top of page

Cari

3189 results found with an empty search

  • Bersiap Sedia Untuk Kedatangan Kembali Tuhan Yesus

    “Oleh itu, kamu hendaklah bersedia  kerana Anak Manusia akan datang pada suatu masa yang tidak kamu sangka.” Lukas 12:40 AVB   Tuhan Yesus berkata kepada murid-murid-Nya agar mereka sentiasa bersiap sedia untuk kedatangan kembali-Nya, kerana kedatangan kelak adalah pada waktu yang tidak diketahui oleh seorang pun. Dengan kata lain, secara tiba-tiba atau tidak disangka-sangka.   Oleh sebab Dia akan datang secara tiba-tiba, maka betapa pentingnya mereka selalu bersiap sedia setiap waktu di mana-mana sahaja baik senang mahupun susah. Tegasnya , mereka jangan mengambil sikap acuh tidak acuh terhadap kedatangan kembali-Nya. Semuanya akan terjadi tanpa diduga, justeru mereka perlu bersiap sedia sepanjang masa.    Bagaimanakah dengan diri kita pada hari ini? Apakah kita sesungguhnya sudah bersedia untuk kedatangan kembali-Nya secara peribadi pada hari ini? Sebab kedatangan-Nya itu akan berlaku pada masa yang tidak kita sangka. Jelaslah, kita diingatkan untuk menjalani hidup yang teguh iman, taat setia dan bersiap sedia.   Dari perspektif yang lain, kedatangan kembali-Nya dapat disamakan seperti  waktu berakhirnya hayat kita, iaitu tidak ada seorang pun yang mengetahui bila kita akan sampai ajal. Tempoh hayat kita langsung tidak dapat diramal kerana hidup kita di tangan Allah. Demikianlah halnya dengan kedatangan kembali Tuhan Yesus pada hari yang akan datang.    Apa yang penting sekali bagi kita ialah sama ada kita sudah bersiap sedia untuk peristiwa yang ditunggu-tunggu itu. Dia datang kembali seperti pencuri datang pada waktu malam...   Doa: Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk menjalani hidup yang sentiasa akrab dengan-Mu dan yang diperkenan oleh-Mu. Pada waktu Tuhan Yesus datang kembali kelak, aku sesungguhnya mahu bersiap sedia. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • DOA NECF Hari 9: Mewariskan Warisan Rohani Kita

