendapat, RM165,000. Compounding interest akan berkerja untuk kita. Jikalau anda mengatakan "saya tidak mampu menyimpan duit..", izinkan saya katakan, bahawa saudara-saudari telah membelanjakan, terlalu lebih. Lebih daripada kemampuan saudara-saudari. If you can’t afford to save, you are spending too much. Saudara, jumlah pendapatan kita tidak penting, tetapi apa yang penting is jumlah penyimpanan kita. Izinkan saya cadangkan, prinsip 10-10, iaitu Kita memberikan 10% kepada Tuhan (Persepuluhan) Kita menyimpan 10% Dan yang bakinya, Kita hidup dengan 80% Dan dengan 80% ini, kita memerlukan hikmat Tuhan untuk menguruskannya. Kita akan belajar di dalam sesi akan datang tentang pengurusan wang yang bijak… bagaimana membuat bajet Berbelanja untuk kehidupan seharian Mengasingkan wang untuk pendidikan anak-anak kita. Memberikan wang kepada ibu-bapa kita Melaburkan wang kita Memberikan “offering” untuk pekerjaan misi Membantu mereka di dalam keperluan dsb. Tahukah saudara-saudari, secara purata... Orang Jepun menyimpan 25% daripada pendapatan mereka? Orang Europa – 18% Orang Amerika pula– Membelanjakan 1% lebih daripada pendapatan mereka ... maksudnya, (-1% wang simpanan) iaitu, orang Amerika adalah orang yang berhutang... Orang Malaysia pula – Hanya 1.6% - maksudnya orang Malaysia tidak menyimpan duit, secukupnya. Wang adalah alat untuk kita gunakan, Jika kita memperalatkan wang, kita akan mengasihi Manusia. Tetapi, jika kita mengasihi wang, kita akan memperalatkan manusia. Wang, adalah hamba yang baik, tetapi boss yang jahat. Jadi, Hari ini kita diperingatkan, Jikalau kita mengabaikan prinsip kewangan yang ke-3, kita tidak akan mendapat berkat Tuhan. Kita bukan hidup untuk hari ini tetapi untuk masa hadapan. Mari kita cuba sedaya upaya untuk menyimpan wang kita. Menyimpan wang adalah satu disiplin rohani, saudara-saudari ...yang harus kita tangani dengan serious. (Saving is a spiritual discipline). Tetapi, perkara yang lebih penting daripada hidup kita yang sementara ini, ialah hidup yang berkekalan. Dan ini hanya kita perolehi dengan menerima kasih Yesus dengan iman. Elder Ann Wan Kuan
- Persepuluhan
Hari ini, kita masuk ke dalam prinsip yang ke-2, iaitu Prinsip Persepuluhan. Ini adalah prinsip yang menyatakan bahawa kita memberikan keutamaan (atau prioriti) kepada Allah terlebih dahulu. Jikalau kita mahu Tuhan memberkati perkara-perkara di dalam hidup kita, kita meletakkan Tuhan di tempat yang pertama, di dalam perkara-perkara tersebut. Jikalau kita mahu Tuhan memberkati perkahwinan kita, kita letakkan Tuhan di tempat yang pertama di dalam perhubungan kita di antara suami isteri. Jikalau kita mahu Tuhan memberkati business kita, kita letakkan Tuhan di tempat yang pertama di dalam perniagaan atau syarikat kita. Jikalau kita mahu Tuhan memberkati kita di dalam perhubungan kita dengan orang lain, kita letakkan Tuhan di tempat yang pertama di dalam relationship kita dengan Tuhan Sama juga dengan Pekerjaan kita, Sama juga dengan Pelajaran kita Masa kita, Kewangan kita Jikalau kita mahu bahagian-bahagian tersebut diberkati, Kita letakkan Tuhan prioriti di dalam semua tersebut. Di dalam bahagian kewangan pula, keutamaan yang kita berikan ialah prinsip persepuluhan. Apakah persepuluhan? Jika pendapatan kita 10 ringgit, kita berikan 1 ringgit kepada Tuhan. Jika pendapatan kita 100 ringgit, kita berikan 10 ringgit kepada Tuhan. Jika pendapatan kita 1000 ringgit, kita berikan 100 Jika pendapatan kita 1 juta? Kita berikan 100K. Saudara-saudari, Ada 4 kebenaran yang boleh kita pelajari tentang persepuluhan, iaitu, (1) Janji Persepuluhan (2) Tujuan Persepuluhan (3) Tempat Persepuluhan (4) Masa Persepuluhan (1) Janji Persepuluhan Ini adalah janji Tuhan. Jika kita meletakkan Tuhan di tempat yang pertama di dalam kewangan kita, Tuhan akan memberkati kita ! Lebih daripada itu, bangsal hasil pekerjaan kita akan terisi sehingga melimpah ruah. Oleh itu, jikakalau kita memberikan persepuluhan, janji persepuluhan ialah Tuhan akan memberkati kita... (2) Tujuan Persepuluhan Bertakwa bermakna takut akan Tuhan dan dengan itu, kita memberikan keutamaan kepada Tuhan. Setiap kali kita memberikan persepuluhan, kita akan menyatakan kepada Tuhan: Untuk Masa Dahulu Untuk Masa Sekarang Untuk Masa hadapan Untuk Masa Dahulu - kita bersyukur kepada berkat yang telah diberikan kepada kita untuk masa yang lepas. Untuk Masa Sekarang - kita menyatakan bahawa, Tuhan adalah yang pertama dan utama di dalam hidup kita, yang sekarang ini. Untuk Masa hadapan – kita menyatakan Iman kita kepada Tuhan yang akan memenuhi segala keperluan kita untuk masa yang akan datang. (3) Tempat Persepuluhan Di dalam Alkitab, inilah, satu-satunya bahagian firman Tuhan yang menjemput kita menguji Tuhan. Tempat yang kita lakukan persepuluhan, seperti yang yang dinyatakan di sini ialah perbendaharaan Bait Tuhan, iaitu, tempat ibadah kita. Lebih daripada itu, janji Tuhan ialah berkat Tuhan melimpah. (4) Masa Persepuluhan Maksudnya, di dalam kita mengasingkan setiap minggu untuk Tuhan. Kita harus merancangkan pemberian kita kepada Tuhan. (We must plan for it). Bukan secara emosi Bukan apabila kita ada baki dalam bank akaun kita. Bukan selepas segala pembelanjaan kita. Tetapi, mengasingkan pada hari yang pertama kita mendapat gaji kita. Jadi, perkara yang penting untuk kita melakukan prinsip yang ke2 ini, iaitu, prinsip persepuluhan, ialah untuk kita membuat pelan pembelanjaan. Jadi kita telah mempelajari prinsip yang ke 2 ini, iaitu prinsip persepuluhan. Prinsip ini tidak diajar oleh dunia tetapi ini adalah sebahagian daripada “financial spritual laws” yang jikalau kita praktikkan akan menjadikan kita pemenang di dalam bahagian kewangan. {Financial Spiritual laws” ini adalah sama dengan “gravity law”. Walaupun kita tidak nampak, apa yang dicampakkan ke atas akan turun ke bawah. Sama juga dengan “Financial spiritual laws” apa kita berikan, akan kita terima dengan melimpah-limpah menurut firman Tuhan. Elder Ann Wan Kuan
- Hak Milik
