top of page

Cari

3189 results found with an empty search

  • Akibat Kekhuatiran Tentang Hal-Hal Duniawi

    “ ‘Seorang yang lain berkata, ‘Aku telah membeli lima pasang lembu dan harus pergi mencuba lembu-lembu itu. Aku minta maaf.’ ” Lukas 14:19 AVB   Orang kedua yang dijemput untuk menghadiri jamuan besar itu memberitahu pelayan tuan rumah bahawa dia meminta maaf tidak dapat datang untuk jamuan itu kerana dia baru sahaja membeli lima pasang lembu dan dia hendak pergi mencuba haiwan itu terlebih dahulu.   Oleh sebab cemas hati dan khuatir tentang hal-hal duniawi, maka tetamu itu menolak pada saat akhir untuk menghadiri  jamuan itu. Kononnya, pembelian lima pasang lembu menghalang dirinya untuk datang menyertai jamuan yang disediakan baginya. Alasannya ialah dia ingin memastikan sama ada lembu-lembu yang dibelinya itu dapat memenuhi keperluannya atau tidak. Sebelum dia membayar wang untuk membeli lima pasang lembu itu, bukankah tidak masuk akal jika dia tidak terlebih dahulu mencuba dan meneliti lembu itu dengan cermat?   Tidak dinafikan bahawa alasan yang diberikan oleh tetamu ini sangat lemah selain menunjukkan hidupnya lebih banyak menumpukan hal-hal keduniaan. Sebenarnya, alasannya itu juga merupakan kecenderungan kebanyakan orang terhadap harta benda duniawi dan kekhuatiran mereka tentang kebendaan.  Betapa pentingnya komitmen rohani lebih diutamakan daripada hak milik kebendaan atau kepentingan peribadi.   Demikianlah dengan diri kita pada hari ini. Sekiranya kita sentiasa berfokus pada kekhuatiran  tentang hal-hal duniawi, maka kita akan menolak jemputan dan panggilan Allah untuk hidup kita. Sebab kita akan membiarkan kekhuatiran tentang hal-hal duniawi ini melumpuhkan hidup kita. Sesiapa yang tidak mengendahkan panggilan Allah akan terlepas peluang untuk menikmati jamuan besar dalam kerajaan-Nya kelak.   Oleh itu, singkirkan segala kekhuatiran tentang hal-hal duniawi. Terimalah anugerah Allah dan datanglah kepada-Nya dengan hati yang terbuka tanpa berdalih lagi.   Doa: Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk menyingkirkan segala kekhuatiran  tentang hal-hal duniawi yang menguasai hidupku. Bukalah hatiku untuk menerima anugerah-Mu dan mengikut Engkau seumur hidupku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • Jangan Takut Untuk Memikul Tanggungjawab

