top of page

Hari 15: Tuhan, Utuslah Lebih Ramai Penuai

Tema: Memahami Masa (Roma 13:11)


Kata-Nya kepada mereka: “Tuaian memang banyak, tetapi pekerja sedikit. Karena itu mintalah kepada Tuan yang empunya tuaian, supaya Ia mengirimkan pekerja- pekerja untuk tuaian itu. (Lukas 10:2)


Apabila kita memahami masa, kita akan melihat desakan masa dalam memberitakan Injil. Di kebanyakan gereja, kurang daripada 5% anggota memberitakan Injil kepada keluarga, jiran, dan kawan-kawan mereka. Yesus berkata dalam Lukas 10:2, kata-Nya kepada mereka: “Tuaian memang banyak, tetapi pekerja sedikit. Karena itu mintalah kepada Tuan yang empunya

tuaian, supaya Ia mengirimkan pekerja-pekerja untuk tuaian itu.” Masalahnya bukan penuaian tetapi kurangnya penuai.


Tuhan memberikan penyelesaian untuk kekurangan penuai di bahagian kedua ayat yang mengatakan, “Karena itu, mintalah kepada Tuan yang empunya tuaian, supaya Ia mengirimkan pekerja-pekerja untuk tuaian itu.” Berdoalah kepada Tuhan pemilik tuaian untuk mengirimkan pekerja ke ladang tuaian-Nya.


Amanat Agung bukan hanya untuk pastor, pekerja sepenuh masa, atau penginjil. Ia adalah untuk semua orang yang menyebut diri sebagai orang Kristian - termasuk anda dan saya. Kekecewaan terbesar bagi seorang anggota bomba ialah kegagalannya untuk menyelamatkan seseorang dari api kebakaran apabila ia berada dalam kuasanya untuk berbuat demikian.


Begitu juga, malapetaka terbesar bagi mana-mana orang Kristian ialah kegagalan untuk memberi amaran kepada mereka yang sedang menuju ke api kekekalan, apabila dia memiliki kuasa untuk berbuat demikian. Berdoalah agar kita memberi reaksi seperti Nabi Yesaya dalam Yesaya 6:8 “Kemudian aku mendengar suara Tuhan berkata, “Siapakah yang akan Kuutus? dan siapakah yang mau pergi untuk Aku?” Maka sahutku, “Ini saya. Utuslah aku!”

DOA HARI INI:

  • Bapa Syurgawi, kami ingin berterima kasih kepada-Mu kerana Engkau adalah Tuhan atas tuaian. Kami berdoa agar Engkau akan menggerakkan hati orang percaya di negara yang dikasihi ini supaya kami menjadi penuai dalam Kerajaan Tuhan. Beri kami hati yang penuh belas kasihan, keberanian, dan urapan untuk berkongsi Injil kepada orang lain. Dalam nama Yesus. Amin!

  • Berdoalah agar gereja dengan tim media akan mengembangkan dan memaksimumkan peranan mereka di luar gereja tempatan mereka untuk menyampaikan Injil dan kebenaran Alkitabiah dalam spektrum yang lebih luas. Berdolaha agar lebih banyak gereja akan dilengkapi dengan kemahiran presentasi media untuk berhubung dengan dunia orang muda atau tidak percaya.

  • Malaysia menghadapi kedua-dua isu kawasan luar bandar yang kurang maju dan kawasan bandar yang terlalu maju. Berdoalah agar pihak berkuasa mempunyai kebijaksanaan untuk seimbangkan di antara kedua-dua ekstrem supaya pembangunan mampan bukan sahaja untuk memenuhi keperluan semasa tetapi juga untuk memelihara persekitaran dan sumber yang baik untuk generasi akan datang.



bottom of page