top of page

Cari

3214 results found with an empty search

  • Bayangan yang Besar

    ‘Apabila aku memikirkan bagaimana hendak memahami ini, terlalu pedih bagiku hingga aku masuk ke tempat suci Allah…’ (Mazmur 73:1-28, ayat. 16-17) Renungan: Perkara yang kami tekankan ialah kita telah dicipta untuk menjalani cara hidup dengan cara Kekristenan. Apabila kita melihat, kita dapat melihat dengan jelas, bahwasanya kita akan bekerja dengan, dan bukan menentang, sifat-sifat kenyataan, sebuah kepastian yang akan mengambil-alih yang membolehkan kita berasa tenang apabila menghadapi soalan-soalan yang sukar mengenai kehidupan. Soalan-soalan seperti ini: Mengapakah sebilangan besar orang-orang fasik yang berjaya dan mempunyai begitu banyak harta-harta duniawi manakala mereka yang hidup dengan jujur dan tegak di dalam Dia mempunyai sedikit sahaja? Soalan ini merisaukan penulis mazmur yang telah kita baca pada hari ini. ‘mereka yang bermegah,’ katanya ‘tidak sakit sebelum mati; kekuatan merea tetap teguh… yang sentiasa senang-lenang, mereka semakin kaya’ (ayat 3-4,12). Kemudian dia memohon kebajikannya sendiri di hadapan Tuhan: ‘Sesungguhnya aku telah menyucikan hatiku dengan sia-sia; dan membasuh tanganku dengan hati yang bersih.’ (ayat 13). Pemazmur itu tidak senang apabila dia melihat kemakmuran mereka yang fasik, sehingga dia masuk ke tempat suci Tuhan dan sedar bahawa kesenangan mereka yang fasik hanyalah sementara. Dunia akan memberi kata-kata terakhir bagi mereka iaitu kematian dan kebinasaan. Sesetengah pelajar yang berada di Amerika Syarikat telah diberi kebenaran untuk membongkar mesin buahan untuk mengkaji mekanismenya. Mereka mendapati bahawa mesin tersebut telah direka untuk menghasilkan satu dolar daripada setiap sepuluh. Pereka mesin tersebut memastikan bahawa mesin itu berfungsi untuk mementingkan pemiliknya - mereka yang teruja untuk mendapatkan keuntungan daripada mereka yang naif. Akan tetapi, apabila Pencipta kita mencipta dunia ini, Dia telah menciptakan sesuai dengan watak-Nya. Oleh kerana itu, kebenaran dan kebaikan akan kekal dan kejahatan akhirnya gagal. Kesalahan mungkin membawa kekayaan sementara tetapi ia ditakdirkan untuk membawa kemalangan. 'Kejahatan,' telah disebutkan, 'adalah bayangan yang besar.' Ia adalah benar. Renungan Lanjutan: Mazmur 37:1-20; Lukas 12:13-21 Doa: Bapa, saya melihat bahawa Engkau telah mereka bentuk dunia ini supaya semua yang baik diberikan ganjaran dan semua yang jahat akan dihukum. Tiada seorang pun yang boleh terlepas daripadanya. Saya bersukacita kerana saya tidak akan mengalami murka-Mu oleh sebab kasih karunia keselamatan Kristus. Amin. Rev Gerawat Maran