Kita mulakan dengan siri yang baru, yang saya tajukkan “7 Prinsip Kewangan”, dan semua ini adalah berdasarkan dengan apa yang tertulis di dalam Firman Tuhan. Hidup kita di dunia adalah sementara, destini hidup kita adalah kepada hidup yang berkekalan dengan Tuhan. Tetapi, sementara kita di dunia, Tuhan telah memberikan kita prinsip-prinsip kewangan. Dan jikalau kita praktikan ke dalam kehidupan kita, saya yakin, kita akan hidup dengan kemenangan di dalam kewangan kita. Tidak kira samada kita seorang pelajar, seorang suri rumah tangga, seorang pekerja, seorang businessman, seorang pembantu rumah atau seorang pelayan Tuhan sepenuh masa, Tuhan mahu kita membina dasar kewangan yang kukuh di dalam kehidupan kita, melalui “spiritual law of finances”. “undang-undang rohani kewangan”. Tahukah saudara-saudari, Yesus berbicara lebih tentang hal-hal kewangan daripada tentang syurga dan neraka. Yesus juga menceritakan lebih banyak perumpamaan atau ibarat tentang wang daripada subjek-subjek yang lain. Mari kita sama-sama pelajari, prinsip yang pertama ini iaitu Prinsip Hak Milik. Roma 11:36 (AVB) Segala-galanya daripada Dia, melalui Dia dan kepada Dia. Bagi Allah kemuliaan selama-lamanya. Mazmur 24:1 (AVB) Bumi ini milik Tuhan dengan segala yang di dalamnya, dunia dan semua penghuninya; Hagai 2:8 (AVB) Perak itu milik-Ku dan emas itu milik-Ku, demikianlah firman Tuhan alam semesta. Inilah prinsip hak-milik. Semuanya yang kita ada adalah milik Tuhan dan kita hanyalah pengurus yang telah Tuhan percayakan kepada kita. Semuanya yang kita ada adalah milik Tuhan dan kita hanyalah pengurus yang telah Tuhan percayakan kepada kita. Ini penting. Pola pemikiran ini radikal sekali. Jikalau kita tahu bahawa hakmilik yang kita ada adalah kepunyaan Allah. Segala yang lain akan menyusul dengan teratur. Segala keputusan kita akan bergantung kepada kebenaran ini, iaitu, hak-milik yang kita ada adalah Tuhan yang punya. Bagaimana kita menguruskan wang yang dipercayakan Tuhan kepada kita, akan menentukan samada Tuhan akan memberikan kita kepercayaan yang lebih. Jikalau kita mahu menjadi pengikut Yesus yang benar, kita harus memindahkan hak milik harta kita kepada Tuhan. Lukas 14:33 (AVB) Begitu juga sesiapa antara kamu yang tidak meninggalkan segala miliknya, tidak boleh menjadi murid-Ku. Apabila kita menyatakan segala yang kita ada adalah milik Tuhan, oleh itu segala keputusan pembelanjaan wang adalah keputusan spiritual. – iaitu, keputusan rohani. Maksudnya, kita tidak lagi bertanya kepada Tuhan, “Tuhan, apakah yang harus saya lakukan dengan duit saya” Tetapi, kita akan berkata, “Tuhan apakah yang harus saya lakukan dengan duit Tuhan !” Jadi, jikalau kita mempunyai kefahaman ini, pembelanjaan dan penyimpanan wang adalah keputusan rohani. Maksudnya, setiap kali kita membeli segala sesuatu - makanan, kereta, rumah, pakaian, shopping dsb. Semua itu, adalah keputusan rohani yang harus kita berhati-hati sebagai pengurus yang baik, Sama tarafnya dengan pemberian kepada organisasi misi dan persepuluhan yang kita berikan kepada Tuhan ! Tanggung-jawab kita adalah untuk menguruskan wang yang diberikan dengan baik. Tetapi keputusan yang paling bijak, ialah menyerahkan diri kita kepada Yesus Kristus yang memberikan kita kehidupan kekal. Ini berkenaan dengan hidup kita di akhirat satu hari nanti. Kita adalah milik Tuhan dan keselamatan adalah melalui Yesus Kristus. Elder Ann Wan Kuan
- Allah dan Tuhan yang Disembah
Shalom saudara. Dalam bahagian ini, kita akan lihat, pengikut-pengikut Yesus, juga mengaku Yesus adalah Tuhan, dan, malah memanggil Yesus dengan gelaran, Tuhan dan Allah. Dalam Surat Roma 9:5 berkata begini “Mereka adalah keturunan bapa-bapa leluhur yang menurunkan Mesias dalam keadaan-Nya sebagai manusia yang ada di atas segala sesuatu. Ia adalah Allah yang harus dipuji sampai selama-lamanya.” Amen! Ayat ini mengatakan Yesus adalah Allah, dan harus dipuji sampai selama-lamanya. Dalam Surat 1 Yohanes 5:20 berkata begini “Akan tetapi kita tahu bahawa anak Allah telah datang dan telah mengaruniakan pengertian kepada kita supaya kita mengenal yang benar dan kita ada di dalam yang benar di dalam Anak-Nya Yesus Kristus.” Dia adalah Allah yang benar dan hidup yang kekal. Ayat ini juga mengatakan Yesus adalah Allah yang benar, dan juga mengatakan Yesus memiliki satu sifat ilahi yang penting, iaitu Yesus adalah kekal! Dalam Injil Yohanes 20:27-28 Yesus berbicara kepada Tomas, kemudian Dia berkata kepada Tomas “Taruhlah jarimu di sini dan lihatlah tangan-Ku, hulurkanlah tanganmu dan cucukkan ke dalam lambung-Ku dan jangan engkau tidak percaya lagi, melainkan percayalah.” Tomas menjawab Dia “Ya Tuhanku dan Allahku!” Yesus tidak memberitahu Tomas tentang keilahian-Nya dan berkata: “Hey Tomas! Sayalah Tuhan!” Tidak! Yesus tidak kata itu! Yesus menunjukkan kepada Tomas bahawa Dialah yang telah mati dan bangkit semula, dan kebangkitan Yesus, membuktikan ketuhanannya, dan sehinggakan Tomas memanggil Yesus: “Ya Tuhanku! Ya Allahku!” Nah, Tomas bukannya menyumpah atas nama Allah, tetapi Tomas benar-benar memanggil Yesus Tuhan dan Allah. Dan yang luar biasanya Yesus tidak menolak atau menegur Tomas yang memanggilnya Tuhan dan Allah. Dalam Injil Yohanes 1:1 berkata begini sangat jelas “Pada mulanya adalah Firman. Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah.” Dengar sekali lagi, Firman itu adalah Allah! Sangat jelas sekali dan kita tahu Firman itu adalah Yesus kerana dicatat dalam Yohanes 1:14 “Firman itu telah menjadi manusia dan diam di antara kita.” Dalam Surat Titus 2-13 mencatat ayat ini “Dengan menantikan penggenapan pengharapan kita yang penuh bahagia dan penyataan kemuliaan Allah yang Maha Besar dan Juruselamat kita Yesus Kristus.” Ayat dalam Titus 2:13 ini berbicara tentang kedatangan Yesus kali kedua yang menjadi harapan orang-orang percaya. Nah, sudah pasti yang dikatakan pernyataan kemuliaan Allah ini bukan merujuk kepada Allah Bapa, kerana bukan Allah Bapa yang akan datang kali kedua. Ya! Lalu, penyataan kemuliaan Allah, yang disebut dalam ayat ini merujuk kepada Yesus yang akan datang kali kedua-Nya. Dan kerana inilah maksudnya, maka kita dapat lihat bahawa penulis surat Titus juga memberi gelaran Allah kepada Yesus. Iaitu Yesus lah dikatakan sebagai penyataan kemuliaan Allah yang Maha Besar dan Juruselamat kita. Kalau Yesus benar-benar adalah Tuhan. maka, Yesus harus di sembah! Maka sekarang kita lihat, pernahkah Yesus menerima penyembahan? Jawapannya sudah pasti - Ya! Dan berapa kali lagi Yesus disembah. Dalam Injil Matius 2:11 “Maka masuklah mereka ke dalam rumah itu dan melihat Anak itu bersama, Maria ibu-Nya Lalu sujud menyembah Dia.” Nah, “mereka” yang disebut disini adalah orang-orang majus yang datang dari Timur. Ya, kerana mereka telah mendengar tentang kelahiran Yesus, dan bila mereka melihat Yesus yang masih kecil, mereka sujud menyembah Yesus. Bermaksud dari kecil lagi Yesus telah pun disembah. Dalam Injil Matius 14:33 dan berkata begini “Dan orang-orang yang ada di perahu menyembah Dia, iaitu Yesus katanya sesungguhnya Engkau anak Allah.” Apabila Yesus disembah, Ya, adakah Yesus menolak penyembahan itu? Tidak! Yesus tidak menolak penyembahan dari murid-murid-Nya, malah Yesus menerima penyembahan itu. Dalam Injil Matius 28:9 kata begini “Tiba-tiba Yesus berjumpa dengan mereka dan berkata: Salam bagimu. Mereka mendekati-Nya dan memeluk kaki-Nya serta Menyembah-Nya” Perhatikan Yesus, tidak menolak penyembahan Murid-murid-Nya tetapi menerima penyembahan itu. Dan satu lagi ayat dalam Injil Yohanes 9:38 katanya “Aku percaya, Tuhan! Lalu ia sujud menyembah-Nya.” Maka kita lihat Yesus sesungguhnya pernah di sembah. Nah, soalan yang mana satukah yang lebih memuliakan Yesus? Kalau Dia meminta murid-murid-Nya menyembah Dia dengan mengatakan “Sembahlah Aku! Sembahan Aku!” Atau B Murid-murid-Nya secara rela menyembah Yesus. Nah, jawapan sudah pastinya B! Yesus tidak pernah memerintahkan murid-murid-Nya untuk menyembah Yesus. Tetapi murid-murid-Nya dengan rela menyembah Yesus. Kenapa murid-murid-Nya menyembah Yesus? Padahal hukum Allah dalam Perjanjian Lama dengan tegas melarang umat Allah menyembah yang lain kecuali Tuhan? Sebab, murid-murid-Nya dapat melihat dengan jelas bahawa Yesus adalah Tuhan. Bagaimana mereka dapat melihatnya? Iaitu, mereka dapat melihat sifat-sifat ilahi yang ada dalam Yesus dan melalui pekerjaan-pekerjaan-Nya yang luar biasa. Itulah sebabnya Yesus berkata dalam Yohanes 14:11 “Percayalah kepada-Ku bahawa Aku di dalam Bapa dan Bapa di dalam Aku atau setidak-tidaknya percayalah kerana pekerjaan-pekerjaan itu sendiri.” Bermaksud, Tidak perlu Yesus berkata: “Akulah Tuhan! Sembahlah Aku!” Sebab Kehidupan Yesus adalah suatu kesaksian bahawa Yesus benar-benar adalah Tuhan. Dan murid-murid-Nya dapat melihat itu. Lagipun, Yesus datang ke dunia bukannya untuk mengisytiharkan bahawa “Akulah Tuhan! Sembahlah Aku!”. Tetapi, Alkitab berkata dalam Markus 10:45 bahawa “Yesus datang bukan untuk dilayani melainkan untuk melayani. Dan untuk memberikan nyawa-Nya menjadi tebusan bagi banyak orang.” Nah, Yesus datang bukan untuk dilayani seperti raja. Tetapi datang untuk mengambil rupa seorang hamba, untuk melayani, dan menjadi seperti manusia untuk menjadi Penebus. Akhir sekali satu lagi petikan yang sangat menunjukkan bahawa Yesus disembah, adalah Surat Wahyu 5:11-13 yang sungguh luar biasa sekali. Nah, inilah firman-Nya Maka aku melihat dan mendengar suara banyak malaikat sekeliling takhta, makhluk-makhluk dan tua-tua itu jumlah mereka berlaksa-laksa dan beribu-ribu laksa. Katanya dengan suara nyaring, “Anak Domba yang disembelih itu layak untuk menerima kuasa dan kekayaan dan hikmat dan kekuatan dan hormat dan kemuliaan dan puji-pujian” dan aku mendengar semua makhluk yang di syurga dan yang di bumi dan yang di bawah bumi dan yang di laut dan semua yang ada didalamnya berkata: “Bagi Dia yang duduk di atas takhta dan bagi Anak Domba adalah puji-pujian dan hormat dan kemuliaan dan kuasa sampai selama-lamanya” Amen! Haleluya! Maka sangat jelas di dalam petikan ini nanti, semua yang di syurga dan yang di bumi dan segala-galanya akan menyembah, menyembah Tuhan Yesus. Maka janganlah ragu-ragu lagi bahawa Yesus adalah Tuhan dan sembahlah Dia dengan memberikan segala hormat, kemuliaan dan kuasa kepada Yesus. Ya, sepertimana dalam Injil Yohanes 5:22 mengatakan “Bapa tidak menghakimi siapa pun melainkan telah menyerahkan penghakiman itu seluruhnya kepada Anak supaya semua orang menghormati Anak sama seperti mereka menghormati Bapa. Barang siapa tidak menghormati Anak, ia juga tidak menghormati Bapa yang mengutus Dia.” Maka saudara-saudara yang dikasihi, dalam Tuhan Yesus sekiranya kita telah menerima Yesus sebagai Penyelamat. Maka kita juga harus menerima Yesus sebagai Tuhan. Supaya Yesus dapat menjadi Tuhan yang bertakhta dalam hidup kita dan kerana itu kita jadilah pengikut Yesus yang taat dan setia. Amen! Haleluya! Segala puji hormat dan syukur kepada Tuhan Yesus. Sekian terima kasih dan Tuhan memberkati. Komuniti Digital
- Nama yang Illahi
Shalom saudara, Dalam bahagian ini, kita akan lihat nama Yesus. Nama Yesus, adalah unik, dan dari nama-Nya, kita dapat membuktikan ketuhanan Yesus. Nah, pertama-tama kita lihat, gelaran ini, iaitu Mesias. Untuk itu, kita perlu merujuk kepada Perjanjian Lama. Nah, Perjanjian Lama mengajar bahawa Mesias adalah Tuhan. Mesias itu adalah Yang Diurapi. Itulah maksud Mesias, Yang Diurapi. Bangsa Israel, menanti-nantikan kedatangan Mesias Yang akan menyelamatkan mereka. Kedatangan Mesias telah dinubuatkan banyak kali dalam Perjanjian Lama. Dan mereka tahu bahawa Mesias yang akan datang ini, bukanlah manusia biasa. Malah banyak nubuatan-nubuantan tentang Mesias, menunjukkan bahawa, Mesias memiliki sifat-sifat yang ilahi. Dan kita tahu bahawa, Mesias itu adalah Yesus Kristus, yang telah datang menjadi Penyelamat dunia. Sepertimana Yohanes bersaksi dalam suratnya 1 Yohanes 4:14 “Dan kami telah melihat dan bersaksi, bahawa Bapa telah mengutus Anak-Nya menjadi Juruselamat dunia. Barangsiapa mengaku bahawa Yesus adalah anak Allah. Allah tetap berada di dalam dia, dan dia di dalam Allah.” Demikianlah firman Tuhan itu. Nah, Dalam budaya orang Yahudi, nama seseorang itu, membawa maksud. Apabila