Support Us
Support Us
Cari
3267 results found with an empty search
- Kehidupan yang Penuh
'... Aku datang supaya manusia mempunyai hidup bahkan mempunyai hidup yang berlimpah-limpah..' (Yohanes 10:1-10, ayat 10). Mengapa ada beberapa orang Kristian yang kelihatan begitu muram? Itu adalah soalan yang kita sentuh semalam dan yang kita bangkitkan lagi hari ini. Jika kehidupan yang berlimpah seharusnya menjadi akibat yang tidak dapat dielakkan dari memiliki Kristus di dalam, mengapa bagi sesetengah orang hal itu tidak jelas? Sudah tentu ada masa dalam hidup apabila kita masing-masing harus menghadapi kesukaran - kehilangan orang yang disayangi, kehilangan kewangan yang besar, penyakit yang melemahkan, dan sebagainya. Tetapi saya ingin mencadangkan bahawa walaupun dalam masa yang paling sukar, adalah mungkin, jika kita tetap dekat dengan Kristus, untuk menampakkan kehidupan yang berlimpah itu. Di sebuah persidangan Kristian yang saya hadiri beberapa tahun yang lalu, saya mendengar sekumpulan orang bercakap tentang seorang Kristian tertentu yang kelihatan menyebarkan kegembiraan dan kebahagiaan di mana sahaja dia pergi. Seorang berkata, 'Saudara itu kelihatan sentiasa mengatasi segala hal. Saya tertanya-tanya bagaimana dia melakukannya?' Seorang kedua berkata, 'Dia mesti mempunyai konstitusi yang baik.' 'Dia mungkin tidak mempunyai banyak perkara yang perlu dirisaukan, saya rasa,' cadang seorang lagi. 'Dia mungkin diberkati dengan keadaan yang gembira di rumah,' kata seseorang yang lain. Akhirnya, saya menyertai perbualan itu. Kebetulan saya mengenali lelaki yang mereka bicarakan, dan mengetahui keadaan yang harus dihadapinya. Saya memberitahu mereka, 'Lelaki ini mempunyai seorang isteri dan tiga anak. Isterinya sudah terbaring di tempat tidur selama bertahun-tahun, dua daripada anak-anaknya tuli dan bisu, dan yang ketiga mempunyai kecacatan intelek. Anda harus mencari di tempat lain jika anda ingin menjelaskan kualiti hidup saudara itu. Adakah anda fikir mungkin kerana dia mempunyai kehidupan Kristus di dalam?' Lelaki Kristian yang baik itu menunjukkan fakta bahawa kehidupan yang berlimpah tidak bergantung kepada keadaan. Begitu juga dengan anda. Renungan Lanjutan: Yohanes 15:9-11; Habakuk 3:17-19 Doa: Terima kasih, Bapa, bahawa melalui Kristus Yesus, Juruselamat dan Tuhan saya, Engkau telah meletakkan hidup-Mu dalam hati saya - hidup-Mu yang berlimpah. Semoga hidup itu dinyatakan dalam diri saya pada hari ini. Amin. Rev Gerawat Maran
- Panggilan Surgawi
Oleh Pr Andy Anyi
- Sebab Kita Bekerja Dan Berjuang
“…Kita berjuang dan bekerja keras, kerana kita berharap sepenuhnya kepada Allah yang hidup, Penyelamat semua orang, terutama sekali orang yang percaya kepada-Nya.....” 1 Timotius 4:10 Paulus memberitahu kita tentang alasan mengapa mereka terus bekerja keras dan terus berjuang selama ini didalam hidup mereka. Hal yang menjadi pendorong dalam hidup mereka adalah karena pengharapan yang mereka miliki didalam Tuhan Yesus yang hidup iaitu penyelamat bagi semua orang khususnya bagi yang percaya kepada-Nya. Oleh kerana pengharapan ini maka Paulus dan rakan-rakannya terus-menerus bekerja keras untuk memberitakannya dan mengajarkannya kepada semua orang khususnya kepada mereka yang sudah percaya kepada Tuhan Yesus. Meskipun mereka mengalami berbagai