  • 10 : Yesus Bangkit

    Yohanes 20:1-23 (AVB) 1 Pada awal pagi hari pertama minggu itu, ketika masih gelap lagi, Maria Magdalena pergi ke makam itu. Dia mendapati batu penutup telah digulingkan dari lubang makam itu. 2 Dia pun berlari mencari Simon Petrus dan murid lain yang dikasihi oleh Yesus lalu berkata, "Jenazah Tuhan telah diambil dari makam, entah ke mana dialihkan." 3 Petrus dan murid lain itu pun pergi ke makam. 4 Kedua-duanya berlari, tetapi murid lain itu berlari mendahului Petrus dan tiba di makam itu lebih dahulu. 5 Dia menjenguk ke dalam dan melihat kain linen di situ tetapi tidak masuk ke makam itu. 6 Apabila Simon Petrus yang menyusul murid lain itu tiba, dia terus masuk ke dalam makam itu dan nampak kain linen terletak di situ. 7 Dia juga melihat kain kafan linen yang diikatkan pada kepala Yesus, terlipat berasingan. 8 Kemudian, murid lain yang sampai dahulu di kubur itu pun masuk. Dia melihat segala-galanya lalu percaya. 9 Setakat itu mereka belum memahami apa yang tersurat dalam Kitab Suci, iaitu Dia harus bangkit daripada kematian. 10 Selepas itu, murid-murid Yesus itu pun pulang ke rumah mereka. Yesus menampakkan diri kepada Maria 11 Tetapi Maria berdiri di hadapan makam itu sambil menangis. Kemudian sambil menangis dia menjenguk ke dalam. 12 Dia melihat dua malaikat berpakaian putih duduk di tempat jenazah Yesus dibaringkan dahulu, satu malaikat di sebelah kepala dan satu di sebelah kaki. 13 Malaikat-malaikat itu bertanya kepada Maria, "Puan, mengapa menangis?" Maria menyahut, "Jenazah Tuhanku telah diambil, entah ke mana dialihkan!" 14 Kemudian Maria menoleh lalu melihat Yesus berdiri di situ, tetapi Maria tidak mengenal-Nya. 15 Yesus berkata kepada Maria, "Puan, mengapa menangis? Siapakah yang kamu cari?" Pada sangkaan Maria, Dia tukang kebun di taman itu. Dengan demikian Maria berkata, "Tuan, jika kamu telah mengalihkan jenazah Yesus, beritahulah aku di mana kamu letakkan-Nya, supaya dapat kuambil jenazah-Nya." 16 Yesus berkata kepadanya, "Maria!" Maria berpaling kepada Yesus lalu berseru dalam bahasa Ibrani, "Rabboni!" (ertinya "Guru"). 17 Yesus berkata kepadanya, "Jangan berpaut pada-Ku, kerana Aku belum lagi kembali kepada Bapa. Pergilah kepada murid-murid-Ku, katakan kepada mereka bahawa sekarang Aku akan kembali kepada Bapa-Ku dan Bapamu, Allah-Ku dan Allahmu." 18 Maria Magdalena pun pergi mendapatkan para murid Yesus lalu memberitahu, "Aku telah melihat Tuhan." Dan Dia telah menuturkan kata-kata itu kepadanya. Yesus menampakkan diri kepada murid-murid-Nya 19 Pada hari minggu itu, setelah petang, para murid Yesus berhimpun di sebuah rumah dengan pintu terkunci kerana takut akan orang Yahudi. Yesus berdiri di tengah-tengah mereka lalu berkata, "Damai sejahtera kepada kamu!" 20 Selepas itu, Dia menunjukkan tangan dan rusuk-Nya kepada mereka, maka murid-murid itu pun bersukacita melihat Tuhan. 21 Yesus berkata lagi kepada mereka, "Damai sejahtera kepada kamu! Sebagaimana Bapa mengutus-Ku, begitulah Aku mengutusmu." 22 Kemudian Dia menghembuskan nafas-Nya ke atas mereka lalu berkata, "Terimalah Roh Kudus. 23 Sesiapa yang kamu ampunkan dosanya, dosanya diampunkan. Sesiapa yang tidak kamu ampunkan dosanya, dosanya tidak akan diampunkan." Apabila Yesus telah dikuburkan, pada awal pagi hari pertama minggu itu, Maria Magdalena pergi ke makam itu. Dan mendapati batu penutup telah digulingkan dari lubang makam itu. Maria pun berlari mencari Simon Petrus dan Yohanes untuk memberitahu tentang entah ke mana tubuh Yesus di alihkan. Kedua-duanya (Petrus dan Yohanes) berlari menuju ke makam. Yohanes sampai dahulu. Yohanes 20:5 Dia menjenguk ke dalam dan melihat (blepō) kain linen di situ tetapi tidak masuk ke makam itu. Yohanes, pada mulanya hanya menjenguk dari luar. Perkataaan asli “melihat” ialah “blepō” Yang bermakna .. melihat secara mata fizikal. Yohanes yang menjenguk dari luar, melihat (blepo) dengan mata fizikalnya .. Yohanes 20:6-7 6 Apabila Simon Petrus yang menyusul murid lain itu tiba, dia terus masuk ke dalam makam itu dan nampak kain linen terletak di situ. 7 Dia juga melihat (theōreō) kain kafan linen yang diikatkan pada kepala Yesus, terlipat berasingan. Apabila Simon Petrus yang menyusul Yohanes tiba, dia terus masuk ke dalam makam itu dan nampak kain linen terletak di situ. Dia juga melihat kain kafan linen yang diikatkan pada kepala Yesus, terlipat berasingan. Perkataan melihat di sini, bukan “blepo” tetapi “theōreō”. Di mana kita mendapat perkataan Teori…Petrus membuat teori di dalam kepalanya bahawa tidak masuk akal yang tubuh Yesus dicuri orang kerana kain linen yang mahal di tinggalkan di dalam makam tersebut. Jadi Petrus melihat dengan “theoro” Tetapi yang seterusnya ialah puncaknya. Yohanes 20:8 Kemudian, murid lain yang sampai dahulu (Yohanes) di kubur itu pun masuk. Dia melihat (horaō) segala-galanya lalu percaya. Melihat disini, bukan blepo yang pertamanya. Melihat disini, bukan theoro yang keduanya. Tetapi, bahasa asli melihat, yang ke-3 ini, adalah “horaō” iaitu melihat dengan percaya ! Apabila Yohanes melangkah masuk ke dalam makam tersebut, mata rohaninya terbuka. Jadi hari ini kita harus melangkah masuk. Dan apabila kita melangkah masuk, mata rohani kita akan terbuka. “Horao” Mari sama-sama kita melihat dengan mata rohani kita, “horao” seperti Yohanes. Kepada kita yang belum menerima Yesus, inilah harinya kita melangkah masuk dan menerima Kasih Yesus. Kita mengatakan Yesus adalah juru selamat kita. Murid-murid Yesus takut selepas Yesus disalibkan dan dikembumikan.