sebuah keluarga melahirkan seorang anak, mereka akan memberi maksud kepada nama anak yang baru lahir itu. Mereka tidak akan memberi nama mengikut glamor, selebriti, atau mengikut orang-orang ternama. Sebaliknya, mereka memberi nama yang membawa maksud yang bermakna kepada anak itu. Inilah budaya orang Yahudi. Maka, nama Yesus Kristus, ada maksudnya. Mari kita lihat sekarang maksud nama Yesus Kristus. Yang pertamanya adalah Yesus. Nama Yesus bermaksud, Penyelamat. Dalam Matius 1:21, Malaikat Gabriel memberitahu Yusuf untuk menamakan anaknya Yesus. Kerana Dialah, iaitu Yesus yang akan menyelamatkan umat-Nya dari dosa mereka. Yang menakjubkan di sini adalah, Dalam Perjanjian Lama, Tuhan telah mengatakan beberapa kali bahawa hanya Tuhan Allah, satu-satunya Juru-selamat. Tidak ada yang lain. Ini dinyatakan dalam Yesaya 43:11 “Aku, Akulah Tuhan dan tidak ada Juru-selamat selain daripada Aku.” Demikianlah firman Tuhan itu. Tuhan Allah, menegaskan, Dialah satu-satu-Nya, Juru selamat. Tidak ada yang lain. Tetapi di dalam Perjanjian Baru, Yesus adalah, Juru-selamat dunia. Dan ini menunjukkan, kesetaraan Yesus dengan Allah, iaitu sebagai Penyelamat dan sekali lagi menunjukkan keilahian Yesus. Begitu juga dalam, Injil Yohanes 3:17 “Sebab Allah mengutus anak-Nya ke dalam dunia bukan untuk menghakimi dunia melainkan untuk menyelamatkannya oleh Dia.” Nah, ayat ini jelas mengatakan bahawa Yesus datang untuk menjadi Penyelamat dunia. Maka, sekiranya Perjanjian Lama mengatakan bahawa Tuhan adalah satu-satunya Penyelamat dan tidak ada yang lain, dan Yesus adalah Penyelamat dalam Perjanjian Baru. Maka siapakah Yesus? Seterusnya Nama Kristus. Nah, Kristus adalah nama, dalam bahasa Yunani iaitu "Christos" (Χριστός), yang sama dengan maksud Mesias. Mesias itu adalah gelaran dalam bahasa Ibrani dan telah dikatakan tadi, Maksud Mesias itu adalah, Yang Diurapi. Yesus adalah anak Allah, iaitu Mesias, yang akan datang ke dalam dunia, dalam peribadi manusia. Nah, perhatikan ayat-ayat berikut yang menunjukkan keilahian Mesias dalam Perjanjian Lama. Dalam Yesaya 9:5 dikatakan ini “Sebab seorang anak telah lahir untuk kita. Seorang Putera telah diberikan untuk kita. Lambang pemerintahan ada di atas bahu-Nya, dan nama-Nya disebutkan orang Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, dan Raja Damai.” Ayat ini adalah satu ayat yang terkenal kerana sering dibaca semasa musim Krismas, dan kita tahu bahawa Anak yang telah lahir untuk kita itu, merujuk kepada Yesus, dan Yesus lah yang disebut Mesias yang akan datang. Perhatikan dengan teliti dalam ayat ini, ya, “Anak itu, iaitu Mesias yang akan datang diberi nama Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal dan Raja Damai.”Nah, semua gelaran-gelaran ini adalah gelaran-gelaran yang ilahi untuk Allah Bapa. Tetapi telah diberikan kepada Tuhan Yesus. Nah, itulah sebabnya bila Yesus datang ke dunia, Ia tidak perlu memperkenalkan diri sebagai Tuhan atau berkata “Akulah Tuhan! Maka sembahlah Aku!” Sebab nama-Nya, membawa maksud Tuhan. Maka, apabila kita memanggil nama Yesus Kristus, dalam apa jua bahasa, kita secara langsungnya telah memanggil Yesus Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai. Amen! Haleluya! Dan orang-orang Yahudi tahu tentang itu. Nah, ingat dalam budaya orang-orang Yahudi, nama membawa maksud. Itulah sebabnya Apabila Yesus memperkenalkan diri-Nya, bahawa dialah Kristus. Ramainya orang yang beragama mahu membunuh Yesus kerana mereka faham maksud nama itu. Dan mereka, menuduh Yesus, menghujat nama Allah, dan menyamakan Dia dengan Allah. Hanya dengan Yesus memperkenalkan diri dengan Nama Yesus Kristus itu. Nah, satu lagi petikan dalam Perjanjian Lama yang menunjukkan keilahian Mesias adalah, Daniel 7:13-14 berkata begini “Aku terus melihat dalam penglihatan malam itu, tampak datang dengan awan-awan dari langit Seorang seperti Anak Manusia. Datanglah Ia kepada yang lanjut usianya itu dan ia dibawa ke hadapan-Nya. Lalu diberikan kepada-Nya kekuasaan dan kemuliaan dan kekuasaan sebagai Raja. Maka orang-orang dari segala bangsa, suku bangsa dan bahasa mengabdi kepada-Nya. Kekuasaan-Nya ialah kekuasaan yang kekal, yang tidak akan lenyap dan kerajaan-Nya, ialah kerajaan yang tidak akan musnah.” Amen! Nah, Inilah satu-satu petikan, yang menyebut tentang gelaran Anak Manusia yang diberikan kepada Mesias. Nah, petikan ini, sangat penting kerana, ia memberitahu kita tentang ciri-ciri Anak Manusia yang akan datang. Nah, disebut dalam ayat 14 bahawa Anak Manusia ini diberi segala kekuasaan dan kemuliaan sebagai Raja. Malah, seluruh suku bangsa dan bahasa akan mengabdi kepada-Nya. Itu dalam maksud memberi hormat dan sembah kepada-Nya, dan kekuasaan dan kerajaan-Nya akan kekal untuk selama-lamanya. Nah, kenyataan yang sama, dicatat dalam Wahyu 11:15 “Lalu malaikat yang ketujuh meniup sangkakalanya, dan terdengarlah suara-suara nyaring di dalam syurga katanya pemerintahan atas dunia dipegang oleh Tuhan kita dan Dia yang diurapi-Nya iaitu Mesias, dan Ia akan memerintah sebagai Raja sampai selama-lamanya.” Begitu juga dalam Wahyu 5:13 mengatakan bahawa “Semua makhluk, sama ada di syurga, atau di bumi akan memberi penyembahan dan pujian kepada Kristus dengan berkata, bagi Dia yang duduk di atas takhta dan bagi Anak Domba adalah puji-pujian dan hormat dan kemuliaan dan kuasa sampai selama-lamanya.” Maka sangat-lah jelas, bahawa Anak Manusia, iaitu Mesias yang akan datang ini adalah ilahi. Iaitu memiliki ciri-ciri ketuhanan yang layak disembah dan dipuji. Adakah Yesus mengaku diri-Nya Mesias? Sudah tentu “Ya”! Dan kalau “Ya” iaitu Yesus mengaku bahawa Dialah Mesias. Maka, Yesus mengaku bahawa Dialah yang disebut Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai. Dialah Anak Manusia yang akan bertakhta, yang akan di mana segala suku bangsa akan mengabdi kepada-Nya. Dan kita tahu bahawa Anak Manusia adalah gelaran yang selalunya dipakai dan digemari oleh Yesus. Nah, perhatikan petikan dalam Markus 14:61-64 ,ya, “Imam besar itu bertanya kepada-Nya sekali lagi, katanya, Apakah Engkau Mesias? Anak dari yang