top of page

Cari

3189 results found with an empty search

  • Bila Tuhan Mengganggu Rencana Kita

    Oleh Pr Sandra Chin | SIB Life

  • DOA NECF Hari 37: Ketiadaan Takut akan Tuhan

    Bacaan Kitab Suci: Kisah Para Rasul 5:1-11 Lalu Petrus berkata, "Ananias, mengapa hatimu dikuasai Iblis, sehingga engkau mendustai Roh Kudus ...?  (Kisah Para Rasul 5:3) Kisah Ananias dan Safira memberi kita gambaran tentang apa yang terjadi ketika takut akan Tuhan tidak ada. Kita harus ambil perhatian - mereka tidak dihukum dalam hal pemberian mereka; mereka dihukum kerana mereka berdusta kepada Roh Kudus. Mereka berusaha menipu gereja untuk mempercayai bahawa mereka lebih rohani daripada yang sebenarnya. Sekarang ada nama untuk ini: kemunafikan. Kata "munafik" secara harfiah bererti "memakai topeng" - untuk menyembunyikan apa yang sebenarnya berlaku. Untuk berpura-pura. Kemunafikan adalah ketidakbenaran - itu adalah pembohongan yang paling teruk di mana anda tidak hanya bercakap bohong, tetapi hidup dalam pembohongan. Kemunafikan meragut nyawa Ananias dan Safira. Seseorang mungkin bertanya: Bukankah hukuman ini tidak sesuai dengan kasih Kristus? Tidak begitu. Semasa hidup-Nya di bumi, Yesus mengasihi bahkan orang-orang berdosa yang paling buruk - pelacur, pemungut cukai, dan pencuri. Yesus mengampuni dan memulihkan mereka. Namun satu dosa yang Yesus tidak bertolak ansur adalah kemunafikan. Kata-kata Yesus yang paling keras ditujukan kepada mereka yang munafik. Kenapa? Kerana kemunafikan berakar daripada kesombongan. Dan orang yang sombong tidak dapat berpaling dari dosanya dan oleh itu tidak dapat berpaling kepada Tuhan. Injil mencabut kesombongan dengan memberitahu kita bahawa kita begitu berdosa sehingga kita patut mati tetapi, pada masa yang sama, sangat dikasihi sehingga Tuhan sendiri mati untuk kita. Ketika kita benar-benar menerima Injil itu, topeng-topeng itu dapat disingkirkan, dan rasa hormat yang sihat kepada Tuhan akan berakar umbi. Doa Hari Ini: Ya Tuhan, “Selidikilah aku, ya Allah, dan kenallah hatiku, ujilah aku dan kenallah pikiran-pikiranku;  lihatlah, apakah jalanku serong, dan tuntunlah aku di jalan yang kekal!” (Mazmur 139:24-25).  Dalam Nama Yesus, Amin. Berdoalah agar kita, sebagai orang percaya kepada Kristus, saling mendorong dalam kasih dan perbuatan baik, dan membantu mewujudkan persekitaran yang penuh kasih sayang yang akan menarik komuniti yang tidak percaya. (Ibrani 10:24) Banjir merupakan krisis yang berulang di Malaysia. Sebuah tinjauan oleh jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada tahun 2023 menunjukkan bahawa semua negeri memang terjejas dengan Johor, Kelantan, dan Sabah menjadi yang paling teruk terjejas. Kerugian sebesar RM7.9 juta tercatat dalam tempoh 3 tahun dari tahun 2021-2023, dengan lebih dari 1 juta korban terkesan semasa musim hujan antara tahun 2017-2024. Berdoalah untuk strategi pengurusan risiko banjir yang efektif yang akan menghapuskan punca banjir. Rev Lee Yew Meng