penderitaan didalam mereka berusaha untuk meyakinkan semua orang akan keselamatan didalam Yesus. Tetapi mereka tetap bekerja keras karena pengharapan didalam Tuhan Yesus. Bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Apakah kita tetap bersemangat untuk memberitakan keselamatan didalam Yesus Krstus kepada semua orang khususnya kepada orang yang percaya pada hari ini? Paulus berkata “…Aku berharap dengan sepenuh hati supaya jangan sekali-kali aku gagal dalam tugasku. Tetapi pada setiap masa, terutama sekali sekarang, aku dapat berkata-kata dengan berani, sehingga dengan segenap jiwa raga, aku akan menyebabkan orang memuliakan Kristus, sama ada aku hidup ataupun mati. 21Bagiku, hidup itu mengabdi kepada Kristus, dan kematian lebih berfaedah…” Filipi 1:20-21. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, menyerahkan hidup saya, pakailah saya untuk menjadi alatMu untuk memberitakan keselamatan didalamMu kepada semua orang, agar mereka juga diselamatkan. Didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin. Pr Patrick Taie
- Seorang Bapa Yang Melakukan Peranannya Akan Meningkatkan Kehidupan Keluarganya
Peranan seorang bapa telah mengalami perubahan yang signifikan dari masa ke masa. Pada zaman dahulu, bapa dipandang sebagai individu yang menyediakan keperluan keluarga melalui pendapatan, manakala ibu bertanggungjawab membesarkan anak-anak dan mengurus tugasan rumahtangga. Walaubagaimanapun, peranan gender menjadi lebih fleksibel seiring dengan masa dan bapa kini turut terlibat dalam pengasuhan dan pendidikan anak serta tanggungjawab di rumah. Hari ini, bapa-bapa menghadapi masalah yang serupa dengan ibu-ibu dalam mengimbangi kerja dan kehidupan keluarga. Sesetengah bapa bekerja lebih masa dan mendapati sukar untuk menyeimbangkan tanggungjawab pekerjaan dengan tagnggungjawab atau masa bersama anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Selain itu, bapa-bapa juga terikat dan menerima kesan oleh harapan dan jangkaan sosial atau stigma yang diletakkan ke atas mereka kerana tidak dianggap sebagai teladan ibu bapa yang sebenar. Hal ini menyebabkan bapa menghadkan dan membatasi penglibatan mereka dalam tugas rumah dan pendidikan anak. Salah satu cabaran lain yang mungkin dihadapi oleh seorang bapa adalah kurangnya cuti bapa atau bantuan lain untuk menjaga anak-anak termasuk kurangnya sumber atau sokongan bagi bapa yang berminat untuk lebih terlibat dalam kehidupan anak-anak mereka. Sesetengah bapa mungkin didiskriminasi di tempat kerja kerana terlibat dalam membesarkan anak. Terdapat beberapa cabaran kontemporari bapa yang berbeza iaitu bergantung pada keadaan individu serta jangkaan dan norma masyarakat. Mereka sentiasa menghadapi situasi yang menimbulkan ketidakpastian yang agak komplikated tentang kehidupan dan apa yang akan berlaku pada masa datang. Walau bagaimanapun, kita sebagai bapa harus bangkit apabila pasangan, anak-anak, dan keluarga kita memerlukan kita dan berusaha sebaik mungkin. Hidup sebagai bapa bermaksud menyesuaikan diri dengan perubahan. Dari aspek negatif, terdapat kesukaran, cabaran dan badai yang mungkin dihadapi dalam perjalanan hidup seorang bapa. Bagaimana jika anak anda menghadapi masalah dengan undang-undang? Bagaimana jika seorang dari keluarga anda mengalami kemalangan atau diserang penyakit