terpuji.” Nah, jawab Yesus “Akulah Dia dan kamu akan melihat Anak Manusia duduk disebelah kanan Yang Mahakuasa dan datang di tengah-tengah awan-awan di langit.” Kalau kita perhatikan kata-kata Yesus dalam petikan ini, dengan teliti, kita akan dapat perhatikan bahawa Yesus memetik dari Daniel 7:13-14 yang saya telah sebut tadi. Dengan itu, Yesus memberi pengesahan bahawa Dialah Penggenapan kepada nubuatan Daniel dalam 7:13-14 itu. Yang mengatakan bahawa Yesus lah diberi segala kekuasaan dan kemuliaan dan seluruh suku bangsa dan bahasa akan mengabdi kepada-Nya. Wow! Haleluya! Nah, bukan saja Yesus mengaku dirinya Mesias, tetapi, Yesus juga diakui sebagai Mesias oleh murid-murid-Nya. Perhatikan pengakuan Petrus dalam Lukas 9:20 “Yesus bertanya kepada mereka, menurut kamu siapakah Aku ini?” Jawab Petrus “Mesias dari Allah.” Nah, perhatikan pengaku Martha dalam Yohanes 11:27 “Ya Tuhan! Aku percaya bahawa Engkaulah Mesias Anak Allah! Dia yang akan datang ke dalam dunia.” Haleluya! Dengan hanya kita lihat nama Yesus sahaja, kita telah dapat melihat ketuhanan Yesus. Kalau saudara masih ingat dalam Filipi 2:10 berkata “Dalam nama Yesus, bertekuk lutut segala yang ada di langit dan ada di atas bumi, dan ada di bawah bumi, dan segala lidah mengaku Yesus Kristus adalah Tuhan bagi kemuliaan Allah Bapa.” Sesungguhnya, Yesus adalah luar biasa dan kerana itu teruslah memuliakan Tuhan Yesus dengan memberikan penyembahan dan pujian yang terbaik kerana Yesus telah memberikan yang terbaik kepada kita. Amen! Sekian terima kasih dan Tuhan memberkati. Komuniti Digital
- Menjawab doa, Pencipta, Tidak Berdoa
Shalom saudara, Sekarang kita, lihat Sifat Keilahian Yesus, iaitu Yesus menjawab doa. Dalam Injil Yohanes, 14:14, Yesus berkata begini, “Jika kamu meminta sesuatu kepada-Ku dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya.” inilah janji daripada Yesus, Ya, untuk membuktikan Yesus adalah Tuhan dari ayat ini, kita tanyalah soalan ini, Apakah sifat yang Yesus perlu ada, supaya Ia dapat mendengar semua doa, dari semua orang, setiap masa, dan melakukannya? Bermaksud, Yesus tidak boleh tidur. Dan harus mendengar doa dari semua orang, dari Utara, Selatan, Timur, Barat. Ya, dan bukan saja dengar doa. Tapi harus juga faham bahasa doa mereka. Iaitu bahasa Jepun, bahasa Korea, Annyeong haseyo, Tuhan Yesus tahu itu. Dan bahasa Sepanyol, bahasa Arab, bahasa Perancis, dan bahasa Mexico dan sebagainya. Dan bukan saja mendengar doa-doa kita, tetapi juga harus melakukannya. Maka, Apakah sifat-sifat yang Yesus perlu ada, supaya Ia dapat menggenapi janji ini? Ya, Mahatahu, Mahakuasa, dan Mahahadir. Maka dengan janji-Nya menjawab doa, Yesus dapat membuktikan bahawa Yesus adalah Tuhan. Sebab, Yesus harus menjadi Mahatahu, Mahakuasa, dan Mahahadir untuk menggenapi janji-Nya menjawab doa. Sifat Ilahi yang seterusnya ialah, Yesus adalah Pencipta. Mencipta di sini, bukan sekadar mencipta benda-benda biasa. Tetapi mencipta seluruh alam. Ya, di dalam Perjanjian Lama Yang menciptakan seluruh alam semesta, langit dan bumi adalah Allah. Tetapi di dalam Perjanjian Baru, dikatakan bahawa segala sesuatu diciptakan melalui Yesus, oleh Yesus, dan untuk Yesus. Contohnya dalam Yohanes 1:3 “Segala sesuatu dijadikan oleh Dia, iaitu Yesus dan dan tanpa Dia tidak ada suatu pun yang telah jadi dari segala yang telah dijadikan.” Kolose 1:16 berkata begini “Kerana di dalam Dialah, iaitu Yesus telah diciptakan segala sesuatu yang ada di syurga dan yang ada di bumi, yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, baik singgahsana, mahupun kerajaan, baik pemerintah, mahupun penguasa. Segala sesuatu diciptakan oleh Dia, dan untuk Dia, iaitu Yesus.” Dalam surat Ibrani 1:2 pula berkata begini “Maka pada zaman akhir ini, Ia telah berbicara kepada kita dengan perantaraan Anak-Nya, yang telah Ia tetapkan sebagai yang berhak menerima segala yang ada, oleh Dia, iaitu Yesus Allah telah menjadikan alam semesta” Ayat-ayat ini, ditulis oleh tiga penulis yang berbeza dan mereka sangat percaya Yesus adalah Pencipta segala sesuatu. Maka ini sangat membuktikan, Yesus adalah Tuhan, bukan manusia biasa. Kerana manusia biasa tidak boleh mencipta langit baru dan bumi baru. Nah, sifat seterusnya ialah Yesus tidak berdosa. Nah, semua manusia pasti telah berbuat dosa, sejak manusia pertama, iaitu Adam dan semua nabi-nabi, dan orang-orang yang ternama, orang biasa semuanya adalah orang yang berdosa. Kerana surat Roma 3:23 berkata “Kerana semua orang telah berbuat dosa dan telah kehilangan kemuliaan Allah.” Surat Efesus 2:3 berkata “Pada dasarnya kami adalah orang-orang yang harus dimurkai.” Tapi dalam Alkitab, mencatat bahawa Yesus tidak berdosa. Dalam Injil Lukas 23:4 “Maka kata Pilatus kepada imam-imam kepala dan orang banyak itu. Saya tidak mendapat satu kesalahan pun pada orang ini untuk menghukum Dia”, iaitu Yesus. Dalam Lukas 23:47 “Ketika perwira pasukan melihat apa yang sudah terjadi, Ia memuji Allah, lalu ia berkata sungguh Dia tidak bersalah.” Ya, Yesus tidak bersalah. Dalam Injil Lukas 23:41 berkata begini “Ada 2 penjahat di atas kayu salib itu dan satu daripada penjahat itu berkata: Hanya hukuman kita berdua memang setimpal dengan perbuatan kita, tetapi Dia iaitu Yesus, sama sekali tidak bersalah.” Nah, perhatikan tiga ayat ini, musuh-musuh Yesus dan penjahat-penjahat mengakui bahawa tidak ada kesalahan atau dosa dalam Yesus. Wow! Dan tambah lagi dalam 2 Korintus 5:21 “Paulus berkata Kristus tidak berdosa tetapi Allah membuat Dia menanggung dosa kita.” Dalam Surat Ibrani pula, dalam 4:15 “Yesus itu sudah dicobai dalam segala hal sama seperti kita sendiri, hanya Ia tidak berbuat dosa.” Dalam Surat 1 Yohanes 3:5 berkata begini “Kalian tahu bahawa Kristus datang untuk menghapuskan dosa-dosa manusia dan bahawa tidak ada dosa dalam Diri-Nya.” Pernahkah anda dengar seorang Yang tak pernah berdosa? Tidak kan? Ya! Begitu juga tak pernah anda dengar ada orang yang memberi komen atau bersaksi tentang orang lain bahawa orang itu tidak berdosa. Ya, sememangnya kita semua telah berdosa, dan harus meminta ampun dari Tuhan. Tetapi Yesus tidak berdosa, dan kalau Yesus tak pernah berdosa, maka Yesus bukan sekadar manusia biasa. Yesus adalah sempurna, dan kesempurnaan dan tidak berdosa adalah sifat yang hanya dimiliki oleh Tuhan. Dan kedua-dua sifat ini, iaitu sempurna dan tak berdosa, dimiliki oleh Yesus. Haleluya! Sesungguhnya kita boleh bersorak dan mengisytiharkan, Yesus adalah luar biasa. Amen! Maka bersama-sama, dengan malaikat-malaikat di syurga kita boleh berkata, “Anak Domba yang disembelih itu layak untuk menerima Kuasa dan kekayaan dan hikmat dan kekuatan dan hormat dan kemuliaan dan puji-pujian Haleluya!” Sekian terima kasih, dan Tuhan memberkati. Komuniti Digital
