Support Us
Support Us
Cari
3189 results found with an empty search
- Pengucapan Syukur, Penyataan Hati Kita kepada Tuhan
'Seorang daripada mereka ketika melihat dirinya sembuh, kembali dan memuji Allah dengan suara yang kuat. ' (Lukas 17:15) AVB Ketika salah seorang daripada sepuluh orang yang menghidap penyakit kulit yang teruk menyedari bahawa dirinya telah sembuh, dia segera berpatah balik kepada Tuhan Yesus untuk mengucap syukur. Dia sedar bahawa kesembuhan yang dialaminya datang daripada Tuhan. Oleh kerana kesedaran akan siapa dirinya dan siapa Tuhan yang menyembuhkannya, dia kembali kepada Yesus untuk menyatakan rasa syukur atas apa yang telah terjadi dalam hidupnya. Dia tahu bahawa hanya Tuhan sahaja yang berkuasa menjadikan segalanya berlaku. Kesedaran inilah yang mendorongnya untuk datang kepada Tuhan terlebih dahulu, sebelum meneruskan perjalanannya untuk diperiksa oleh imam bagi pengesahan kesembuhan. Pengucapan syukurnya kepada Tuhan Yesus merupakan hal yang sangat penting baginya, melebihi perkara-perkara lain. Sikap bersyukur adalah suatu penyataan dalaman seseorang tentang betapa dia menghargai segala yang diterima dalam hidup ini. Hal ini juga merupakan tanda pengakuan dan penyataan hati kita kepada Tuhan, bahawa kita benar-benar menghargai segala yang telah dilakukan-Nya dalam hidup kita. Kita mengakui bahawa segala yang kita terima dan alami dalam kehidupan ini datangnya daripada Tuhan. Oleh itu, selama Tuhan hidup dalam kehidupan kita, kita hendaklah sentiasa mengucap syukur kepada-Nya dalam segala perkara, agar kita tidak pernah melupakan-Nya. Kita perlu sentiasa menyedarkan diri bahawa segala yang kita miliki dan alami dalam hidup ini datang daripada Tuhan. Dengan kesedaran itu, kita akan terus hidup dalam rasa syukur kepada-Nya sepanjang kehidupan kita. Doa: Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk sentiasa mengucap syukur dalam hidup ini. Sedarkanlah aku bahawa segala yang aku miliki dan alami datangnya daripada-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie
- Doa Puji Harian
Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia
- Kerana Iman, Kesembuhan Terjadi
' Apabila Yesus melihat mereka, Dia berkata kepada mereka, “Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada imam-imam.” Dalam perjalanan, mereka pun menjadi tahir. ' (Lukas 17:14) AVB Ketika Yesus memasuki sebuah desa, Dia melihat sepuluh orang yang menghidap penyakit kulit yang sangat teruk datang menjumpai-Nya. Lalu Yesus berkata kepada mereka supaya mereka “Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada imam-imam.” Maka mereka pun pergi, dan ketika mereka masih dalam perjalanan, mereka disembuhkan. Mereka datang kepada Yesus kerana telah mendengar tentang Dia. Apa yang mereka dengar itu telah meneguhkan keyakinan dan harapan mereka untuk memohon pertolongan daripada-Nya. Oleh sebab itu, mereka datang kepada Tuhan Yesus untuk memohon penyembuhan. Dari kejauhan mereka berseru kepada Yesus memohon pertolongan, kerana penyakit yang mereka alami menyebabkan mereka tidak dapat mendekati-Nya. Namun, apabila Yesus mendengar seruan mereka, Dia menyuruh mereka pergi berjumpa dengan imam untuk memeriksa diri mereka. Ketika Yesus meminta mereka pergi berjumpa imam, dengan penuh keyakinan dan kepercayaan terhadap perintah Yesus itu, mereka disembuhkan. Mereka tidak mempersoalkan perintah Tuhan Yesus, sebaliknya mereka taat kepada arahan-Nya. Oleh kerana iman dan ketaatan itu, kesembuhan pun terjadi kepada mereka semua. Disebabkan oleh iman, kesembuhan berlaku, walaupun Yesus tidak menyentuh tubuh mereka, namun kesembuhan itu tetap terjadi secara luar biasa. Hal ini mengajar kita bahawa melalui iman, perkara-perkara luar biasa pasti akan berlaku. Doa: Ya Bapa yang di syurga, berikanlah aku iman yang teguh dan kuat untuk percaya kepada perintah-Mu dalam segala perkara dalam hidup ini. Jauhkanlah keraguan dalam hatiku terhadap pertolongan-Mu, agar dalam setiap keadaan aku tidak takut untuk melaluinya kerana iman kepada-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie
- Doa Puji Harian
Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia
- Jadilah Pelayan Tuhan yang Rendah Hati