    Ketika saya pertama kali dilantik sebagai ketua band—ataupun music leader —di gereja, saya sebenarnya baru sahaja setahun lebih berada di gereja itu selepas berpindah ke Kuala Lumpur. Terus terang, saya agak terkejut dengan pelantikan itu. Saya tahu mungkin para pastor dan pemimpin melihat komitmen saya, dan juga tahap kemahiran saya. Tetapi pada waktu itu, umur saya baru 20 tahun. Itulah cabarannya. Ramai pemuzik di bawah saya jauh lebih berusia dan lebih lama melayani dalam gereja. Secara semula jadi, ia bukan sesuatu yang mudah. Ada antara mereka yang sukar menerima kenyataan bahawa seorang yang lebih muda kini memimpin mereka. Soalan yang tidak terucap tetapi terasa ialah: “Kenapa bukan kami?” Bukanlah mereka menolak secara terang-terangan, tetapi kadangkala saya dapat merasakan kerjasama yang kurang diberikan. Sebagai seorang pemimpin muda, saya berdepan pilihan—sama ada mengalah atau terus melayani dengan setia. Saya memilih untuk kekal setia. Saya fokus untuk melakukan bahagian saya: melayani dengan sepenuh hati, memberi yang terbaik, memperbaiki kemahiran saya, dan taat kepada tanggungjawab yang telah diberikan. Selama lebih setahun, saya berpegang kepada proses itu. Tanpa saya sedari, beberapa pemuzik senior sebenarnya sedang memerhatikan perjalanan saya. Kemudian, saya dengar mereka berkata kepada pastor saya: “Wow, kami nampak Wegner banyak bertumbuh dalam kepimpinan. Kemahiran dia juga semakin hebat, memang luar biasa.” Saya tidak berkongsi perkara ini untuk berbangga diri. Pada masa itu saya seorang pelajar muzik, jadi memang saya belajar banyak perkara—terutamanya teori muzik—sesuatu yang mungkin mereka sendiri tidak mendalami. Tetapi apa yang benar-benar saya pelajari daripada pengalaman ini ialah: menjadi muda bukan alasan untuk tidak layak memimpin. Jika pemimpin anda mempercayai anda untuk memikul tanggungjawab, percayalah pasti ada sebabnya. Jangan biarkan usia atau pengalaman yang sedikit membuat anda merasa tidak layak. Pada masa yang sama, jangan pula menjadi selesa. Teruslah memperbaiki diri—dari segi karakter, pengetahuan, dan kemahiran. Kepimpinan bukan tentang siapa yang paling tua dalam bilik itu, tetapi tentang siapa yang sedia melayani dengan setia, bertumbuh secara konsisten, dan memimpin dengan kerendahan hati. Jadi kepada para pemimpin muda di luar sana: jika Tuhan dan pemimpin anda telah mempercayai anda, bangkitlah. Teruslah belajar, teruslah bertumbuh, dan teruslah melayani. Pastor Wagner Daniel Penafian:  Artikel ini telah dijana dan disusun semula menggunakan teknologi AI berdasarkan transkrip asal. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat, lengkap dan menyeluruh, sila rujuk serta tonton video penuh.

  • Siapakah Tuan Di Hidupmu?

    Oleh Pr Lenny Tabari | SIB Life

  • Penghalang Untuk Menerima Jemputan Allah

    “Tetapi masing-masing mula berdalih. Yang pertama berkata, ‘Aku telah membeli sebuah ladang dan aku harus pergi ke sana. Aku minta maaf.” Lukas 14:18 AVB Setelah salah seorang jemputan itu berkata, “Diberkatilah orang yang akan dijamu dalam kerajaan Allah”, Tuhan Yesus menceritakan ibarat tentang jamuan besar. Yesus berkata kepadanya bahawa ada seorang yang mengadakan jamuan besar dan dia menjemput ramai orang. Apabila tiba masanya, dia menyuruh hambanya pergi memberitahu para jemputannya supaya datang kerana semuanya siap sedia.  Sedihnya, masing-masing mula berdalih untuk membatalkan kehadiran mereka kerana ada tuntutan lain yang lebih penting daripada jemputan itu.  Yang pertama berkata, ‘‘Aku telah membeli sebuah ladang dan aku harus pergi ke sana. Aku minta maaf.’’   Oleh sebab dia baru sahaja membeli sebuah ladang, dia terburu-buru untuk pergi melihat ladang itu sehingga dia tidak lagi ada masa untuk menghadiri jamuan yang diadakan. Perkara yang penting di hatinya hanyalah keinginan untuk memastikan ladangnya dalam keadaan yang baik dan bukan untuk memenuhi undangan jamuan makan itu.  Begitu juga pada hari ini hati banyak orang dipenuhi dengan keinginan duniawi, seperti bercita-cita menambah harta benda, memiliki rumah demi rumah dan membeli ladang demi ladang. Malangnya, mereka menolak untuk mendengar panggilan Injil. Mereka memberikan alasan demi alasan bagi menghindarkan diri mereka daripada mendengar suara Tuhan Yesus yang mengetuk pintu hati mereka. Jika mereka membuka pintu, Dia pasti akan masuk ke dalam hidup mereka. Mereka memilih untuk melakukan sesuatu yang bukan untuk kepentingan orang lain, tetapi untuk kepentingan dan kesenangan diri sendiri, tanpa memperhitungkan akibat penolakan mereka terhadap undangan itu.  Adakah anda sudi untuk menerima undangan yang telah disediakan untuk anda hari ini? Doa:  Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk mengutamakan Engkau dalam semua yang aku lakukan agar nama-Mu dimuliakan. Berilah aku kekuatan dan kemampuan untuk tidak hidup menurut sifat tabi yang berdosa tetapi hidup menurut Roh Kudus. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • Mengucap Syukurlah Dalam Segala Hal