- Maha Kuasa
Shalom saudara Kita sambung lagi perbicaraan tentang sifat-sifat keilahian Yesus. Sekarang kita lihat pula sifat Mahakuasa. Nah, Yesus melakukan banyak mukjizat dan mukjizat-mukjizat-Nya mengukuhkan kebenaran bahawa Yesus adalah Tuhan. Yesus sendiri memberitahu murid-murid-Nya dalam Yohanes 14:11 Percayalah kepada-Ku, bahwa Aku di dalam Bapa dan Bapa di dalam Aku; atau setidak-tidaknya, percayalah karena pekerjaan-pekerjaan itu sendiri. Dengan mengatakan bahawa Aku di dalam Bapa dan Bapa di dalam Aku, Yesus menunjukkan kesetaraan-Nya dengan Bapa dari segi sifat ilahi yang dimiliki oleh Yesus. Sebab sebelum itu Yesus memberitahu murid-murid-Nya, barangsiapa telah melihat AkuIa telah melihat Bapa. Bermaksud, kalau kita ingin mengenal Bapa dan mengenal sifat-sifat ketuhanan Bapa seperti kasih, kekuasaan-Nya, kemahatahuan-Nya, kekudusan-Nya, kesempurnaan-Nya, maka lihatlah Yesus. Kita dapat lihat sifat-sifat keilahian dalam Yesus. Itulah sebabnya kalau kita melihat Yesus, kita akan melihat Bapa. Sepertimana Paulus juga berkata dalam Kolose 2:9, Sebab di dalam Yesus lah berdiam secara jasmaniah seluruh kepenuhan ke-Allahan. Maka Yesus berkata, “Kalau kamu tidak percaya tentang hal ini lihatlah pekerjaan-pekerjaan yang saya lakukan.” Saya ingin membawa kita melihat beberapa mukjizat yang dilakukan oleh Yesus. Dan saya akan mengambil masa untuk menjelaskan mukjizat itu supaya kita dapat lihat kemahakuasaan Yesus. Mukjizat pertama, Yesus menukar air jadi air anggur atau wain. Untuk mendapat air anggur, macam mana proses dia ya? Nah, pertama-tama mesti ada biji-biji anggur. Tanam biji anggur itu dan harus jaga dengan menyiram dan meletak baja dan sebagainya kan? Dan selepas itu harus tunggu musimnya untuk berbuah iaitu berapa bulan. Harus tunggu. Dan lepas itu musim berbuah harus petik buahnya, harus prosesnya. Dan untuk mendapat air anggur yang tinggi kualitinya harus simpan dalam botol untuk beberapa tahun. Bermaksud, proses untuk menghasilkan air anggur adalah sangat lama, Ia mungkin bertahun-tahun. Tapi apa yang Yesus lakukan, ia hanya dalam sekelip mata sahaja. Air yang kosong tiba-tiba tukar jadi air anggur. Dan bukan sekadar air anggur yang biasa, tapi air anggur yang sangat berkualiti. Apakah ini mukjizat yang boleh dilakukan oleh orang biasa? Air kosong tiba-tiba jadi air anggur yang sangat berkualiti lagi. Nah, mukjizat kedua. Yesus memberi makan kepada 5000 orang dengan hanya lima roti dan dua ikan. Nah, bayangkan kita mahu buat kenduri besar. Macam mana persiapannya? Yang pertama harus budgetlah dulu kan? Harus pergi supermarket beli barang-barang. Lepas itu potong sayur, potong daging, cuci dan masak. Nah, berapa orang yang masak? Ha, pasti bukan satu orang. Bermaksud, proses untuk membuat satu kenduri yang besar katakan untuk 5000 orang itu bukan senang. Ya, dan perlu banyak masa dan kerja. Tapi apa yang Yesus lakukan? Yesus berdoa, dan lima roti dan dua ikan itu berlipat-ganda dan dapat memberi makan kepada lima ribu orang dan keluarga mereka sampai kenyang. Dan lepas makan ada lebih lagi, boleh tapau lagi 12 bakul. Wow! Apakah mukjizat ini boleh dilakukan oleh orang biasa? Sungguh luar biasa. Ya, Tuhan Yesus. Nah, dua mukjizat ini iaitu tukar air jadi air anggur dan memberi makan kepada lima ribu orang. Ia menunjukkan satu kebenaran yang sangat penting tentang Yesus. Iaitu, Yesus tidak terikat dengan faktor masa. Kalau Yesus mahu sesuatu itu terjadi, ia akan terjadi. Tidak perlu tunggu musim atau buat persediaan dan sebagainya. Yesus tidak terikat dengan faktor masa atau musim. Yesus melakukan dua mukjizat lagi yang sungguh luar biasa iaitu beredakan ribut taufan dan berjalan atas air. Wow! Bayangkan ya, meredakan ribut taufan yang begitu buas melanda murid-murid Yesus yang dalam perahu sehingga mereka takut perlu diselamatkan. Dan Yesus meredakan ribut taufan itu hanya dengan kata-kata-Nya sahaja. Sesungguhnya kata-kata Yesus sangat berkuasa sehingga Alkitab berkata ribut taufan pun mendengar kata-kata Tuhan Yesus. Wow! Bolehkah manusia biasa lakukan hal itu? Dan Yesus berjalan atas air. Nah, cubalah anda berjalan atas air, apa yang akan terjadi? Pasti anda akan tenggelam. Ini adalah kerana ada sesuatu hukum Alam yang sedang bekerja. Iaitu Hukum Graviti yang menarik kita ke bawah, Nah, menyebabkan kita tenggelam. Dua mukjizat ini,meredakan ribut dan berjalan atas air menunjukkan satu lagi kebenaran yang sangat penting tentang Yesus. Iaitu Yesus berkuasa atas hukum Alam. Manusia biasa mahu tidak mahu harus tunduk kepada hukum Alam. Ya, kalau terjadi gempa bumi kita juga akan terasa dan bergoyang. Ya, kita tidak boleh mengangkat diri dan terapung-apung di udara kan? Tapi Yesus menunjukkan bahawa Ia dapat mengatasi segala hukum alam dengan berjalan atas air dan meredakan ribut taufan. Ini membuktikan Yesus bukan sekadar manusia biasa, tetapi benar-benar sangat berkuasa. Satu lagi mukjizat yang sangat luar biasa dilakukan Yesus pada malam sebelum Yesus ditangkap. Iaitu telinga seorang hamba kepada imam besar telah terputus. Nah, saya telah tanya ramai orang kalau keadaan ini benar-benar terjadi oleh seseorang di depan mereka di depan mata mereka, Ya, telinga seseorang telah terputus, apa yang harus mereka lakukan? Jawapan yang saya biasa terima adalah, Ya, kita harus hantar orang ini ke hospital, masuk ICU, mesti di bedah, di jahit, sambung kembali telinga yang terputus itu. Dan pembedahan