maut? Bagaimana jika perkahwinan anda mengalami masalah? Bagaimana jika salah seorang anak perempuan anda mungkin hamil pada usia remajanya? Bagaimana jika anak anda menghadapi pergelutan besar di sekolah? Bagaimana jika anda diberhentikan dari pekerjaan anda? Bagaimana jika anda menghadapi masalah kewangan? Sebagai seorang bapa, terdapat kekaburan dan ketidakjelasan dalam penyesuaian norma kehidupan "biasa". Cabaran apa yang akan timbul apabila seorang anak telah masuk ke alam remaja atau kehidupan berkahwin? Apa cabaran anda jika seorang anak ingin berkahwin dengan seseorang yang anda tidak setuju. Bagaimanakah seorang bapa menyesuaikan diri dengan perkahwinan semula dan anak tiri? Bagaimanakah seseorang bapa boleh membantu anaknya yang OKU? Bagaimana jika anak anda terdedah kepada pengaruh negatif dari rakan-rakan? Menjadi bapa sendiri bermakna melangkah ke cara hidup yang baru dan sentiasa berubah. Beberapa kejadian ini memberi kita masa di mana kita boleh menjangkakan perubahan dan menyediakan diri dengan sewajaranya. Ada yang datang secara mengejut – kadang-kala mereka muncul begitu sahaja; kadang kadang kita hanya perasan dan sedar adanya situasi itu kerana terlalu sibuk dengan keutamaan lain sehingga kita gagal untuk berhenti dan lihat apa yang sedang atau sudah berlaku. Kita tidak perlu panik, bapa. Bapa juga tidak perlu berlindung sehingga menunggu rebut reda dengan sendirinya. Kita perlu bertindak hari ini. Berikut adalah beberapa kualiti yang boleh diusahakan oleh bapa supaya mereka bersedia menghadapi ketidakpastian di sepanjang perjalanan mereka: 1. Jangan Panik. Harus Tenang! (Filipi 4:6-7) Jangan panik! Ia lebih daripada kebiasaan yang membosankan tentang bagaimana menghadapi kesukaran dan krisis. Ketenangan melambangkan keyakinan batin yang menjadi tak ternilai harganya di waktu-waktu sukar (Mazmur 94:13). Adakah anda rasa selesa dengan peranan anda sebagai pria atau adakah beberapa tanggungjawab membuat anda berasa kurang nyaman atau yakin? Jika anda tidak yakin tentang diri anda sebagai suami dan bapa, maka semua situasi sukar dalam kehidupan akan jauh lebih sukar untuk anda tangani dan untuk bersedia menghadapinya. Kita perlu menjangkakan untuk menghadapi beberapa pertempuran dalam tugas kita sebagai ibubapa ini. Kita mungkin dipanggil keluar pada tengah malam – justeru itu, kita mesti menangani emosi dalam diri kita dan orang lain. Ia mungkin kelihatan aneh atau tidak selesa. Ia mungkin masalah disiplin yang memerlukan tindakan bijaksana dan penuh kasih saying. Sebagai Duta Kristus, kita juga mempunyai anak-anak lain dalam komuniti kita yang layak mendapat perhatian kita juga. Seorang bapa yang mempunyai pandangan sihat tentang kesukaran tidak pernah terkejut. Dia yakin dengan keupayaannya untuk menjalankan tugasnya dan bersedia bertindak apabila dipanggil. Dia boleh menilai situasi, memberikan nasihat yang membina kepada ahli keluarga, berlutut di samping anaknya, membuang rambut dari matanya, dan menyakinkan anaknya bahawa segalanya akan baik-baik saja. Bapa berada dan hadir serta memahami situasi dalam rumahnya. Walaupun kita tidak selalu dapat menghalang krisis daripada berlaku, kita boleh melakukan banyak perkara untuk memperbaiki keadaan keluarga kita dengan belajar bersikap tenang. Ia adalah Pola Fikiran Kasih Sayang