    Oleh Pr Veronica Sitem | SIB Life

  • Diberkatilah Orang Yang Dijamu Dalam Kerajaan Allah

    Salah seorang jemputan itu mendengar kata-kata Yesus lalu berkata, “Diberkatilah orang yang akan dijamu dalam kerajaan Allah.”   Lukas 14:15 AVB Ketika salah seorang tetamu yang duduk makan bersama-sama dengan Tuhan Yesus mendengar kata-kata-Nya, dia pun berkata kepada Yesus, “Diberkatilah orang yang akan dijamu dalam kerajaan Allah.”  Bagi tetamu itu, untung sekali orang yang akan makan bersama dengan Allah apabila Dia datang sebagai Raja kelak! Sesungguhnya,betapalah diberkati seseorang yang diundang ke jamuan besar yang diadakan  dalam kerajaan Allah. Mereka diundang bukan berdasarkan perbuatan baik atau penyangkalan diri ataupun ketaatan mereka dalam ajaran agama tetapi mereka diundang semata-mata kerana mereka percaya kepada Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamat mereka. Oleh itu, undangan ke jamuan besar yang diadakan dalam kerajaan Allah merupakan suatu anugerah dan hak istimewa atau sebagai sesuatu yang tidak ternilai. Jamuan besar ini disediakan oleh Allah demi penyelamatan dan nikmat mereka dalam kerajaan-Nya. Itulah sebabnya mereka mengakui bahawa hidup di dunia ini bukanlah segala-galanya bagi diri mereka tetapi mereka mencari kepuasan yang sebenar dalam Tuhan Yesus.  Selain itu, Yesus ingin memperingatkan kita melalui ibarat ini bahawa bukan semua orang yang diundang oleh Allah akan dapat menikmati jamuan besar yang disediakan-Nya.Sekiranya mereka yang diundang oleh-Nya tidak siap sedia meninggalkan hal-hal duniawi untuk menghadiri jamuan yang disediakan oleh Allah, mereka akan terlepas dan tertinggal. Tegasnya, hanya mereka yang sungguh-sungguh siap sedia untuk meninggalkan segala hal duniawi  dapat menikmati jamuan besar yang disediakan oleh Allah. Sebab jemputan mestilah datang bersama-sama-Nya ke jamuan yang tidak akan ditunda-tunda. Keputusan untuk datang ke jamuan besar mesti diambil dengan segeara tanpa berlengah-lengah.  Marilah kita memberikan respons yang sewajarnya kepada undangan jamuan besar tanpa berdalih atau sengaja beralasan. Biarlah kita bersiap sedia untuk menghadiri  jamuan besar itu dengan penuh sukacita dan pengharapan. Doa:  Ya Bapa yang di syurga, terima kasih atas undangan-Mu kepadaku untuk makan dalam  jamuan besar yang Engkau sediakan. Bebaskan hatiku daripada segala hal yang menjadi penghalang dalam hidupku untuk menghadiri  jamuan besar-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • Kerana Kasih Allah Yang Amat Besar

    Oleh Pr Wagner Daniel | SIB Life

bottom of page