ini harus dilakukan oleh seorang doktor pakar bukan doktor biasa. Doktor pakar itu ialah doktor E.N.T. (Ear Nose Throat.) Sebab doktor yang biasa tak boleh lakukan pembedahan ini. Secara kebetulan, saya ada seorang kawan yang bekerja sebagai doktor E.N.T. Maka saya ambil kesempatan untuk bertanya dia, “Doktor, kalau telinga kita terputus, dan doktor jahit kembali berapa lama agaknya telinga itu dapat dipakai atau berfungsi semula?” Nah, kalaulah kamu, kamu agak berapa lama ya? Nah, bagi saya mungkin 3 hingga 6 bulan. Kamu mahu tahu apa jawapan dari doktor pakar itu? Dia jawab, “Saya tak tahu.” Nah, jawapan doktor itu mengejutkan saya. Saya membalas, “Kamu adalah doktor pakar doktor E.N.T., kenapa tidak tahu?” Dan dia berkata, “Kalau kita mahu jahit semula telinga itu kita harus jahit saluran-saluran darah dan urat-urat sarafnya yang telah terputus. Barulah telinga itu dapat berfungsi semula.” Wow! Kawan saya berkata, tidak ada doktor yang mahu buat itu. Maka dibiarkan begitu saja. Tapi apa yang Yesus lakukan? Yesus mengambil telinga yang terputus itu dan Dia macam tampal sahaja pada orang sakit itu. Dia pun sembuh kembali pada saat juga. Tak perlu tunggu 3 atau 6 bulan ya. Apa yang tidak dapat dilakukan oleh pakar-pakar perubatan dapat dilakukan oleh Yesus. Haleluya! Kenapa saya ceritakan semua mukjizat Yesus sini dengan begitu detail? Sebab bila saya mengkaji mukjizat-mukjizat Yesus saya punya respond hanya satu saja iaitu Wow! Dari mukjizat-mukjizat yang saya telah ceritakan, Itu hanya sebahagian sahaja. Saya benar-benar dapat melihat kemuliaan Tuhan Yesus. Dan saya faham sekarang apa maksud Yohanes dalam Yohanes 2:11 Iaitu setelah Yesus melakukan mukjizat pertama-Nya menukar air kosong jadi air anggur, Yohanes berkata, Hal itu dibuat Yesus di Kana yang di Galilea, sebagai yang pertama dari tanda-tanda-Nya dan dengan itu Ia telah menyatakan kemuliaan-Nya, dan murid-murid-Nya percaya kepada-Nya. Saya ingin mendorong kita semua saudara-saudara yang dikasihi Tuhan Yesus. Supaya dapat encounter kemuliaan Tuhan atau maksud saya ialah mengalami kemuliaan Tuhan dengan mencari Yesus dengan lebih sungguh-sungguh. Datang encounter ini pasti akan mengubah hidup kita. Seperti mana yang telah terjadi dengan Paulus. Kita tahu sebelum Paulus mengenal Tuhan secara peribadi dia adalah seorang yang sangat beragama. Seorang yang sangat mentaati hukum-hukum Allah. Tapi sayangnya Paulus tidak mengenal Tuhannya secara peribadi. Sehinggalah pada suatu hari apabila dalam perjalanan ke Damsyik dia telah berdepan, dia telah bertemu dengan kemuliaan Tuhan. Dan encounter dengan kemuliaan Tuhan itu telah mengubah hidupnya sehingga dia telah menulis kata-kata yang luar biasa ini di Filipi 3:7, Tetapi apa yang dahulu merupakan keuntungan bagiku, sekarang kuanggap rugi karena Kristus. Malahan segala sesuatu kuanggap rugi, karena pengenalan akan Kristus Yesus, Tuhanku, lebih mulia dari pada semuanya. Oleh karena Dialah aku telah melepaskan semuanya itu dan menganggapnya sampah, supaya aku memperoleh Kristus, Dan ayat 10 berkata ini Yang kukehendaki ialah mengenal Dia dan kuasa kebangkitan-Nya dan persekutuan dalam penderitaan-Nya, di mana aku menjadi serupa dengan Dia dalam kematian-Nya, supaya aku akhirnya beroleh kebangkitan dari antara orang mati. Maka Paulus seorang yang sangat beragama.Apabila telah bertemu dengan Yesus secara peribadi dan percaya sepenuhnya kepada Yesus hidupnya berubah. Dan dia tidak ragu-ragu untuk mengaku bahawa Yesus adalah Tuhan. Dan Paulus mendapat pengampunan dosanya dan menerima keselamatannya. Dan selepas itu, Paulus terus merindukan Tuhan Yesus dan ingin mengenal Yesus dengan lebih dalam lagi sehingga sanggup menjadi sama seperti Yesus. Saya harap kita juga ada kerinduan yang sama seperti Paulus itu. Kerinduan yang ingin mengenal Tuhan Yesus secara peribadi dan menjadi sama seperti Yesus. Jangan hanya mahu percaya kerana ianya suatu agama yang mengajar untuk buat baik. Tetapi belajarlah untuk mengenal Yesus secara peribadi. Dan dengan itu ianya lebih dari hanya suatu agama, itu suatu perhubungan dengan Yesus. Dan itulah Kekristenan. Itu sesuatu perhubungan dengan Yesus Tuhan seluruh alam semesta. Haleluya! Sesungguhnya Yesus adalah luar biasa. Yesus adalah hidup. Dan biarlah Yesus hidup di dalam kita. Segala puji dan hormat dan syukur diberikan kepada Yesus Kristus Tuhan kita. Sekian terima kasih dan Tuhan memberkati. Komuniti Digital
- Maha Hadir, Maha Tahu
Shalom saudara Kita sambung lagi Perbicaraan tentang sifat-sifat keilahian Yesus yang membuktikan Yesus benar-benar adalah Tuhan. Sifat yang seterusnya adalah Yesus Mahahadir. Dalam Injil Matius 28:20 Yesus berkata begini, “Dan ketahuilah Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman.” Dalam Matius 18:20 Yesus juga berkata begini, "Sebab dimana dua atau tiga orang berkumpul dalam nama-Ku, di situ Aku ada Di tengah-tengah mereka." Saya ingin menarik perhatian saudara Kepada kata-kata Yesus dalam kedua-dua ayat ini. Yesus berkata Aku menyertai kamu senantiasa. Aku ada di tengah-tengah mereka. Apakah ini kata-kata yang boleh diucapkan oleh seorang manusia yang biasa? Nah, siapa di antara nabi-nabi atau rasul-rasul Tuhan yang boleh mengucapkan kata-kata ini? Setahu saya tidak ada orang yang seperti itu yang boleh berkata Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman. Tidak ada orang yang boleh mengucapkan kata-kata begini. Yesus membuktikan bahawa Yesus adalah Mahahadir dengan berkata Aku menyertai kamu senantiasa sampai akhir zaman. Dan ini membawa sesuatu kebenaran yang sangat penting dalam kita menjelaskan atau mempertahankan ketuhanan Yesus. Walaupun Yesus tidak berkata Akulah Tuhan sembahlah Aku, namun kata-kata yang keluar dari mulut Yesus sangat menunjukkan bahawa Yesus adalah Tuhan. Di sini saya ingin memberi beberapa contoh kata-kata Yesus yang menunjukkan ketuhanannya. Nah, Yesus berkata dalam Yohanes 6:35 “Akulah roti hidup. Barangsiapa datang kepada-Ku ia tidak akan lapar lagi dan barangsiapa percaya kepada-Ku Ia tidak akan haus lagi.” Nah, apakah ini kata-kata