  • Hari 37: Saling Menggalakkan

    Tarikh: 12 September 2025 Ayat Fokus: Ibrani 10:24-25 “Selain dari datang ke gereja untuk mendengar Firman Tuhan, apa lagi alasan keluarga harus memilih untuk ke gereja?” tanya Cikgu Hannah kepada kelas Sekolah Minggunya. “Untuk jawapannya, tuliskan ayat Ibrani 10:24-25. Cari tujuh poin utama dan tandakan.” Bolehkah kamu menemuinya juga? Suzie berkata, “ Saling perhatikan satu sama lain untuk menimbulkan kasih dan perbuatan yang baik. ” Adam menambah, “Saling menggalakkan.” Charlotte berkata, “Menasihati.” Gimbang dan Ah Meng bertanya, “Adakah ‘terutamanya’ sebahagian daripadanya?” “Bagus,” senyum Cikgu Hannah. “Memperhatikan” adalah yang pertama, jelasnya. “Kita perlu memikirkan bagaimana kita boleh mengasihi dan melakukan perbuatan baik bukan hanya untuk satu sama lain tetapi juga untuk masyarakat. Saya tahu ada sebuah gereja kecil di Sabah yang telah membantu sepuluh kampung membina bangunan gereja mereka sendiri dan enam jalan untuk memasuki kampung kampung ini. Mereka juga membina prasekolah untuk sebuah gereja dan menyumbang kepada empat kampung semasa banjir besar melanda.” “Keluarga Kristian tidak sepatutnya malas dan berkata bahawa terlalu sukar untuk pergi ke gereja. Itu adalah mengabaikan pertemuan bersama . Jika mengabaikan sekali atau dua kali, ia boleh menjadi satu kebiasaan.” “Apakah maksud ‘Hari Tuhan kian hampir’?” tanya Gimbang.  Cikgu Hannah menjelaskan bahawa Yesus akan kembali tidak lama lagi. Sehingga saat itu, gereja yang takut akan Tuhan harus tetap setia dan saling mendorong dalam kehidupan rohani. Itulah sebabnya sangat penting untuk saling menggalakkan dalam melakukan semua ini. Jika kita berhenti daripada berhimpun, hal ini akan menjadi sukar untuk dilakukan. Gereja yang takut akan Tuhan akan melakukan semua perkara baik ini dengan ‘ terutama lagi .’ Renungkan: Meskipun saya masih muda, saya tetap boleh mempertimbangkan dan mencadangkan bagaimana gereja saya boleh mengasihi dan melakukan perbuatan baik. Doa Hari Ini: Abba Bapa , saya tersenyum apabila memikirkan bahawa keluarga dan gereja saya sebenarnya boleh terlibat dalam tindakan yang dapat menggalakkan orang lain dan menjangkau masyarakat kami. Harapan dan doa saya ialah semua orang tetap setia kepada-Mu dan melalui kami, orang lain dapat datang kepada Kristus. Terima kasih untuk ayat-ayat dalam Ibrani ini. Dalam nama Yesus, saya mengucapkan syukur. Amin. Gereja: Berdoa agar kita saling mengasihi sebagai orang percaya dalam Kristus supaya kanak-kanak di luar gereja dapat melihat bahawa kita berbeza daripada orang lain dan tertarik dengan cara hidup kita. (Baca Ibrani 10:24) Bangsa: Berdoa agar kerajaan tahu bagaimana menghentikan banjir supaya orang ramai tidak perlu menghadapi lebih banyak kehilangan dan kesusahan akibat banjir.