Agape yang mengatasi pertempuran harian dengan membezakan kita sebagai bapa dan pria. 2. Ciptakan ruang untuk perbincangan secara terbuka (Efesus 4:29) Bapa yang bersedia menghadapi kesukaran akan mempunyai interaksi lisan yang baik dengan anak-anaknya. Dia memupuk saluran komunikasi terbuka dengan mereka. Apabila badai, tragedi atau kesukaran berlaku, keluarganya bersedia untuk meluahkan emosi mereka dengan cara yang sihat - menyakinkan satu sama lain, membincangkan penyelesaian yang mungkin, dan mengatasinya bersama-sama (Amsal 18:21). Bapa duniawi sering mencontohi tabiat komunikasi yang tidak sihat. Mereka bertindak balas dengan menggunakan kata-kata kasar dan bersikap lebih negatif untuk "menang". Mereka sering merendahkan atau menghina ahli keluarga apabila emosi mereka meningkat, mengelakkan perbincangan penting dan menutupi diri apabila perkara tidak berjalan mengikut kehendaknya. Kita mesti berusaha untuk mencontohi tindakan positif bapa rohani. Nilai Rohani yang diaplikasikan menjadikan anak-anak kita berasa selamat, mahir memberi dan menerima pengampunan, kerap memberikan motivasi dan berkat lisan, dan kekal tenang dalam menghadapi tingkah laku yang tidak dapat diterima. Semasa waktu sukar, keluarga kita akan mengambil contoh positif yang kita tunjukkan, bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tanpa menyerah kepada amarah dan pembalasan. Adalah penting untuk mengadakan perbincangan bersama ahli keluarga secara berkala di mana sesiapa sahaja boleh mengemukakan dan meluahkan masalah atau kebimbangan. Kumpulkan semua orang bersama-sama, tanpa skrip dan kongsi perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka. Luangkan masa untuk membincangkan setiap isu, dapatkan pencerahan daripada ahli keluarga anda dan berusaha ke arah penyelesaian. Akhir sekali, berkomunikasi dengan pasangan anda adalah penting. Pasangan anda adalah aset dengan kepekaan dan pandangan bijaksana. Mencari sokongan daripada bapa-bapa rohani lain yang telah melalui pengalaman yang sama boleh membantu ketika masa sukar. 3. Setkan keutamaan dan berikan keutamaan (Kolose 3:2) Kesukaran dan kesulitan dalam hidup akan menguji kita dan perhubungan kita. Ia sentiasa bertindak sebagai pembuka mata tentang keperluan dan keutamaan kita. Kita berusaha ke hadapan dalam kerjaya kita; Kita terus maju dalam kerjaya kita; kita mengisi hujung minggu kita dengan tanggungjawab lain; kita mengadakan pertemuan sosial berjam-jam; dan kita tidak pernah melepaskan masa sukan kegemaran kita. Walau bagaimanapun, perkahwinan kita menderita, anak kita mempunyai permasalahan harga diri, dan perhubungan lain menjadi mangsa keperluan dan keutamaan kita yang cacat. Mengapa bagi kebanyakan bapa di luar sana, ia memerlukan serangan jantung, kanser, mengetahui bahawa anak kita menggunakan dadah, atau keluarga berpisah untuk mengubah hidup kita dan melakukan apa yang penting? Adakah kita malas? Adakah kita seorang yang ego? Setiap orang harus menjawab soalan-soalan itu untuk dirinya sendiri, tetapi ada beberapa ciri di mana kita kehilangan jejak apa yang paling penting bagi kita. • Sangat mudah bagi kita untuk terjebak dalam dunia digital yang serba cepat, dengan gangguan yang terus-menerus berlomba-lomba menarik perhatian kita. Influencer digital menggunakan strategi apa pun untuk menarik minat dan perhatian kita. Jangan mudah terganggu! Tetapkan saat-saat ikatan dengan anak anda. • Bapa sering merasa sukar untuk berhubung dengan anak-anak mereka di tengah- tengah tuntutan kerja. Walaupun menyara keluarga kita adalah penting, ramai pria akhirnya mengutamakan kerjaya mereka daripada peranan mereka sebagai bapa. Adalah penting untuk bapa-bapa untuk berhenti seketika dan merenung keutamaan kita, membincangkannya dengan pasangan kita dan membuat pilihan bijak untuk melabur waktu dalam hubungan keluarga kita. • Setelah kita membuat keputusan ini, adalah penting untuk mengkomunikasikan komitmen kita kepada anak-anak kita dan membuktikannya melalui perbuatan kita. Dengan memastikan bahawa anak-anak kita memahami bahawa mereka adalah keutamaan utama kita, kita boleh membantu mencegah atau menangani masalah keluarga dengan lebih efektif. Hal ini akan mengatasi prioriti yang salah dan dapat memperburukkan masalah atau krisis dalam keluarga. Kita harus bersedia menghadapi gelombang emosi yang datang dengan kehidupan keluarga dan bertindak dengan tenang, positif, dan pengawalan diri. Dengan berbuat demikian, kita boleh mengajar anak-anak kita pelajaran penting dan menetapkan contoh yang kekal tentang bagaimana mengendalikan kesusahan. Mengatur keperluan dan keutamaan anda tidak akan menghalang masalah yang akan datang, tetapi ia akan menjadikan peranan anda lebih mudah apabila mereka timbul. Bapa, kamu sedang diuji! Keluarga anda akan memberikan ribut emosi sekali-sekala. Anak-anak anda mungkin mengatakan perkara yang menyakitkan hati anda. Itu ok - Bapa di Syurga kita melalui ribut besar apabila Yeshua menderita di kayu salib. Tetap tenang dan positif; jangan terburu-buru dan hilang kawalan selepas bercakap dengan anak-anak anda. Tunjukkan kawalan diri dan jadilah pemimpin yang boleh dipercayai dan yang diperlukan oleh keluarga anda. Anda boleh mengajar mereka beberapa pelajaran penting dan mencipta contoh jangka panjang tentang cara menangani masalah. Selamat Hari Bapa! Pastor Dr Richard H.C Pany
- Binalah Hidup Dalam Kebenaran Firman Tuhan
“…Mereka mengajar orang supaya tidak berkahwin dan tidak memakan makanan tertentu. Tetapi Allah menciptakan makanan untuk dimakan, dan kita sebagai orang Kristian yang mengenal ajaran yang benar harus menerima semua makanan dengan mengucap syukur kepada-Nya....” 1 Timotius 4:3 Paulus memberitahu kita tentang pengajar sesat yang menekankan tentang peratauran tentang pernikahan dan peraturan-peraturan tentang makanan. Pengajaran mereka seakan-akan kelihatan sangat mulia dan bersih. Namun ajaran mereka ini sepenuhnya bertentangan dengan kebenaran, dengan itu Paulus menjelaskan bahawa makanan dan pernikahan adalah pemberian daripada Tuhan untuk manusia Oleh itu semuanya adalah baik sebab semuanya daripada Tuhann, dan jika semuanya diterima dengan ucapan syukur maka "semuanya akan dikuduskan oleh firman Allah, dan baik untuk kita. Namun pengajar sesat memutarbalikkan kebenaran itu dengan menyatakan bahawa apa yang baik yang berasal dari Tuhan itu adalah jahat. Dengan itu setiap hal yang baik Tuhan berikan kepada kita, tidak boleh dikatakan jahat. Sebab Tuhan memberikan semuanya untuk kita adalah baik untuk diri kita. Kerana Dia Tuhan yang tahu apa yang baik untuk hidup kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan ajaran-ajaran sesat, sebab pada hari ini banyak yang datang dengan mengenakan jubah yang kelihatannya putih bersih tetapi mengajar ajaran yang salah. Dengan itu berhati-hatilah, binalah hidup kita pada ajaran benar dengan setia mengikuti kelas alkitab, kebaktian gereja dan sebagainya.. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon bimbinganMu, Tolong saya untuk bertumbuh dalam FirmanMu dan hidup dalam FirmanMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin. Pr Patrick Taie
- Kasih
Mazmur 119:64 (TB) Bumi penuh dengan kasih setia-Mu, ya TUHAN, ajarkanlah ketetapan-ketetapan-Mu kepadaku. Renungan: Kasih Tuhan terpampang di sekeliling kita! Ia terdapat dalam keindahan yang dapat kita saksikan ketika kita berada di alam semula jadi. Ia terdapat dalam kelembutan kulit bayi, kelembutan pelukan yang penuh kasih, atau kegembiraan yang terasa ketika tawa mengisi perut kita. Dari hal terkecil hingga hal terbesar seperti kebesaran alam semesta yang luas, keagungan dan kasih Tuhan menanti untuk ditemukan. Mintalah Dia mengajarimu bagaimana melihat kasih-Nya dan mengikut-Nya. Janganlah kita lewatkan keajaiban yang ada di sekeliling kita. Pr Roy Dinsim
- Hidup Yang Indah Dalam Kerajaan Allah
Oleh Pr Eddy Marson Yasir
- Hiasilah Dirimu Dengan Kebaikan
“…Aku juga mahu kaum wanita menghias diri dengan sederhana dan mengenakan pakaian yang senonoh. Jangan dandani diri dengan potongan rambut yang bukan-bukan, atau perhiasan emas atau mutiara, atau pakaian yang mahal-mahal....” 1 Timotius 2:9 Paulus memohon agar kaum wanita menghias diri mereka dengan cara yang sederhana dan berpakaian secara yang sopan dan rapi. Demikian juga mereka harus tidak menghiasi rambut mereka secara berlebihan, atau dengan terlalu banyak perhiasan emas, mutiara, atau pakaian yang mahal-mahal. Tetapi mereka harus dikenali oleh karena kebaikan dan keramahan mereka. Paulus menasihat mereka untuk berbuat sedemikian olh kerana keadaan yang sedang dilalui jemaah Efesus dan Timotius sebagai gembala. Para pengajar sesat telah mengambil peluang tentang ketidaktahuan para jemaah wanita yang di Efesus. Oleh kerana pengajaran mereka maka tindakan para wanita telah menimbulkan batu sandungan dan masalah dikalangan jemaah lalu memimpim kepada kemarahan dan perselisihan. Dengan itu Paulus perlu bertindak untuk memperingatkan kaum wanita supaya menghias diri mereka dengan sederhana dan mengenakan pakaian yang senonoh, tidak dandani diri dengan potongan rambut yang bukan-bukan, atau perhiasan emas atau mutiara, atau pakaian yang mahal-mahal. Sebab pada masa ini di Efesus, biasa ciri-ciri ini adalah para pelacur. Hal yang kedua, Paulus ini mengingat kaum wanita wajib untuk belajar kembali dengan “taat”. Dengan itu marilah kita menghiaskan diri kita dengan perbuatan yang baik yang sepatutnya dilakukan oleh wanita yang mengabdikan diri kepada Allah. Hendaklah cahaya kamu juga bersinar di hadapan orang, supaya mereka melihat perbuatan kamu yang baik, lalu memuji Bapa kamu yang di syurga.” Matius 5:16 Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon bimbinganMu agar saya akan terus berjalan dalam jalanMu, menjadi saksi yang baik dalam setiap langkah hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin. Pr Patrick Taie
- Apa Yang Anda Khuatir?
