top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Cahaya Dalam Cahaya-Mu
“Dalam cahaya-Mu kami melihat cahaya.” (Mazmur 36:9, AVB) Pernahkah kita membuka suatu bahagian Alkitab lalu berkata dalam hati, “Saya sudah tahu cerita ini”? Namun, apabila kita membaca kembali bahagian itu dengan teliti, kita mula melihat sesuatu yang dahulu terlepas daripada perhatian. Kita pun semakin memahami pengajaran Tuhan, semakin mengenal hati-Nya dan semakin menyedari bahagian hidup kita yang perlu dibentuk oleh-Nya. Inilah yang kita alami apabila terus membaca dan


Roti, Nasi Dan Firman
“Manusia hidup bukan dengan roti sahaja tetapi dengan setiap firman yang keluar daripada mulut Allah.” — Matius 4:4 (AVB) Bagi masyarakat Timur Tengah, baik pada zaman Yesus datang sebagai manusia mahupun pada masa kini, roti merupakan salah satu makanan asasi utama. Dalam konteks kita di Malaysia, nasi pula menjadi makanan asasi. Walaupun berbeza budaya dan jenis makanan, prinsipnya tetap sama: manusia memerlukan makanan setiap hari untuk meneruskan kehidupan. Pernahkah kita


Tuhan Mengasihi, Tetapi Tidak Memanjakan
Sebagai orang yang percaya kepada Tuhan yang telah turun mencari dan menyelamatkan kita dalam Tuhan Yesus Kristus, kita perlu sedar bahawa Tuhan sangat mengasihi kita, tetapi kasih-Nya tidak bererti Dia akan memanjakan kita dengan kehidupan yang sentiasa mudah. Yakub dipilih Tuhan, namun jalannya penuh pergumulan. Para rasul dikasihi Kristus, namun mereka juga mengenal penderitaan dan jalan memikul salib. Sebab itu, ketika hidup menjadi sukar, jangan terlalu cepat menyimpulk


Berserulah kepada Tuhan! (Kebaikan Tuhan pada semua orang)
Tuhan itu baik, panjang sabar dan mendengar seruan setiap orang yang berseru kepadanya. Dalam Mazmur 107 ada empat kumpulan manusia yang telah mengalami kebaikan Tuhan dan apa yang mereka alami menjadi alasan untuk memuji-memuji Tuhan dan terus berserah dan bersandar hidup kepada-Nya. Ada orang yang sesat jalan tidak ada tujuan hidup, bila mereka berseru kepada Tuhan, Tuhan menjawab dan memberi kepuasan kepada rasa dahaga dan kelaparan jiwa mereka. Ada orang yang hidup member


Hamba Tuhan Dan AI
“Kitab Suci Taurat ini tidak akan lekang daripada mulutmu, tetapi hendaklah engkau merenungkannya siang dan malam, supaya engkau berhati-hati melakukan segala yang tertulis di dalamnya. Dengan demikian perjalananmu akan beruntung dan engkau akan berjaya.” Yosua 1:8 AVB Baca juga Mazmur 1, 19, 119, Yohanes 15. Dalam penggunaan AI, kita perlu sentiasa ingat bahawa Tuhan memanggil kita untuk merenungkan firman Tuhan siang dan malam. Apa yang kita renungkan menjadi makanan rohani


Menikmati Firman, Memberkati Sesama
Mengapa orang benar dalam Mazmur 1 begitu menyukai firman Tuhan? Apakah yang mendorongnya merenungkan firman itu siang dan malam? Tidakkah dia bosan? Jawapannya terletak pada siapa yang ditemuinya melalui firman itu. Dia menikmati Taurat Tuhan bukan kerana dia dapat menghafal nama-nama kitab, hukum-hukum Tuhan, atau tajuk-tajuk teologi dan doktrin. Dia menyukai Taurat kerana melalui firman Tuhan, dia dapat mengenal Peribadi Tuhan, iaitu hati, kehendak dan kerinduan-Nya. Ini s


Firman Tuhan Membimbing, Tuhan Menentukan Langkah
“Siapa memperhatikan firman akan mendapat kebaikan, dan berbahagialah orang yang percaya kepada TUHAN.” (Amsal 16:20) Amsal 16 mengajar bahawa kehidupan yang diberkati bukanlah kehidupan yang bergantung kepada kebijaksanaan manusia semata-mata, tetapi kehidupan yang dibentuk oleh firman Tuhan dan dipimpin oleh-Nya. Salomo menulis kata-kata hikmat ini supaya para pembacanya belajar hidup dalam takut akan Tuhan. Orang yang takut akan Tuhan bukanlah orang yang hidup tanpa peranc


Sikap Menghadapi Penolakan Dan Ejekan
Baru-baru ini saya melihat gambar sebuah billboard yang memaparkan kata-kata: “Jesus Is Not God” dan “Jesus Did Not Pre-Exist in Heaven.” Bagi sesetengah orang percaya, kata-kata seperti ini mungkin menimbulkan rasa sedih, kecewa, atau bahkan marah. Namun apabila saya merenungkannya, saya teringat bahawa perkara seperti ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Sejak zaman para nabi, zaman Yesus, zaman para rasul, sehingga ke hari ini, sentiasa ada orang yang mempertikaikan, me


Berkat Atau Jerat?
Sewaktu saya membaca Alkitab dari kitab Kejadian, Hakim-Hakim, sehingga kepada zaman raja-raja Israel dan Yehuda, ada satu perkara yang sering membuat saya termenung dan merasa pelik. Generasi Israel pernah melihat laut terbelah, manna turun dari langit, tiang awan memimpin pada siang hari, dan tiang api menerangi malam mereka. Mereka melihat sendiri kuasa Tuhan di Mesir dan pemeliharaan-Nya di padang gurun. Namun setelah mereka masuk ke tanah perjanjian, menikmati kelimpahan


Tuhan Baik, Ketika Hidup Tidak Baik
Ada pertanyaan yang bukan lahir daripada pemberontakan, tetapi daripada kasih. Pertanyaan yang tidak keluar dari hati yang dingin dan lemah, tetapi dari hati yang terlalu ambil peduli. Pertanyaan itu berkata, “Kalau Tuhan itu baik, mengapa perkara jahat berlaku kepada orang benar?” Saya mengenal satu keluarga. Isteri setia mengajar Sekolah Minggu. Suami aktif dalam pelayanan gereja, rajin masuk ke pedalaman, membantu membina gereja, menguatkan orang lain dalam iman. Mereka t
bottom of page
