top of page

Motif Rancangan Yang Salah, Memimpin Kepada Kehancuran

2 days ago
2 min read

Dalam hidup ini kita perlu ada perancangan dalam segala yang kita mahu lakukan, perancangan akan memimpin kita arah yang kita mahu capaikan. Tanpa perancangan maka kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan pada hari yang mendatang. Oleh itu, Perancangan dalam hidup memainkan peranan yang sangat penting dalam menggerakkan sesuatu kumpulan.


Oleh itu, Perancangan haruslah berdasar pada hati Tuhan, sebab tanpa bimbingan Tuhan maka bangsa akan menjadi bangsa yang penuh kekacauan. (Amsal 29:18) itulah sebab setiap orang sangat memerlukan perancangan yang berdasar pada hati Tuhan atau bimbingan Tuhan. Sekiranya perancangan itu tidak mengikut kehendak Tuhan maka rancangan itu akan memimpin seseorang itu kepada kehancuran.


Kisah mereka yang telah mengembara ke sebelah timur, tiba di suatu dataran di Babilonia, dan menetap di situ menjadi pengajaran bagi kita. mereka telah membuat sebuah perancangan untuk membina kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai-cerai di seluruh bumi. (Kejadian 11:4). Memiliki sebuah perancangan merupakan hal yang baik.


Namun memiliki motif yang salah dalam perancangannya merupakan hal yang pasti akan memimpin seseorang itu kepada kehancuran. Sebab kehendak Tuhan untuk setiap orang adalah untuk memuliakan nama-Nya. Itulah sebabnya Tuhan murka kepada mereka yang membina sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, kerana mereka mahu termasyhur dan tidak tercerai-cerai di seluruh bumi. Tuhan murka terhadap mereka oleh kerana motif mereka membina menara tersebut.


Oleh itu kita harus berhati-hati dengan semua perancangan kita, supaya semua perancangan kita bermotif untuk memuliakan nama-Nya dan bukan untuk menjadi terkenal.Kita harus meperingatkan diri kia agar mengendalikan semua perancangan kita hanya untuk memuliakan nama Tuhan. Dengan itu kita harus membuat perancangan kita berdasar pada kehendak Tuhan dan jalan Tuhan. Sebab apa yang Tuhan inginkan kepada setiap kita adalah untuk muliakan nama-Nya dan bukan untuk diri sendiri.


Sebenarnya untuk membina bangunan yang tinggi mencakar langit bukanlah sesuatu kesalahan dihadapan Tuhan. Namun hal itu menjadi sebuah kesalahan dihadapan Tuhan kerana motif mereka membinanya. Sekiranya seseorang itu melakukan sesuatu dengan tujuan yang memuliakan Tuhan pasti Tuhan tidak murka, namun sekiranya perancangan itu bertujuan untuk kemegahan diri maka Tuhan pasti murka.


Motif seseorang melakukan sesuatu rancangan berdasar keinginan untuk terkenal, pasti akan memimpin dirinya kepada kehancuran.


Doa: Tuhan Yesus, ajar saya agar semua perancangan yang saya lakukan semuanya bermotifkan untuk memuliakan nama-Mu, biarlah semua yang saya lakukan hanya untuk kemuliaan nama-Mu selama hidup saya. Didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa Amin.


Oleh : Pr. Patrick Taie

Sumber: Whatassap Channel@Pr. Patrik Taie@Renungan

Comments


bottom of page