top of page

Berserulah dalam Kesusahan!


Renungan Firman:

Mazmur 120:1 (TB) Dalam kesusahanku aku berseru kepada TUHAN, dan Dia mendengar seruanku.


Daud saat dikejar dan mahu dibunuh oleh Saul, dia tidak memilih untuk mengejar kembali masalahnya dan membunuh Saul sebaliknya dia berseru dan memanggil Tuhan dalam kesusahannya.


Jika hari ini kita mempunyai pergumulan? Apakah pergumulan kita itu? Perhubungan? Keluarga? Kewangan? Masalah dalam diri kita? Kurang percaya? Kesakitan? Serukanlah semuanya itu kepada Tuhan.


Seperti mana Tuhan melepaskan Daud daripada genggaman Saul, begitu juga Tuhan akan melepaskan kita. Tuhan kita tidak pernah berubah dari dulu,sekarang bahkan selamanya. Ubah pemikiran kita untuk berseru kepada Tuhan dan bukannya kepada orang-orang luar yang tidak benar benar mengasihi kita seperti Tuhan Yesus kita.


Renungan:

Pernahkah Kita naik ke tempat yang tinggi seperti bukit bukit atau gunung dan berseru? Apakah yang Kita serukan?


Perkara Doa:

1. Sucikan dan lakukan pengudusan diri kita sebelum berseru kepada Tuhan kita.

Berikan mezbah syukur kita kepada Tuhan dan puji pujian kita kepadaNya.

2. Istiharkan doa untuk pelepasan segala yang mengikat dan segala kuk daripada diri kita. Serahkan segalanya kedalam Tuhan dan berseru supaya Tuhan yang

memulihkan kita.

3. Berdoa untuk orang sekeliling kita supaya apa pun pergumulan dan keresahan

dipatahkan dalam nama Tuhan Yesus Kristus. Biar tangan Tuhan yang menyertai dan memimpin kita sehingga ke akhirnya.



bottom of page