    2 Timotius 1:5 “Sebab aku teringat akan imanmu yang tulus ikhlas, yaitu iman yang pertama-tama hidup di dalam nenekmu Lois dan di dalam ibumu Eunike dan yang aku yakin hidup juga di dalam dirimu.” 2 Timotius 3:10-17 Tetapi engkau telah mengikuti ajaranku, cara hidupku, pendirianku, imanku, kesabaranku, kasihku dan ketekunanku. Engkau telah ikut menderita penganiayaan dan sengsara seperti yang telah kuderita di Antiokhia dan di Ikonium dan di Listra. Semua penganiayaan itu kuderita dan Tuhan telah melepaskan aku dari padanya. Memang setiap orang yang mau hidup beribadah di dalam Kristus Yesus akan menderita aniaya, sedangkan orang jahat dan penipu akan bertambah jahat, mereka menyesatkan dan disesatkan. Tetapi hendaklah engkau tetap berpegang pada kebenaran yang telah engkau terima dan engkau yakini, dengan selalu mengingat orang yang telah mengajarkannya kepadamu. Ingatlah juga bahwa dari kecil engkau sudah mengenal Kitab Suci yang dapat memberi hikmat kepadamu dan menuntun engkau kepada keselamatan oleh iman kepada Kristus Yesus. Segala tulisan yang diilhamkan Allah memang bermanfaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran. Dengan demikian tiap-tiap manusia kepunyaan Allah diperlengkapi untuk setiap perbuatan baik.  Semasa kita merenungkan Kitab Suci di atas, kita dapat memetik beberapa pelajaran: Pentingnya mewariskan warisan rohani kita kepada sekurang-kurangnya 2 generasi selepas kita, seperti yang dilakukan nenek dan ibu Timotius kepadanya. Warisan rohani itu adalah tentang membaca, merenungkan, dan mentaati Firman Tuhan yang tertulis. Dengan demikian, anak-cucu kita akan terus berjalan dalam ketaatan kepada Tuhan dengan setia dan berbuah sepanjang hidup mereka. Bagi kita yang tidak memiliki anak kandung, kita dapat menerapkan pendekatan seperti itu kepada saudara kita atau anak-anak lain yang rapat dengan kita, sama seperti Timotius adalah anak rohani Rasul Paulus. Bagi kita yang tidak mempunyai anak kandung, kita boleh menggunakan pendekatan sedemikian untuk anak saudara atau anak-anak lain yang rapat dengan kita, sama seperti Timotius adalah anak rohani Rasul Paulus. Itu adalah warisan terbaik yang akan pernah mereka terima kerana, dengan pertolongan Tuhan, itu akan membantu mereka mengatasi cabaran dalam kehidupan mereka dan menjadi berkat bagi orang lain. Doa Hari Ini: Tuhan Yesus, warisan paling berharga yang dapat kami wariskan kepada anak-anak dan cucu kandung dan rohani kami adalah iman kami kepada-Mu. Biarlah kami menjalani kehidupan yang memberi kesaksian tentang kebaikan dan keagungan-Mu sehingga generasi kami akan mengikuti-Mu dengan setia. Amin. Berdoalah agar Tuhan membangkitkan generasi ini menjadi generasi yang mencari wajah-Nya, memiliki tangan yang bersih dan hati yang murni, dan yang tidak percaya pada berhala atau bersumpah demi dewa-dewa palsu. (Mazmur 24:4-6) Berdoalah agar keseimbangan yang sewajarnya akan dikekalkan antara keperluan untuk melakukan pendigitalan dan kesukaran yang akan dihadapi oleh golongan tertentu, seperti warga emas dan penduduk luar bandar. Rev Dr Victor Lee Elder Khoo Kay Hup

  • Hari 9: Lois, Eunike & Timotius

    Tarikh: 15 Ogos 2025 Ayat Fokus: 2 Timotius 1:3-7 Kisah Timotius muda adalah satu lagi contoh hebat tentang baton berkat generasi yang diteruskan kepada generasi seterusnya. Dia memiliki apa yang dipanggil sebagai ‘iman yang tulus’. Namun, dia tidak mendapatnya dalam sekelip mata. Nenek dan ibunya mengukir firman Tuhan dalam dirinya melalui cara hidup mereka. Semasa dia membesar, mereka berbicara dengannya tentang Tuhan dan tentang berjalan dalam takut akan Tuhan. Mereka juga takut akan Tuhan dan Timotius melihat itu. 2 Timotius 1:5 mengatakan: “Aku juga mengingati imanmu yang tulus ikhlas, yang mula tersemai dalam jiwa nenekmu Lois dan ibumu Eunike, dan aku yakin bertapak dalam dirimu juga.” ‘Tulus’ bermaksud kamu tidak berpura pura. Jika kamu berpura-pura beriman, itu bermakna segala-galanya hanya ada di dalam fikiranmu dan kamu tidak benar benar mempercayainya dalam hati. Berkat generasi yang diteruskan yang dibicarakan di atas adalah ‘iman yang tulus’. Rasul Paulus juga mengucap syukur kepada Tuhan kerana nenek moyangnya yang melayani Tuhan. Dia berkata dia memiliki ‘hati nurani yang jelas’ mengenai siapa yang dilayaninya. Jika kamu ingat dari tahun lalu, ‘hati nurani’ adalah sesuatu yang memberitahu kita sama ada kita melakukan sesuatu yang salah atau benar. Hati nurani yang jelas bermakna Paulus melakukan perkara yang benar. Iman yang tulus dan hati nurani yang jelas adalah seperti pasangan kembar yang boleh kita terima apabila kita berjalan dalam takut akan Tuhan. Iman yang tulus datang dari hati manakala hati nurani yang jelas datang dari fikiran kamu. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘berjalan seperti yang dikatakan’ dalam takut akan Tuhan. Adakah Timotius muda meneruskan baton ini? Kita akan tahu esok. Renungkan: Takut akan Tuhan membawa kita kepada iman yang tulus dan hati nurani yang jelas. Doa Hari Ini: Tuhan Yesus, kembangkan iman yang tulus dalam hidup saya untuk mengikuti Engkau. Semoga saya hidup dengan segala kejujuran dan kebenaran ketika saya berjalan dalam takut akan Engkau sepanjang hidup saya supaya saya dapat meneruskan baton ini kepada anak-anak dan cucu-cucu saya suatu hari nanti. Dalam nama-Mu saya berdoa. Amin. Gereja: Berdoalah agar kita menjadi generasi yang hanya mencari Tuhan dan datang ke hadapan-Nya dengan tangan yang bersih dan hati yang murni. (Baca Mazmur 24:46) Bangsa: Berdoalah agar mereka yang tidak tahu menggunakan telefon pintar atau internet, atau yang tidak mempunyai akses kepadanya seperti warga emas dan mereka yang tinggal di kawasan pedalaman akan menerima bantuan apabila mereka perlu melakukan perkara penting secara dalam talian.