manusia biasa? Dan lagi di dalam Yohanes 8:12 Yesus berkata, “Akulah terang dunia barangsiapa mengikut Aku Ia tidak akan berjalan dalam kegelapan melainkan ia akan mempunyai terang hidup.” Lagi dalam Yohanes 11:25-26 Yesus berkata lagi, “Akulah kebangkitan dan hidup barangsiapa percaya kepada-Ku Ia akan hidup walaupun dia sudah mati. Setiap orang yang hidup dan yang percaya kepada-Ku tidak akan mati selama-lamanya.” Ini bukan kata-kata dari manusia biasa. Nah, Yesus juga berkata dalam Yohanes 6:38 “Aku telah turun dari sorga.” Nah, kalau ada orang yang mengucapkan kata-kata ini, saya rasa orang ini tidak betul fikirannya kerana tidak ada orang yang akan berkata “Aku turun dari sorga”. Maka di sini kita lihat Yesus tidak pernah mengatakan Aku adalah Tuhan, tapi kata-kata yang keluar dari mulut-Nya sangat menunjukkan bahawa Yesus adalah Tuhan. Nah, sifat keilahian Yesus yang seterusnya adalah Mahatahu. Nah, berapa kali dalam Injil, Yesus menunjukkan bahawa Yesus memiliki sifat yang Mahatahu. Iaitu sebelum sesuatu hal atau peristiwa itu terjadi Yesus telah memberitahunya lebih awal dan perkara itu terjadi. Contohnya, Yesus tahu siapa yang akan mengkhianati-Nya iaitu Yudas. Pada malam jamuan terakhir bersama murid-murid-Nya, Yesus berkata bahawa orang yang mencelupkan tangannya bersama-sama dengan Dia dalam pinggan dialah akan mengkhianati-Nya. Itu dalam Matius 26:23. Dan perkara itu benar-benar terjadi. Yudas yang mengkhianati Yesus dengan menjualkan Yesus dengan 30 keping wang perak. Yesus juga tahu Petrus akan menyangkal Yesus tiga kali dan Yesus menambahkan lagi berkata bahawa selepas Petrus menyangkal-Nya, ayam akan berkokok. Si Petrus keras-keras menolak kenyataan itu dan berkata, “Sekalipun aku harus mati aku takkan menyangkal Engkau.” Tapi tepat seperti mana kata Yesus, Petrus menyangkal Yesus 3 kali dan selepas itu ayam berkokok. Yang luar biasanya sebelum hal atau peristiwa itu terjadi Yesus telah memberitahunya lebih awal dan sangat detail, sangat terperinci dan semuanya terjadi sepertimana yang dikatakan Yesus. Selain itu Yesus tahu tentang sejarah kehidupan seorang perempuan Samaria yang belum pernah dijumpai-Nya. Dan ceritanya ada diberitahu dalam Yohanes 4. Yesus tahu tentang perkahwinan perempuan Samaria itu. Yesus tahu bahawa perempuan ini telah berkahwin lima kali. Dan hal ini sangat mengejutkan perempuan Samaria itu dan dia tahu bahawa dia telah bertemu dengan seorang yang luar biasa. Dan perempuan Samaria ini berasa sangat terkesan dengan kata-kata Yesus sehingga dia telah mengajak seluruh orang di Kota Samaria untuk datang berjumpa dengan Yesus. Perempuan itu memberitahu mereka kata-kata ini dalam Yohanes 4:30. "Ia mengatakan kepadaku segala sesuatu yang telah ku perbuat." Maksudnya perempuan Samaria ini mengaku bahawa Yesus memiliki sifat Mahatahu. Kita harus ingat ya inilah kali pertama Yesus dan perempuan Samaria ini bertemu dan Yesus sudah tahu segala-galanya tentang perempuan Samaria itu. Satu lagi perkara yang luar biasa adalah apabila orang-orang dari Kota Samaria datang mendengar kata-kata Yesus. Mereka juga menjadi kagum dengan keperibadian Yesus sehingga mereka bersaksi kepada perempuan Samaria itu dan berkata kami percaya tetapi bukan lagi kerana apa yang kau katakan sebab kami sendiri telah mendengar Dia dan kami tahu bahawa Dialah benar-benar juruselamat dunia. Ya, Yesus benar benar adalah juruselamat dunia. Amen! Nah, sekali lagi disini kita lihat kata-kata yang keluar dari mulut Yesus sangat menunjukkan bahawa Yesus bukan sekadar manusia biasa. Kemahatahuan Yesus telah mengkagumkan satu Kota Samaria. Yesus juga tahu apa yang terjadi pada zaman akhirat ataupun zaman akhir. Yesus mengajar murid-murid-Nya hal-hal tentang zaman akhir dalam Injil Matius bab 24 dan 25. Bila Yesus mengajar tentang zaman akhir, Yesus tidak perlu merujuk kepada mana-mana buku rujukan. Dia dengan penuh autoriti. Yesus memberi penjelasan tentang zaman akhir walaupun belum terjadi. Yesus sudah tahu hal-hal tentang zaman akhir. Inilah kemahatahuan Yesus. Dan satu lagi bukti kuat yang sangat menunjukkan kemahatahuan Yesus adalah Yesus tahu isi hati dan fikiran manusia. Dalam Injil Markus bab 2, Yesus menyembuhkan seorang yang sakit lumpuh dan mengampuni dosanya. Maka apabila hal itu dilihat orang-orang yang beragama mereka tidak senang hati dan mengatakan bahawa Yesus menghujat Allah kerana hanya Allah yang dapat mengampuni dosa. Alkitab berkata dalam Markus 2:8, Yesus segera mengetahui dalam hati-Nya bahawa mereka berfikir demikian lalu Ia berkata kepada mereka, “Mengapa kamu berfikir begitu dalam hatimu?” Kemahatahuan Yesus juga diakui oleh murid-murid Yesus. Dalam Yohanes 16:30 Mereka berkata, “sekarang kami tahu bahawa Engkau mengetahui segala sesuatu dan tidak perlu orang bertanya kepada-Mu. Kerana itu kami percaya bahawa Engkau datang dari Allah.” Cuba anda bayangkan saudara, kalau anda adalah perempuan Samaria yang Yesus jumpa atau anda adalah Si Petrus itu, dan anda bertemu dengan seorang yang tahu tentang hal-hal peribadi anda yang lalu iaitu kehidupan anda yang lalu dan memberitahu anda apa yang akan terjadi dan perkara itu benar-benar terjadi. Tidakkah itu membuat kamu fikir dan bertanya siapakah orang ini yang tahu tentang segala-galanya tentang aku dan Dia juga tahu segala isi hati dan fikir aku dengan begitu detail. Ya. Tidak ada yang tersembunyi dari Yesus. Itulah Yesus Yang Mahatahu. Amen. Nah, Yesus tidak perlu berkata, “Akulah Tuhan sembahlah Aku.” Tetapi dengan menunjukkan kemahatahuan-Nya itu jelas menunjukkan bahawa Yesus adalah Tuhan. Yesus tak henti-henti memberi kejutan dan mengkagumkan orang-orang yang hatinya terbuka kepada Yesus. Tapi kepada mereka yang tak percaya, Yesus menjadi batu sandungan. Nah, bukalah hati dan pintu hati anda kepada Yesus. Biarlah Yesus masuk dan lihatlah Yesus bekerja di dalam hidup anda membawa perubahan yang menjadikan anda manusia yang baru. Haleluya! Segala puji dan hormat dan syukur diberikan kepada Yesus Kristus Tuhan kita. Sekian terima kasih dan Tuhan memberkati. Komuniti Digital












