top of page

Berhenti Bertengkar Sebab Tidak Membawa Keuntungan

2 days ago
2 min read

Alkitab menasihatkan setiap orang yang percaya supaya tidak bertengkar dengan sesiapa pun, baik dengan orang yang seiman atau pun orang yang tidak seiman. sebab pertengkaran bukanlah salah satu buah Roh Kudus, tetapi pertengkaran hanyalah merugikan kedua pihak yang sedang bertengkar. Itulah sebabnya Alkitab melarang orang yang percaya kepada Tuhan Yesus supaya tidak bertengkar dengan satu yang lain, sebab pertengkaran sekali-kali tidak dapat menyelasaikan masalah yang timbul diantara satu yang lain.


Pertengkaran merupakan hal yang sangat dibenci oleh Tuhan, tetapi pertengkaran hal yang sangat disukai oleh iblis. Dengan itu kita harus berhenti bertengkar dengan satu yang lain, sebab pertengkaran tidak sekali-kali dapat menyelasaikan sesuatu masalah yang timbul diantara dua pihak. Namun pertengkaran hanyalah mengundangkan kerugian kepada kedua pihak yang bertengkar.


Perhatikan pertengkaran yang terjadi diantara hamba-hamba Abram dan Lot, pertengkaran yang berpunca dari perebutan padang rumput telah memimpin kepada perpisahan. Oleh kerana pertengkaran yang terjadi diantara hamba-hamba Abram dan Lot maka mereka terpaksa memutuskan untuk berpisah ke jalan masing-masing. (Kejadian 13:7-10)


Kebenaranya bahawa pertengkaran tidak akan memberi keuntungan kepada sesiapa pun malah hanya menyebabkan perpecahan dan kebencian diantara dua pihak yang bertengkar. Dengan itu kita harus menghindari diri kita daripada bertengkar dengan sesiapa pun, sebab pertengkaran tidak sekali-kali menguntungkan sesiapa pun. Oleh kerana bertengkar maka hubungan persaudaraan diantara dua pihak menjadi terputus seperti Abram dan Lot.


Pertengkaran hanya menyebabkan perpisahan dan perpecahan diantara dua pihak, dengan itu jangan bertengkar tetapi berhenti dari bertengkar. Hiduplah damai diantara satu yang lain, Maka berkat Tuhan akan mengalir dalam kehidupan kita kerana damai dari Roh Kudus bekerja dalam kehidupan kita.


Doa: Tuhan Yesus, saya datang kepadaMu memohon agar Tuhan memberikan saya hati yang mengasihi setiap orang, jauhkanlah saya daripada hati yang marah dan benci agar saya tidak akan bertengkar dengan sesiapa pun, ajar saya untuk berdoa dan mengasihi semua orang. Didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa Amin.


Oleh: Pr Patrick Taie

Sumber: Whatassap Channel@Patrick Taie@Renungan

Comments


bottom of page