  • Doa Puji Harian

    Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia

  • Tuhan Yesus Kembali Pada Masa Yang Tidak Tersangka

    “Tetapi ketahuilah kamu bahawa sekiranya tuan rumah mengetahui masa pencuri akan datang, dia tidak akan membiarkan rumahnya dipecah masuk.” Lukas 12:39 AVB   Tuhan Yesus sekali lagi memperingatkan murid-murid-Nya tentang waktu kedatangan kembali-Nya. Kali ini Dia menggunakan ibarat seorang pencuri supaya para murid-Nya lebih mudah memahami ajaran-Nya. Sebab seorang pencuri akan datang mencuri tanpa memberitahukan masanya kepada tuan rumah itu terlebih dahulu. Sudah tentulah dia akan datang pada waktu yang tidak diketahui oleh tuan rumah.   Ibarat  yang digunakan Yesus menjelaskan betapa pentingnya persiapan diri para murid-Nya untuk kedatangan kembali-Nya. Sebagaimana seorang tuan rumah akan berusaha sedaya upaya untuk mengawal rumahnya jika dia mengetahui bila pencuri akan pecah masuk, para murid Yesus juga perlu sungguh-sungguh bersiap sedia untuk kedatangan kembali-Nya yang tidak tersangka.   Begitulah halnya dengan kedatangan kembali Tuhan Yesus kelak. Tiada seorang pun, kecuali Allah Bapa, yang mengetahui  waktunya. Oleh itu, semua orang percaya haruslah bersiap sedia setiap waktu agar apabila Dia datang kembali, mereka sudah bersedia menyambut-Nya dengan penuh sukacita. Demikian juga sewaktu Dia datang, tidak ada seorang pun menyesal kerana tidak atau belum bersiap sedia.   Jadi, bersiap sedialah sentiasa kerana Dia datang sebagaimana pencuri  datang tanpa diketahui waktunya. Ingatlah petikan firman Allah dalam Lukas 17:34-36 AVB: “Aku berkata kepadamu bahawa pada malam itu dua orang berbaring di atas katil. Seorang dibawa pergi dan seorang ditinggalkan.  Dua orang perempuan bersama-sama mengisar gandum. Seorang akan dibawa dan seorang lagi ditinggalkan.  Dua orang lelaki bekerja di ladang. Seorang akan dibawa dan seorang lagi ditinggalkan.”   Apakah anda sudah bersiap sedia untuk kedatangan kembali Tuhan Yesus? Memang masa sebenarnya tidak diketahui tetapi pastinya Dia akan datang kembali.   Doa: Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk sentiasa hidup akrab dengan-Mu supaya aku diperkenan-Mu. Pada waktu Tuhan Yesus datang kembali, aku sudah bersedia dan tidak akan ditinggalkan tetapi aku akan terangkat untuk bersama-sama dengan-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.  Pr Patrick Taie

