top of page

Seimbangkan Kehidupanmu



Efesus 5:15-16

Hiduplah dengan hati-hati – bukan seperti orang tidak arif tetapi sebagai orang bijaksana,dan pergunakanlah setiap peluang dengan sebaiknya kerana ini zaman durjana.


Keseimbangan hidup atau diri bukanlah hanya diukur dari segi fizikal dan emosi, tetapi juga dari sudut kerohanian. Pengurusan dalam kerohanian harus diambil peduli dan cakna seperti mana pengurusan kita terhadap pembelajaran, pekerjaan dan hal-hal lain. Sebagai anak Tuhan yang pintar, kita harus mempelajari dan menyeimbangkan aktiviti dan kerja hakiki harian kita dengan perkembangan rohani. Kedua-dua ini bergerak seiring dalam menempuhi hari-hari yang penuh mencabar ini.


Orang yang takut akan Tuhan mengutamakan hadirat dan campur tangan dalam hidupnya. Contohnya dalam pengurusan harian. Satu daripada cara yang terbaik adalah dengan wujudnya sikap doa dalam segala urusan harian yang dilakukan. Mintalah campur tangan Tuhan dalam setiap yang kita kerjakan kerana perkenanan Tuhanlah yang terjadi. Jangan pernah mempunyai berat sebelah terhadap Tuhan dan bersandar pada pemikiran sendiri! Andalkan Dia dengan segala keinginan yang dimiliki. Sebetulnya, tiada hari yang indah tanpa ungkapan sebaris doa yang diucapkan. Hari-hari kian mencabar, hidup doa harus dipratikkan seiring dengan pekerjaan duniawi agar tetap dalam ‘route’ Yahweh yang tepat.


Renungkan

Sejauh manakah konsistensi keseimbangan hidup doa dan kerohanian dengan aktiviti harian kita?


Bahan doa

1. Berdoa agar diberi kekuatan dan hikmat dalam menyeimbangkan aktiviti harian dalam kehidupan rohani secara peribadi.

2. Berdoa bagi orang sekeliling dan komuniti agar terus melengkapi dan mendukung antara satu sama lain dalam pelayanan lokal dan peribadi.

3. Berdoa agar segala rantai dan rintangan dalam usaha menyeimbangkan hidup doa dalam pekerjaan harian dipatahkan, dihancurkan dan dihapuskan dalam nama Tuhan Yesus dan tidak mempunyai hak dalam menguasai kualiti kehidupan kita.


Noel

bottom of page