'Begitu juga dengan kamu. Apabila kamu telah berbuat segala yang diperintahkan kepadamu, kamu hendaklah berkata, ‘Kami ini hamba yang tidak layak menerima apa-apa; kami cuma menjalankan kewajipan kami.’ ” ' (Lukas 17:10) AVB Yesus mengajar para pengikut-Nya bahawa apabila mereka telah melakukan segala sesuatu yang diperintahkan kepada mereka, mereka harus mengakui bahawa mereka tidak patut menerima sebarang pujian atau ucapan terima kasih daripada sesiapa pun. Hal ini kerana mereka hanyalah melaksanakan tugas yang telah diperintahkan Tuhan kepada mereka. Sebagai pelayan Tuhan, sama ada rasul, hamba Tuhan, atau pengikut Kristus, mereka wajib melaksanakan segala tugas yang diberikan dengan sebaik mungkin demi memuliakan Tuhan yang memberi perintah itu. Mereka tidak bekerja untuk kepentingan diri sendiri, tetapi untuk Tuhan yang telah mempercayakan tugas tersebut. Oleh itu, mereka harus melakukannya dengan sepenuh hati dan segenap kekuatan. Setiap pelayan Tuhan tidak layak menerima penghargaan atau pujian atas pelayanan yang telah dilakukan, kerana segala pekerjaan itu adalah kewajipan mereka berdasarkan hukum Allah yang pertama dan terutama, iaitu mengasihi Tuhan dengan segenap hati, jiwa, dan kekuatan, serta melakukan yang terbaik untuk-Nya. Sebagai pelayan Allah yang baik, kita hanya melakukan apa yang diperintahkan oleh-Nya. Segala hasil dan keberhasilan dalam pelayanan kita bukanlah kerana kekuatan kita sendiri, tetapi semata-mata oleh anugerah Tuhan yang bekerja dalam diri kita. Maka, tidak ada alasan bagi kita untuk bermegah atau meninggikan diri, kerana segala sesuatu berlaku hanya oleh kehendak dan kuasa Tuhan. Doa: Ya Bapa yang di syurga, terima kasih kerana telah mempercayakanku untuk melayani-Mu. Walaupun aku tidak layak, Engkau tetap memilihku untuk memikul tugas yang mulia ini. Pakailah hidupku sepenuhnya untuk kemuliaan nama-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie
- Doa Puji Harian
Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia
- Melalui Iman, Kita Mampu Melakukan Hal yang Besar
'Tuhan menjawab, “Jika kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu akan dapat berkata kepada pokok ara ini, ‘Tercabutlah akar-akarmu dan tertanamlah kamu di laut,’ dan pokok ara akan menurut perintahmu.” ' (Lukas 17:6) AVB Yesus memberikan jaminan kepada para pengikut-Nya tentang kuasa iman. Walaupun iman yang mereka miliki hanya sebesar biji sawi, mereka tetap dapat berkata kepada pokok ara, “Tercabutlah dan tertanamlah di laut,” dan pokok itu pasti akan menurut perintah mereka. Yesus berkata demikian kerana memberi pengampunan kepada seseorang yang terus-menerus melakukan kesalahan terhadap kita memerlukan iman yang besar. Mengampuni berulang kali bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan, namun dengan iman yang teguh, seseorang mampu terus memberi pengampunan tanpa rasa jemu. Yesus ingin menjelaskan kepada para pengikut-Nya bahawa iman bukan sekadar soal besar atau kecilnya, tetapi bagaimana iman itu dinyatakan melalui tindakan. Menegur orang yang bersalah dan terus memberi pengampunan memerlukan iman yang hidup dan aktif. Oleh itu, setiap pengikut Yesus perlu memiliki kepekaan terhadap dosa dan kesediaan untuk mengampuni tanpa batas. Yang penting bukanlah ukuran iman kita, tetapi bagaimana iman itu dikerjakan dalam ketaatan kepada Tuhan. Sebab melalui iman kepada-Nya, seseorang akan mampu mengatasi setiap rintangan yang dihadapi. Iman yang benar menjadikan perkara yang mustahil menjadi mungkin, kerana kuasa anugerah Tuhan bekerja melalui mereka yang bergantung sepenuhnya kepada-Nya. Iman yang sekecil biji sawi pun dapat melakukan perkara besar, kerana seperti biji sawi yang kecil tetapi mampu tumbuh menjadi pohon yang besar, demikian juga iman kita yang kecil mampu membangkitkan kuasa Tuhan bekerja di dalam diri kita apabila kita yakin dan percaya sepenuhnya kepada-Nya. Doa: Ya Bapa yang di syurga, kerana melalui iman yang Engkau berikan, Engkau memampukan aku melakukan perkara-perkara besar. Ajarlah aku untuk terus percaya kepada-Mu dalam segala hal. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie
- Doa Puji Harian
Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia
- Sentiasa Mengampuni Orang yang Bersalah terhadap Kita
'Jika dia berdosa sebanyak tujuh kali terhadapmu dalam sehari dan setiap kali dia datang kepadamu serta berkata, ‘Aku bertaubat,’ kamu hendaklah mengampuninya.” '(Lukas 17:4) AVB Yesus mengajar para pengikut-Nya supaya sentiasa memberi pengampunan kepada mereka yang berulang kali melakukan kesalahan terhadap diri mereka. Mereka harus terus mengampuni apabila seseorang itu sedar akan dosanya dan datang memohon pengampunan. Sebagai orang yang percaya, kita harus sentiasa memberikan pengampunan kepada mereka yang bersalah terhadap kita, kerana seorang pengikut Yesus perlu memiliki hati yang sentiasa sedia mengampuni tanpa batas. Kita harus memikirkan yang baik terhadap orang itu tanpa menyimpan prasangka atau dendam. Sikap yang sentiasa mengampuni orang yang bersalah terhadap kita ialah sikap Yesus sendiri. Dia sentiasa mengampuni orang yang bersalah terhadap-Nya tanpa menolak mereka. Oleh itu, sebagai pengikut Kristus, kita juga harus meneladani-Nya dengan mengampuni mereka yang bersalah terhadap kita. Yesus berkata kepada para pengikut-Nya agar sentiasa bersedia mengampuni setiap orang yang melakukan kesalahan terhadap mereka — sekalipun orang itu berdosa tujuh kali dalam sehari, dan setiap kali datang meminta ampun, mereka tetap harus mengampuninya. Sikap mengampuni menurut Yesus tidak mempunyai batas atau penghujungnya. Maka kita harus sentiasa bersedia mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kita, sebagaimana Tuhan sentiasa mengampuni kita. Doa: Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk terus memberikan pengampunan kepada setiap orang yang berdosa terhadap aku. Berikanlah aku hati yang penuh kasih dan sedia mengampuni, sebagaimana Engkau telah mengampuniku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie
- Doa Puji Harian
Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia
- Jangan Takut untuk Memberikan Teguran
'Berwaspadalah! Jika saudaramu telah berbuat dosa terhadapmu, tegurlah dia dan jika dia bertaubat, ampunilah dia. ' (Lukas 17:3) AVB Yesus mengingatkan para pengikut-Nya supaya sentiasa memperhatikan diri mereka dan terus berjaga-jaga agar tidak disesatkan. Oleh itu, jika ada saudara seiman yang melakukan kesalahan terhadap mereka, mereka harus menegurnya. Sekiranya orang itu menyesali dosanya, maka mereka harus mengampuninya. Sebagai pengikut Tuhan Yesus, kita hendaklah berhati-hati terhadap diri sendiri supaya tidak berkata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan iman seseorang menjadi goyah atau lemah. Kita mesti sentiasa berhati-hati dan bijaksana dalam perkataan serta perbuatan supaya tidak sekali-kali menggoncangkan iman orang yang lemah. Namun Yesus juga menasihatkan agar kita mengambil tanggungjawab terhadap mereka yang telah menyakiti, menghina atau menyinggung kita. Kita tidak boleh membiarkan mereka terus hidup dalam dosa, tetapi perlu menegur dan menasihati mereka dengan kasih, supaya mereka menyedari kesalahan yang telah dilakukan. Seseorang yang tidak menegur orang lain yang berbuat dosa sebenarnya membiarkan dosa terus menguasai hidup orang itu. Hal ini juga bermaksud bahawa kita turut bersalah kerana tidak menegurnya. Kadangkala seseorang terus berbuat dosa hanya kerana tiada siapa yang berani menegurnya. Oleh itu, menegur seseorang yang melakukan kesalahan sebenarnya menunjukkan bahawa kita mengambil berat tentang keselamatan rohaninya. Melalui teguran yang diberikan dengan kasih, orang itu boleh sedar akan kesalahannya, bertaubat, dan mendapat kesempatan untuk memperbaharui dirinya. Janganlah takut untuk memberikan teguran kepada mereka yang melakukan kesalahan, kerana teguran tidak akan memusnahkan seseorang, sebaliknya dapat menyelamatkannya daripada hukuman. Doa: Ya Bapa yang di syurga, terima kasih untuk mereka yang berani menegurku. Melalui teguran mereka, aku diselamatkan daripada kuasa dosa dan terus hidup menyenangkan hati-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin. Pr Patrick Taie
- Doa Puji Harian
Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia












