top of page

Cari

3189 results found with an empty search

  • Keputusan yang Salah Terhadap Berkat Tuhan

    'Aku akan berkata kepada diriku, engkau mempunyai harta yang banyak untuk keperluanmu selama bertahun-tahun. Nikmatilah hidup. Makan minum dan bersuka rialah.’ (Lukas 12:19) AVB Setelah orang kaya itu merancang segala perkara yang ingin dilakukannya terhadap tuaian yang sangat banyak itu, dia pun berkata kepada dirinya sendiri bahawa dirinya sungguh bertuah kerana memiliki segala yang baik bagi keperluannya untuk bertahun-tahun. Oleh itu, dia memutuskan untuk menikmati hidup dengan makan, minum, dan bersukacita. Namun, keputusan itu tidak menyenangkan hati Tuhan. Segala sumber berkat yang berkelimpahan dalam hidupnya, yang sedang dinikmatinya, sebenarnya datang daripada Tuhan. Maka Tuhan berkata kepadanya: “Engkau bodoh! Pada malam ini juga, jiwamu akan dituntut kembali daripadamu. Lalu harta benda yang telah kaukumpulkan itu akan menjadi hak siapa?” Keputusan yang salah terhadap berkat Tuhan yang berkelimpahan dalam hidup orang kaya itu telah menyebabkan hati Tuhan tidak berkenan. Begitu juga dengan kita — sekiranya kita membuat keputusan yang salah terhadap berkat Tuhan dalam hidup kita, hal itu juga akan mendatangkan ketidaksenangan Tuhan. Oleh itu, marilah kita membuat keputusan yang bijak terhadap setiap berkat yang kita terima daripada Tuhan dalam hidup ini. Doa: Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk membuat keputusan yang bijak terhadap setiap berkat-Mu, kerana segala yang aku miliki dan terima dalam hidup ini datang daripada-Mu. Bimbinglah aku dalam mengelolah semua berkat yang Engkau berikan dengan bijaksana. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie

  • Apakah yang Anda Lakukan Terhadap Berkat Tuhan?

    'Dia berkata, ‘Baiklah aku berbuat begini. Aku akan meruntuhkan gudang-gudangku dan membina yang lebih besar. Di situlah aku akan menyimpan segala gandum dan harta bendaku. ' (Lukas 12:18) AVB Dalam perumpamaan yang diceritakan oleh Tuhan Yesus tentang seorang kaya yang diberkati dengan tuaian yang sangat banyak, perkara pertama yang difikirkannya ialah apa yang harus dilakukan. Dia mula memikirkan caranya untuk mengurus hasil tuaian yang begitu melimpah. Setelah mempertimbangkan tindakannya, orang kaya itu berkata kepada dirinya sendiri: “Baiklah aku berbuat begini. Aku akan meruntuhkan gudang-gudangku dan membina yang lebih besar. Di situlah aku akan menyimpan segala gandum dan harta bendaku.” Apabila Tuhan memberkati orang kaya itu dengan hasil tuaian yang berlimpah sehingga gudangnya penuh, dia memilih untuk memperbesar gudangnya sendiri agar dapat menyimpan semua hasil itu. Namun begitu, dia tidak memikirkan untuk menyalurkan berkat itu kepada orang lain, sebaliknya hanya memikirkan cara untuk menyimpan semuanya untuk dirinya sendiri. Bagaimana pula dengan kita pada hari ini? Ketika Tuhan melimpahkan berkat-Nya ke atas hidup kita, apakah yang kita lakukan terhadap berkat itu? Adakah kita terus memperbesar rumah kita, menambah bilangan kereta kita, atau mengumpul lebih banyak harta? Marilah kita merenungkan hal ini. Tuhan memberkati kita agar kita memperluas kerajaan-Nya di dunia ini. Kita dipanggil untuk menjadi saluran berkat kepada orang lain. Oleh itu, janganlah takut untuk melaburkan berkat Tuhan dalam pekerjaan-Nya. Doa: Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk memperluas kerajaan-Mu di dunia ini melalui berkat yang Engkau curahkan dalam hidupku. Dalam nama Yesus aku berdoa, Amin. Pr Patrick Taie

  • Apakah yang Kita Fikirkan Terhadap Berkat Tuhan?

    'Dia berfikir dalam hatinya, ‘Apakah yang harus aku buat? Tiada lagi tempat untuk menyimpan hasil tanahku.’ ' (Lukas 12:17) AVB Yesus menceritakan sebuah perumpamaan kepada orang ramai tentang seorang kaya yang memiliki beberapa ladang gandum yang menghasilkan tuaian yang sangat banyak. Oleh sebab hasil tuaian yang melimpah, orang kaya itu mula berfikir dalam hatinya: “Apakah yang harus aku buat? Tiada lagi tempat untuk menyimpan hasil tanahku.” Di tengah-tengah kelimpahan yang dialaminya, dia mula berfikir dalam hati tentang apa yang harus dilakukan dengan hasil tuaian yang begitu berlimpah. Oleh kerana tempat penyimpanannya telah penuh, hal itu mendorongnya untuk memikirkan tindakan selanjutnya. Bagaimana pula dengan kita? Di tengah-tengah kelimpahan hidup yang kita alami, apakah yang kita fikirkan mengenainya? Adakah kita memikirkan tentang pekerjaan Tuhan melalui kelimpahan tersebut, atau kita hanya memikirkan tentang diri kita sendiri? Oleh itu, marilah kita menyelidiki hati kita di hadapan Tuhan berkenaan berkat-berkat yang telah Dia limpahkan dalam kehidupan kita hari ini. Apakah yang sedang kita fikirkan tentang berkat-berkat itu? Tuhan mengetahui dan sedang memperhatikan isi hati kita — apa yang sedang kita fikirkan terhadap berkat-berkat yang telah Dia limpahkan. Ingatlah, Tuhan memberkati kita supaya kita juga memikirkan keperluan orang lain di sekeliling kita, agar kita menjadi saluran berkat kepada mereka. Maka, fikirkanlah tentang pekerjaan Tuhan ketika kita sedang diberkati oleh-Nya. Doa: Ya Bapa yang di syurga, terima kasih atas segala berkat dan kebaikan-Mu yang Engkau limpahkan dalam hidupku. Ajarilah aku untuk menjadi saluran berkat kepada semua orang di sekelilingku. Dalam nama Yesus, aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • Tuhan Menjawab di Saat Saya Hampir Putus Asa