  • DOA NECF Hari 8: Berkat Generasi Memberi Impak Kepada Negara

    Takut akan Tuhan tidak terhad kepada keluarga-keluarga sahaja; ia meluas ke negara-negara dan mengubah mereka. Amsal 14:34 mengingatkan kita, “Kebenaran meninggikan derajat bangsa, tetapi dosa adalah noda bangsa.” Apabila orang Kristian hidup sebagai minoriti dalam sesebuah negara, impak mereka masih boleh menjadi mendalam apabila mereka berjalan dalam ketakutan yang saleh, dan mempengaruhi masyarakat dengan iman mereka yang teguh. Generasi yang beriman boleh memberi kesan kepada tujuh bahagian masyarakat: keluarga, agama, pendidikan, kerajaan, media, seni dan perniagaan. Dalam lingkungan keluarga, rumah tangga Kristian mencontohi kasih sayang, rasa hormat, dan integriti, mewujudkan kesaksian yang kukuh. Gereja menjadi tempat perlindungan harapan dan kejelasan moral. Para pendidik yang saleh membentuk pelajar untuk berfikir secara kritikal dan penuh belas kasihan, manakala orang percaya dalam kerajaan menunjukkan integriti dan menegakkan keadilan. Dalam media dan seni, orang Kristian menyampaikan kebenaran dan keindahan, menawarkan alternatif penebusan kepada naratif budaya. Dalam perniagaan, amalan etika yang berakar umbi dalam nilai alkitabiah membuktikan penyediaan dan keadilan Tuhan. Malah di Malaysia, orang Kristian boleh bertindak sebagai “garam bumi” dan “terang dunia” (Matius 5:13-14), memupuk kebenaran dan harapan di seluruh masyarakat. Sejarah membuktikan bahawa minoriti Kristian boleh mengubah negara. Masyarakat yang berakar pada ketakutan yang saleh memupuk pemimpin yang mengutamakan kebenaran, mengilhami pembaharuan budaya, dan mempengaruhi dasar untuk kebaikan bersama. Negara mengalami penyembuhan dan peningkatan apabila berkat-berkat ini mengalir keluar, menunjukkan kuasa transformasi Tuhan. Doa: Tuhan yang Berdaulat, kami berdoa agar keadilan-Mu mengubah bangsa kami. Tolong kami hidup dengan berani dan setia, mempengaruhi setiap bahagian masyarakat untuk kebaikan. Bangkitkan pemimpin dan masyarakat yang menghormati nama-Mu, membawa keadilan, belas kasihan, dan pembaharuan kepada tanah kami. Semoga generasi akan datang meneruskan warisan ini, memuliakan Engkau dalam semua yang mereka lakukan. Dalam nama Yesus, Amin. GEREJA - Berdoalah agar semua generasi akan memberitahu generasi yang seterusnya tentang kebaikan, perbuatan-perbuatan yang menakjubkan dan perbuatan-perbuatan besar Tuhan, dan bersama-sama meraikan berkat-berkat-Nya yang melimpah. (Mazmur 145:4-7) BANGSA - Berdoa agar rakyat Malaysia mempunyai rasa tanggungjawab sosial yang kuat supaya kita boleh menyumbang kepada pengukuhan kesaksamaan dan kelestarian sosial, untuk kebaikan semua. Rev Dr Victor Lee Elder Khoo Kay Hup