  • Mengapa Kita Melakukan Apa Yang Kita Lakukan

    Oleh Pr Wagner Daniel | SIB Life

  • Utamakan Penyelamatan Jiwa Daripada Kepentingan Peribadi

    Kemudian Yesus bertanya kepada ahli-ahli Taurat dan orang Farisi, “Adakah Taurat membenarkan orang disembuhkan pada hari Sabat atau tidak?”   Lukas 14:3 AVB   Di rumah orang Farisi itu seorang lelaki yang sakit busung air, iaitu tangan dan kakinya bengkak-bengkak, sedang duduk tepat di hadapan Tuhan Yesus. Sebelum Yesus menyembuhkan lelaki itu, pertama-tama Dia melontarkan satu pertanyaan kepada ahli-ahli Taurat dan orang Farisi yang ada di situ, “Adakah Taurat membenarkan orang disembuhkan pada hari Sabat atau tidak?”   Setelah mereka mendengar pertanyaan Yesus,  mereka mengambil sikap tidak mahu berkata apa-apa. Mereka terus diam sahaja. Sebab mereka takut terhadap orang ramai yang ada di sekeliling Yesus. Lalu Yesus memanggil orang yang sakit busung air itu datang kepada-Nya. Yesus memegang tangan orang yang sakit itu dan menyembuhkannya. Kemudian Dia menyuruh dia pulang.   Kemudian Yesus berkata kepada orang yang ada di sekeliling-Nya, " Jika anakmu atau keldaimu jatuh ke dalam perigi pada hari Sabat, siapakah antara kamu yang tidak menariknya keluar dengan serta-merta?" Mereka tidak dapat memberikan jawapan tentang perkara itu.   Sebenarnya Yesus mengemukakan pertanyaan itu kerana Dia mahu menelanjangi kemunafikan ahli-ahli Taurat dan orang Farisi. Mereka sering kali menuntut orang lain untuk melakukan apa yang diajarkan mereka, tetapi  mereka sendiri tidak melakukan apa yang diajarkan mereka, seperti menunjukkan belas kasihan atau menghulurkan pertolongan kepada orang yang susah.  Itulah sebabnya Yesus berkata bahawa mereka munafik atau kepura-puraan sahaja.   Bagaimanakah dengan kita pada hari ini? Adakah kita lebih mengutamakan kepentingan diri kita sendiri daripada kepentingan orang lain? Sebab kita hidup hari ini semata-mata atas kasih kurnia Allah. Oleh itu, selama kita hidup kita harus menjadi saluran berkat kepada semua orang dengan membawa mereka untuk mengenal Tuhan Yesus dalam hidup mereka.   Doa: Ya Bapa yang di syurga, bukalah mataku untuk melihat keperluan yang ada di sekelilingku  agar aku akan prihatin kepada orang yang memerlukan belas kasihan dan pertolongan dengan segera. Bimbinglah aku untuk mengenal seruan orang yang meminta pertolongan di sekelilingku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • DOA NECF Hari 36: Menemui Semula Takut akan Tuhan di Gereja