 Alkitab mengatakan di dalam Yohanes 20, Ahad petang. 
murid-murid Yesus berhimpun di sebuah rumah dengan pintu terkunci mereka takut kepada orang Yahudi
. Pihak berkuasa telah membunuh Yesus, 
dan sekarang giliran mereka pula
. Mungkin askar Roma akan datang untuk menangkap mereka.
 Mungkin mereka takut dengan intimidasi orang-orang Yahudi yang lain … 
Mungkin mereka takut dicela, diketawakan, dipandang rendah, dihina, diperkecilkan Dsb. Apabila Yesus disalibkan secara umum di khalayak ramai, murid-murid Yesus tentu mengalami emosi-emosi yang negatif.
 Harapan mereka tentang datangnya kerajaan Allah seolah-olah hancur 
dan Mesias yang mereka harapkan sudah mati di atas salib. TETAPI apabila Yesus berdiri di tengah-tengah mereka lalu berkata “Damai sejahtera kepada kamu!”
 Murid-murid Yesus ditransformasikan dengan radikal sekali di dalam 72 jam. Kebangkitan Yesus mengubah segala-galanya. Ia membahagikan sejarah diantara AD dan BC. Ia adalah peristiwa yang paling penting dalam sejarah dunia. Dan ia membuktikan 3 perkara. Pertama, kebangkitan Yesus membuktikan bahawa Yesus adalah siapa yang didakwakanNya. Dia berulang-ulang kali menyatakan bahawa dia adalah Anak Tuhan yang datang untuk menjadi korban untuk dosa kita. Dia benar-benar melakukan ini. Kebangkitan Yesus adalah salah satu peristiwa yang paling didokumentasikan dengan baik di dalam sejarah. Ia adalah satu peristiwa sejarah yang tidak boleh dinafikan dan akan berdiri teguh di mana-mana mahkamah undang-undang. 1 Kor 15:3-8 (AVB) 3 Aku telah menyampaikan kepadamu hal-hal utama, yang telah kuterima sendiri: Bahawa Kristus telah mati untuk menebus dosa kita, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci; 4 bahawa Dia telah dikuburkan, dan telah dibangkitkan pada hari yang ketiga, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci; 5 dan bahawa Dia telah memperlihatkan diri-Nya kepada Petrus, kemudian kepada dakan dibunuh, tetapi pada hari ketiga akan dibangkitkan semula.ua belas murid-Nya. 6 Selepas itu, Dia memperlihatkan diri-Nya kepada saudara-saudara kita, lebih daripada lima ratus orang pada satu masa. Kebanyakan mereka masih hidup, dan ada yang sudah meninggal dunia. 7 Seterusnya Dia memperlihatkan diri-Nya kepada Yakobus, kemudian kepada semua rasul-Nya. 8 Akhir sekali Dia telah memperlihatkan diri-Nya kepadaku, yang seperti bayi yang dilahirkan sebelum masa; Kedua, kebangkitan Yesus membuktikan bahawa Yesus menepati janji-janjiNya. Yesus memberitahu murid-muridnya bahawa “Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga akan dibangkitkan semula.” (Matius 16:21). Kita boleh mempercayai segala janji-janji Alkitab yang lain kerana Yesus telah menepati janji-janjiNya. Alkitab menyatakan bahawa semua janji-janji Allah adalah “Ya” di dalam Yesus Kristus. 2 Kor 1:20-22 (AVB) 20 Yesus adalah "ya" bagi semua janji Allah. Oleh itulah melalui-Nya kita menyebut "Amin" demi kemuliaan Allah. 21 Allah telah menentukan kami bersama kamu dalam Kristus. Dia telah melantik kita, 22 menandakan kita dengan materai-Nya, dan mengurniakan Roh-Nya untuk masuk ke hati kita sebagai jaminan. Ketiga, kebangkitan Yesus membuktikan bahawa ada kehidupan selepas kematian. Kita mempunyai harapan untuk masa hadapan adalah kerana kebangkitan Yesus. Dan harapan yang tidak akan mengecewakan kita. Roma 5:5 (AVB) Dan harapan tidak mengecewakan kita, kerana Allah telah mencurahkan kasih-Nya ke dalam hati kita melalui Roh Kudus, yang telah dikurniakan-Nya kepada kita. Yesus jelas menyatakan di dalam Yohanes 11:25-26, bahawa bahawa orang yang percaya kepadanya tidak akan mati selama-lamanya. Yohanes 11:25-26 (AVB) 25 Yesus berkata kepada Marta, "Akulah kebangkitan dan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. 26 Orang hidup yang percaya kepada-Ku tidak akan mati selama-lamanya. Percayakah kamu?" Kita telah diselamtakan oleh kasih kurnia Yesus Kristus melalui iman - bikan daripada diri kita sendiri tetapi adalah kerana kurnia Allah. Semuanya itu bukanlah dengan usaha amal kita. Kita tidak boleh bermegah. (Efesus 2:8-9) Inilah HARAPAN kita di dalam Kristus ! Renungan Hari kebangkitan Yesus mengingatkan bahawa Yesus telah menang ke atas kematian. Apakah yang harus menjadi respon kita? Bayangkan semangat murid-murid Yesus, apabila Yesus menunjukkan dirinya kepada mereka selepas kebangkitan. Jikalau kita di sana, apakah respon kita. Kepada siapakah yang boleh kita kongsikan berita baik ini? Doa Tuhan, Engkau telah berjanji bahawa jikalau kami percaya kepada-Mu, segala kesalahan yang pernah saya lakukan akan diampuni, “Saya mengaku dosa saya, dan saya percaya bahawa Engkau adalah Tuhan, Juruselamat saya. Saya menerima anda ke dalam hidup saya sebagai Tuhan saya. Hari ini saya menyerahkan setiap bahagian hidup saya kepada pengurusan anda. Engkau mempunyai hak di dalam setiap aspek hidup saya. Saya mahu menggunakan sisa-sisa hidup saya untuk melayani Engkau lebih daripada melayani diri sendiri. Saya dengan rendah hati menyerahkan hidup saya kepada Engkau dan meminta Engkau menyelamatkan saya dan menerima saya ke dalam keluarga besar Tuhan. Dalam nama Yesus saya berdoa. Amen. Elder AWK

  • PengorbananMu selamatkanku

    Sungguh besar dan mulianya Kuasa darah Yesus mendamaikan (mendamaikan) Verse 2 Ku temukan jalan yang baru Dan seluruh hidup ku pun diubahkan (Diubahkan) Pre-chorus Menyucikan Membebaskan Memulihkan menguatkan Chorus 1 Dahulu ku jauh sekarang ku dekat Dahulu ku hilang t’lah ditemukan Saat ku lemah Engkau kuatkan Tiada ku ragu Engkau Tuhanku Chorus 2 Seumur hidupku takkan ku goyah S’mua mukjizat Mu aku percaya Perjuangan Mu pengharapan ku Pengorbanan Mu selamatkan ku Bridge 1 Darah mu tercurah Hidupku di tebus Darah mu berkuasa Damai Mu dalam ku Bridge 2 Dikuduskan namaMu ya Tuhan Kau bertakhta di bumi di syurga Terpujilah Kau Allah Tritunggal Kerajaan Mu kekal ‘tuk selamanya Haleluya…haleluya Oleh BWCC Worship

  • 9: Yesus Dimakamkan

    Lukas 23:50-56 (AVB) 50 Terdapat seorang bernama Yusuf yang berasal dari kota Arimatea di negeri Yudea. Dia seorang yang baik dan benar. 51Walaupun seorang anggota Majlis Agama, dia tidak bersetuju dengan keputusan dan tindakan majlis itu. Dia juga sedang menantikan kerajaan Allah. 52 Dia pergi menghadap Pilatus untuk meminta jenazah Yesus. 53 Kemudian, Yusuf menurunkan jenazah itu daripada salib, mengafankannya dengan kain linen lalu membaringkannya di dalam sebuah makam yang dipahat pada bukit batu. Makam itu belum pernah digunakan. 54 Hari itu ialah hari Persiapan, dan hari Sabat hampir bermula. 55 Perempuan-perempuan yang telah mengikut Yesus dari Galilea pergi bersama Yusuf untuk melihat makam itu dan bagaimana jenazah Yesus diletakkan di dalamnya. 56 Kemudian, mereka pulang lalu menyediakan rempah-rempah yang harum dan minyak wangi-wangian untuk jenazah Yesus. Pada hari Sabat mereka berehat mengikut hukum Taurat. Selepas Yesus mati dan diturunkan dari salib, Dia dikuburkan oleh seorang lelaki yang bernama Yusuf, dari bandar Arimatea di negeri Yudea. Yusuf kebetulan juga merupakan seorang ahli Sanhedrin, tetapi menentang perbicaraan dan penyaliban Yesus. Yusuf secara rahsia percaya bahawa Yesus adalah Mesias menurut Alkitab, tetapi tidak mengakui kepercayaannya secara terbuka kerana takut. (Yohanes 19:38). Yohanes 19:38 Selepas itu, Yusuf yang berasal dari Arimatea meminta izin daripada Pilatus untuk mengambil jenazah Yesus. Yusuf ialah seorang murid Yesus secara diam-diam kerana takut akan ketua orang Yahudi. Dengan izin Pilatus, maka dia datang dan mengambil jenazah Yesus Selepas Yesus mati, Yusuf pergi kepada Pilatus secara diam-diam dan meminta mayat Yesus supaya dia dapat menyediakan pengebumian yang sewajarnya. Hari pengebumian ini adalah hari kekeliruan dan kesedihan. Inilah hari yang kita harus menghadapi cabaran and menyeberangi lembah kegelapan. Di sini kita lihat murid-murid Yesus mengalami perasaan kekeliruan dan kesedihan. Banyak emosi-emosi negatif yang murid-murid Yesus alami : Mereka mempunyai perasaan dendam Mereka rasa dikalahkan Mereka merasa lemah semangat (demoralized) Mereka rasa kecewa Mereka ada tekanan bermasalah Mereka mempunyai kekacauan dan gangguan fikiran Mereka tertekan (depressed) Mereka keliru (disillusion) dan kecewa Mereka tidak tahu apakah yang akan berlaku kepada masa hadapan mereka.. Yesus sudah memberikan amaran bahawa ini akan berlaku sebelumnya, berulang-ulang kali. Matius 26:31 Kemudian Yesus berkata kepada mereka, “Kamu semua akan goyah kerana-Ku malam ini, seperti yang telah tersurat: ‘Aku akan merebahkan Gembala, dan kawanan domba akan bertempiaran. Apakah pernah kita meninggalkan Yesus di dalam hari-hari kekeliruan? Yohanes 16:16 Yesus berkata, “Tidak lama lagi, kamu tidak akan melihat-Ku dan tidak lama kemudian, kamu akan melihat-Ku.” Yohanes 16:20-22 (AVB) 20 Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kamu akan menangis dan meratap, tetapi dunia akan bersuka ria. Kamu akan bersedih, namun kesedihanmu akan berubah menjadi kegembiraan. 21 Apabila seorang perempuan hendak melahirkan anak, dia menderita kesakitan kerana masanya sudah tiba. Tetapi sebaik sahaja anak itu lahir, dia lupa akan penderitaannya. Dia bersukacita kerana seorang anak telah lahir ke dunia. 22 Begitulah juga kamu bersedih sekarang, tetapi Aku akan menemui kamu lagi. Hatimu akan dipenuhi kegembiraan, yang tidak dapat diragut oleh sesiapa pun. Kita akan mengalami musim kekeliruan dan kesedihan, tetapi Dia mengatakan dia akan datang kembali dan kita akan bersukacita, seperti seorang perempuan yang sudah melahirkan anak ke dunia. Dengan cara yang sama, kita akan mengalami musim kekeliruan dan kesedihan, tetapi Dia mengatakan dia akan datang kembali dan kita akan bersukacita, seperti seorang perempuan yang sudah melahirkan anak ke dunia. 2 Korintus 1:20 Yesus adalah “ya” bagi semua janji Allah. Oleh itulah melalui-Nya kita menyebut “Amin” demi kemuliaan Allah. Semua janji-janji Allah adalah “ya” melalui Yesus Kristus. Di dalam musim kegelapan, kita harus bergantung kepada apa yang kita tahu sebagai benar. Tuhan melihat apa yang kita alami. Di dalam kita mengharungi lembah kegelapan, Mazmur 23 menyatakan bahawa dengan gadanya, gembala akan memimpin kita. Dengan tongkatnya, gembala akan melindungi kita. Pengorbanan Yesus yang besar bukan sahaja menjadi penebusan bagi dosa manusia, tetapi ia juga menjadi kemenangan yang akan mengalahkan dan mengatasi maut, yang sebaliknya akan menjadi nasib yang tidak dapat dielakkan bagi semua manusia yang dilahirkan di bawah kutukan dosa. Dosa membawa hukumannya sendiri yang tidak dapat dielakkan, dan hukuman itu adalah kematian. Pencipta kita adil - iaitu hukuman dosa dibayar. Kerana Tuhan itu pengasih dan penyayang serta adil, Dia mengutus Yesus (AnakNya) yang tunggal untuk membayar hukuman atas dosa-dosa kita (Yohanes 3:16). Yesus menyatakan berulang kali bahawa, Yesus akan bangkit daripada kematian… tetapi, murid-murid Yesus terlupa. Mereka tidak mengingati janji Yesus kepada mereka. Oleh itu, antidot kekeliruan dan kesedihan ialah untuk kita mengingati janji-janji Allah. Dari mana kita mendapat janji Allah? Melalui apa yang telah tertulis di dalam Alkitab Renungan Apakah pernah kita meninggalkan Tuhan di dalam kekeliruan, keraguan dan kesedihan kita? Apakah yang harus kita ingat tentang janji-janji Allah di musim kekeliruan hidup kita? Apakah harapan yang dapat kita kongsikan dengan orang lain yang berhadapan dengan musim kekeliruan di dalam hidup mereka. Doa Tuhan, kami datang ke hadapan mu pada hari ini, yang mengingatkan kami, saat Yesus dikuburkan, adalah hari kekeliruan dan kesedihan bagi murid-murid Yesus. Kami juga diingatkan bahawa, cara kami mengatasi hari hari kekeliruan dan kesedihan ialah dengan mengingati janji-janji Yesus. Janji-janji mu adalah ya .. dan kami hari ini, kami akan pegang kepada janji-janji Tuhan, walaupun kami sekarang berada di dalam lembah kegelapan. Kami tahu, tidak lama lagi, kami akan bersukacita, seperti seorang perempuan yang sudah melahirkan anak ke dunia. Terima kasih Tuhan, di dalam nama Yesus Kristus kami berdoa. Amen. Elder AWK

  • 8: Yesus Disalib

    Lukas 23:33-47 (AVB) 33 Setelah mereka sampai ke tempat yang bernama, "Tengkorak," mereka pun menyalib Yesus dan kedua-dua orang penjahat itu, seorang di sebelah kanan dan seorang di sebelah kiri-Nya. 34 Yesus berkata, "Ya Bapa, ampunilah mereka kerana mereka tidak tahu apa yang dilakukan mereka." Mereka membahagi-bahagikan pakaian-Nya dengan membuang undi. 35 Orang ramai yang berdiri di situ memandang sahaja sementara para pemimpin masyarakat mengejek-Nya, "Orang lain diselamatkan-Nya; biarlah Dia menyelamatkan diri-Nya sekarang jika Dia sesungguhnya Kristus yang dipilih oleh Allah." 36 Askar-askar juga memperolok-olokkan Yesus. Mereka menghampiri-Nya dan membawa air anggur masam kepada-Nya 37 lalu berkata, "Jika Engkau Raja orang Yahudi, selamatkanlah diri-Mu." 38 Pada sebelah atas kayu salib Yesus tertulis kata-kata: "Inilah Raja orang Yahudi." 39 Seorang daripada penjahat yang disalib di situ mula mencela-Nya. Dia berkata, "Bukankah Engkau Kristus? Selamatkanlah diri-Mu dan kami!" 40 Tetapi seorang penjahat lagi menegurnya, "Tidakkah kamu takut akan Allah? Kita sama-sama dihukum mati. 41 Bagi kita, hukuman ini adil kerana kita menerima balasan yang setimpal; tetapi orang ini tidak melakukan kesalahan apa-apa." 42 Dia berkata kepada Yesus, "Ya Yesus, ingatilah aku ketika Engkau menaiki takhta kerajaan-Mu." 43 Yesus menjawab, "Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, pada hari ini juga engkau akan bersama-Ku dalam Firdaus." 44 Ketika itu kira-kira jam keenam Pukul dua belas tengah hari. hingga jam kesembilan, seluruh negeri itu diselubungi kegelapan, 45 kerana matahari berhenti bersinar. Tirai yang tergantung di dalam Bait Suci pun terbelah dua. 46 Yesus berseru dengan kuat, "Ya Bapa, Aku menyerahkan roh-Ku ke dalam tangan-Mu!" Setelah Yesus berkata demikian, Dia pun menghembus nafas-Nya yang terakhir. 47 Ketua tentera yang menyaksikan apa yang telah terjadi memuji Allah, "Sesungguhnya, orang ini orang yang benar." 48 Orang ramai yang telah berkumpul untuk menyaksikan peristiwa itu, pulang menebah dada mereka. 49 Semua sahabat Yesus, termasuk perempuan-perempuan yang telah mengikut Dia dari Galilea, berdiri dari jauh untuk menyaksikan segala perkara ini. *Jam ke-6 = 12 tengahari *Jam ke 9 = 3 petang. Bayangkan, ketika Yesus disalibkan, betapa ngerinya saat peristiwa ini berlaku. Pancang-pancang yang dipaku di tangan dan kakiNya. Semasa di kayu salib, Yesus menghadapi kesakitan fizikal, mental & emosi dan rohani yang teramat sekali. Secara fizikal - Dia dipukul, Dia dilukakan, Diseksa, Dia dicambuk dengan 39 sebatan, Dia diletakkan mahkota duri di atas kepalanya, Dia dipaku di atas salib dsb. Secara mental dan emotional - Dia dihina, Dia ditolak (rejection), Dia dimalukan, Dia mengalami keaiban (disgrace), Dia dikhianati dsb. Secara spiritual - Dia memikul kesalahan kita, Dia membayar hutang kita di atas salib dengan darahnya, Dia menebus segala dosa manusia di atas salib dsb. Semuanya ini adalah kerana KASIH. Yesus berkata, "Ya Bapa, ampunilah mereka kerana mereka tidak tahu apa yang dilakukan mereka." Yesus disalibkan bersama dengan dua orang pencuri. Seorang daripada penjahat yang disalib di situ mula mencela-Nya. Tetapi seorang penjahat yang satu lagi berkata kepada Yesus, "Ya Yesus, ingatilah aku ketika Engkau menaiki takhta kerajaan-Mu." Oleh kerana itu, Yesus menjawab, "Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, pada hari ini juga engkau akan bersama-Ku dalam Firdaus." Ini menggambarkan situasi di dunia yang sekarang ini, ada kumpulan yang mempersendakan pengorbanan Yesus di atas salib dan ada kumpulan yang menerima kasih kurnia Yesus. Ephesus 2:8-9 (AVB) Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah – 9bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorang pun yang dapat bermegah. Pencuri yang ke dua, menerima kasih kurnia Yesus, walaupun dia layak menerima hukuman. Kita diselamatkan oleh kasih kurnia dan bukan pekerjaan amal kita. Yang menarik di sini ialah apabila Yesus mengatakan “sudah selasai”. Dan tirai ruang maha suci dibelah dua. Di dalam perjanjian lama, kita tidak dapat menghadap Tuhan. Hanya Imam Besar yang layak – setahun sekali – bertemu dengan Tuhan di ruang maha kudus. Dan sebelum Imam Besar boleh masuk melalui tirai ruang maha kudus, pengorbanan darah harus dilakukan dengan mengorbankan seekor domba. Di badan Imam Besar itu, akan ada loceng diikat di jumbai dan tali diikat di pinggangnya. Hanya dia sahaja yang layak mewakili umat Israel di ruang maha kudus. Jikalau Tuhan murka dan dia akan mati, Yang lain tidak boleh masuk ramai-ramai untuk mengambilnya keluar. Siapa yang masuk tanpa pengorbanan darah akan mati. Sebab itu, apabila loceng tidak berbunyi dengan lamanya maka mereka akan tahu bahawa dia telah mati dan harus ditarik keluar. Tetapi, kerana Yesus telah mencurahkan darahnya untuk kita. Yesus telah menjadi korban yang terakhir untuk semua manusia. Sebab itu, Yesus menyatakan - sudah selesai - tetelestai. Darah Yesus dicurahkan sepenuhnya, dan apabila tembok menikam rusuk Yesus, air yang keluar. Maka pada ketika, apabila Yesus menjerit “Sudah Selesai” and menghembuskan nafasnya yang terakhir, tirai ruang maha kudus terbelah dua. Dari atas sampai ke bawah. Matius 27:50-54 (AVB) 50 Yesus berseru dengan kuat sekali lagi, lalu menyerahkan roh-Nya dengan nafas terakhir. 51 Sejurus itu tirai Bait Suci terbelah dua dari atas ke bawah, bumi digegar gempa dan batu-batu pejal terpecah; 52 kubur-kubur terbuka; dan banyak jenazah orang suci dibangkitkan semula; 53 mereka keluar dari kubur dan selepas Yesus dibangkitkan semula, mereka masuk ke kota suci itu dan menampakkan diri kepada sebilangan besar orang di situ. 54 Apabila ketua tentera dan orangnya yang mengawal Yesus melihat gempa bumi serta kejadian-kejadian lain, mereka pun ketakutan lalu berkata, "Benarlah Dia Anak Allah!" Ibrani 10:19-21 19Jadi, saudara-saudara, oleh darah Yesus kita sekarang penuh keberanian dapat masuk ke dalam tempat kudus, 20 karena Ia telah membuka jalan yang baru dan yang hidup bagi kita melalui tabir, yaitu diri-Nya sendiri, 21 dan kita mempunyai seorang Imam Besar sebagai kepala Rumah Allah Ini peristiwa penyaliban tidak boleh dinafikan di dalam sejarah Bumi digegar gempa Batu-batu pejal pecah. Kubur terbuka Banyak jenazah suci dibangkitkan .. Dan menampakkan diri mereka .. Malah ketua tentera yang melihat semua itu, berkata “Benarlah Dia Anak Allah”. Kita diperingatkan hari ini, Yesus telah mengorbankan dirinya untuk kita, supaya, kita akan mendapat hidup kekal. Renungan Bayang kita berada di dalam situasi Yesus dipaku dan disalibkan. Apakah perasaan kita? Apakah kita mampu melihat kengerian yang berlaku? Apa akan terjadi dengan emosi kita? Yesus di atas salib bukanlah kerana orang Yahudi, tetapi adalah kerana kita semua. Anda dan saya. Apakah seharusnya respon kita? Kepada siapakah yang boleh kita kongsikan cerita ini? Doa Tuhan, kami sedar, Engkau harus diseksa dan mati di atas salib adalah kerana dosa kami. Bukan kerana ketua-ketua agama, askar-askar Roma dsb. Semuanya adalah kerana kasih Mu kepada kami yang berdosa. Terima kasih kerana menjadi korban untuk kami. Di dalam nama Yesus Kristus, kami berdoa.Amen. Elder AWK

  • Tiada Cuti Moral

    ‘Akan tetapi, beberapa orang berkeras hati dan tidak mahu percaya malah memburuk-burukkan Jalan Tuhan di hadapan orang ramai. Oleh itu, Paulus meninggalkan mereka.’ (Kisah Para Rasul 19:1-22, ayat.9) Renungan: Kemarin kita berakhir dengan pernyataan bahawa jalan Kekristenan adalah cara yang dibuat agar alam semesta ini berfungsi, dan sebarang keraguan tentang hal ini adalah keraguan yang membawa maut; yang akan membunuh semua harapan serta peluang kita. Dalam kata lain, kita tidak dapat hidup secara efektif bagi Yesus Kristus di dunia ini kecuali kalau kita berkerja dengan arah alam semesta dan tidak melawannya. Pada waktu pertama kali saya menemukan kebenaran ini - kebenaran bahawa dengan mengikuti jalan Kristiani kita sudah mengikuti jalan kebenaran - saya ingat berkata pada diri saya sendiri, 'Selwyn Hughes, dengan menjadi seorang Kristen kamu tidak melawan kepercayaan alam semesta, tetapi sebaliknya!' Saya mempunyai kerinduan bagi kebenaran ini untuk tersemat di dalam jiwa anda juga. Apabila kebenaran itu tersemat, maka keyakinan bahawa hidup anda terlibat dengan jumlah keseluruhan dalam kenyataan dan bahwa kenyataan ini bekerja bersama dengan anda, bukannya melawan, dan akan bertindak sebagai satu pengukuhan bagi jiwa anda. Anda tidak akan tergoncang apabila melihat orang-orang tidak jujur yang nampaknya berhasil, karena anda sedar bahawa tidak ada yang dapat hidup melawan kebenaran dan tidak menghadap akibatnya. Orang-orang tidak jujur ini mungkin kelihatan seperti mereka terlepas dari akibat melawan kebenaran, tetapi dari segi dalaman, mereka sering gelisah dan sangat miskin secara rohani. Di dalam setiap situasi yang mungkin, cara kehidupan Kristen adalah satu-satunya cara untuk berkelakuan. Tidak ada pengecualian sama sekalipun. Anda tidak dapat mengambil cuti moral dan mengatakan, 'Saya akan menjalani kehidupan Kristen selama lima puluh minggu dalam setahun dan mengambil cuti dua minggu jauh dari prinsip-prinsip Kristen.' Buah fikiran seperti itu tidak akan berhasil. Kalau kita cuba untuk berkelakuan dengan cara hidup yang lain daripada cara hidup Kekristenan, jumlah keseluruhan dalam kenyataan akan tidak masuk akal. Hidup kita akan menjadi kusut dan tidak teratur. Kehidupan kita hanya akan berfungsi apabila kita mengikut jalan yang telah Tuhan tetapkan - jalanNya. Renungan Lanjutan: Yesaya 35:1-10; 2 Korintus 6:14 - 7:1 Doa: Tuhan Yesus, saya memohon maaf atas waktu-waktu dimana saya telah mencuba untuk menjalani hidup saya tanpa Engkau. Engkau adalah Jalan. Perdalamkanlah kepastian saya bahawa tiada jalan lain. Inilah jalan yang telah Engkau buat untuk saya. Amin.

