top of page

Peka dan Waspada


Matius 24:4-5

Yesus menjawab mereka, “Awas, jangan terperdaya oleh sesiapa pun! Ramai orang akan datang dengan nama-Ku dan berkata, ‘Akulah Kristus!’ Mereka akan membuat ramai orang terperdaya.


Ketika kita sebagai orang-orang yang sudah banyak diperingatkan tentang hal kebenaran melalui pengalaman,pembelajaran dan pergaulan,kita tidak boleh lalai terhadap apa yang berlaku disekeliling kita.Maksudnya disini kita harus peka dengan apa yang sedang berlaku dan akan berlaku disekitar kawasan dimana Tuhan menempatkan kita.


Hari demi hari kita mendengar tentang berita dimana ramai orang-orang kristian yang memilih untuk mengubah haluan dengan meninggalkan Tuhan Yesus.Ini disebabkan oleh kuatnya tarikan dan lemahnya peranan yang dilakukan oleh pengikut Kristus untuk menjadi perantara diantara orang-orang yang sesat ini sehingga jiwa dan raga mereka menuju kehancuran.


Renungan.

1)Sejauh mana kita berperanan sebagai duta Kristus dalam memainkan peranan sebagai biji mata Tuhan supaya sentiasa peka dengan apa yang berlaku disekeliling kita?

2)Bagaimana caranya supaya kita dapat mewujudkan atau menjalinkan hubungan dengan orang-orang disekeliling kita supaya adanya tarikan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.

3).Adakah kita mengambil berat tentang apa yang berlaku terhadap orang-orang Kristian yang mengubah haluan yang kita dengar, baca atau melihat dari sumber apapun samada media massa atau media elektronik? Atau kita mengabaikan sahaja?


Bahan Doa.

1)Doakan setiap orang-orang Kristian khususnya dari Sabah dan Sarawak supaya sentiasa kuat untuk bertahan terhadap dugaan dan tarik and sehingga mereka meninggalkan Tuhan.

2)Setiap tawaran dan dorongan untuk meninggalkan Yesus Kristus tidak akan mempengaruhi mereka.

3)Tuhan meletakkan dan menghantar orang yang tepat serta sesuai dengan keperluan dimana pun orang-orang ini diletakkan.


Baklin

bottom of page