    Bacaan Kitab Suci: Kisah Para Rasul 5:1-11 Maka sangat ketakutanlah seluruh jemaat dan semua orang yang mendengar hal itu.  (Kis. 5:11) Hari ini kita memulakan perjalanan lima hari untuk menemukan kembali rasa takut akan Tuhan di Gereja. Gereja-gereja kita menekankan banyak perkara- mempunyai suasana yang mesra, muzik yang bagus, khutbah yang menarik, dan sebagainya. Tidak ada yang salah dengan semua ini, tetapi mari kita lihat semula apa yang Alkitab katakan kepada kita tentang ciri-ciri gereja mula-mula. Dalam kajian Kitab Suci, ada sesuatu yang disebut Hukum Sebutan Pertama. Ideanya adalah bahawa pertama kali perkataan muncul dalam Alkitab (atau dalam Kitab Suci), ia menentukan bagaimana kata itu harus difahami. Ertinya, keadaan, peribadi, dan peristiwa di sekitar sebutan pertama perkataan tersebut memiliki implikasi langsung terhadap makna asasnya. Nah, pertama kali kata “gereja” (ekklesia) disebutkan di seluruh kitab Kisah Para Rasul ditemukan di sini dalam Kisah Para Rasul 5:11 - kisah tragik Ananias dan Safira. Kedua-duanya menemui kematian awal ketika mereka berusaha menipu gereja dan berbohong kepada Roh Kudus. Tetapi apakah akibat daripada seluruh kejadian itu? Dikatakan “Maka sangat ketakutanlah seluruh jemaat.” (ayat 11) Apakah anda menangkapnya? Sebutan pertama perkataan “gereja” (dalam Kisah Para Rasul) mempunyai kaitan dengan “ketakutan besar” - takut akan Tuhan. Ini dimaksudkan untuk melekat pada sifat gereja. Ertinya tanpa takut akan Tuhan, gereja tidak lagi menjadi gereja. Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Doa Hari Ini: Tuhan Yang Maha Kuasa, terima kasih kerana menjadikan saya sebahagian daripada gereja Malaysia. Saya mengisytiharkan Mazmur 89:8 atas gereja-gereja kita: "Allah disegani dalam kalangan orang-orang kudus, dan sangat ditakuti melebihi semua yang ada di sekeliling-Nya.” Semoga demikian menurut Firman-Mu. Dalam nama Yesus, Amin. Berdoalah agar Gereja sedar akan panggilan imamatnya dan bersungguh-sungguh dalam mencari kesejahteraan bangsa, komuniti, dan kejiranannya. (1 Timotius 2:1-2) Jumlah kes penderaan kanak-kanak di Malaysia membimbangkan, dengan 18,750 dan 6,709 kes dilaporkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masing-masing dari tahun 2020-2022 dan 2023-Ogos 2024. Hal ini telah diserlahkan oleh kekejaman terkenal yang dikaitkan dengan GISBH. Berdoalah agar tindakan yang tegas dan efektif akan diambil oleh kerajaan untuk menangani isu tersebut. Rev Lee Yew Meng

  • Hari 36: Kumpulkanlah Umat

    Tarikh: 11 September 2025 Ayat Fokus: Ulangan 4:10; 31:12-13, Ezra 10:1 dan Nehemia 8:1-6,9,12 & 18 Saya berharap kamu telah banyak belajar tentang berjalan dalam takut akan Tuhan sekarang. Selepas hari ini, hanya tinggal empat hari lagi untuk Puasa dan Doa sebelum kita menyambut Hari Malaysia! Setakat ini, kita telah belajar bahawa ada berkat apabila kita hidup dalam takut akan Tuhan dan akibat apabila kita tidak melakukannya. Kita boleh takut akan Tuhan secara individu dan sebagai keluarga. Apabila setiap individu dalam sebuah keluarga membina asas yang kukuh dalam takut akan Tuhan, maka seluruh rumah tangga Kristian juga akan mempunyai asas yang kuat. Jika semua rumah tangga Kristian yang kuat ini berkumpul di gereja, bayangkan betapa kuatnya gereja itu! Ini akan menjadi satu kesaksian besar kepada masyarakat tentang bagaimana mereka yang takut akan Tuhan sebagai satu gereja memilih untuk hidup. Lihat kembali Hari Ke-31. Masih ingat seruan “Marilah, anak-anak-Ku” ? Nah, ada seruan yang serupa kepada rumah tangga Kristian yang takut akan Tuhan, iaitu “Kumpulkanlah umat”. Ini bukan hanya untuk orang dewasa sahaja. Lelaki, wanita, anak-anak kecil, dan juga pelawat di bandar turut berhimpun untuk belajar takut akan Tuhan. Dalam kitab Ezra, lelaki, wanita, dan anak anak berkumpul di sekelilingnya. Mereka mendengar Ezra berdoa dan menangis dalam pertaubatan atas kesalahan yang telah dilakukan. Semua orang pun mula menangis juga. Dalam kitab Nehemia, “semua orang berhimpun sebagai satu”. Mereka mendengar Ezra membaca Kitab Suci Taurat. Dan ia bukan hanya untuk satu jam sahaja, tetapi selama tujuh hari berturut-turut! Adakah kamu fikir kamu boleh bertahan di gereja selama itu? Orang-orang ini benar-benar mahu memahami Firman Tuhan. Mereka serius tetapi mempunyai sukacita yang besar. Renungkan: Pastikan kamu berhimpun di gereja bersama rumah tangga lain yang takut akan Tuhan. Doa Hari Ini: Bapa yang di Syurga , semoga hati setiap rumah tangga Kristian mempunyai keinginan yang kuat dan sungguh-sungguh untuk berkumpul di gereja bagi mendengar Firman-Mu dibacakan dan diterangkan dengan tulus. Semoga rumah tangga keluarga saya juga ada di sana bersama. Dalam nama Yesus saya memohon. Amin. Gereja: Berdoa agar anak-anak Sekolah Minggu mengasihi negara, komuniti, dan kejiranan kita dengan berdoa untuk mereka dan melayani mereka. (Baca 1 Timotius 2:1-2) Bangsa: Berdoa agar mereka yang mendera kanak kanak dihukum di bawah undang-undang Malaysia, dan agar ibu bapa serta kanak-kanak diajar bagaimana untuk mengelakkan penderaan.

  • Tekanan Hidup: Bersandar Pada Tuhan atau Dunia?

    Renungan hari ini saya ambil dari Kel 32: 1-2 1 Apabila orang Israel melihat bahawa Musa masih belum turun dari gunung itu, mereka berkumpul dan mengerumuni Harun lalu berkata kepadanya, “Buatkan kami tuhan-tuhan yang dapat memimpin kami kerana kami tidak tahu apa yang telah terjadi kepada Musa yang membawa kami keluar dari Tanah Mesir.” 2 Lalu Harun berkata kepada mereka, “Tanggalkanlah anting-anting emas yang ada pada telinga isterimu, anak lelakimu, dan anak perempuanmu dan bawalah kesemuanya kepadaku.” Konteks : Musa meninggalkan umat Israel selama 40 hari dan malam untuk bersemayam dalam hadirat Tuhan di Gunung Horeb. Hal ini membuatkan umat Israel cemas kerana pemimpin mereka iaitu Musa tidak kembali lagi...sehingga Harun membawa umat Israel melakukan hal yang paling dibenci oleh Allah Apa yang boleh kita pelajari dari kisah ini (kita lihat kepada Harun): >> Kita manusia tidak dapat lari dari cobaan dan tekanan hidup >> Kita kadang desperate untuk menyenangkan hati manusia.. mungkin untuk cuba menenangkan situasi di hadapan.. mungkin juga kita desperate untuk membuktikan diri sendiri kepada orang >> Si Harun, sewaktu dipilih untuk mengambil tanggungjawab sebagai Imam Besar, dia dipandang tinggi, kelihatan sangat berkebolehan, sangat suci dan kudus namun ketika sudah dalam tekanan, imannya tercabar dan dia tidak bersandar kepada hikmah dari Tuhan sehinggalah Harun "surrender" kepada cara dunia menyebabkan ramai yang jatuh kedalam dosa. "Ketaralah kepada Musa bahawa akibat perbuatan Harun, umat itu sudah menjadi tidak terkawal lagi hingga mengaibkan orang Israel sendiri di hadapan para musuh mereka." ❔Persoalan :❔ Apabila ditekan, apabila diuji, apabila iman dipersoalkan adakah kita masih kukuh bertahan teguh untuk tetap menantikan masa Tuhan yang terbaik itu atau adakah kita akan settle dengan cara yang lebih mudah, cara dunia (yang kelihatan seperti dapat membantu tetapi tidak selaras kehendak Tuhan) ? God bless your day!🙌🏼🕊️ Evangeline Layun, Christgen DUMC Bahasa

  • Bila Ribut Melanda Hidup

    Oleh Pr Veronica Sitem | SIB Life

bottom of page