  • Berdoa Untuk Perniagaan dan Kewangan

    Matius 24:45-47 45"Siapakah hamba yang setia dan bijaksana? Dialah yang diamanahkan oleh tuannya menjadi pengurus rumahnya dan memberikan makan kepada hamba-hamba yang lain pada waktunya. 46Diberkatilah hamba itu jika dia didapati menjalankan tugas pada waktu tuannya kembali. 47Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, tuan itu akan mengamanahkan segala harta bendanya kepada hamba itu Bahan Doa Memiliki hati yang setia dan bijaksana Boleh dipercaya dalam hal mengurus wang dan perniagaan Dapat memberi makan kepada bangsa-bangsa dengan berkat yang dipercayakan. Doa: Tuhan yang memanggil kami menjadi alat Kerajaan-Mu, kami datang menghadap takhta kasih karunia-Mu, mengucap syukur kerna Engkau mau mempercayakan kami harta milik-Mu dibumi untuk diurus dengan baik. Hari ini kami memohon berikanlah kami hati yang setia, supaya kami bijaksana mengurus harta kekayaan surga yang Engkau percayakan kepada kami, agar kami tidak mengambil kesempatan atas kepercayaan-Mu terhadap kami. Biarlah kami boleh dipercaya dalam hal kecil agar mampu menggalas tanggungjawab besar yang Kau berikan kepada kami. Tuhan yang kami sembah, kiranya Roh-Mu sentiasa menyedarkan akan kelalaian-kelalaian kami agar kami tidak bersalah dalam hal mengurus kewangan bahkan berkat perniagaan yang Kau percayakan. Kalaupun kami hari ini diberkati dengan perniagaan-perniagaan yang berkembang buatlah hati kami sentiasa condong kepada firman-Mu kerna semua berkat itu bertujuan agar kami menjadi berkat bagi banyak orang yang memerlukan. Bahkan mampu memberi makan bangsa-bangsa. Terima kasih Bapa untuk kepercayaan-Mu kepada kami. Dalam nama Yesus kami bersyukur. Amen. Pr Linda Misak

  • Pada Masa-Nya

    Saya tahu bahawa tidak mudah untuk menunggu, melepaskan perkara di luar kawalan anda, dan percaya kepada Tuhan bahawa Dia akan melakukannya. Saya tahu kadang-kadang orang boleh sedikit menekan fikiran anda jika anda selalu ditanya, "Bila anda akan mempunyai teman lelaki / teman wanita?" "Bila anda akan ada kerja?" "Bila anda akan habis belajar?" "Bila anda akan kahwin?" "Bila anda akandapat anak?" "Bila anda akan beli rumah tu?" "Bila anda akan ada kereta?" "Bila anda akan mempunyai perniagaan yang berkembang maju?" "Bilakah anda akan mempunyai ramai pengikut?" Saya tahu kadang-kadang tidak masuk akal apabila Tuhan seolah-olah diam dalam menjawab doa anda. Tidak masuk akal mengapa orang lain terlihat menang dalam perjalanan hidupnya dan anda berasa seperti anda kalah, tetapi sedikit yang anda tahu - anda telah menjadi begitu tertumpu pada berkat-Nya daripada si Pemberi Berkat itu sendiri. Dalam alkitab, ramai orang diuji oleh Tuhan dan diminta menunggu pada waktu-Nya; Abraham menunggu selama 25 tahun untuk melahirkan seorang bayi. Joseph menunggu 13 tahun untuk dinaikkan pangkat. Musa menunggu 40 tahun untuk digunakan oleh Tuhan sebagai pemimpin. Yesus menunggu selama 30 tahun untuk akhirnya melakukan misi Tuhan. Adakah kamu nampak? Daripada terus bertanya bila, jangan hanya fokus kepada janji-Nya, tetapi fokus dengan pertumbuhan anda bersama dengan Tuhan - kerana cinta-Nya lebih baik daripada kehidupan. Berbanding dengan masa kami sendiri, kita sentiasa mahu memiliki semuanya sekarang. Kita takut untuk kalah, kita membandingkan diri kami, seolah-olah kita sedang berlari pecut. Tetapi jika itu adalah kehendak Tuhan, tiada siapa yang dapat menghalang-Nya daripada membuat segala sesuatu berlaku, kerana itu adalah untuk menunjukkan Kemuliaan-Nya dan mengikuti Tujuan-Nya. Jadi apabila orang mengejar atau menekan anda, anda selamat di sisi Tuhan, "Pada masanya, Dia pasti akan mewujudkannya." Jemimah Ramos