    Sudah beberapa tahun saya berusaha untuk mendapatkan pekerjaan. Saya memohon di pelbagai tempat, menghantar beratus-ratus permohonan, namun semuanya menemui jalan buntu. Setiap kali menerima jawapan penolakan, semangat saya semakin pudar. Saya mula rasa tidak dihargai dan tidak berguna. Akhirnya, di titik paling rendah dalam hidup saya, ketika saya hampir berputus asa, saya berserah kepada Tuhan sepenuhnya. Saya berdoa dengan sungguh-sungguh kerana tiada lagi usaha manusia yang tinggal. Tuhan menjadi satu-satunya harapan saya. Tidak lama selepas itu, saya menerima mesej daripada seseorang yang meminta saya menghantar resume kepadanya. Sehari kemudian, saya dipanggil untuk temuduga. Dan yang luar biasa, keesokannya saya menandatangani surat pelantikan kerja! Semuanya berlaku dengan begitu cepat dan lancar. Sebuah pekerjaan yang mana Tuhan letakkan di dalam hati saya beberapa tahun lalu tapi tidak saya fahami ketika itu. Sekarang saya bekerja di tempat di mana saya dapat memberikan impak kepada komuniti di luar sana. Saya belajar bahawa walaupun saya rasa sudah terlambat, tetapi waktu Tuhan sentiasa tepat. Bila saya berserah, Tuhan sendiri yang buka pintu. Dia menyediakan pekerjaan terbaik untuk saya pada masa yang paling sesuai, bukan terlalu awal dan bukan terlalu lambat. "Serahkan jalan hidupmu kepada TUHAN; percayalah kepada-Nya maka Dia akan bertindak:" (Mazmur 37:5, AVB) Jika kamu sedang mencari kerja, jangan putus asa. Terus berusaha, tetapi jangan lupa untuk datang kepada Tuhan dalam doa. Bila manusia gagal, Tuhan masih boleh buat perkara yang mustahil. Segala kemuliaan hanya bagi Tuhan. Dia menjawab pada saat saya tidak lagi mampu berdiri sendiri. Haleluyah! Anda ada kesaksian yang anda ingin kongsikan? Hantar kepada kami di general@komuniti-digital.com

  • Berwaspada Terhadap Sikap Ketamakan

    'Yesus terus menambah, “Ingatlah baik-baik supaya menjaga diri daripada segala ketamakan kerana kehidupan manusia tidak bergantung pada harta kekayaan yang dimiliki.” ' (Lukas 12:15) AVB Yesus sekali lagi memperingatkan semua orang di sekeliling-Nya supaya mereka berhati-hati dan berwaspada terhadap segala bentuk ketamakan, kerana walaupun seseorang itu memiliki harta yang berlimpah-limpah, hidupnya tidak bergantung pada kekayaannya. Oleh itu, Yesus mahu agar semua orang yang mendengar ajaran-Nya menguasai diri mereka sepenuhnya dan menjaga hati mereka dengan sebaik-baiknya, supaya sikap tamak tidak merosakkan hati nurani mereka. Ini kerana hidup manusia tidak boleh bergantung pada kekayaan, walaupun mereka memiliki harta yang banyak. Justeru, mereka haruslah menghindarkan diri daripada dikuasai oleh sikap ketamakan, yang boleh membawa mereka kepada pelbagai dosa. Oleh yang demikian, mereka perlu sentiasa berwaspada agar sikap ketamakan tidak menguasai hidup mereka. Ini kerana hidup manusia di dunia ini tidak bergantung kepada kekayaan yang dimiliki, tetapi bergantung kepada kasih dan anugerah Tuhan. Hal ini bermakna bahawa “...kebahagiaan atau kesenangan seseorang tidak bergantung pada harta kekayaan yang dimiliki di dunia ini.” Berhati-hatilah terhadap sikap ketamakan. Doa: Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang aku miliki, dan merasa puas dengan segala pemberian-Mu. Bimbinglah aku dalam setiap langkah hidupku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie

  • Tekankan Pentingnya Mencari Kehendak Dan Bimbingan Allah

    Siri : Membina Keluarga Berpusatkan Allah

  • Berdoa Untuk Dan Bersama Anak Anak

    Siri : Membina Keluarga Berpusatkan Allah

  • Memupuk Kasih, Anugerah Dan Pengampunan

    Siri : Membina Keluarga Berpusatkan Allah

  • Memupuk Ketaatan Dan Disiplin Dengan Kasih

    Siri : Membina Keluarga Berpusatkan Allah

  • Mengajar Dan Menghidupkan Firman Allah

    Siri : Membina Keluarga Berpusatkan Allah

  • Memodelkan Kehidupan Iman Dan Ketaatan

    Siri : Membina Keluarga Berpusatkan Allah

bottom of page