Oleh Pr Eddy Marson Yasir
- Berdoa Dengan Hati Yang Bersih
“…Aku mahu orang lelaki berdoa di mana-mana sahaja dengan hati yang suci, tanpa kemarahan ataupun pertengkaran....” 1 Timotius 2:8 Paulus menyatakan keinginan hatinya terhadap kaum lelaki dimana-mana pun mereka berkumpul, supaya mereka harus tetap berdoa. Dimana kedua tangan mereka diangkat ke surga sewaktu mereka berdoa tanpa kemarahan ataupun pertengkaran. Hal ini bererti hati mereka harus bersih daripada segala dosa iaitu bebas dari kemarahan atau perselisihan. Untuk menyebabkan mereka (kaum lelaki) berdoa berkenan kepada Tuhan, mereka harus membebaskan diri mereka daripada kemarahan atau perselisihan dengan bertobat kepada Tuhan. Sebab semuanya itu boleh mengganggu hati mereka sewaktu berdoa. Oleh itu untuk menyebabkan kita untuk berdoa dengan tenang dan focus hati kita haruslah bersih daripada segala dosa. Oleh itu, apabila kamu hendak mempersembahkan pemberian di atas mazbah kepada Allah, lalu teringat bahawa saudaramu sakit hati terhadap kamu, tinggalkanlah pemberianmu di hadapan mazbah. Pergilah berdamai dahulu dengan dia, barulah kembali lalu persembahkan pemberian kamu itu kepada Allah. Matius 5:23-24 Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon pengampunan daripadaMu atas segala dosa-dosa saya, bersihkan saya dengan darahMu agar saya layak dihadapanMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin. Pr Patrick Taie
- Berpegang Pada Iman Kita
“…Hendaklah imanmu menjadi pegangan hidup dan hendaklah engkau mempunyai hati nurani yang suci. Ada orang yang tidak mempedulikan hati nurani, sehingga iman mereka hancur...” 1 Timotius 1:19 Paulus memberikan tugas yang penting dan harus Timotius kerjakan dengan sungguh-sungguh, dengan itu Paulus memperingatkan Timotius tentang dirinya sebagai pelayan Tuhan berdasar pada nubuatan yang dia terima iaitu peneguhan Roh Kudus ke atas panggilannya melalui sesama orang percaya, termasuk Paulus sendiri. Dengan itu Paulus meminta agar Timotius seorang gembala yang muda, agar tetap percaya penuh kepada ajaran benar (berpegang pada iman) dengan menjaga hati nuraninya supaya tetap bersih. Karena ada beberapa orang yang sudah menolak untuk hidup sesuai dengan tuntunan hati nurani mereka, sehingga mereka tidak lagi mampu percaya kepada ajaran yang benar. Semua kita ada dalam rancangan pelayanan Tuhan, sebab kita adalah istimewa dihadapanNya. Dia mahu semua kita tetap percaya dan menjaga hati kita bersih dihadapan selama kita masih hidup. Iman kita yang akan menyebabkan kita bertahan dan mengalahkan segala serangan kuasa yang jahat. Sebab di dalamnya, kebenaran Allah dinyatakan dari iman kepada iman, seperti ada tertulis: "Orang benar akan hidup oleh iman." Roma 1:17 Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon kekuatan daripadaMu agar saya akan tetap teguh dan setia melayaniMu, pakailah hidup saya untuk kemuliaanMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin. Pr Patrick Taie
- Letakkan Doa yang Utama
“…Pertama sekali aku menggesa supaya doa permohonan dan ucapan syukur disampaikan kepada Allah untuk semua orang, 2 untuk raja-raja dan semua penguasa. Berdoalah kepada Allah supaya kita boleh hidup dengan aman dan tenteram. Kita harus menghormati Allah, dan berlaku sopan terhadap orang lain...” 1 Timotius 2:1-2 Paulus menyatakan tentang hal yang terutama didalam kehidupan Timotius, iaitu meletakkan pelayanan doa sebagai keutamaannya. Sebab doa memainkan peranan didalam pelayanan sebagai penggerak pelayanannya. Dengan itu Paulus menjelaskan apa yang perlu didoakan oleh Timotius sebagai gembala. Timotius harus berdoa memohon daripada Tuhan dan mengucap syukur kepada Tuhan untuk semua orang, untuk raja-raja dan semua penguasa, dan juga berdoa kepada Tuhan untuk hidup dengan aman dan tenteram. Kita harus menghormati Allah, dan berlaku sopan terhadap orang lain. Kita harus menjadi pendoa bagi keluarga, gereja dan negara kita, sebab melalui doa kita Tuhan akan bekerja. Oleh itu janganlah kita berhenti berdoa untuk memohon perlindungan, kekuatan, kesembuhan dan bimbingan Tuhan dalam hidup kita. Sebab doa orang benar besar kuasanya. Tetaplah berdoa selagi kita bernafas…. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon agar Tuhan mengajar saya menjadi seorang pendoa, berikan saya hati yang sentiasa berdoa, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin. Pr Patrick Taie












