Buat Pilihan Yang Tepat

Perpisahan diantara Abram dan saudaranya Lot, bermulai dari penambahan ternakan mereka yang semakin banyak. Oleh kerana ternakan keduanya yang semakin banyak dengan itu keperluan untuk memiliki padang rumput juga perlu bertambah. Dengan itu perebutan akan padang rumput telah terjadi diantara gembala Abram dan Lot. Perebutan akan padang rumput akhirnya memimpin kepada pertengkaran diantara gembala Abram dan Lot, akhirnya mereka harus berpisah daripada satu yang lain.
Oleh kerana pertengkaran antara gembala Abram dan Lot maka Abram berkata kepada saudaranya Lot, “…pilihlah bahagian tanah yang kamu suka. Jika kamu pergi ke sebelah sini, aku akan pergi ke sebelah sana….” (Kejadian 13:9)
Dengan itu Lot memandang di sekelilingnya dan nampak bahawa seluruh Lembah Yordan, sampai ke kota Zoar mempunyai banyak air, seperti Taman Tuhan atau seperti tanah Mesir. (Begitulah keadaannya sebelum Tuhan memusnahkan kota Sodom dan Gomora.) Akhirnya Lot memilih seluruh Lembah Yordan, lalu berangkat ke sebelah timur. Demikianlah kedua-dua orang itu berpisah. (Kejadian 13:10-11)
Pilihan Lot didorong oleh keadaan yang tempat itu cantik dan kelihatan sangat baik dan bukan oleh kerana bimbingan atau petunjuk daripada Tuhan. Apabila Lot melihat kawasan itu sangat baik, dia tidak bertindak berdoa kepada Tuhan untuk bimbingan namun terus memutuskan untuk ke kawasan itu.
Pilihan Lot berdasar pada kecantikan tempat itu daripada pandangan mata dan bukan kerana bimbingan Tuhan kepadanya. Pilihan daripada pengamatan mata tanpa bimbingan Tuhan akan memimpin kepada kehancuran. Oleh itu sangat penting memohon Tuhan untuk campurtangan dalam semua pilihan kita.
Hak memilih adalah pada diri kita sendiri, sebab Tuhan tidak pernah memaksa kita untuk memilih jalan-Nya, walaupun Dia tahu apa yang baik bagi diri kita. Namun pilihan itu adalah hak sepenuhnya untuk memutuskan segala sesuatu. Pilihan kita harus dikandalikan dengan sebaik-baiknya agar kita tidak kecewa dengan pilihan kita pada hari akan datang.
Oleh itu biarlah Tuhan mengawal pilihan kita agar pada hari akan datang kita tidak kecewa dengan pilihan kita tetapi kita sangat bahagia dengan pilihan kita.
Doa: Tuhan Yesus saya datang kepadaMu memohon bimbinganMu dalam setiap keputusan yang saya lakukan. Ajar saya untuk mendengar suaraMu, berjalan dalam jalanMu mengutamakan Engkau dalam segala perkara, inilah saya bimbinglah saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa Amin.
Oleh: Pr Patrick Taie
Sumber: Whatassap Channel@Renungan@Patrick Taie




Comments