Tuhan Memperhatikan Apa Yang Kita Perbuat

Tuhan kita adalah Tuhan yang mahahadir atau mahatahu, hal ini bermakna bahawa Dia Tuhan yang tahu segala yang kita sedang lakukan atau yang telah kita lakukan. Demikian juga Dia mengetahui segala yang kita fikirkan, katakan bahkan apa yang kita lakukan. Dengan itu kita harus berhati-hati dalam semua yang kita sedang lakukan setiap hari. Sebab Dia Tuhan yang sedang memperhatikan apa yang kita sedang lakukan setiap hari.
Sewaktu manusia sedang merancang untuk membina kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya mereka menjadi termasyhur dan tidak tercerai-cerai di seluruh bumi. (Kejadian 11:4). Hal ini telah menjadi hati Tuhan tidak senang dengan manusia sebab mereka mahu menjadi termasyhur dan tidak tercerai-cerai di seluruh bumi, oleh itu…
“…Tuhan turun untuk melihat kota dan menara yang dibina oleh manusia…” (Kejadian 11:5), Tuhan turun menggambarkan tentang sifat Tuhan bahawa Dia tahu apa yang sedang manusia lakukan dan hasrat. Walaupun tidak seorang pun pergi memberitahu apa yang manusia sedang lakukan tetapi Dia Tuhan yang tahu.
Dia melihat apa yang sedang mereka sedang kerjakan dan juga motif mereka sewaktu mereka melakukan sesuatu perkara. Sebab Dia Tuhan yang mahatahu dan bagi-Nya tidak ada satu pun perkara yang ada didunia ini tersembunyi dihadapan-Nya. Semuanya terbuka dan Dia sedang memperhatikan semua orang yang ada didunia ini.
Oleh itu kita harus berwaspada dengan apa yang kita sedang lakukan setiap hari, sebab Dia Tuhan sedang memperhatikan diri kita. Dia menjadikan kita setiap kita didunia ini dengan bertujuan agar setiap kita hidup untuk menyenangkan hati-Nya selama kita hidup. Oleh itu Tuhan hanya sebuah hubungan dengan-Nya, supaya kita sentiasa bersekutu dengan-Nya.
“…Engkau memperhatikan jalanku dan berbaringku, Engkau mengenal segala perjalananku…” Mazmur 139:3
Oleh itu marilah kita menjalani kehidupan kita didunia ini didalam jalan Tuhan dan bukan sesuka hati apa yang kita mahu kerjakan tetapi harus bertujuan untuk menyenangkan hati-Nya.
Doa: Tuhan Yesus, saya datang kepadaMu, memohon agar Engkau mengajar saya untuk menjalani kehidupan saya sentiasa mengikut jalan-Mu. Agar selama saya hidup nama-Mu dipermuliakan dan nama-Mu ditinggikan, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa. Amin
Oleh: Pr. Patrick Taie.
Sumber: Whatassap Channel@Renungan@Pr. Patrick Taie




Comments