  • Pemimpin Dan Doa

    Oleh Rev Robin Ato

  • 7: Yesus Memikul Salib

    Yohanes 19:17 (AVB) Yesus pun mengangkat salib-Nya dan pergi ke suatu tempat yang dipanggil Tempat Tengkorak, yang dalam bahasa Ibrani disebut Golgota. Lukas 23:26-31 (AVB) 26 Ketika askar-askar membawa Yesus ke tempat orang disalib, mereka berjumpa dengan seorang lelaki yang bernama Simon. Dia berasal dari Kirene dan sedang dalam perjalanan ke kota. Askar-askar menangkapnya, memaksanya memikul salib Yesus dan berjalan di belakang-Nya. 27 Ramai orang mengikut Yesus; antara mereka beberapa orang perempuan yang menangisi dan meratapi-Nya. 28 Yesus berpaling kepada mereka lalu berkata, "Kaum perempuan Yerusalem, janganlah tangisi Aku melainkan tangisilah dirimu dan anak-anakmu sendiri. 29 Masanya akan datang kelak apabila orang akan berkata, 'Diberkatilah perempuan yang tidak pernah mengandung, melahirkan dan menyusui anak!' 30 Pada masa itulah mereka akan berkata kepada gunung-gunung, 'Timpalah kami!' dan kepada bukit-bukit, 'Timbuslah kami!' 31 Jika perbuatan begini dilakukan mereka terhadap pokok kayu yang masih hijau, apatah lagi terhadap pokok yang kering?" YESUS MEMIKUL SALIB Apabila Yesus memikul salib-Nya, Dia memikul lebih daripada kayu. Tanpa diketahui ramai penonton pada hari itu, Yesus telah memikul dosa manusia di atas bahuNya. Yesus ada mengatakan di dalam Matius 16:24 (AVB) Kemudian Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, "Jika seseorang hendak mengikut-Ku, dia harus menyangkal dirinya, memikul salib dan mengikut-Ku. Jadi, Yesus mengingatkan kita bahawa jikalau kita mahu menjadi pengikut Yesus, kita harus menyangkal diri kita dan memikul salib dan mengikut Yesus. Menyangkal diri di sini bermakna melupakan kepentingan diri sendiri. Lebih daripada itu, Yesus juga menyatakan di dalam Matius 10:38 Matius 10:38 (AVB) Sesiapa yang enggan memikul salibnya dan mengikut-Ku, tidak layak menjadi murid-Ku. Memikul salib bermakna, kita mati untuk diri kita dan hidup sebagai ciptaan baru (2 Kor 5:17) di dalam ketaatan dan pelayanan kita. Ini bermakna kita menyerahkan kepada Tuhan Kehendak kita Kasih sayang kita Cita-cita kita Keinginan kita Yesus adalah pertama dan utama di dalam hidup kita. SIMON DARI KIRENE MEMIKUL SALIB Simon yang berasal dari Kirene mungking dianggap sebagai mangsa keadaan. Kemungkinan besar, dia hanya pergi ke Yerusalem untuk merayakan Paskah. Ada kemungkinan besar, dia juga tidak tahu apa yang sedang berlaku. Dia diarahkan oleh askar-askar dan memaksanya memikul salib Yesus dan berjalan di belakang-Yesus. Sebagai orang kristian, kita harus rela menyertai Yesus dalam penderitaanNya. Paulus juga menasihati kita di dalam 2 Tim 1:8 2 Timotius 1:8 (AVB) Oleh yang demikian, janganlah berasa malu untuk memberikan kesaksian tentang Tuhan kita atau malu bahawa aku terpenjara kerana-Nya, tetapi ikut serta menanggung penderitaan kerana Injil menurut kuasa Allah. YESUS BERTEMU DENGAN WANITA-WANITA YERUSALEM Ketika Yesus bertemu dengan wanita-wanita yang menangis, dia mengingatkan mereka supaya tidak bimbang tentang diriNya, tetapi haruslah bimbang dengan mereka sendiri dan kehidupan anak-anak mereka kerana kejahatan semakin meningkat di seluruh Yerusalem. Walaupun Yesus sedang menderita kesakitan yang amat sekali, fokus Yesus bukan untuk diriNya sendiri, tetapi mereka-mereka yang menghadapi bahaya kemurkaan Allah. Bahaya kita ialah kutukan kekal kerana dosa dalam hidup kita. KESIMPULAN Memang misteri kasih kurnia Allah mengejutkan kita. Yesus menanggung dosa kita supaya kita boleh diampuni. Dia rela mati untuk kita mengambil tempat kita. 2 Korintus 5:21 (AVB) Allah menjadikan Dia yang tidak mengenal dosa menjadi penanggung dosa untuk kita, supaya dalam Dia kita diperbenar oleh Allah. Renungan Bayangkan situasi di mana kita secara fizikal berada di sana, apabila Yesus memikul salib. Apakah perasaan kita? Apakah respon kita? Apakah yang boleh kita kaitkan dengan Simon dari Kirene dan wanita-wanita Yerusalem? Apakah respon kita. Doa Tuhan, ampuni kami dan sucikan minda dan hati kami. Bantu kami untuk melihat pengorbanan Yesus bukan kerana orang Yahudi, tetapi adalah kerana dosa kami sendiri. Biarlah tangisan kami oleh penderitaan Yesus dan kesedihan kami menjadi sukacita apabila kami mengenali dan memahami keagungan kasih kurnia Tuhan. Di dalam nama Yesus Kristus kami berdoa. Amen. Elder AWK

  • Keterujaan yang Sia-sia

    'Segala-galanya diciptakan melalui Dia. Daripada segala yang wujud, tiada suatu pun yang dicipta tanpa-Nya.' (Yohanes 1:1-14,ayt 3) Renungan Dalam masyarakat pluralis dan pascamoden ini, kita juga perlu memahami bahawa kita dicipta secara intrinsik untuk cara Kristian. Cara Kristian adalah satu-satunya cara untuk hidup - tanpa syarat. Sesetengah orang yang tidak percaya akan membawa kita untuk mempercayai bahawa cara Kristian adalah indah tetapi tidak realistik. Seperti yang dikatakan oleh seorang pengkritik: 'Cita-cita Kristian mematahkan sayap lembutnya terhadap realiti yang keras. Ia mungkin berfungsi di dunia lain, tetapi di dunia ini kita tidak boleh membuang masa untuk perkara yang mustahil yang menggembirakan kita dengan banyak kekecohan tentang apa-apa.' Keraguan ini dikongsi oleh ramai yang tidak mengenali Yesus, dan kita tidak akan dapat maju ke arah tengah-tengah zaman ini jika kita sendiri tidak jelas bahawa kita dicipta untuk cara Kristian. Selama kira-kira 50 tahun saya telah terpesona oleh fakta bahawa cara Kristian ditemui bukan sahaja dalam teks Kitab Suci tetapi juga dalam struktur kehidupan itu sendiri (sesuatu yang saya pelajari daripada Dr. E. Stanley Jones). Teks di bahagian atas halaman ini mengingatkan kita bahawa alam semesta diciptakan oleh Kristus, jadi adalah logik bahawa, selepas dicipta oleh-Nya, watak-Nya dicop pada setiap bahagian alam semesta itu. Dalam Kisah 9, kita membaca tentang orang yang tergolong dalam 'jalan itu'. 'Jalan' berhuruf besar 'J' menunjukkan bahawa ia bukan hanya satu laluan tetapi laluan sebenar. Dan bukan sahaja jalan keselamatan tetapi jalan segala-galanya. Apabila kita mengikuti jalan itu, kita sedang berjalan di sepanjang garis alam semesta. Cara Kristian adalah cara alam semesta berfungsi. Sebarang keraguan tentang fakta ini adalah keraguan yang fana; ia akan memusnahkan semua harapan dan kemungkinan tertinggi kita. Ayat Rujukan: Yohanes 14:1-6; Kisah 9:1-6; 18:24-28 Doa: Wahai Tuhan yang maha pengasih, saya melihat bahawa cap Kristus diletakkan pada segala-galanya; Jalannya adalah cara hidup yang dicipta. Kuatkan keyakinan saya dalam perkara ini, kerana jika saya ragu di sini, saya akan ragu dalam semua perkara lain. Dalam nama Yesus. Amin. Rev Gerawat Maran

bottom of page