  • Hari 8: Belas Kasihan Tuhan

    Tarikh: 14 Ogos 2025 Ayat Fokus: Lukas 1:50 Saya mempunyai seorang sahabat yang moyang dan datuknya pergi ke China dan Hong Kong sebagai misionaris. Bapanya melakukan kerja misi di Ethiopia, Singapura, Jepun, dan Sabah, di mana dia bekerja sebagai seorang doktor. Sahabat saya membesar dan menjadi seorang misionaris. Dia melakukan beberapa kerja misi di negara asalnya dan di Singapura. Salah seorang anak perempuannya bekerja di Afrika, dan seorang cucunya menyertai YWAM dan pergi menjalankan misi ke Belanda dan Jepun untuk beberapa waktu. Ini adalah enam generasi di mana baton berjalan dalam takut akan Tuhan diteruskan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Begitulah cara mereka melayani Tuhan. Bukankah itu menakjubkan?! Belas kasihan Tuhan telah ada pada mereka dari satu generasi ke generasi yang lain, seperti yang dikatakan dalam Lukas 1:50. Hidup sebagai seorang misionaris bukanlah mudah dan terdapat banyak kesulitan serta tuduhan palsu. Tetapi, kerana mereka takut akan Tuhan, Dia menunjukkan belas kasihan-Nya kepada mereka. Lukas 1:51 berkata Tuhan “telah menunjukkan kekuatan tangan Nya.” Inilah yang Tuhan lakukan untuk keluarga tersebut. Semua ini adalah sebahagian daripada berkat generasi. Apa itu ‘belas kasihan Tuhan’? Ia adalah “ketika Tuhan menunjukkan belas kasihan dan mengampuni dosa-dosa orang, menahan hukuman atau menyediakan keperluan mereka.” Melalui segala rintangan, Tuhan memberikan dan masih menyediakan untuk sahabat saya dan keluarganya dengan perbuatan-perbuatan besar-Nya. Inilah yang Tuhan lakukan untuk umat-Nya. Terpujilah Tuhan. Renungkan: Takut akan Tuhan membawa kita kepada belas kasihan-Nya. Doa Hari Ini: Bapa Yang Maha Kuasa dan Maha Pengasih, Engkau adalah Allah yang penuh belas kasihan yang menunjukkan kasih, pengampunan, dan menyediakan keperluan kami, anak-anak-Mu yang takut akan Engkau. Terima kasih atas penjagaan-Mu, semoga ia meluas kepada semua generasi saya yang akan datang apabila mereka berjalan bersama-Mu dalam takut akan Tuhan. Dalam nama Yesus saya berdoa. Amin. Gereja: Berdoalah agar kita terinspirasi oleh kesaksian indah yang dikongsi oleh ibu bapa dan guru-guru kita tentang Tuhan, serta agar kita juga mempunyai kesaksian yang memberkati dan menggalakkan orang lain. (Baca Mazmur 145:4-7) Bangsa: Berdoalah agar kanak kanak, lelaki dan wanita, tua dan muda, turut serta dalam menjaga kebersihan dan keselamatan kawasan perumahan kita, dengan kehijauan yang terjaga serta acara komuniti yang mesra, supaya masyarakat kita menjadi tempat yang lebih baik untuk didiami.

  • Doa Puji Harian

    Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia

  • Doa Puji Harian

    Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia

  • Terima Kasih Tuhan, untuk Saat-saat aku Dihancurkan.

    Pada waktu itu, ia tidak menyenangkan. Kehancuran. Kehilangan. Masa yang sunyi di mana aku tidak mengerti apa yang Engkau sedang lakukan. Tetapi kini aku sedar, Engkau bukan hendak menghancurkan aku sepenuhnya. Engkau sedang membentuk aku. Engkau menggunakan kehancuran itu untuk menanggalkan kesombongan, ketakutan dan perkara-perkara yang aku pegang terlalu erat. Engkau menggunakan kesakitan itu untuk membina ketahanan, mendalamkan iman dan menarik aku lebih dekat kepada-Mu. Terima kasih, Tuhan, atas kehancuran itu. Ia merendahkan aku. Dan oleh kasih kurnia-Mu, ia menjadikan aku lebih kuat. “TUHAN dekat kepada orang yang hancur hatinya, dan menyelamatkan orang yang remuk jiwanya.” – Mazmur 34:18 (AVB) Jemimah Ramos

bottom of page